-->

Sunday, September 30, 2007

Kisah Saidina Umar ra. yang paling menyayat hati
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Buat teman2 semua…..


Berikut ialah sebuah kisah yang menyayat hati yang
menimpa keluarga Khalifah Saidina Umar ra. yang
dipetik daripada laman web Jabatan Mufti Negara Brunei
Darus Salam. Semoga ianya dapat menginsafkan kita
semua.


KETEGASAN MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan
ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah.
Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan
dan hormat kepadanya.

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak
laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar.
Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu
penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun.
Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit
tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan
tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu
Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu
menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah
perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang
juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan
kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan
Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi
pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang
perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu
mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila
perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk
melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan
mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak
berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah
dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah
sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu
pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi
mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya.
Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu
itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana
engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk
memeliharanya daripada aku."

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa
terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak
damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang
bernama Abu Syahamah."

Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau
haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul
Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya,
daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak
Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham
maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh
perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar
peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan
anak itu.

Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu
sehingga menitiskan air mata.

Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan
jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi
orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya
supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan
sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin,
penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi
Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku
sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan
perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah
al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas
lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini
adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah."

Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi
Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau
berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian
sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di
sini sehingga aku kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil
membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan
malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak
tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan
halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini
dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu
berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun
mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina
Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.


Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata
kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat
Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku
kembali."

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu
Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan
makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata:
"Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita
makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir
bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut
seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang
memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku
untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus
setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah
sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat
dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas
Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih
ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu
majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah
memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk?
Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi
perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan
seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah
anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan
perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan
beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan
hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku
itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal
setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau
adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang
berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi
engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah
lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian
lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia
supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat
kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku,
aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu
di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu
dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik
ayahmu."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun
bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul
Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku,
sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri
dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah
perempuan yang menyampaikan khabar tadi."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya
(hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu
Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit,
jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan
kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana
khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada
Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila
diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul
Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu
Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya
seperti api yang menyala pada jasadku."

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini
terasa lebih panas dari jasadmu."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul
sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah:
"Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat
mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat
menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan
kepadamu kesenangan."

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu
Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah
merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan
nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat
bertaubat."

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku,
apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau
hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau
hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan
engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu
Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan
nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum
seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai
anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air
untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air
minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta
Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu
Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku,
dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."


Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai
anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka
engkau tidak akan dikasihani di akhirat."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih
memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu
Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai
ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan
aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan
hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika
engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi
sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu
Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti
sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai
anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan
bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus
menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali
rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang
semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para
hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa
kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan
aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri
Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin,
hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah
dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian
sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat
Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya:
"Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya
dalam menjalankan hukum Allah."

Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat
Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu
Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh
sebatan lagi.

Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan
mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat
sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi
sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih,
pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih
pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah
Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak
lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan:
"Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu
Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar
pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid
sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka
sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat
peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin
al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat
berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan
oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar
Radhiallah 'Anhu.

Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada
malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi
bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam
yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian
putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda
dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa
saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu
kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap
kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah
dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah
menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa
bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu
Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang
benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.
10 AMALAN YANG TERBALIK??
Assalamualaikum wbt

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa be! rsalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah se perti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran a! tau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang ! dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untu k orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
rayuan sumbangan
salam kepada semua sahabat ku yg budiman,



renungkanlah dan fikirkan apa patut kita buat.
tolong fowardkan kepada semua sahabat kita, emel ini pun dah di kira sedekah..

Asrama Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda Merayu Simpati Anda






Sebuah lagi asrama anak anak yatim dan miskin memerlukan bantuan kita:

NAMA : Asrama Anak-Nak Yatim/Warga Miskin Budi Mulia
Nurul Huda
ALAMAT : Lot 429 & 431 , Kampung Tersusun Tanah Hitam, 32100 Chemor, Perak Darul Ridzuan
PENGHUNI : 40 Orang Anak Anak Yatim Dan Miskin
PENTADBIR : En. Shaharuddin Bin Razali
TEL : 05-2011391 / 012-2707619
Akaun Bank Bumuputra :08150068314529


Almari yang telah usang dan pecah dapur juga perlu ditambah kerana dapur yang ada tidak sesuai untuk kegunaan memakan dalam jumlah yang ramai. Alat tulis juga didaati tidak sempurna, didapati pensil yang tidak mengcukupi dan telah terlalu pendek serta anak-anak ini tidak mempunyai sebarang pensil warna dan alat geometri bagi yang bersekolah menengah.

Setor juga tidak memuaskan dengan tidak mempunyai bekalan biskut, milo, susu dan tepung bihun dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana pihak pengurusan kekurangan dana dan memumpukan perbelanjaan makan rutin sahaja seperti makan T/H dan malam.
Asrama atau tempat tidur yang sedia ada untuk anak-anak perempuan tidak lengkap dengan bilangan tilam an katil yang tidak mengcukupi serta almari pakaian.

Justeru itu kami merayu simpati dan belas ikhsan tuan/puan untuk tampil ke hadapan menghulurkan sumbangan anda sebarapa ikhlas terutama untuk membeli peralatan asas untuk pendidikanseperti alatulis dan buku-buku.

Semuga Allah jua yang membalas budi tuan/puan.

Pandanglah... lihatlah...






















Saya cuma tolong fowardkan emel ini
salam .



anuar rani - 0195551604

PERINGATAN BUAT DIRIKU YG MUDAH LUPA
Hadrat Ibnu Umar R.A berkata ,” Kami 10 org termasuk diri saya sendiri menghadiri majlis Baginda SAW. Salah seorang Ansar telah bertanya kepada Baginda,” Siapakah org yg paling bijak dan paling cermat di kalangan manusia? Baginda SAW menjawab,” Org yg paling mengingati maut dan membuat persiapan yg paling baik utk mati. Merekalah org2 yg paling bijak pandai dan merekalah menerima kedudukan yg paling unggul dan yg paling mulia di akhirat.” – Riwayat Abidunia, Tabarani, Ibnu Majah dan begitulah dlm targhib

Hayati nasyid ini buat diriku yg lupa…dan buat teman2ku
Menanti di Barzakh – Far East

Ku merintih aku menangis
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan itu melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang merah basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkah pun baru berlalu
Selesai talkin bernada syahdu

Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan kudengari tangis mereka
Yang kutinggalkan

Kehidupan disini
Bukan satu khayalan tetapi ia sebenar kejadian

Kembali roh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih
Yang membaluti tubuhku
Terkujur dan kaku
Jasad didalam keranda kayu

Ajal yg datang di muka pintu
Tiada siapa yg memberitahu
Tiada siapapun dpt hindari
Tiada siapa yg terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat dating
Mengigil ketakutan
Gelap pekat kepandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan
HAYATI SEDEKAH
Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamr (kurma)". - (Bukhari dan Muslim)

Hayat Sedekah. . .

Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111

Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi:
Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki.
Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan
dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh.


Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa
penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu. Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud:
"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara:
Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya.
Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain.
Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim)

Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh
sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya.

Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka.

Petikan dari Raudhah
Renungan.....buat teman-temanku
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di
luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia
meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama,kiyai atau
sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.


Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan
saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang
pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka
yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab
mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir
sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya
atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan
dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari
api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
seksaan untuk musuh Islam..!!!
Kena seksa dia...


Ni lah dia orang yang nak cuba menghapuskan ISLAM.
Nah,sekarang nie lah balasan ALLAH.........
Jawapan Bagi MP Kepong Dr Tan Seng Giaw Yg Kondem Azan Subuh Terlalu Kuat
"Jika orang bukan Islam mengatakan azan subuh itu bising Dan mengganggu tidur mereka maka orang Islam juga mahu melontarkan persoalan ritual agama orang bukan Islam yang selama ini di toleransi oleh orang Islam tanpa sedikit pun menyentuhnya.

Let's bargain, ini jawapan bagi mereka yg menyentuh hak azan subuh amalan orang Islam.. Read thru'

Orang bukan Islam mahu orang Islam perlahan atau hapuskan terus azan subuh hanya kerana alasan mengganggu tidur ? Pernah dahulu azan subuh di samakan mengganggu seperti salakan anjing.

Sekurang nya azan subuh kami hanya sekejap, 2 ke 3 minit sahaja. Tetapi kami ingin komplen di sini, rasa terganggu dah lama dah Dan minta, menuntut..

1. COLOK - Kami minta penganut Buddha jangan membakar colok kerana colok itu mendatangkan ASAP yg menyesakkan hidung Dan membakar paru-paru anak-anak kami. Jiran-jiran terdekat yang alahan boleh sahaja terkena astma Dan batuk kerana ASAP colok-colok di rumah tokong kamu itu. Boleh kah ? Azan kami membingitkan telinga anda sekejap sahaja tetapi ASAP colok penganut Buddha merupakan air pollution yg menjejaskan kesihatan berbanding azan.

2. ASAP DUPA, BAKAR KEMENYAN - Begitu juga ASAP dupa penganut Buddha atau Hindu yang suka membakar kemenyan Dan perasap rumah sebagai antara ritual agama. Bolehkan penganut Buddha atau Hindu jangan pasang ASAP dupa. Ia menyucuk hidung Dan membuat kami orang Islam tidak selesa Dan seperti ASAP colok, IA pencemaran udara Dan menjejaskan kesihatan berbanding azan.

3. JANGAN MAIN GENDANG ORANG MATI KAT TAMAN, MAIN KAT JIRAT - Penganut Buddha main gendang di Hari kematian dari rumah hinggalah sepanjang jalan ke jirat. Bunyi gendang penganut Buddha di ritual kematian sungguh kuat Dan gemerincing mengganggu jiran-jiran Dan menyebabkan anak-anak kami tak boleh tidur, tak boleh belajar Dan mengganggu kedamaian Dan ketenangan kami. Kadang gendang di main sekerat Hari. Walaupun ini jarang mengikut kematian to IA buat jiran-jiran tak boleh duduk kat rumah kerana bising gendang yg di palu. Bolehkan penganut Buddha bertolak ansur jangan main gendang kuat-kuat lama-lama. Mengapa tak di palu kat jirat sahaja. Azan kami tak sampai pun 5 minit.

4. JANGAN BUNYI LOCENG AISKRIM WAKTU PETANG - Penganut Hindu pula akan goncang loceng aiskrim waktu ritual agama mereka, selalunya waktu petang. Sebagaimana gendang orang mati IA juga bising, gemerincing Dan membuat gigi jiran-jiran sengau Dan ngilu.

5. HENTIKAN PEMBAZIRAN LETAK KUIH DAN BUAH YG MENDATANGKAN LALAT DAN SEMUT- Rumah-rumah tokong penganut Buddha di depan rumah penuh dengan buah Dan kuih. Kalau letak kuih, buah tipu (plastik) tak apa, tapi kuih, buah mendatangkan lalat Dan semut. Juga IA satu kepelikan jadi boleh di hapuskan amalan letak buah Dan kuih kat tokong kecil TU.

6, 7, 8, 9..... Adalagi, to cukup 5 dahulu, boleh tolak ansur ke.. Sebagimana orang bukan Islam mahu orang Islam bertolak ansur jangan azan subuh di kuat. Sedangkan azan TU memang di pasang untuk di dengar jauh, jadi mestilah kuat dengarnya.

Banyak lagi yang orang Islam selama ini tolak ansur. Dan sebagaimana orang bukan Islam memandang azan orang Islam itu bising, tak patut, mengganggu Dan patut samada di hapuskan terus, pada masa sama orang Islam Dan bukan penganut agama seperti kamu juga tidak sukakan ASAP-ASAP colok, pembakaran dupa, gendang orang mati Dan jamuan buah Dan kuih yang tak bertamadun.

Azan orang Islam bising sekejap. Tapi ASAP penganut agama lain yang membakar colok, dupa merupakan pencemaran udara Dan menjejas kesihatan.

Sekarang apa perasaan penganut agama lain, baik cina, India.. Jika orang Islam Dan bukan penganut agama seperti mula menuntut seperti diatas ? Bolehkah bertolak ansur ?

Dan jika sedikit persoalan yang di utarakan di atas di rasakan amat melampau maka pikirlah sendiri tuntutan anda, orang bukan Islam yang menyentuh perihal azan kami orang Islam.

Sekurang nya kami orang Islam di ajar menghormati hak penganut agama lain.

Jadi setiap kali penganut agama lain rasa azan orang Islam itu tak patut Cubafikir ritual agama sendiri dulu adakah patut.

Sekurang nya orang Islam tak pernah menyentuh hak orang lain. Jadi jangan biadap sentuh hak orang Islam. Sama-sama Kita bertolak ansur.
Amazing Interview with a 14 years old new Muslimah !
Islamway.com

The way she speaks is really impressive .. after my conversation with her .. I thought that I must tell her the fact that she is very mature .. please read her words .. and distribute it ..


IslamWay.com:
Dear Sister .. As-salamu alaykum wa rahmatu Allah sister , first of all .. Congratulations for accepting Islam

Sara:
wa alaikum assalam, thank-you

IslamWay.com:
Can you give us brief information about yourself ?

Sara:
My name is Sara, I am 14 years old and in high school. I live in the U.S.

IslamWay.com:
Welcome sister Sara .. I'm really amazed to see someone in your age searching for the truth .. let me admit that .. Can you tell us .. how did you know about Islam for the first time in your life ?

Sara:
Yes, the first time I heard about Islam was about 3 years ago, I was curious about God and religion and wanted to know what others believed. I started reading different materials and read about Islam. I was amazed by how much sense it made.

IslamWay.com:
Isn't it kind of strange to start reading about religions when you were 11 years old .. is there is any special thing that you have other than other kids around you ?

Sara -smiling-:
I suppose it is strange to read about religion at 11, most my friends didn't understand how I could be so interested in finding God. My family is Christian, and I have been raised in religion, so it seemed only natural for me to study religion thoroughly and decide on my own what the truth was.

IslamWay.com:
Did you read the Quran ?

Sara:
Not at that time, no.

IslamWay.com:
"A Muslim woman is oppressed and needs to be librated like the western women" .. do you have a comment about this ?

Sara:
It saddens me that so many people in the world today believe that Muslim women are oppressed. I believe that we are the most liberated women on earth! To follow the guidelines Allah has given us is the most liberating thing any woman can do.

IslamWay.com:
Well .. from what you see in the west .. are the women there librated ?

Sara:
No, most women in the west are oppressed. We are used as sex symbols. Most women wear outfits that barely cover them, they use their bodies to get attention. We are expected to have 'perfect' bodies by the media's standards, we are supposed to look and act a certain way, and we are expected to do whatever the media tells us to do, and that is to disrespect ourselves and Allah.

IslamWay.com:
So did you wear the hijab ?

Sara:
No I do not. I would like to very much, but my family is unaware that I converted to Islam, and I will wear the hijab after I tell them.
IslamWay.com:
You think that you will have problems with them after telling them ?

Sara:
I'm not sure. I supose I am allowing my fear to keep me from telling them.

IslamWay.com:
I see .. Just ask Allah to give your the power and the patience to take this step .. and I guess all Muslims who are reading this interview now will make du'a for you to ease things in sha Allah ..

IslamWay.com:
What is the thing you liked most in the Muslims community ?

Sara:
I admire the dedication Muslims have to Islam, there is an amazing peace and grace that Allah gives to those who serve him as completely as they can. To many it may seem hard to follow Allah's guidelines, but Allah gives every Muslim an amazing strength to help them. What I liked most about the Muslims I met was how friendly and caring they were.

IslamWay.com:
"Most of Muslims nowadays are not practicing Muslims .. " first of all .. what do you feel about that ? And is that why Islam is not spreading too fast ? And what would you say to a none pracitcing Muslim ?

Sara:
1) I firmly believe that the statement "Most Muslims nowadays are not practicing Muslims .. " is false. I do not believe you can truly be Muslim without being a 'practicing Muslim'. Islam isn't just a religion, it's a way of life. That's one of the many things I love about it.
2) Islam is one of the fastest growing religions in the world, I believe the reason for this is that people see the truth in it, and when they decide to live to serve Allah, they are given an amazing happiness and grace that others see and admire, that is what draws people to Islam.
3) Trust Allah, serve him completely, and he will give you the grace, peace, and happiness you need to be a 'practicing Muslim'.

IslamWay.com:
What is your future plans ? Your dreams ?

Sara:
I've always had a dream: To become a leader in our world and once again help establish peace and good relations between different people.

IslamWay.com:
Do you have any plans for learning arabic ?

Sara:
Yes. i LOVE languages. It's something that i enjoy very much, and my parents support my Arabic education, I will hopefully begin taking a language course this Fall. My dad lived in an Arabic speaking country for years, and so he would help me study.

IslamWay.com:
oh i see .. which country ?

Sara:
Sudan (in Africa)

IslamWay.com:
Can you tell us in details how did you revert to Islam ?

Sara:
I had originally heard about Islam about 3 years ago, my parents found out that I was reading about it and discouraged me from doing so, studying it much further. Then last Fall I started highschool at a new school that has a lot of Muslim students.
When I first started going there I remembered my studying and was curious about how they would act. My parents had told me Muslims were horrible mean, militant, abusive people. So I kind of expected them to be that way, I was wrong! The first couple of friends I made there were Muslims.

They were nice, friendly, caring people. I remember them talking about their God, and I was amazed by how much they loved Islam. I began very quickly began respect them, and quickly became very curious about their beliefs. A friend of mine asked them about Islam one day, and it turned into a several hour long conversation about Allah, and Islam, and daily life. I was suprised by how much sense it all made, and how happy they were. I began reading the Qur'an and looking for more information on the internet, and soon after I said the shahadah and converted to Islam. I'm still amazed by how happy and peacefull my life is. Allah has given me much strength in every day life. Inshallah my parents will see this.

IslamWay.com:
In sha Allah .. May Allah reward you sister for your time .. and may Allah keep you in the right path .. Amen .. As-salamu alaykum

Sara:
wa alaikum assalam, thank-you

Wednesday, September 26, 2007

PROTOKOL KE SEPULUH YAHUDI....
salam....


huish,ngeri jgk ana bace statemnt ni tp.......this is relity





PROTOKOL KE SEPULUH YAHUDI....
Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....
1.. Song....
.Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang tak tau
mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela...Ada
anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti
Norhaliza yang panjangnya berdepa depa.....berjaya sudah Yahudi....Hingga
kita terfikir.... .bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
2. ..Sex.....Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua
.Sex dimana-mana. .di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat
lumrah..kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga
ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...filem 18SX amat
laris
berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat
murah...Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh
Yahudi laknatullah. .....
3. ..Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga dikatakan tidak modern jika
tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana
perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini
golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret....
aku tengok dari filem P Ramlee )....Syabas yahudi...berjaya lagi kamu....
4. .Sport...
.pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama
berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola sepak pun
perempuan main juga...Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak
sembahyang.. .yang menonton pun tak sembahyang juga....Kalau menonton
dirumah...akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk
GOL....
Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan..sembahyang
boleh
tangguh...Mashaalla h,..
5. .. Fun..
.hiburan...dimana- mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..Kalau kita
lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasukla h
majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada
konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang
dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk....
Yahudi terhibur lagi....
6.... Female...
.Perempuan.. .tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .terutama dalam
iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau
kita ke kedai bateri kereta....dihadapan bateri terpampang gadis sunti
separuh bogel beraksi...apa kena mengena bateri kereta dengan
perempuan?.. .kalau iklan Modess...perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi.....
7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .sehinggakan
kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan
bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang
menampakkan
pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau
rambut diwarnakan.. ..Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab
kalau bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini
itu...Kalau dah rambut di warnakan...sembahya ng pun tak sah...malah mandi
hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira
yang cukur bulu kening lagi...
Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....
8. .. Food..Makanan. .
.lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MC
D, Kentucky, Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang
menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun
sekali
bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .Bila makanan
datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh
Kentucky..rempahnya datang dari Amerika....siapa nak pergi check...halal ke
tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi...tetapi
berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....Yahudi makan Islam lagi...
Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi....
aku cinta Malaysia.... .tapi lebih cintakan ALLAH....... .... oleh itu, jika
berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan
Allah......DAHULUKA N KEPENTINGAN ALLAH....
PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM.
Tarikh lahir Islam & Perilaku berdasarkan tarikh kelahiran Islam..
http://www.islam.com/islamicdates.asp
klik kat link tu kalu korang nak tau korang lahir bulan aper dalam bulan Islam..

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihatfikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yangsempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akanmenjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukansesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADILAWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADILAKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapibila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadisusah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasilyang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidakdapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
cuci hati dengan sabun?
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya.......(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).


8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat.
untukmu ramadhan
Seandai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


ANDAI BENAR INI RAMADHAN TERAKHIR BUAT KITA
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN




"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan(ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yangkamu lakukan."(SurahHud :123)
Kisah Rasulullah SAW dan Pengemis Buta.
Assalamualaikum dan selamat berpuasa....


Buat renungan bersama


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiapharinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .


Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai baginda wafat.


Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku,
adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

* Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
"Apakah Itu?", tanya Abu bakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana ", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu ?".
Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan
perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?


Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.


Nah, wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?Atau adakah setidaknya niat untuk meneladani baginda? Baginda adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak boleh kita meneladani baginda seratus peratus, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.


Pengemis yang buta itu lagikan mengetahui orang yang biasa mendatanginya selalu, tidakkan sama dari yang biasa.......

Sebarkanlah riwayat ini kepada orang lain InsyaAllah... ..
Dah dekat sgt dah...!!!!
assalamualaikum...petunjuk Allah ada dimana2 dan hidayah Allah semakin dekat dengan kita namun siapa yang cerdik sahaja yang akan mengambilnya sebagai suatu yang bermanfaat...

apa yang saya nak tunjukkan kat anda semua adalah satu kejadian yang betul2 membuatkan saya rasa seperti telah lari jauh dari rahmat-Nya...

Ini adalah petunjuk sekaligus sebagai amaran untuk kita...agar kita sama2 bertaubat...

semua yang tertera di bawah adalah maklumat dri kawan saya...andaikata ada yang x masuk dek akal...terima lah sahaja dengan hati yg merendah diri kpd Allah...

---------------------------------


Peristiwa ini berlaku pada Subuh 6 Ramadhan -18 sept 2007 (kemarin).
Kejadian berlaku di sebuah surau di taman Tiram,Lunas,Kulim.(bersebelahan dgn taman aku)
Mengikut kata beberapa jemaah yg melihat kejadian ..pada subuh
6 Ramadhan itu beberapa keping mozek meletup dan lekang dari lantai.Tapi anehnya
mozek2 itu tak pulak pecah.Apabila mereka mengangkat dan mengalih kepingan2 mozek
ini..alangkah terperanjat mereka...melihat kalimah2 ynag tertera diatas lantai simen.

Surau ini yg aku tahu,penduduk2nya begitu mengimarahkan surau ini.Hampir setiap .
malam ,tak kira le bulan apa pun.. tazkirah.ceramah dan majlis2 ilmu kerap di buat di situ.
surau itu pulak terletak berhampiran dgn rumah mak mertua aku.jadi aku taulah serba sedikit.

Aku sendiri yg pergi melihat peristiwa kebesaran Allah tunjukkan pada bln Ramadhan ini
pada petang kemarin.Gambar ini aku ambil menggunakan terlefon bimbit .









Saturday, September 22, 2007

Subject: 5 perkara elok disebut (^-v-^)
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1.Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...
INI BUKAN AYAT QURAN..!!


PENTING...Tolong sebarkan.Moga Allah sahaja yang balas jasa baik kalian. .

Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran......
Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita.
Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..............

Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis
"Surah Injilu Matay" (Terus reject)
Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail
ini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang
penting kerana kita telah mengetahui akan perkara ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada
rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk
menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran......sebenar ayat Bible.

PERINGAT size="3" face="Times New Roman">
Bermula pada 21-08-2006 lalu,Sebuah Gereja di Damansara telah
mengedarkan Kitab Injil dalam bahasa Melayu dinamakan AL-KITAB.
Jangan Terpedaya dgn kitab ini.Dalam pada itu 3 jenama Air mineral
juga telah di edarkan dan telah berada di pasaran.Air Mineral
tersebut ialah BESTARI,AL-BARAKAH dan AL-MANSUR.
Air mineral ini dikatakan telah dicampurkan dengan HOLY WATER
(Air jampi Kristian).Sesiapa yang a tidak dapat
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH.
Ingat !!!!!! Jangan ambil air ini sekiranya diberikan secara percuma.

CONFIDENTIALITY CAUTION: This message is intended only for the use of the individual or entity to whom it addressed and may contain information that is privileged and confidential. If you, the reader of this message, are not the intended recipient, you should not disseminate, distribute or copy this communication. If you have received this communication in error, please notify us immediately by return email and delete the original message. Thank you. www.beyonics.com
ubat dari babi
Senarai ubat yang berada di pasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan :


1. NAMA UBAT = Kenalog in Orabase
KEGUNAAN = Ulcer Mulut
VENDOR DI MALAYSIA = Diethelm Oral Paste


2. NAMA UBAT = Drixoral (Tablet)
KEGUNAAN = Selsema
VENDOR DI MALAYSIA = Zuellig Pharma


3. NAMA UBAT = Clexane (Injection)
KEGUNAAN = Mencairkan Darah
VENDOR DI MALAYSIA = Diethelm


4. NAMA UBAT = Fraxiparine (Injection)
KEGUNAAN = Mencairkan Darah
VENDOR DI MALAYSIA = Zuellig Pharma





Nama saintifik 'babi' ialah Porcine. Di harap saudara Islam kita
berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan
disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli di kedai
serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain?. akan diberitahu secepat mungkin.

Wallahu'alam

Sumber oleh :
Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi Maklumat (POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
Kementerian Kesihatan Malaysia
03-79573611 samb. 223

Friday, September 21, 2007

Israel Benar Bekal 1,000 Raifal kepada Fatah


TEL AVIV 26 Julai Utusan Malaysia – Kerajaan Israel baru-baru ini membenarkan penghantaran 1,000 raifal melalui Jordan kepada Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat, lapor sebuah akhbar Israel, Haaretz.

Penghantaran senjata ini merupakan yang terbesar pernah dibenarkan oleh Israel kepada Pihak Berkuasa Palestin yang setia pada Presiden Mahmoud Abbas.

Penghantaran dibuat untuk menghalang Hamas daripada menyerang atau menawan semula Gaza, lapor Haaretz lagi.

Seorang jurucakap di Pejabat Perdana Menteri, Ehud Olmert ketika dihubungi bagaimanapun tidak menafikan atau mengesahkan tentang penghantaran itu.

Senjata berkenaan dihantar kepada Pihak Berkuasa Palestin yang diserang pejuang Hamas sejak bulan lalu dengan kepercayaan penuh diberikan terhadap Abbas tanpa mempersoalkan pendiriannya yang mungkin akan berubah.

Tahun ini saja beberapa ribu senjata telah dihantar dari Mesir dan Jordan bagi kegunaan Fatah.

– AFP
Fajar Islam di Maghribi

Kiriman: UstazHalim pada 08/09/07
Fajar Islam di Maghribi
Keputusan awal Pilihanraya umum Maghribi menunjukkan Parti Keadilan dan Pembangunan (PKP) menduduki tempat kedua dikalangan parti-parti yang bertanding. PKP mendapat 47 kerusi atau 14% dari jumlah kerusi, seperti yang diumumkan oleh media massa di Maghribi.

Parti Kemerdekaan mendapat 52 kerusi (16%), Parti Gerakan Rakyat mendapat 43 kerusi (13%), Parti Perhimpunan Kebangsaan Bebas 38 kerusi (12%), Parti Sosialis Bersatu 36 kerusi (10%), Parti Kesatuan Perlembagaan 27 kerusi (8%).

Hasan Ad-Daudy, Naib Setiausaha Agung PKP menjangka bahawa partinya akan mendapat lebih banyak kerusi sehingga mencapai 50 kerusi. Melihat kepada manifesto, pemimpin dan agenda, beliau percaya tidak ada di Maghribi yang dinamakan parti-parti berhaluan kanan atau kiri.Beliau yang menang di kawasan pilihanraya Faas mengkritik parti-parti yang bertanding dengan menyatakan bahawa pada hakikatnya hanya dua parti sahaja yang bertanding iaitu Parti Kemerdekaan yang memerintah dan PKP yang berusaha kearah cita-cita Islam dan membenteras penyelewengan dalam pemerintah dan masyarakat.

Perlu dijelaskan bahawa pilihanraya-pilihanraya di Negara-negara Arab sering diwarnai dengan penyelewengan, penipuan dan tekanan oleh pemerintah dalam berdepan dengan parti-parti pembangkang berhaluan Islam Tahun lalu di Mesir, setelah Ikhwan Muslimin (IM) mendapat kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum Pusingan Pertama, Kerajaan Mesir (Parti Kebangsaan Demokratik) mengenakan tekanan dan penyelewengan di pusingan kedua dan ketiga menyebabkan IM hanya mendapat hampir 90 dari lebih 400 kerusi yang dipertandingkan.

Usaha membuka pintu-pintu kebebasan, perkongsian dalam perjalanan Negara, pertanggungjawaban dan sebagainya adalah dialu-alukan. Namun ia memerlukan perubahan sikap pihak pemerintah dan keberanian serta ketaqwaan di pihak rakyat membawa perubahan kearah Islam yang dicita-citakan.
Syabas Kerajaan Perpaduan Palestin..





Kita menarik nafas lega apabila akhirnya Parlimen Palestin kelmarin pada 17 Mac 2007 telah meluluskan usul percaya kepada Kerajaan Perpaduan Palestin yang baru dibentuk dibawah pimpinan Ismail Haniyeh sekali gus membuka lembaran baru dalam sejarah Palestin yang panjang dan penuh cabaran. Kerajaan Baru terdiri dari 9 anggota dari HAMAS termasuk Perdana Menteri, Ismail Haniyeh, 6 dari FATAH termasuk Timbalan Perdana Menteri, 4 dari parti-parti lain dan 5 dari calum bebas yang menang dimana 3 darinya dicadang oleh HAMAS dan baki 2 dicadang oleh FATAH. Setiap cadangan mesti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak HAMAS dan FATAH.
“Dan bertolong-tolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa dan jangan kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan” (Al-Ma’idah:2).

Sekiranya dilihat sekadar satu peristiwa, maka pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin 2007 adalah satu kejayaan menyatukan barisan umat Palestin, menghentikan persengketaan dalaman terutama antara gerakan HAMAS (yang baru menang Pilihanraya lalu) dan gerakan FATAH (yang memerintah sebelumnya tetapi tewas dalam Pilihanraya lalu) yang telah meragut nyawa lebih 140 orang Islam sendiri, tetapi jika dilihat peristiwa pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin ini sebagai salah satu noktah dalam sejarah Palestin, khususnya di dalam era Penjajahan Yahudi zaman ini, maka ia sebenarnya adalah satu kejayaan besar umat Islam dan satu tamparan hebat kepada rancangan dan strategi jahat Yahudi Zionis Israel yang dilaknat Allah ini terhadap umat Islam yang dilaksanakan melalui pengaruhnya ke atas Amerika, Eropah, Rusia, PBB dan banyak negara-negara yang lain.



Sebagai Penjajah ke atas bumi Islam Palestin, Yahudi Israel mesti berusaha memecahbelahkan umat Palestin yang dijajah supaya tidak dapat membina kekuatan penentangan melalui kesatuan dan persaudaraan. Oleh itu, Israel dan Amerika pada hari pertama kemenangan HAMAS dalam Pilihanraya Palestin 25 Januari 2006 setahun lalu memberi amaran kepada FATAH supaya tidak terlibat di dalam Kerajaan Palestin yang bakal diterajui oleh HAMAS. Saya sendiri melihat melalui Siaran Al-Jazeera, ucapan sulung Ketua Sayap Politik HAMAS, Khalid Masy’al mengajak semua parti-parti yang telah bertanding supaya datang bersama membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan dianggotai oleh semua parti dan calun-calun bebas yang menang. Pada HAMAS, Demokrasi bukanlah satu sistem dimana parti yang menang memijak kepala parti-parti yang kalah dan memonopoli kuasa dan berusaha mengekalkan kuasa ditangannya walau apa cara sekali pun. Akan tetapi Demokrasi adalah satu sistem yang menyusun kepimpinan umat dari masa ke
semasa melalui cabaran zaman berasaskan hujah yang jelas, perbincangan dan muafakat (syura), kebebasan diri dan memberi pandangan serta nasihat dan berkorban dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Namun atas desakan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan suasana kekalahan ketika itu, FATAH melalui kenyataan dan temuramah umum, menolak pelawaan HAMAS untuk bergabung dalam Kerajaan. Tanpa laluan perbincangan dan permuafakatan, suasana meruncing yang membawa kepada satu arus revolusi dalam FATAH di bawah Mohd Dahlan membuat huru hara bersenjata dalam negara disusuli tindakbalas oleh HAMAS dan pihak-pihak lain yang mengambil kesempatan mengakibatkan sehingga ke hari ini lebih 140 orang Islam terbunuh.

Namun, hari ini, pada 17 Mac 2007 selepas hampir setahun 2 bulan, terbukti perancanaan Israel dan Amerika tersebut gagal apabila FATAH telah datang kepangkuan HAMAS diikuti oleh parti-parti dan wakil-wakil rakyat bebas yang lain menyatukan barisan kepimpinan Palestin.

“Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya. Mereka berusaha membuat kerosakan di muka bumi. Allah tidak suka golongan perosak” (Al-Ma’idah:64).

Selepas Perjanjian Oslo pada tahun 1993, Israel dan Amerika membentuk Pihak Berkuasa (bukan Kerajaan) Palestin yang mereka namakan secara resmi “Palestinian Authority” semata-mata untuk bertindak secara diktator menekan dan menangkap rakyat Palestin sendiri ke arah menamatkan Gerakan-gerakan Penentangan terutamanya gerakan HAMAS yang sangat dihormati dan berpengaruh dikalangan rakyat Palestin kerana pendiriannya untuk membebaskan Palestin yang tegas, tetap dan tidak berubah-ubah. Hasrat Israel dan Amerika tidak lain selain wujudnya satu pihak berkuasa Palestin yang mewakili pihak Penjajah mengawal penentangan. Oleh itu fokus utama ialah isu “keselamatan” yang sebenarnya membawa maksud keselamatan Israel dalam terus menjajah Palestin dalam berdepan dengan usaha-usaha penentangan ke arah memerdekakan Palestin. HAMAS mengambil keputusan memulaukan Pilihanraya Parlimen pertama kerana tahu hasrat jahat pihak Penjajah dan sekutu-sekutunya.

Pada Israel dan Amerika, Perjanjian Oslo dan seumpamanya selepas itu merupakan pengiktirafan rakyat Palestin dan Arab kepada wujudnya sebuah negara yang dipanggil “Israel”. Apatah lagi jika pilihanraya nanti gerakan FATAH yang mengiktiraf dan memilih jalan damai yang akan memenanginya. Pada sudut yang lain pula mengadakan perlembagaan bagi rakyat Palestin, menubuhkan sistem Perundangan (Parlimen), Eksekutif (Kabinet) dan Kehakiman secara langsung adalah suatu bibit sebuah negara Palestin moden. Selepas kemenangan FATAH tanpa bertanding (HAMAS memboikot) dalam Pilihanraya Parlimen Pertama 1996, mereka persis menjalankan strategi Penjajah Israel dan Amerika dalam menekan, menangkap, berkongsi maklumat perisikan tentang kebangkitan rakyat Palestin dan sebagainya terhadap HAMAS dan rakyat Palestin. Dikatakan disetiap balai polis Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Authority) terdapat di sana pegawai FATAH, wakil CIA (Perisikan Amerika) dan wakil MOSSAD (Perisikan Israel). Saya
masih ingat ungkapan seorang Arab bahawa HAMAS lebih bebas dan mudah bergeral menentang Yahudi sebelum Pihak Berkuasa Palestin dibentuk berbanding dengan selepas ianya dibentuk. Memang lebih mudah berdepan dengan musuh yang berlainan bahasa, rupabentuk dan warna kulit berbanding sekiranya mereka mempunyai bahasa, bentuk dan warna kulit yang sama.

“Wahai orang-orang beriman, jangan kamu ambil orang luar (Ahlul Kitab) sebagai perujuk (teman kepercayaan). Mereka tidak henti-henti memudaratkan kamu. Mereka suka apa yang meyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka sedang apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih teruk lagi. Sungguh Kami telah terangkan ayat-ayat Kami supaya kamu faham. Kamu ni suka mereka sedang mereka tidak suka kamu. Kamu beriman dengan Kitab-kitab semuanya. Bila mereka jumpa kamu mereka kata, “Kami beriman (bersama kamu)”. Bila mereka bersendiri mereka (hingga) mengigit jari kerana benci kepada kamu ..” (Ali Imran:118-119).

Hari ini keadaan berbeza. Bahkan boleh kita simpulkan bahawa strategi jahat Israel dan Amerika dalam hal ini telah gagal. Sistem negara Palestin telah terbentuk dengan adanya sistem Perundangan (Pilihanraya), Eksekutif (Kabinet Menteri) dan Kehakiman. HAMAS telah merancang lama dan bertindak menyertai Pilihanraya Parlimen Kedua 2006 dan menang. HAMAS tidak mengiktiraf Israel yang menjajah bumi mereka dan teguh dengan prinsip Penentangan, bukan bersidang damai, dalam usaha menamatkan Penjajahan Yahudi ini. HAMAS yang menang tidak menekan FATAH dan badan-badan Islam yang lain, sebaliknya menghulurkan tangan mengajak kesemua golongan dan puak agar bersama mereka membentuk kepimpinan dalam negara atau yang dinamakan Kerajaan Perpaduan. Seruan ke arah kebebasan dan persaudaraan di sambut baik. Ancaman Kuasa-kuasa Besar berupa boikot bantuan sekiranya HAMAS atau Kerajaan Palestin mengiktiraf Israel tidak dihiraukan. Bahkan godaan dari Amerika berupa bantuan ratusan juta dollar
sekiranya Kerajaan pimpinan HAMAS mengiktiraf Israel tidak berjaya menambat hati dan menggoyangkan prinsip mereka. Di sini strategi Israel, Amerika dan Kuasa-kuasa Besar Dunia sekali lagi menemui kegagalan.

“Mereka merancang sesuatu terhadapnya, maka Allah menjadikan mereka yang rugi” (Al-Anbiyak:70). “Mereka merancang, sedang Allah (juga) merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang” (Al-Anfaal:30).

Kita menyeru FATAH supaya berusaha ke pangkuan HAMAS dan saudara seIslam yang lain di Palestin dan menjauhkan diri dari mengikut telunjuk Israel, Amerika dan Barat. Walau nampak Barat kaya dan hebat tetapi iman dan jiwa umat Islam jauh lebih kuat dan teguh. Ini ternyata dengan kemenangan mereka memilih HAMAS menentang Israel dan menolak FATAH yang mengiktiraf Israel dan berdamai. Ternyata sokongan moral dan jutaan dollar dari Barat kepada FATAH selama ini dibanding dengan Iman yang teguh adalah lemah selemah sarang labah-labah.

“Perbandingan orang-orang yang mengambil selain Allah sebagai wali (perujuk) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang. Dan sungguh, rumah yang paling lemah adalah sarang labah-labah sekiranya mereka mengetahui” (Al-Ankabuut:41). Kenapa tidak mereka mengambil umat Islam sendiri sebagai perujuk dan orang tengah?

Akhirnya Raja Abdullah dari Saudi Arabia menjadi orang tengah perbincangan dan persepakatan di antara HAMAS yang diwakili Khalid Masy’al dan Ismail Haniyeh dengan FATAH yang diwakili oleh Mahmud Abbas yang akhirnya termeteri Perjanjian Mekah. Sudah sepatutnyalah Kerajaan Perpaduan yang disahkan oleh Parlimen Palestin pada 17 Mac 2007 lalu selepas ini didokong kuat oleh Raja Abdullah sendiri. Kalau begitu seharusnya pula Kerajaan Palestin yang baru ini disokong dan didokong oleh negara-negara Arab dan Islam, jika tidak negara-negara Barat keseluruhannya. Mesyuarat Menteri-menteri Luar Arab pada hujung bulan Mac ini merupakan peluang terbaik negara-negara Arab menyatakan pengiktirafan dan dokongan kepada Kerajaan Palestin. Dokongan ini nanti akan banyak merubah peta politik Arab dan antarabangsa kerana kekayaan minyak dan kedudukan geografi yang strategik akan membuat atau memaksa banyak negara mengiktiraf sama atau sekurang-kurangnya melumpuhkan Pemboikotan Antarabangsa
terhadap Palestin sejak lebih setahun lalu.

Namun, musuh-musuh Islam terus tidak berdiam diri. Amerika memanggil empat buah negara Arab berpengaruh iaitu Mesir, Saudi Arabia, Emirate dan Jordan untuk duduk berbincang berkenaan dengan perkembangan di Palestin yang menakutkan mereka sebelum Menteri-menteri Luar Arab bersidang hujung bulan Mac ini. Menteri Luar Amerika, Condolezza Rice akan datang ke Negara Arab untuk bertemu mereka pada hari Sabtu ini. Sejauh mana Amerika dapat memecahkan kesatuan dokongan Arab terhadap Kerajaan Palestin pada hari Sabtu ini akan kita saksikan nanti. Ini sangat bergantung kepada sekuat mana keimanan pimpinan Arab kepada kekuasaan Allah swr sehingga tidak takut kepada ancaman Kuasa Besar Dunia Amerika, seutuh mana persaudaraan sesama Islam dan kefahaman mereka terhadap bahaya musuh dan kepentingan membawa Risalah Islam terus menerus walau berhadapan dengan berbagai rintangan.

Kita menyatakan sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan Palestin yang baru dibentuk dan menyeru umat dan negara Islam khususnya Malaysia segera mengiktiraf, mendokong dan membantu dengan kewangan dan moral. Sesungguhnya umat yang sedang dijajah kejam sudah tentu tidak mampu membangkitkan ekonomi dengan baik sebaliknya berharap belas dan bantuan luar dari saudara seIslam terutama negara-negara yang Allah anygerah minyak dan kekayaan. Semoga dengan dokongan ini, hasrat membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat, insyaallah.


Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
Naib Presiden ISMA
B.Engineering, B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo)
012 - 659 0000 ust.halim@excite.com
Sunnah and Hadith

"And whatever the Messenger gives you, take it, and whatever he forbids you, leave it. And fear Allah: truly Allah is severe in punishment. " [Qur'an 59:7]


--------------------------------------------------------------------------------

In Islam, the Arabic word sunnah has come to denote the way Prophet Muhammad (saas), the Messenger of Allah, lived his life. The Sunnah is the second source of Islamic jurisprudence, the first being the Qur'an. Both sources are indispensable; one cannot practice Islam without consulting both of them. The Arabic word hadith (pl. ahadith) is very similar to Sunnah, but not identical. A hadith is a narration about the life of the Prophet (saas) or what he approved - as opposed to his life itself, which is the Sunnah as already mentioned.

In M. M. Azami's Studies in Hadith Methodology and Literature, the following precise definition of a hadith is given,

According to Muhaddithiin [scholars of hadith -ed.] it stands for 'what was transmitted on the authority of the Prophet, his deeds, sayings, tacit approval, or description of his sifaat (features) meaning his physical appearance. However, physical appearance of the Prophet is not included in the definition used by the jurists.'

Thus hadith literature means the literature which consists of the narrations of the life of the Prophet and the things approved by him. However, the term was used sometimes in much broader sense to cover the narrations about the Companions [of the Prophet -ed.] and Successors [to the Companions -ed.] as well.

The explosion of Islam in the 7th and 8th centuries confronted Islamic scholars with a daunting task: to preserve the knowledge of the Sunnah of the Prophet (saas). Hence the science of hadith evaluation was born. We recommend that you read the "Introduction to the Science of Hadith" below to understand the tremendous efforts that were required to sift the true reports from the false reports. The success of the early scholars is also captured below by some collections of hadith.


--------------------------------------------------------------------------------

Science of Hadith
1.An Introduction to the Science of Hadith

2.A brief introduction to the classification of hadith (courtesy of Perspectives)

3.A comparison between modern historical methodology and hadeeth methodology.


Large Collections
1.A collection of the ahadith in Sahih Bukhari

2.A collection of the ahadith in Sahih Muslim

3.A partial collection of the ahadith in Sunan Abu-Dawud

4.A collection of the ahadith in Malik's Muwatta

5.Search hadith database

Miscellaneous Collections

1.A collection of 40 hadith qudsi


Other Articles on the Sunnah

1.Adhering to the Sunnah of the Prophet (saas)

Sponsored by the MSA.

Bagaimana Dengan Merokok?
Hindar Pembaziran Dalam Bulan Ramadhan
Bagaimana Dengan Merokok?

PADA BULAN RAMADHAN KALI INI, dengan kedudukan ekonomi negara yang tidak menentu, umat Islam khususnya dapat memanfaatkan syiar Ramadhan itu dengan lebih bermakna lagi. Bulan Ramadhan yang selalunya dianggap sebagai satu bulan tarbiyah bagi umat Islam melatih diri dalam hal-hal keduniaan termasuklah makan dan minum secara berlebihan. Oleh yang demikian, saranan untuk rakyat Malaysia berjimat cermat menjadi satu seruan yang lebih bererti lagi pada bulan Ramadhan ini.


Baru-baru ini kepimpinan negara telah menganjurkan supaya beberapa tabiat keterlaluan yang dahulunya menjadi kelaziman, terpaksa dibendung demi untuk keutuhan bangsa dan negara. Rakyat diajak tidak membazir misalnya mengurangkan penggunaan gula dan juga bahan-bahan makanan mewah yang diimport. Saban tahun, mesej yang sama kerap kedengaran khasnya apabila menjelang bulan Ramadhan kerana secara tidak langsung kita berbelanja agak berlebihan untuk juadah berbuka puasa mahupun bersahur. Oleh itu, mesej penjimatan yang ditekankan kebelakangan ini sepatutnya sekaligus dapat diperkuatkan semasa bulan Ramadhan kali ini.

Pastinya, segala perbuatan yang menjurus kepada amalan pembaziran baik dalam apa bentuk sekalipun perlu dihindarkan. Salah satu contoh yang paling jelas adalah amalan merokok.


Mesej ini telah beberapa kali diulangi sepanjang tahun lalu sahaja, bermula dengan seminar Tembakau, Kesihatan dan Islam anjuran Pusat Racun Negara (PRN) dengan Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.


Seminar tersebut telah membangkitkan banyak isu dan ketetapan tentang bukan sahaja betapa tidak berfaedahnya amalan merokok bahkan boleh mengakibatkan berbagai jenis penyakit. Tabiat merokok merupakan satu pembaziran daripada berbagai segi; baik wang ringgit, kesihatan mahupun pemeliharaan alam sekitar. Berdasarkan kepada aspek-aspek ini, dapatlah disimpulkan bahawa amalan merokok adalah satu amalan yang tidak menguntungkan. Dengan menghindarkan diri dari merokok bukan sahaja dapat membantu negara di masa kemelesetan ini bahkan sebagai satu kepatuhan kepada kehendak agama Islam. Dengan lain perkataan, amalan merokok ini perlu dihentikan seberapa segera yang boleh.


Lebih daripada itu, bulan Ramadhan sesuai sebagai satu bulan tarbiyah, dapat membantu ramai di antara mereka yang benar-benar ingin berhenti merokok. Bulan Ramadhan secara langsung dapat mendidik naluri ingin merokok bagi memudahkan lagi tabiat pembaziran ini dibasmi sama sekali. Yang jelas, seluruh umat Islam, perokok ataupun bukan, berjaya berpuasa untuk sehari suntuk buat sekurang-kurangnya sebulan. Ini menggambarkan betapa mudahnya untuk berhenti merokok. Ini dapat dilakukan sekiranya perokok tersebut mempunyai niat yang benar-benar nekad untuk berhenti merokok. Maksudnya seseorang itu bukan hanya berniat untuk berhenti merokok sekadar sehari mahupun untuk sebulan tetapi untuk selama-lamanya, ini pastinya dapat dilakukan dengan jayanya.


Iktibar daripada bulan Ramadhan dalam hal ini sepatutnya tidak lagi menjadi keraguan bagi sesiapa juga yang ingin berhenti merokok. Pokoknya, niat untuk berhenti merokok ini mestilah disertai dengan keazaman yang tinggi sepertimana kita berpuasa pada bulan Ramadhan. Oleh yang demikian, adalah didoakan pada bulan Ramadhan kali ini lebih ramai umat Islam khususnya dapat melaksanakan amalan puasa dengan sebaik-baiknya sekaligus mentarbiyahkan diri dalam menjauhkan diri dari segala bentuk pembaziran, apa lagi jika pembaziran yang juga mengancam kesihatan diri, keluarga dan juga masyarakat orang Islam khasnya. Oleh itu berhentilah merokok.



--------------------------------------------------------------------------------

BAGAIMANA ANDA HARUS MULA UNTUK BERHENTI MEROKOK?
Tetapkan Tujuan/Bulatkan Tekad


Tetapkan tarikh anda bercadang untuk berhenti dan berazam untuk berhenti pada tarikh tersebut.
Contoh: 1 Syawal 1418 atau 30 Januari 1998

INGAT!
BERHENTI MEROKOK PADA TARIKH
YANG DITETAPKAN


Beritahu keluarga, rakan-rakan dan teman sekerja bahawa anda mahu berhenti merokok. Mintalah kerjasama dan dorongan mereka. Bagi mereka yang masih lagi ingin meneruskan tabiat mereka, seharusnya memberikan kerjasama kepada teman-teman anda yang ingin berhenti merokok. Janganlah cuba mempengaruhi mereka untuk merokok atau mempersendakan mereka. Hormatilah perasaan rakan anda.


Bersedia membuat perubahan sebelum anda berhenti

Tukar persekitaran anda. Buang semua rokok dan tempat habuk rokok dari dalam rumah, kereta dan tempat kerja anda. Hapuskan bau rokok dalam kereta dan rumah anda. Elakkan lain-lain keluaran tembakau seperti cerutu, paip dan sentil tembakau.

Mula untuk menukar tabiat anda. Elakkan merokok di tempat-tempat dimana anda menghabiskan masa yang lama di dalamnya seperti di dalam rumah dan di dalam kereta.

Fikirkan semula tentang percubaan anda untuk berhenti merokok pada masa yang lalu. Fikirkan apakah perkara yang membantu atau menyukarkan anda untuk berhenti merokok.

Fakta tentang pertambahan berat badan


Pertambahan berat badan berbeza antara individu. Purata pertambahan berat badan seseorang adalah kurang daripada 5 kg. Tumpukan perhatian kepada bagaimana cara untuk berhenti merokok sebelum merasa risau tentang pertambahan berat badan.
Risiko pertambahan berat badan adalah kecil jika dibandingkan dengan risiko penyakit yang bakal dihadapi oleh seorang perokok.
Amalkan aktiviti bersukan, makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin disamping mengurangkan pengambilan lemak. Tidur yang cukup dapat membantu.
Kelihatan menarik adalah lebih bermakna sekiranya anda berbau bersih, pakaian bebas daripada bau asap rokok, nafas segar dan anda sentiasa dalam keadaan sihat.
Menggunakan keluaran tembakau tanpa asap tetap merbahaya sebagaimana merokok. Ia akan menyebabkan ketagihan.
Seperti merokok, menghisap atau mengunyah tembakau mempunyai akibat kesihatan yang serius termasuk barah mulut, masalah gigi dan gusi dan masalah jantung.
BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERJAYA BERHENTI MEROKOK TANPA PENINGKATAN BERAT BADAN?


Tentukan anda mendapat sarapan pagi yang baik
Kurangkan atau hapuskan terus makanan ringan 'snek' diantara waktu makan
Jika boleh, hindarkan kalori yang diproses sebanyak mungkin daripada makanan
Hindarkan atau kurangkan makanan berlemak
Hindarkan atau kurangkan makanan yang mempunyai banyak gula seperti:
Aiskrim, gula-gula, kuih-muih.
Bijirin yang dipermaniskan
Minuman ringan atau minuman buah-buahan yang dipermaniskan (minum air buah-buahan segar dan bukan buah-buahan dalam tin)
Awasi apa yang anda minum. Hindarkan meminum sebarang minuman beralkohol, teh, kopi dan minuman berkola. Minuman seperti ini mengandungi kafein yang boleh meransang anda untuk merokok. Begitu juga dengan alkohol.
Kurangkan pengambilan lemak haiwan secara keterlaluan
kurangkan daging (ikan dikecualikan)
kurangkan lemak haiwan (gunakan susu skim bagi menggantikan susu penuh krim; kurangkan keju dan mentega)
gunakan bahan sapuan pada roti yang tidak mengandungi banyak lemak dan berkrim. Gunakan pada jumlah yang kecil sahaja. Cuba gunakan mentega berkacang sebagai ganti mentega biasa.
berhati-hati terhadap semua bahan-bahan yang digoreng atau dibakar - kebanyakkannya mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAK DARIPADA KETAGIHAN SEMULA?


Kebanyakan kejadian ketagihan semula berlaku tiga bulan selepas berhenti merokok. Jangan merasa hampa sekiranya anda merokok semula. Cuba fikirkan ramai orang mencuba beberapa kali sebelum mereka berjaya berhenti merokok. Kenalpasti kelemahan anda yang menyebabkan anda merokok kembali dan cuba atasi perkara tersebut.


Beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda merokok kembali


Alkohol - Anda harus mempertimbangkan untuk mengurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol semasa anda cuba berhenti merokok. Pada masa yang sama elakkan meminum kopi, teh dan minuman berkola. Banyakkan minum air dan makan buah-buahan.

Perokok lain dalam rumah - Cuba ajak ahli keluarga atau teman serumah yang merokok untuk bersama-sama berhenti merokok. Cari jalan yang sesuai untuk tidak bersama-sama mereka yang merokok sekurang-kurang untuk sementara waktu. Jauhkan daripada berada dikeliling mereka.

Pertambahan berat badan - Berusaha selesaikan satu masalah dalam satu masa. Bersedia untuk berhenti merokok terlebih dahulu kemudian barulah fikirkan tentang pertambahan berat badan (Berat badan anda mungkin tidak akan bertambah!).

Gejala penarikan (gian) - Tubuh anda akan melalui beberapa perubahan semasa anda cuba berhenti merokok. Anda mungkin mengalami mulut kering, batuk, gatal tekak dan gelisah. Banyak minum air dan makan buah-buahan dapat membantu melegakan keadaan ini. Plaster atau gula-gula getah bernikotin juga boleh membantu.


Minda anda - Hindarkan minda anda daripada memikirkan tentang rokok. Banyakkan gerak kerja luar dan riadah. Buatlah perkara-perkara yang anda gemari kecuali merokok.

Simpan satu senarai - Senaraikan perkara-perkara yang pernah membuat anda gagal berhenti merokok pada masa lalu, awasi perkara tersebut daripada berlaku dan belajarlah daripadanya.

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?