Sahabatku
Friday, October 26, 2007
Name: "Penulis Luar"
Penerbitan Siaran Sharjah disampaikan
oleh Ra'ad dan proram bernama
Buku Berjudul: "Semua Hindu Bangunlah"
Tajuk kecil : "Protkol Ketua Hindu"
Pengarang : Dr. R. Singh
Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan:
1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.
2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.
3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja.
4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan menentang Islam.
5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya.
6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka.
7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin.
8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang islam)
9. Cuba rosakkan bekalan makanan
dalam kedai orang Islam sekiranya anda
bekerja dengan orang Islam.
10. Jadilah sahabat mereka, dapatkan
kepercayaan dan kemudian khianatilah
mereka.
11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.
12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi anak2 dan isteri mereka cara mereka berfikir.
13. Pakailah tali hitam di
pergelangan tangan anda.
TOLONG SEBARKAN KEPADA SERAMAI MUNGKIN
ORANG ISLAM.
DR. MOHD ANIS BIN HARON @ HARUN
Medical Practice Division
20th-21st Floor, Bangunan PERKIM
Jalan Ipoh, 51200 K. Lumpur
Tel: (03) 40457725 Fax: (03) 40457740
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan andadipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga
Wednesday, October 24, 2007
10
Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada
waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.
2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama
sekali saudara membuang masa walau sedikit pun
dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.
3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang
betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar
Islam.
4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.
5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah
itu, sentiasa tenang lagi tenteram.
6) Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak
mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki
oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu
tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang
boleh memberi kebajikan.
9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara
bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana
asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita;
oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak
mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka
segerakanlah perlaksanaannya.
Imam al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4
perkara bagi menjaga keelokan akhlak iaitu :
1. Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang
mengenai sesuatu perkara seboleh yang mungkin kerana ia lebih banyak
mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Ia adalah punca akhlak buruk
seperti riya', hasad dengki, bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Jika
terpaksa juga berbahas maka kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam
hatimu iaitu :
a. Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira ia
berada di sebelah kamu atau pihak lain
b. Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan
orang lain
2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang
mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya
3. Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar
yang zalim malah jika boleh jangan berjumpa dengan mereka kerana lebih
banyak padahnya daripada faedah
4. Jangan menerima sebarang pemberian daripada
golongan pembesar walau pun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber
yang halal kerana dibimbangi kamu akan terhutang budi sehingga takut untuk
menegur kesalahannya
Imam al-Ghazali pernah berpesan agar dilakukan 4
perkara berikut agar dapat cantikkan akhlak iaitu :
1. Bermu'amalat atau berurusanlah dengan Allah
sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu. Kami tidak
berasa bingung atau marah dengannya. Apa yang kamu tidak suka dilakukan
oleh orang bawahanmu maka Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian
kerana Allah itu adalah Tuhanmu yang hakiki
2. Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain
maka perbuatlah sebagaimana kamu mahu diperbuat ke atas dirimu kerana
tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain
memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya
3. Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu maka
pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu.
Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi nescaya kamu
hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri
daripada belenggu dunia
4. Jangan mengumpul harta dunia lebih daripada
keperluanmu untuk tempoh setahun kerana Rasulullah s.a.w sendiri hanya
menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk tempoh sehari
setengah sahaja.
10 Pesanan Untuk Nabi Musa
ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya daripada Jabir bin Abdillah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran pesanan dalam 10 perkara:
1. Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan suatu apa pun bahawa Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang Musyrikin.
2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
4. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak menyucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
5. Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan itu, maka bukan daripada-Ku.
6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
7. Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetangga sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
8. Jangan menyembelih korban untuk selain daripada-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
9. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
10. Jadikan Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa dan Allah memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku.”
Musibah manusia di dunia:
· Sakit pada waktu mengembara
· Miskin di hari tua
· Maut pada waktu masih muda
· Buta setelah melihat
· Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung -Ahli Hikmah
Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup, yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang bertaqwa dan Allah marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta, yang memaksa dan yang kurang cerdik
-Ahli Hikmah
Ada tiga hal yang meningkatkan kemuliaan seseorang:
· memaafkan orang lain dan menghilangkan bekas-bekas kesalahannya;
· memberi sesuatu kepada orang lain yang tidak memberi sesuatu kepadanya;
· menghubungkan silaturahmi dengan orang yang memutuskannya.
Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci
rahsianya
Waktu adalah kehidupan manusia.
Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan.
Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan.
Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat.
Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan.
Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga.
Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap Tuhannya.
Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya.
Sesungguhnya kewajipan-kewajipan hamba didunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.
Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan malihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya.
Barangsiapa yang meremehkan penguasa, dia akan kehilangan dunianya.
Barangsiapa yang meremehkan ulama, dia akan kehilangan agamanya. Dan barangsiapa yang meremehkan kawannya, dia akan kehilangan kemanusiannya.
Bohong, orang yang berpendapat bahwa kejahatan
harus diredam dengan kejahatan, Apabila dia benar, silakan dia menyalakan dua api.
Apakah api yang satu dapat memadamkan api yang lain? Yang dapat meredam kejahatan adalah kebaikan,sebagaimana air dapat memadamkan api.
Seorang alim harus mengajar dirinya
sebelum mengajar orang lain, dan hendaknya mengajar dengan perilakunya sebelum mengajar dengan ucapan-ucapannya
Ibrahim bin Adham terkenal sebagai seorang yang zahid. Kata-katanya penuh dengan hikmah dan selalu dijadikan pedoman orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah. Pernah suatu ketika seorang muslim datang kepadanya meminta kepada beliau, "Wahai Ibrahim, berilah kami wasiat agar seluruh kehidupan kami bermanfaat
!". Maka Ibrahim Al Adham menjawab :
1. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan akhirat.
2. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan memperindah penampilan fizik maka sibukkanlah dirimu dengan memperindah dan mempercantikkan batinmu.
3. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengurus perkebunan maka sibukkanlah dirimu dengan memakmurkan kuburan.
4. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengabdikan diri kepada sesama manusia, maka
sibukkanlah dirimu dengan mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin.
5. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengatakan aib orang lain, maka
sibukkanlah dirimu dengan keburukan dirimu sendiri.
6. Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai taman pertanian yang akan menghantarkan engkau
ke pohon raya di akhirat kelak.
Wahai anakku,
tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya
tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu
tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan
diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih
celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka
merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya. -Luqman Hakim
TIGA wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan peringatan kepada umat Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di dunia.
Mereka ialah Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.
Pesanan Abu Royam:
– Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain.
– Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
– Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih.
Pesanan Al-Syibli:
– Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.
– Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.
– Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan kebendaan.
Pesanan Hasan:
– Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah orang yang bijak.
– Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.
– Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.
10 Wasiat
Luqman Hakim
1. Kamu hendaklah
sentiasa berada dalam majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para
hukama'(orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati
dengan hikmat sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang
lebat.
2. Berkawan dan
hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan
menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah
kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada
mereka, kamu turut merasai nikmat itu.
3. Sekiranya engkau
seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti
dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut
menjadi mangsanya. -Luqman
Hakim
4. Janganlah engkau
menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi
hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
5. Jangan sekali-kali
engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang
bila-bila masa sahaja.
6. Dunia ini bagaikan
lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah ditenggelamkannya.
Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang
menyirami tanaman.
7. Pukulan bapa ke
atas anaknya bagaikan air yang menyirami tanaman.
8. Tiga orang yang
tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan iaitu:
a. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah.
b. Orang yang berani melainkan ketika berperang.
c. Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan
pertolongan daripada mereka.
9. Sesungguhnya dunia
ini sedikit sahaja, sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu.
Manakala umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih
sedikit tadi.
10. Tanda-tanda seorang
pendengki itu ada tiga iaitu:
a. Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.
b. Memuji-muji kawannya apabila berada berasama mereka.
c. Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.
Wasiat Nabi
junjungan kepada Saidina Ali R.A
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri
Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak
meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha
terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti
syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk
pada perintahNya -Imam Syafi'
Sesiapa yang
memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka
sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang
menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya. Dan bila tidak berguna nasihat
secara sembunyi , maka minta tolonglah orang-orang yang baik untuk
mencegahnya dari perbuatan maksiat. Maka jika tidak dikerjakan yang
demikian, pasti perbuatan maksiat itu akan menjalar dan bermaharajalela
sehingga menghancurkan semua - Abu Dardaa' r.a
Satu dirham
disedekahkan ketika masa sihat dan bakhil lebih afdal (baik) dari seratus
dirham diwasiatkan ketika akan mati. - Ibnu Mas'ud
Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka
yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan
kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima
pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya -Imam Syafi'
Jika engkau
mendengar suatu kalimat dari seorang muslim, maka bawalah kalimat itu pada
sebaik-baiknya tempat yang engkau temui. Jika engkau tak mampu untuk
mendapatkan wadah tempat kalimat tersebut, maka celalah dirimu
sendiri. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Jika engkau
berbuat dosa, maka memohon ampunlah, karena sesungguhnya dosa-dosa itu telah
dibebankan di leher-leher manusia sebelum ia diciptakan. Dan sesungguhnya
kebinasaan yang dahsyat itu adalah terletak pada melakukan dosa secara
terus-menerus. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq"
Barangsiapa
yang rizkinya lambat, maka perbanyaklah istighfar. Barangsiapa yang dibuat
kagum oleh sesuatu dan menginginkannya demikian terus, maka perbanyaklah
ucapan maa syaa-allah laa quwwata illa billah -Al-Imam Ja'far
Ash-Shodiq
Allah telah
memerintahkan kepada dunia, 'Berkhidmatlah kepada orang yang berkhidmat
kepadaku, dan buatlah payah orang yang berkhidmat kepadamu. -Al-Imam
Ja'far Ash-Shodiq
Tidaklah kebaikan itu
sempurna kecuali dengan tiga hal : menganggapnya rendah (tidak bererti
apa-apa), menutupinya dan mempercepatnya. Sesungguhnya jika engkau
merendahkannya, ia akan menjadi agung. Jika engkau menutupinya, engkau telah
menyempurnakannya. Jika engkau mempercepatnya, engkau akan dibahagiakannya.
-Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Fugaha itu
orang yang memegang amanah para rasul, selama tidak masuk ke dalam
pintu-pintu penguasa. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Jika engkau
menjumpai sesuatu yang tidak engkau sukai dari perbuatan saudaramu, maka
carilah satu, atau bahkan sampai tujuh puluh alasan, untuk membenarkan
perbuatan saudaramu itu. Jika engkau masih belum mendapatkannya, maka
katakanlah, 'Semoga ia mempunyai alasan tertentu (kenapa berbuat demikian)
yang aku tidak mengetahuinya. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Empat hal yang
tidak seharusnya bagi seorang yang mulia untuk memandang rendah : bangunnya
dia dari tempat duduknya untuk menemui ayahnya, berkhidmatnya dia kepada
tamunya, bangunnya dia dari atas binatang tunggangannya, dan berkhidmatnya
dia kepada seorang yang menuntut ilmu kepadanya. -Al-Imam Ja'far
Ash-Shodiq
Barangsiapa yang
masuk ke dalam tempat-tempat orang-orang bodoh, maka ia akan dipandang
rendah. Barangsiapa yang bergaul dengan ulama, ia akan dipandang mulia.
Barangsiapa yang masuk ke dalam tempat-tempat kejelekan, maka ia akan
dituduh melakukan kejelekan itu.-Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Barangsiapa yang
membuka kesalahan orang lain, maka akan dibukakanlah kesalahan-kesalahan
keturunannya. Barangsiapa yang menghunuskan pedang kezaliman, maka ia akan
terbunuh dengannya. Barangsiapa yang menggali sumur agar saudaranya masuk ke
dalamnya, maka ia sendirilah yang nanti akan jatuh ke dalamnya.- Al-Imam
Ja'far Ash-Shodiq
Ibrahim bin Adham berkata. " Ada sepuluh hal yang membuat do'a tidak dikabulkan : "
1. Kalian telah mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-haknya.
2. Kalian telah membaca Al Qur'an tetapi tidak mengamalkan isinya.
3. Kalian mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi meninggalkan sunnahnya.
4. Kalian mengaku benci kepada syaitan tetapi tetap memenuhi ajakannya.
5. Kalian mengaku ingin masuk surga tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6. Kelian menginginkan selamat dari api neraka tetapi kalian menjerumuskan diri kepadanya.
7. Kalian menyakini kematian merupakan suatu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.
8. Kalian sibuk mengurusi aib orang lain tetapi mengabaikan aib sendiri.
9. Setiap waktu kalian menguburkan orang yang wafat tetapi setiap itu pula kalian tak pernah mengambil pelajaran daripadanya.
10.Kalian telah menikmati kurniaan Allah tetapi kalian tidak pernah mensyukurinya.
Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki. Yang paling tenang hidupnya, orang yang qana'ah. Yang paling rendah kehidupannya, mereka yang menolak dunia. Dan yang paling besar penyesalannya, orang yang berilmu yang melampaui batas
-Ahli Hikmah
Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka
-Ahli Hikmah
sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan
- Ibnu Abbas
Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah lama gembiranya di akhirat dan lebih lama kenyang di dunia akan lebih banyak lapar di akhirat
- Ibnu Asahir
Tiga macam yang
tidak diketahui kecuali pada tiga macam:
1. Orang yang sabar
tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang
3. Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada kepentingan)
-Luqman
Al-Hakim
Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama' dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama'
kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah
sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujan
yang lebat- Al-Hukama'
Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar
-Abul -Abbas Al Masri
Perkataan itu
seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu
banyak bercakap nescaya membunuh -Amru Al-As
Abu Laits berkata :
"Awaslah kamu dari ketawa berlebih-lebihan kerana ketawa mengandung 8
bahaya.
· Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.
· Memberanikan orang bodoh kepadamu
· Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila engkau alim
berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika ketawa beerti telah
memuntahkan ilmunya.
· Melupakan dosa-dosa yang lampau
· Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak
membekukan hatimu.
· Melupakan mati dan akhirat
· Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawamu
· Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat.
Buku adalah:
Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekerja.
Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu.
Kawan yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan.
-Ahmad bin Ismail
Adakalanya
seseorang melepas satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang di
sekitarnya, maka Allah murka padanya. Lalu murka Allah itu merata kepada
orang-orang disekitarnya. Dan adakalanya seseorang berkata kalimat yang
diredai Allah maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu merata kepada
orang-orang disekitarnya. - Ibrahim Annakha'i
Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi
-Yazid bin Abi Habib
Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya
-Sahl bin Abdullah At-Tusturi
Ketika Haatim al-Asham datang berkunjung kepada Imam Ahmad,
Imam bertanya,"Beritahukan kepadaku,bagaimana caranya mencari selamat dari manusia ?"
Haatim menjawab, "Dengan tiga hal:
1. Anda memberi harta kepada mereka, dan jangan mengambil harta mereka.
2. Berikan hak-hak mereka dan janganlah menuntut hak Anda dari mereka
3. Bersabarlah menghadapi gangguan mereka dan jangan mengganggu mereka
Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya
-Ahmad Athaillah
Berhati-hatilah kamu. Jangan sampai menulis masalah apapun dari ahlul ahwa` sedikit ataupun banyak. Dan berpeganglah dengan ahli atsar dan sunnah.
-Imam Ahmad
Kunci
amal-amal dunia ialah kenyang manakala kunci akhirat pula adalah lapar - Syeikh
Abu Sulaiman ad-Darani
Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu mereka menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya beban
-Al-Hassan Al-Bashri
Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman
-Abul Qasim Al-Junaid
Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka. Cendikiawan membuat sejarah dengan akal pikiran mereka.
Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka. Apabila hati, akal dan jiwa saling menunjang untuk membuat sejarah,
pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan padam obornya.
-Dr. Mustafa Assiba'i
Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya
ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata-Imam Syafi'e
Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang itu pantas disebut orang besar di segala petala langit
-Nabi Isa A.S
Orang kaya itu
tetap tempatnya di bawah orang yang miskin baik di syurga atau neraka
kecuali yang selalu bersedekah. Namun sedikit sekali yang berbuat demikian
kerana syaitan merintangi mereka untuk bersedekah. - Abu Laits
Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang
mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu
akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan. -Imam Abdullah bin
Alwi al-Haddad al-Husaini
Apabila adanya sahabat
engkau datang menziarahi engkau maka jangan kamu bertanya kepadanya : Adakah
engaku sudah makan? atau : Bolehkah aku menyediakan untuk engkau makanan?.
Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan samada dia akan makan atau
jika tidak maka angkatlah makanan itu. -Imam
Sufian ath-Thauri
Syaitan lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil
kerana orang alim apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain
dengan kejahilannya sedangkan orang jahil tidak begitu -Imam
Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana
dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya
sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia
memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang
mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam
perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan
amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. -Imam Umar bin
Abdul Aziz
Musibah itu hanya
satu bala tetapi jika orangnya mengeluh maka menjadi dua bala. Yang satu
bala musibah dan yang kedua hilangnya pahala musibah itu - Abdullah bin
Almubarak
Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi
supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu
adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan
batinnya - Imam Abu Hanifah
Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak
meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha
terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti
syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk
pada perintahNya -Imam Syafi'e
Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu
mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan
rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala
kekuasan Allah.-Imam Syafi'
Aku tidak pernah melihat kezuhudan yang lebih sulit daripada kezuhudan
terhadap kekuasaan. Kita banyak menemui orang-orang yang zuhud dalam
masalah makanan, minuman, harta dan pakaian. Namun ketika diberikan
kekuasaan kepadanya maka ia pun akan mempertahankan dan berani bermusuhan
demi membelanya - Sufyan Ats-Tsauri
Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan
dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya
sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau -Imam Syafi'
Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia
sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia
dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum
diketahui.Orang jahil pula sentiasa menyisih
diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar -Imam Syafi'
Tiada bekal
yang lebih utama daripada takwa. Tiada sesuatu yang lebih baik daripada
diam. Tiada musuh yang lebih berbahaya daripada kebodohan. Tiada penyakit
yang lebih parah daripada berbohong. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

![]()
Ilmu itu lebih baik
daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu
penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila
dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib
Kecantikan bukan
terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan
akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Jadilah seperti
pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya
dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Alangkah buruknya
kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina
Ali bin Abi Talib
Jangan berkawan dgn
orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin
membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan
orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan
orang yang bakhil
kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah
bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk
menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib
Hanya lidah yang
mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah
tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota
badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib
Jangan engkau
percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh
memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya,
itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab
Nilai
seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar
kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap
perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar
kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang yang terlalu
memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai
bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib
Agama buat
kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang
tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa
lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal .
Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar
ialah akhlak yg baik.
- Saidina Ali bin Abi Thalib
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya
-Saidina Umar al-Khattab
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika
kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Banyak berhutang
akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan - Saidina Ali bin Abi Thalib
Manusia yang
berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh
penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib
Barangsiapa yang
jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab
Sesiapa yang
dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar
dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah
memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan
dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta
memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang
mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah- Saidina
Abu Bakar As-Siddiq
Bagi setiap nikmat
ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana
kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas - Saidina Ali bin Abi Thalib
Kemarahan orang
yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada
orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Apabila kamu merasa
letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang
dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu
berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan
dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib
Dua nikmat yang
sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Peliharalah iman kamu
dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan
zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada
Allah
- Saidina Ali bin Abi Thalib
Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat.
- Saidina Ali bin Abi Thalib
Keadilan itu syurga bagi orang
yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang
yang bersifat zalim - Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya
-Khalifah Ali bin Abi Talib
Kalau engkau
berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula
bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya -Saidina Umar bin Al-Khatab
Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “ apabila dia memang tidak tahu.
Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
· Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .
Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Saidina Ali r.a berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
(memelihara diri & hati-hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.
Semua perangai tercela ditempatkan dalam sebuah rumah, dan kunci rumah itu adalah ketidak jujuran.
-Imam Hasan Al-Askari
Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat.
Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.
Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak
bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan.
-Said bin Suwaid
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.
-Al-Ahnaf bin Qais
Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah
- Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya
:
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati
Kamu menutup
pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak
malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang
Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. - Al
Fudhail bin Iyaadh
Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang
yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat
dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu
bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri
" Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera
bertaubat.-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
Orang akan
tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi
apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka
sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim
Siapa yang
mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufiq untuk
mencapai apa yang belum diketahui - Al-Auzaa'i
Siapa yang
mendamaikan dua orang yang sedang bersengketa Allah akan memberinya pahala
untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan budak - Anas
r.a
Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya
-Imam Al-Ghazali
Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi
kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan
terpilih - Ibnu Maqaffa
Usaha yang halal
itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit -Ibnu Abbas
Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi
tanah - Wahab Munabih
Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut
-Ibrahim bin Adham
Tuesday, October 23, 2007

Bahan - bahannya :-
1 kg ikan pari
6 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih )dikisar
1/2 inci halia )
1 sudu teh lada hitam)
2 batang serai
1/2 paket santan
Cara membuatnya :-
-Panggang ikan pari dalam ketuhar
-Tumiskan bahan kisar dalam minyak panas,kemudian letakkan santan dan juga serai.Kacau sehingga rata.
-Tuangkan bahan yang siap tadi di atas ikan pari.
-Sedia untuk dihidangkan.

KERABU JANTUNG PISANG
Bahan - bahannya :-
2 biji jantung pisang
1/2 paket santan
1 sudu teh belacan )
1/2 sudu teh lada hitam )
5 biji bawang merah ) dikisar
3 biji limau nipis )
Garam
Gula
Bahan perasa
Cara membuatnya:-
- Jantung pisang di celur terlebih dahulu.Kemudian di belah dua.
- Kisar belacan,lada hitam juga bawang merah serta perahkan sedikit limau nipis dan masukkan juga santan.
- Didihkan bahan tadi bersama jantung pisang.
- Masukkan garam ,gula dan bahan perasa secukup rasa.
- Sedia untuk dihidangkan.

SIPUT TIMBA MASAK LEMAK KUNING
Bahan - bahannya :-
1 kg siput timba
20 biji cili api
2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 1/2 biji kelapa ( santan )
Daun kunyit
2 batang serai
Garam
Gula
Bahan perasa
Cara membuatnya :-
- Kisar bawang besar , kunyit hidup dan cili api .
- Tumis bahan kisar hingga naik bau .
- Kemudian masukkan siput timba , kacau hingga rata .
- Masukkan santan , daun kunyit dan serai yang telah dititik .
- Masukkan gula , garam dan bahan perasa .
- Tunggu hingga didih .
- Sedia untuk dihihdangkan .
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.
Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."
Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.
Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.
Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."
Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"
Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...
***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?
SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Lina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.
Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan.
Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ...!!I
Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Lina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.
Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.
Sebagai memenuhi tuntutan Lina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.
Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk
benar layanan anak kita pada abang."
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan
cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.
Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh.
Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Lina apabila anaknya bertanya.
Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.
Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Lina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu.
Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. "Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Lina terusik.Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!
Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Lina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya.
Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba
berubah.
Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada
ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.
Moralnya: errr...pikirlah sendiri. Takkan tak tau lagi kottttt.....
aku....
terluka hari ini
sengsara nya tak terkata
duka nya tiada tertanggung rasa
aku...
terduduk di pohon ini
mencari tempat berteduh
lelah rasanya tuk berdiri
aku...
sepi hari ini
sunyi dalam hati
minda seakan tidak berfungsi
aku...
ingin melangkah kaki
ingin memejam mata lagi
kali ini tak berdaya lagi
menanggung seorang diri....
sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi
adalah
makanan asas dalam hidangan mereka.
Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung
ketika
Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya
mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam.Mereka bertanya kepada
Imam,
"Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan
sampah
yang mengandung cacing
pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya.
Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam
peternakan
modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang
mencukupi.
Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria
dan
mikroba lainnya.?"Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab
pertanyaan
itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan
dua
ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan
beserta
satu babi betina Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua
ini?"
Beliau menjawab,"Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan
suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau
memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam
betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling
membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga
salah
satu dari keduanya hampir tewas.
Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut. Kemudian
beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama
dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi
jantan
yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat
seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk
menjaga babi betina dari temannya.
Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh
ghirah'
orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki
dari
kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa
rasa
cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya
bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa
rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan
sifat-sifatnya
pada orang yang memakannya.
Friday, October 19, 2007
Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...
"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..
"Maaf.. encik" jawab waiter
"Itu nama pemilik restoran ini"
ikuti perbualan gila dengan inspektor:
gila:polis,saya mahu membuat aduan tentang kehilangan kawan saya.
inspektor:bagus,siapa nama awak?
gila: gila!
inspektor:apa?
gila: gila!
inspektor: amboi kurang ajar betul. ke mana perginya sopan-santun awak?
gila: ada di luar, inspektor.
inspektor: bengong budak nih.adakah awak datang ke sini untuk mencari masalah?
gila : ya betul, tuan. bagaimana tuan tahu???
inspektor:!@#$%^&*
"Apa ini?"budak itu tanya.
"ini bayi saya dan saya sangat suka padanya"perempuan itu jawab.
Budak itu tanya "Kenapa kamu makan bayi itu?"
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"
apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis....pelik tuan warung melihatnya....lalu beliau bertanya.."kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??"
jawab si org asli tersebut.."emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je.."..tuan warung pun tersengih...
PENJUAL : Puan, belilah ubat sy nih.. mmg bgs.. mujarab dan bule ubati sume jns penyakit..
WANITA : Kalo demam camner??
PEMUDA : Pki ubat nih, msti demam tuh ilang..
WANITA : Kalo gastrik plak..??
PEMUDA : Msti gastrik tuh ilang gak..
WANITA : Kalo sakit kepala..??
PEMUDA : Kepalanye akan ilang..
WANITA : ???????
Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah , ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi .
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!
Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !
Guru:Pagi
Murid:Malam
Guru:pandai
murid:bodoh
Guru:seram
Murid:kelakar
guru:tinggi
Murid:pendek
Guru:kerdil
Murid:besar
Time ni plak cikgu dia kata jawapan dia salah tapi diorang terus sebut kata lawan dia
Guru:salah
Murid:betul
Guru:saya kata jawapan awak salah
Murid:Kamu kata soalan dia salah
Guru:gile kamu ni!!!!
Murid:Waras kami ni!!
guru:Malas saya nak ajar kamu lagi
Murid:Rajin kami nak belajar lagi.
Cikgu tu fed up dan terus bla dari kelas tu.
dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks
yang terlalu kerap.
"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan
kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan
mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang
bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.
Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami
tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang
tidur sehingga isterinya terjaga.
"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"
Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".
"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".
Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".
>Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...
>Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan
>padamu.."
>Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."
>Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."
>Isteri: "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama
>ini?! Apaabang relamenyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.
>Hadi: "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun
>bersamamu.."
1) kalau kawin dgn org Jepun, mereka akn namakan anaknya HONDA SITI
2) kalau Kawin dengan orang media, anaknya nanti bersama PUBLI SITI
3) Kalau kawin dengan developer, anaknya nanti bernama SITI SQUARE
4) Kalau dapat anak kembar, dua2 nanti namanya TWIN SITI
5) Kalau kawin dgn professor, anknya nnti dinamakan UNIVER SITI
6) Kalau kawin dgn pelakon filem Cathay Keris tahun 60an, nama anaknya nnt ialah SITI TANJUNG PAHANG
7) Kalau kawin dengan Menteri Pelancongan, nama anaknya nnt ialah SITI SITI MALAYSIA....
8) Kalau kawin dgn org TNB, anaknya nanti bernama ELEKTRIK SITI...... just 4 fun
sy takut lah mak
napa hang takut?
yelah dlm iklan tu yg digi tu ikut je mana kita pi hah lagi satu yg iklan music bck gruond tu semua org ikut tu yg sy takut tu.
hai nape lah aku ade anak camni
Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..
Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"
Banduan 1 : Saya dipenjara kerana merompak kedai 24 jam.
Banduan 2 : Saya dipenjara kerana merogol gadis bawah umur.
Banduan 3 : Saya dipenjara kerana tidak membuat ringkasan pengajaran harian semasa di sekolah.
jin:apakah permintaan kamu?
pemuda:aku nak jadi bintang
terkenal.
jin:baiklah.
Buhh!pemuda itu menjadi bintang di angkasa,tapi bukanlah menjadi bintang macam penyanyi poupular.
Emak: Hah! tempat ke 35. Kenape teruk sangat!Pernahkah Ali mendapat tempat pertama?
Ali: Tentulah pernah!
Emak: Bila?
Ali: Apabila bunyi loceng pulang atau rehat, sayalah orang pertama yang keluar dari kelas.
Emak: ???
1. Kenape orang baru bercinta suka meraba-raba?
Sebab cinta itu buta
2. Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.
3. Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
4. Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'
5. Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Usus
6. Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut
7. Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak
8. Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'
9. Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'
10. Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe
11. Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur
12. Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung
13. Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...
14. Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......
SATU sifat semula jadi manusia ialah perasaan malu jika bahagian tertentu badan dilihat oleh individu lain tanpa ditutupi. Justeru, manusia akan
cuba
menutup bahagian sulit biarpun menggunakan bahan paling asas seperti kulit binatang, daun dan sebagainya.
Dalam kaedah fikah, bahagian mesti ditutup dipanggil aurat. Namun, dalam hal ini ada perbezaan interpretasi batasan aurat mengikut agama dan budaya. Dalam agama lain, aurat dikaitkan dengan moral dan adat semata-mata. Tidak ada balasan dosa atau pahala berkaitan aurat dalam agama lain.
Interpretasi aurat dalam Islam amat ketat terutama bagi perempuan. Bagi golongan perempuan, aurat adalah seluruh anggota badan, kecuali bahagian muka dan kedua tapak tangan. Ia bertujuan untuk menjaga maruah perempuan.
Aurat bagi lelaki pula ialah antara bawah pusat dan lutut. Dalam keadaan tertentu, adalah wajib bagi lelaki menutup aurat lebih daripada apa yang ditetapkan itu jika ia mendatangkan fitnah. Perkara tidak baik mesti dijauhi.
Masyarakat bukan Islam hanya menganggap bahagian kemaluan sebagai aurat yang perlu ditutup. Bagi perempuan, satu lagi bahagian badan yang dianggap aurat ialah payu dara. Orang bukan Islam seperti megah berpakaian seksi yang dianggap satu anugerah yang mesti ditunjukkan kepada orang ramai.
Peraturan ketat terhadap wanita berkaitan pakaian bukan bertujuan menyusahkan atau menyekat kebebasan golongan wanita. Islam agama memberi kemudahan kepada umatnya. Jadi, jika ada sesuatu yang dirasakan menyusahkan, itu ada kebaikannya.
Sebenarnya, menutup aurat bukan sesuatu yang menyusahkan. Arahan itu cukup mudah untuk dipatuhi jika ada keimanan yang kuat dalam diri. Sebaliknya, jika iman dalam keadaan lemah, apapun perintah agama akan dirasakan membebankan. Sesungguhnya, syaitan sentiasa memperdayakan manusia berat untuk melaksanakan perintah Allah.
Islam tidak mengamalkan diskriminasi terhadap wanita, melainkan keperluan tabii yang membezakan antara kedua jantina ini. Islam amat menghormati dan meletakkan kedudukan tinggi untuk wanita.
Fesyen mendedah aurat tidak mematuhi etika berpakaian kerana tidak ‘lengkap’. Mendedahkan aurat samalah tidak berpakaian. Aurat adalah sesuatu yang perlu dirahsiakan kepada pandangan umum. Jika sudah terdedah
sana
sini, itu kira macam tidak berpakaian atau berpakaian tidak lengkap.
Kejadian menimpa wanita seperti dirogol, dicabul kehormatan, gangguan seksual, dibunuh dengan kejam dan mangsa fitnah banyak berpunca cara berpakaian tidak menutup aurat. Lelaki mudah tertarik kepada wanita berpakaian seksi.
Sebagai Muslim, tidak sepatutnya kita membantah atau mencari helah membenarkan apa yang salah. Apa yang kita fikirkan betul tidak semuanya mendatangkan kebaikan. Allah lebih mengetahui apa yang ditetapkan untuk manusia.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidaklah harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidak harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 36).
Konsep menutup aurat dikehendaki Islam bukan sekadar menutupnya. Sebenarnya, menutup aurat mempunyai maksud lebih khusus. Memakai pakaian sendat dan penggunaan kain tertentu juga termasuk perbuatan tidak menutup aurat.
Pemilihan pakaian yang longgar dan labuh satu suruhan wajib bagi setiap wanita Islam agar menepati maksud menutup aurat. Jika mereka memilih menutup aurat, biarlah benar-benar seperti ditetapkan syarak.
Memakai pakaian sendat atau ketat sehingga kelihatan seperti melekat di badan pemakainya akan menampakkan semua tempat bentuk tubuh badan. Keadaan itu sama seperti pemakainya tidak berpakaian.
Sekarang ini banyak anak gadis yang memakai ‘baju adik’. Baju itu betul-betul sendat dan labuh sekadar bawah sedikit bahagian pusat. Jika pemakainya tunduk atau mengangkat tangan, pasti nampak bahagian pusat dan pangkal punggung.
Sikap ibu bapa yang tidak ambil peduli soal jenis pakaian anak gadis amat mendukacitakan. Ibu bapa merasakan anak mereka telah menutup aurat dan berpakaian sopan. Mereka jahil tidak memahami aturan berpakaian yang ditetapkan agama.
Sekarang ini sudah menjadi trend, gadis memakai baju adik biasanya bertudung. Mereka berlagak baik dan mematuhi suruhan agama agar bertudung, yakni menutup rambut yang juga dikira aurat perempuan. Hakikatnya, mereka masih tidak menutup aurat sepenuhnya kerana memakai pakaian sendat.
Jika mereka telah memilih untuk bertudung, cubalah pula mematuhi peraturan lain dalam soal berpakaian. Selain itu, mereka perlu sedar tanggungjawab untuk menjadi Muslimah sejati. Pakaian tidak menentukan segala-galanya. Sikap dan tingkah laku mesti dijaga agar tidak melakukan perbuatan yang ditegah agama.
Pemilihan pakaian yang longgar dan labuh satu suruhan wajib bagi setiap wanita Islam agar menepati maksud menutup aurat. Jika mereka memilih menutup aurat, biarlah benar-benar seperti yang ditetapkan syarak.
MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."
Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).
Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.
Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.
Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.
Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)
Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).
Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.
Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.
Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).
Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.
Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.
Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.
Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.
Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.
Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).
Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.
Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.
Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?