-->

Sunday, July 22, 2007

Hamas Ingatkan Abbas Jangan Cuba Sentuh Pemimpin Mereka.

Gerakan Hamas menuding Mahmod Abbas bertanggungjawab atas semua yang menimpa pemimpin Hamas setelah presiden Palestin itu mengeluarkan ancaman untuk membunuh pemimpin Hamas.

Ancaman yang dimaksud adalah ucapan Abbas "pemimpin Hamas menggali kubur mereka sendiri", Hamas menegaskan bahawa mereka tidak akan mengikuti rentak Abbas dengan memberi ancaman yang sama. "Kami akan seperti pohon kurma menjulang ke langit, meski dilempar batu kami balas dengan buah kurma" tegas Hamas. Namun kami juga mengingatkan agar jangan cubamenyentuh pendokong/pemimpin Hamas kerana ia umpama bermain api. "Kami bersabar tapi berencana" menurut Hamas.

Pindato Abbas dinilai Hamas sebagai tidak bertanggungjawab dan bahasa yang digunakan tidak layak keluar dari seorang presiden bagi rakyat Palestin yang mengancam membunuh di luar undang-undang. Abbas jelas mengikut agenda politik Amerika dan Israel.

Pihak Hamas menyatakan, Abbas berpidato dengan emosional dan jauh dari kesepakatan nasional. Jelas pidatonya memutuskan jambatan dan perahu dialog dengan Hamas serta secara utuh menurut agenda jahat Amerika dan Israel.

Hamas menegaskan pentingnya membangun kembali PLO dan badan-badandi bawahnya dengan dasar nasionalisme. Hamas menegaskan kembali menolak cadangan dari badan yang tidak sah. Ajakan Hamas untuk berdialog adalah untuk kepentingan kemaslahatan dan kebaikan Palestin.

Friday, July 20, 2007

Salah Faham Terhadap Hudud


Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan dan tauhid kepada Allah SWT. Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.

Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman moden adalah hujjah yang dangkal. Sekiranya Hudud ketinggalan zaman, maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti hukum solat, puasa, haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah.

Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu dipraktikkan oleh umat Islam sekarang. Tentunya ini merupakan andaian yang liar dan tidak benar.

Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi sebenarnya di kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan digelar ekstrimis Islam belaka.

Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) yang terpisah dari sistem jenayah syariah Islam secara keseluruhan. Islam adalah sistem yang lengkap dan saling melengkapi (kamil wa mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dari keseluruhan batang tubuh Islam itu sendiri, dan begitu jugalah halnya dengan hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) tidak akan mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh golongan penentang Hudud untuk menggambarkan bahawa Hudud adalah zalim. Mereka menilai Hudud dalam bentuknya yang terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam, dan sememangnya Hudud yang diambil secara juz'i ini boleh disifatkan sebagai tidak adil atau zalim.

Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.

Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir.

Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah Syariah tidak sepatutnya berlaku.

Ibarat kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara, yang juga salah seorang ahli panel Jawatankuasa Penyediaan Rang Undang-Undang Hudud dan Qisas, " Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan mendapatkan kerjasama semua pihak, kebanyakan masalah yang melibatkan sistem Perundangan dan Kehakiman negara dapat diselesaikan, di samping mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah dan kerosakan akhlak."

Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand alone (juz'i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas. Mengikut peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (gantirugi), ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan merbahaya akan terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku, pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.

Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas), beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada waris mangsa.

Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah peri pentingnya kefahaman terhadap Siasah Syar'iah di dalam perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah. Kebanyakan mereka yang menentang Undang-Undang Hudud dan Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai kefahaman yang sangat terhad terhadap Siasah Syari'ah. Siasah Syar'iah amat penting bagi menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik. Para Hakim dan Peguam Syari'ah adalah mereka yang terlatih di dalam ilmu Siasah Syari'ah. Ini penting agar keadilan sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan.

Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di asrama wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan terhadap pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari'ah bagi membenarkan kesaksian dari kaum wanita kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah, maka kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu.

Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya. Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur. Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.

Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum Hudud merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan kemajuan saintifik dan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat. Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem perundangan Islam yang mempu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara' seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.

Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal semata-mata. Ia juga boleh berlaku melalui tipu muslihat lain seperti kaedah tekanan mental, perasaan, dan lain-lain. Seorang mangsa rogol umpamanya mungkin terpaksa menyerahkan dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih berkuasa dan berpengaruh serta boleh menjejaskan kehidupan keluarganya dalam pelbagai sudut. Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan memerlukan pendekatan Siasah Syari'ah yang lebih mendalam. Bagaimanapun, tentulah dangkal dan tidak benar untuk mengatakan bahawa hukum Islam telah ketinggalan zaman sedangkan ianya telah terbukti mampu menjadi tunggak kehakiman ummah selama lebih seribu tahun sejak terdirinya kerajaan Islam di Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah Othmaniah pada tahun 1924.

Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam. Wallahua'lam
PERANAN PENTING PEMUDA DAN PEMUDI ISLAM
Pemuda dan pemudi memang memegang peranan penting dalam hampir setiap perjuangan meraih cita-cita. Revolusi Perancis yang menumbangkan kekuasaan monarki digerakkan oleh para pemuda-pemudi. Perjuangan pro demokrasi di RRC dan Burma juga digerakkan oleh pemuda dan pemudi. Medan Tiananmen di Beijing, Cina boleh menjadi saksi bagaimana keberanian pemuda-pemudi menyongsong desingan peluru demi cita-cita demokrasi yang didambakannya. Bahkan foto yang merakamkan keberanian seorang pemuda pro-demokrasi menyongsong iringan kereta kebal menjadi foto jurnalistik terbaik sedunia seketika itu. Para pengikut setia Lenin dan Stalin di awal kemenangan komunis di Russia kebanyakannya adalah para pemuda. Pemuda Michail Gorbachev ketika berusia 18 tahun menulis, ' Lenin adalah ayahku, guruku dan Tuhanku'.


Begitu juga dalam sejarah dakwah Islam, pemuda-pemudi memegang peranan penting. Para Nabi dan Rasul yang diutus Allah untuk meyampaikan ajaran agama Allah terpilih dari kalangan pemuda yang rata-rata berusia sekitar empat puluh tahun. Berkata Ibnu Abbas ra, "Tidak ada seorang nabi pun yang diutus Allah melainkan ia (dipilih) dari kalangan pemuda saja ( antara 30-40 tahun). Begitu juga tidak seorang alim pun yang di beri ilmu melainkan (hanya) dari kalangan pemuda saja." (Tafsir Ibn Katsir III/63).


Dalam Al Quran terdapat banyak kisah pemuda dalam menegakkan kebenaran. Ada pemuda Ashabul Kahfi, pemuda Musa, pemuda Yusuf dan sebagainya. Renunglah kisah bagaimana keberanian seorang pemuda iaitu Nabi Ibrahim yang kisahnya terdapat dalam surah Al Anbiyaayat 60," Mereka berkata:Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim". Ibrahim sememangnya menentang keras kebiasaan kaumnya yang menyembah sesuatu selain Allah.Ia mencela patung-patung sembahan mereka yang sama sekali tidak memberi manfaat dan hanya mendatangkan mudharat. Dalam surah Asy Syu'ara ayat 72, diceritakan bagaimana pemuda Ibrahim berdebat mengenai cara kaumnya berfikir. "Berkata Ibrahim : " Apakah berhala-berhala itu mendengar sewaktu kamu berdoa kepadanya?Atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?" Mereka menjawab, Sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian". Jelaslah bahawa mereka menyembah berhala-berhala itu kerana taqlid buta semata-mata, tanpa ilmu. Ibrahim lantas menjelaskan siapa yang sesungguhnya berhak disembah. Berkata Ibrahim, (mulai ayat 77), "Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta alam. Yang telah menciptakan aku , maka Dialah yang menunjukkan aku dan Tuhanku yang Dialah memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkanku".


Bukan hanya berdebat,malahan Ibrahim juga bertindak. Ayat dari surah Al Anbiya menceritakan," Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar dari patung- patung yang lain, agar mereka (kaum itu) kembali bertanya kepadanya". Ketika mereka menangkap Ibrahim dan menuduhnya merosakkan berhala itu, Ibrahim meminta mereka untuk bertanya kepada berhala besar yang masih tertegak itu. Sudah tentu meraka tidak mahu melakukan kerana mereka tahu bahawa berhala itu tidak dapat berbicara."Kemudian mereka tertunduk (lalu berkata), "Sesungguhnya kamu Ibrahim telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara" (ayat 65). Akan tetapi mengapa masih disembah? "Ibrahim berkata,Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu?


Al-Quran juga menceritakan tentang ketabahan Yukabid yang melahirkan Nabi Musa AS dengan penuh ketakutan dan kebimbangan, Bidan yang membantunya terbuka hatinya dan mengasihi nya sehingga sanggup berjanji untuk merahsiakan perkara tersebut dari tentera Firaun yang kejam lagi zalim. Hari terus berlalu, Yukabid semakin risau sedangkan anaknya semakin besar, takut -takut dia dirampas dan disembelih sebagaimana yang berlaku ke atas puluhan ribu anak-anak yang lain. Turun wahyu Allah SWT "Masukkanlah dia ke dalam peti, dan buangkanlah dia ke dalam sungai, nanti akan diambil musuhKu dan musuhnya". Yukabid merasa lapang sedikit kerana menerima wahyu dan tanpa teragak-agak dia terus melaksanakannya. Dia membuat satu peti yang dicat dengan minyak tar, lalu diletakkannya anaknya dalam peti lalu dihanyutkan ke dalam Sungai Nil. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya, hati Yukabid amat pedih melihatkan peti tadi dibawa arus, entah hidup atau tidak anaknya dibawa arus, umpama menyelamatkan Nabi Musa dari pedang Firaun tapi diserahkan pula ke mulut ikan, atau dibawa arus bergelora tanpa arah yang diketahui. Yukabid tiada berdaya, dia pasrah kepada Allah SWT. Dia pasti Allahlah yang akan menyelamatkannya.


Peti itu sampai ke taman istana Firaun dan ditemui oleh dayang-dayang lalu dibawakan kepada Asiah, isteri Firaun yang soleh. Asiah terharu dan merasakan anak itu adalah anaknya sendiri tambahan pula dia tidak mempunyai anak. Dia merayu kepada Firaun agar anak initidak dibunuh.Surah Al-Qashash, ayat 9: "Cahaya mata untuk aku dan engkau! Janganlah bunuh dia! Semoga dia berguna kepada kita, ataupun kita dapat jadikan dia anak kita!". Akhirnya Firaun mengalah dan Asiah amat gembira menjadikan anak ini sebagai anak angkat, lalu mencari ibu yang boleh menyusukannya. Yang menghairankan , anak kecil itu tidak mahu disusukan walaupun telah banyak para penyusu dipanggil satu demi satu. Maryam, seorang lagi anak perempuan Yukabid, telah menawarkan diri untuk menunjukkan seorang penyusu, lalu bersama pengawal telah pergi mennemui Yukabid, anak kecil itu disambutnya dan disusui sehingga kenyang. Atas permintaan Asiah , Yukabid bersetuju menjadi penyusu anak kecil itu.Yukabid hampir tidak percaya peristiwa itu benar-benar berlaku bahawa dia dapat bertemu kembali dengan anaknya itu, tetapi itulah janji dan rahmat Allah kepadanya dan anaknya. "Maka Kami kembalikan dia(Musa) kepada ibunya, supaya dia bersenang hati, dan tiada berdukacita, dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah itu adalah benar, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.". Dia yakin dengan Allah SWT dan tabah menjalani ujian besar itu untuk menyelamatkan anaknya yang akan memikiul salah satu perutusan dari Allah SWT.


Pemuda-pemudi di Awal Dakwah Islam.


Nabi Muhammad SAW ketika diangkat menjadi Rasul berumur empat puluh tahun. Pengikut beliau yang merupakan generasi pertama,kebanyakan merupakan golongan pemuda-pemudi malahan ada yang masih kanak-kanak. Mereka dibina oleh Rasullullah setiap hari di Darul Arqam. Diantaranya adalah Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam, yang paling muda, kedua-duanya berumur 8 tahun, Thalhah bin Ubaidillah (11), al-Arqam bin Abi Al-Arqam (12) Abdullah bin Mas'ud (14), yang akhirnya menjadi salah seorang ahli tafsir terkemuka, Saad bin Abi Waqqash (17), yang kemudiannya menjadi panglima perang Al-Qhadhisiah melawan kuasa besar Persia, Jaafar bin Abi Thalib (18), Zaid bin Haritsah (20), Mush'ab bin Umair (24), Umar bin Khattab (26), Abu Bakar ash Siddiq (37), Hamzah bin Abdul Muthalib (42), Ubaidah bin Al Harits yang paling tua diantara para sahabat, berusia 50 tahun.


Dan masih terdapat puluhan ribu pemuda-pemudi lain yang terlibat aktif dalam dakwah menegakkan panji-panji Islam Al-Rayah di masa hidup Rasullullah. Umumnya, mereka adalah pemuda-pemudi, bahkan remaja yang baru meningkat dewasa. Dan tidak sedikit diantara mereka telah berperanan penting di usia mudanya. Usamah bin Zaid, ketika berusia 18 tahun, diangkat Nabi sebagai komandar pasukan Islam ketika menyerbu Syam. Padahal diantara pasukan Islam masih terdapat sahabat-sahabat seperti Abu Bakar, Umar al- Khatab yang lebih tua darinya. begitu juga Abdullah bin Umar. Jiwa perjuangan Islam telah menguasainya sejak umur 13 tahun. suatu ketika Rasulullah ketika menyiapkan pasukan untuk perang Badar, datang kepada Rasulullah dua remaja Islam, Abdullah ibnu Umar dan Al-Baraq meminta agar diterima sebagai anggota pasukan Islam tetapi Rasulullah menolak kerana mereka masih kanak-kanak. Tahun berikutnya, menjelang perang Uhud, mereka datang sekali lagi kepada Rasulullah untuk tujuan yang sama. Hanya Al-Baraq yang diterima. pada perang Ahzab barulah Ibnu Umar diterima sebagai anggota pasukan Islam (Shahih Bukhari).


Banyak juga dikalangan pemudi yang menjadi teras dalam perjuangan di peringkat awal dakwah Rasulullah SAW seperti Siti Khadijah binti Khuwailid, Siti Aisyah binti Abu Bakar - isteri Nabi Muhammad SAW, Fatimah - adik kepada Umar al - Khattab, Sumaiyah binti Khayyat, dan ramai lagi.


Pemuda-pemudi gagah berani, yang hidupnya semata-mata hanya bagi kejayaan dan kemuliaan Islam dan pemuda-pemudi seperti itulah yang sanggup memikul beban da'wah dan bersedia berkorban menghadapi berbagai ujian dan siksaan dengan penuh kesabaran. Mereka mendapat kebaikan, keampunan dari Allah dan syurga yang tak terkira nikmatnya. Mereka itulah yang disebut sebagai orang-orang muflih (beruntung).


"Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang memperolehi bermacam-macam kebaikan dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"( TMQ At-Taubah : 88).


"Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalanku (kerana mengebang da'wah Islam) yang berperang dan yang dibunuh, pasti akan Aku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Sebagai pahala di sisih Allah. Dan di sisi Allahlah terdapat pahala yang baik"(TMQ Ali-Imran: 195)


MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM


Berdasarkan dalil-dalil yang kuat, diyakini Islam akan melingkupi seluruh dunia dimasa depan.
"Dialah yang mengutuskan rasulnya (dengan membawa ) petunjuk yang benar dan agama yang hak untuk dimenangkanNya diatas seluruh agama walaupun orang-orang musyrik membencinya " (TMQ At-Taubah: 33)


"Sesungguhnya Allah telah memberikan bagiku dunia ini, baik ufuk Timur maupun Barat. dan kekuasaan umatku akan sampai kepada apa yang telah diberikan kepadaku dari dunia ini"(HR. Muslim)


"Perkara ini (agama Islam) akan merebak ke segenap penjuru yang ditembusi malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik gedung maupun gubuk melainkan melainkan Islam akan memasukinya sehingga dapat memuliakan agama yang mulia dan menghinakan agama yang hina. yang dimuliakan adalah Islam dan yang dihinakan adalah kekufuran" (HR Ibnu Hibban)


Bila kejayaan Islam masa lalu muncul akibat da'wah Islam yang banyak ditunjangi oleh para pemuda pemudi Islam yang memiliki sifat dan sikap perjuangan yang gigih yang sanggup tanpa mengira siang dan malam demi kepentingan Islam. Maka demikian juga masa depan Islam. Sunnahtullah tidak pernah berubah. Siapa yang unggul dialah pemimpin ummat Islam masa lalu, terutamanya para pemuda-pemudi unggul kerana mereka benar-benar memeluk Islam secara Kaffah, lurus aqidahnya dan penuh ketaatannya pada syariatnya. bagaimana dengan pemuda-pemudi Islam sekarang?


Pemuda-pemudi Islam sekarang hidup dalam lingkungan jahiliah disekitarnya berlaku tentangan kehidupan tidak Islam dalam hampir semua aspek kehidupan, disertai dengan proses melenyapkan islam melalui media massa yang semakin berleluasa. Dari satu sudut mereka tetap muslim tetapi dari sudut yang lain, pemikiran ,perasaan dan tingkah laku dalam berpakaian, bergaul,bermuamalah telah banyak dicemari oleh pemikiran, perasan dan tingkah laku tidak islami yang kebanyakan bersumberkan dari khazanah pemikiran kafir Barat. Kafir Barat bersungguh sungguh melakukan proses pembaratan (westernisasi). Melalui racun sesat pemikiran Barat (westoxciation), mereka berusaha mempengaruhi dan membelokkan pemahaman kaum muslimin terutamanya kaum mudanya agar jauh dari nilai-nilai Islam yang murni. Di bidang ekonomi mereka mengembangkan kapitalisme yang berintikan asas manfaat. Menurut mereka, apa saja boleh dilakukan bila menguntungkan secara material, tidak peduli sekalipun ia bertentangan dengan aturan agama. Di bidang budaya menyebarkan westernisme yang berintikan amoralisme jahilliah. Bagi mereka tidak ada pantang larang, termasuk seks bebas, pakaian tidak senonoh, pelagi tidak menggangu kepentingan orang lain. Di bidang politik, penyebaran nasionalisme yang menyebabkan kaum muslimin terpecah belah. Bila tidak waspada, pemuda-pemudi Islam masa kini akan dengan mudah terasing dari deennya. Ajaran- ajaran Islam tentang pakaian , makanan politik dan sebagainya, ditanggapinya sebagai pikiran dan seruan yang asing. Bila demikian keadaan pemuda-pemudi Islam sekarang, bagaimana akan dapat diharapkan kejayaan Islam di masa depan sebagaimana telah dijanjikan Allah?


Dulu, (Imam) Syafii telah hafal Al Quran pada usia sekitar 9 tahun dan mulai diminta ijtihadnya pada usia kira-kira 13 tahun., sebelum akhirnya ia menjadi mujtahid, imam madzhab yang terkemuka. Hassan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Zaid pada usia 18 tahun telah memimpin pasukan perang Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam pada usia 8 tahun telah terlibat dalam perjuangan. Kini, apakah yang sedang dilakukan dan dipikirkan oleh remaja berusia 8 hingga 18 tahun dan pemuda-pemudi berusia 23 tahunan ?Remaja dan pemuda-pemudi sekarang lebih banyak aktif untuk memuaskan nafsu remaja semata-mata. Lihatlah cara berpakaian mereka, cara bergaul, kreativiti dan sejenisnya. Gambaran remaja dan pemuda-pemudi yang tampil di berbagai media, tak ada bezanya antara mereka (yang mengaku Muslim) dengan artis-artis yang jelas menyebarkan kekufuran dan kesesatannya, realiti inilah yang terpampang di depan mata dan telinga kita.


Jelas, dan sangatlah jelas, perlunya kebangkitan umat, khususnya dari kaum mudanya, bila kita semua menginginkan kejayaan Islam kembali. Diperlukan pemuda-pemudi Islam sekualiti para sahabat yang memiliki komitmen tauhid yang lurus, keberanian menegak.

Thursday, July 12, 2007

awasi anak2 anda...!!

TAZKIRAH JUMAAT
Assalamualaikum wbt

KUBUR BERKATA-KATA SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
Wallahua'lam....Apakah nasib kita di SANA?????
Jadikan pengajaran...(hukuman untuk penjenayah)
Assalamualaikum wbtDi dunia kena hukuman paling dahsyat pun mati sahaje.....tapi di SANA nanti tak mati-mati.... Allahu Akbar... Semoga kita diselamatkan di SANA nanti....Amin...




----This guy killed 22 children (boys and girls) and raped some of them aged between 7 yrs to 13 yrs in Iran. He was caught lashed 100 times and hanged.














Roda Kereta Firaun ditemukan dilaut merah
Assalamualaikum....

Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya?

Jika salah satu diantara anda menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita simak tulisan dibawah ini.

Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt (lihat di http://www.wyattmuseum.com/ron-wyatt.htm eum.com/ron- wyatt.htm ) pada ahir tahun 1988 silam mengklaim bahwa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah.

Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.



Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.

Temuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Fir'aun yang tenggelam di laut Merah.

Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam,dimana menurut sejarah, kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.





Selain itu,ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan,yaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang,sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat sulit untuk dilihat secara jelas.

Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-nabiNya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka.

Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas.Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun sang raja.



Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas,


Pada bagian peta yang dilingkari (lingkaran merah),menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyebrangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.


Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab.
Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter.
Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derajat.


Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.


Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!!sungguh luar biasa, SUBHANALLAH. ......... .Allah Maha Besar.



Thanks.
Best Regards,

Rusli Bin Ismail,
Ericsson Test Engineering Department
*73060
ruslii@celestica.com
…:Dari sahabat kepada sahabat:..
dengan penuh rasa cinta

Kadang kala, sesuatu perasaan itu tak mampu digambarkan dengan ekspresi wajah…atau perilaku diri…hanya kata-kata yang diharapkan dapat mewakilkan diri untuk menyampaikan sesuatu maksud yang tersirat kepada seseorang…dengan harapan agar ianya dimengertikan dengan seadanya…

MashaAllah, tak terungkap rasa penghargaan buat sahabat-sahabat yang ana sayangi kerana Allah di luar sana…terasa begitu terharu dengan segala sokongan dan dorongan yang tak pernah putus-putus…paling utama, kiriman doa dari kejauhan…semoga Allah memberkati antum semua dan memberikan yang terbaik….

Benar, ternyata Allah sahaja tempat sandaran utama kita…kalaupun kita berharap kepada manusia, ianya kadang-kadang bakal mengundang kecewa…tapi tidak dinafikan, andai Allah telah mentakdirkan orang tertentu untuk menjadi ‘wasilah’ bagi membantu kita…Allahu a’laam…pengetahuan itu hanya di sisiNya…yang penting, sentiasalah bersangka baik dengan Sang Pencipta…Dia Lebih Tahu akan segala hal…inshaAllah (nasihat untuk diri ana yang sering juga kelupaan…ana al-faqirah ilallah)

Sebagai menghargai jasa sahabat-sahabat ana semua (asifati jiddan, tak berani nak sebutkan nama since antum terlalu ramai…tak mahu nanti ada yang tertinggal…yang penting, antum semua senantiasa dalam doa ana..inshaAllah)…entry kali ini diharapkan dapat memberi sedikit manfaat buat semua…Terima kasih atas huluran ukhuwwah fillah…Alhamdulillah, Allah mengizinkan ana untuk merasai kemanisannya berukhuwwah atas dasar kesucian aqidah….purely for Allah’s sake…Wallahu ta’ala a’laam…Jazakumullahu khayran katsiran untuk segalanya….

Wednesday, July 11, 2007

..Asmaa Binti Abu Bakar..
Asmaa binti Abu Bakar berasal daripada sebuah keluarga Islam yang terkenal. Bapanya, Abu Bakar, merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. serta merupakan kalifah pertama. Saudara tirinya, Aishah, merupakan isteri kepada baginda Rasulullah dan salah seorang kepada Ummahat al-mukminin. Suaminya, Zubair ibnu al-Awwam pula merupakan salah seorang pembantu Rasulullah yang istimewa. Anak lelakinya, Abdullah ibnu az-Zubair terkenal dengan kejujuran dan ketaatannya kepada kebenaran. Asma sendiri merupakan antara orang yang terawal menerima Islam. Asma kemudiannya diberi gelaran Dzat an- Nitaqayn ( orang yang mempunyai dua tali pinggang). Gelaran ini diberi selepas berlakunya suatu peristiwa semasa keberangkatan Rasulullah dan ayahandanya dalam peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah.

Asma merupakan antara orang yang mengetahui rancangan Rasulullah untuk berhijrah ke Madinah. Pada malam pemergian mereka, Asmaa telah yang menyediakan bekalan makanan dan bekas air untuk perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Oleh kerana beliau tidak menjumpai sebarang tali untuk mengikat bekas-bekas tersebut, Asma menggunakan tali pinggangnya atau dikenali sebagai 'nitaq'. Saidina Abu Bakar menyarankan agar Asmaa mengoyakkannya kepada dua. Rasulullah memuji perbuatannya itu. Semenjak itu beliau dikenali sebagai " Orang yang mempunyai dua tali pinggang".

Sewaktu penghijrahan dari Mekah ke Madinah yang terakhir iaitu selepas penghijrahan Baginda Rasulullah, Asma sedang hamil. Namun begitu, keadaannya itu tidak menjadi halangan buat Asma untuk turut sama berhijrah. Sebaik sahaja tiba di Quba iaitu di pinggir kota Madinah, Asma melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Abdullah, anak pertama yang dilahirkan di kalangan muhajirin di Madinah.

Asma merupakan seorang yang sangat pemurah. Anaknya Abdullah pernah berkata kepadanya, "Aku tidak pernah melihat dua wanita yang lebih pemurah daripada ibu saudara ku, Aisyah dan juga ibuku, Asma. Ibuku tidak akan menyimpan apa-apa walaupun untuk hari esok."

Kebijaksanaan Asma terserlah pada waktu-waktu yang genting. Apabila ayahandanya ingin meninggalkan Mekah, beliau membawa bersama beliau semua hartanya yang mencecah sehingga 6000 dirham bersama-samanya dan tidak meninggalkan sebarang harta untuk keluarganya. Apabila bapa Saidina Abu Bakar, Abu Qahafah (yang masih musyrik ) mendengar akan pemergiannya ke Madinah, Abi Qahafah ke rumah Abu Bakar dan berkata kepada Asma:

"Aku faham bahawa ayahmu telah meninggalkan kamu tanpa sebarang harta selepas dia mengabaikan kamu."
"tidak, datuk," balas Asma, "sebenarnya dia telah meninggalkan kami begitu banyak harta." Beliau mengambil sedikit batu-batu kecil dan meletakkan di dalam bekas kecil yang terdapat di dinding, iaitu di tempat biasa mereka menyimpan wang. Beliau menghampar kain di atas bonggol itu dan meletakkan tangan datuknya yang buta itu di atasnya dan berkata, " Lihatlah betapa banyak harta yang ayahanda tinggalkan untuk kami."

Bagi Asma dan serta Muslimin yang lain, kehidupan di Madinah begitu sukar pada awalnya. Suami beliau berasal daripada keluarga yang miskin. Beliau dan suaminya bekerja keras bersama-sama. Namun begitu, kadang-kala Az-Zubair melayannya dengan kasar. Pernah sekali Asma berjumpa dengan ayahandanya dan mengadu kepada ayahnya tentang Az-Zubair. Abu Bakar menjawab dengan berkata " Anakku bersabarlah kerana sekiranya seorang wanita taat kepada suami yang mulia dan apabila suaminya meninggal dunia dan wanita itu tidak berkahwin dengan orang lain, mereka akan disatukan semula di syurga."

Lama-kelamaan Az-Zubair menjadi salah seorang yang terkaya namun ia tidak mengubah prinsip-prinsipnya. Anaknya al-Mundhir pernah sekali menghantar pakaian cantik yang dibeli dari Iraq. Pada waktu itu Asma telah buta. Asma merasai kain tersebut dan berkata "Buruk sungguh kain ini. Pulangkannya semula."
Al Mundhir berasa kecewa dan berkara, "Ibu, kain ini tidak jarang."
"Mungkin kain ini tidak jarang tetapi ianya ketat dan akan menunjukkan bentuk tubuh," jawab Asma.
Al-Mundir telah membeli pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Asma. Lalu Asma menerimanya.

Perjumpaan terakhirnya bersama anaknya, Abdullah, merupakan peristiwa yang tidak mudah dilupakan dalam sejarah Islam. Abdullah merupakan khalifah yang bakal memerintah selepas Yazib ibnu Muawiyah meninggal dunia. Namun begitu Bani Umaiyah terus mencabar kedudukan Abdullah dan mengumpulkan sepasukan tentera di bawah pimpinan Al-Hajjaj ibnu Yusuf ath-Thaqafi. Perang yang sengit berlaku. Namun begitu, kebanyakan pengikutnya tidak dapat bertahan dan beransur-ansur meninggalkan beliau. Akhirnya beliau berlindung Baitul Haram di Makkah. Pada waktu itulah beliau berjumpa ibunya yang telah buta, lalu berkata,
"Aku datang untuk mendapatkan nasihat daripadamu," kata Abdullah.
"Untuk mendapatkan nasihatku?" Tanya Asma dengan hairan. "Tentang apa?"

"Orang ramai telah meninggalkanku kerana takutkan Hajjaj atau terpengaruh dengan apa yang ditawarkan. Malahan anak-anak dan ahli keluragaku telah meninggalkan aku. Hanya ada sebilangan orang bersamaku namun walau dengan kekuatan dan kecekapan mereka, mereka hanya mampu bertahan selama satu atau dua jam sahaja. Penyampai dari Bani Umayyah datang untuk menawarkan apa sahaja jawatan yang aku mahukan jika aku menyerah diri dan berjanji setia kepada Abdul Malik ibn Marwan. Apa pendapatmu?"

Beliau menjawab dengan suara yang lantang: "Ini adalah urusanmu, Abdullah, dan kau lebih mengetahui tentang dirimu. Jika engkau merasakan bahawa engkau di jalan yang benar dan engkau sedang mempertahankan kebenaran, maka teruskanlah dan berjuanglah sepertimana teman-temanmu yang telah syahid berjuang dibawah benderamu dan mereka menunjukkan kecekalan dan keberanian. Tetapi jika engkau mengidamkan dunia, maka celakalah kau. Engkau telah merosakkan dirimu sendiri dan merosakkan tentera-tentera mu.

"Tetapi aku akan dibunuh hari ini, ini adalah satu kepastian."
" Itu adalah lebih baik untuk kamu daripada kamu menyerahkan diri secara sukarela kepada Hajjaj dan boneka-boneka bani Umayyah yang akan bermain-main dengan kepalamu.
"Aku tidak takutkan kematian. Aku hanya takut mereka akan menghinakan aku."
"Tiada apa selepas kematian yang patut ditakuti oleh manusia. Seperti melapah kulit tidak menyebabkan kesakitan kepada kambing yang telah disembelih."

Muka Abdullah bercahaya lalu beliau berkata: " Wahai ibuku yang di rahmati! Semoga sifat muliamu di rahmati Tuhan! Aku telah datang kepadamu pada waktu ini untuk mendengar apa yang telah kudengari. Tuhan itu tahu bahawa aku tidak lemah atau berputus asa. Allah menjadi saksi yang aku tidak memperjuangkan kecintaan ku pada dunia ini dan isinya kecuali atas kemarahanku kerana Tuhan. Undang-undang-Nya telah dilanggar. Dan aku di sini, menuju keredhaanmu. Sekiranya aku mati, janganlah bersedih keranaku dan serahkanlah aku kepada Tuhan.

"Aku akan bersedih dengan pemergianmu," kata Asmaa yang tua tetapi tegas itu, " hanya jika kau terbunuh atas kezaliman dan usaha yang sia-sia."
"Yakinlah bahawa anakmu tidak menyokong satu perbuatan yang sia-sia, atau melakukan apa-apa perkara yang dibenci, atau melakukan kezaliman kepada orang Muslim atau Dhimmi dan tidak ada yang lebih baik dalam pandangannya dari keredhaan Tuhan yang Maha Besar dan Maha Kuasa. Aku tidak mengatakan ini untuk membersihkan namaku. Tuhan tahu bahawa apa yang aku katakan ini adalah untuk menyakinkan hatimu."
"Segala puji bagi Allah yang tlh membuatkan engkau bertindak atas apa yg disukai-Nya dan apa yg aku sukai. Hampir kpdku anakku, agar dpt aku mencium baumu dan memengang tubuhmu kerana ini mungkin pertemuan terakhir kita."

Abdullah melutut di depan ibundanya. Beliau memeluk Abdullah dan mencium kepala, wajah dan lehernya. Tangannya mula memeluk badan Abdullah kemudian menarik tangannya seraya bertanya:
"Apakah yang kau sedang pakai itu, Abdullah?"
"Ini adalah baju besiku."
"Anakku, ini bukanlah pakaian orang yang menginginkan syahid. Tanggalkanlah ia. Itu akan membuatkan pergerakanmu lebih cepat dan tangkas. Pakailah sirwal (baju dalam yang panjang) ini supaya jika kau terbunuh, awratmu tidak akan terdedah."

Abdullah menanggalkan baju besinya dan memakai sirwal. Ketika dia meninggalkan ibunya untuk menyertai perang dia berkata: "Wahai ibuku, janganlah kau melupakan aku dalam doamu."
Sambil mengangkat tangannya ke langit, beliau berdoa:

"Oh Tuhan, berikanlah simpatimu kepadanya yang sering berjaga dan menangis didalam kegelapan malammu ketika orang lain sedang tidur.. Oh Tuhan, berikanlah simpatimu kepadanya kerana dia menahan lapar dan dahaga dalam perjalanannya ke Madinah dan Mekah ketika dia berpuasa… Oh Tuhan, berikanlah restumu dari kebaikannya kepada ibu bapanya… Oh Tuhan aku serahkan die ke jalan-Mu and aku bersyukur ke atas apa yang Engkau telah tentukan kepadanya. Dan kerananya kurniakanlah aku balasan orang-orang yang sabar dan istiqamah."

Ketika matahari terbenam, Abdullah tlh meninggal dunia.Sepuluh hari kemudian, ibunya juga meninggal dunia ketika berusia seratus tahun. Usianya yang lanjut tidak pernah melemahkan beliau atau menumpulkan ketajaman mindanya.
Aurah Wanita
1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki
( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya ,
maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31

5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah :
Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali : pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31

" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama ,
ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ..Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) " An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu ,
puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina)
dan menta'hati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "
Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "
Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu ,
anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab
( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu .
Allah maha pengampun lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59

13 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'hati suaminya, segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

Friday, July 6, 2007

Terowong SMART Apa Dah Jadi...!!!







SubhanaLLah...!!! Hujan lebat dalam masa 4 jam sahaja, bandaraya Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang sangat teruk mengikut sejarah...Di manakah Kecanggihan yang dimomok-momokan oleh kerajaan...??? Apa sudah jadi dengan Terowong Smart yang dikatakan mampu mengawal banjir kilat yang sering melanda ibukota, yang kos pembinaannya berjumlah RM6 Billion dan terpanjang di Asia Tenggara serta kedua terpanjang di Asia ..??




Ingatlah, walau sejauh mana sekalipun kecanggihan sesuatu pembangunan ia tidak mampu melawan kuasa Allah s.w.t untuk menurunkan bala dan musibah terhadap hamba-hambaNya yang ingkar akan suruhanNya serta tidak mengamalkan makruf dan tidak pula mencegah yang mungkar.Firman Allah s.w.t :-

"Sesungguhnya Kami akan menurunkan azab dari langit atas penduduk kota ini karena mereka berbuat fasik."

Melihat kepada kegagalan fungsinya serta kos pembinaan yang agak tinggi, ia menjadi satu lagi pembaziran wang rakyat melalui projek yang dijalankan. Apa yang sangat dikesali,kerajaan telah membuat pengumuman bahawa setiap kenderaan yang melalui Terowong SMART akan di kena bayaran TOL sebanyak RM2. Apakah mereka tidak sedar dengan tindakan mereka ini, dahlah kenaikan harga TOL dan harga barang telah membebankan rakyat. Fikirlah wahai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu, satu-persatu Allah tunjukkan kepada kita, akan kegagalan kerajaan yang memerintah dalam mentadbir negara ini. Mereka ini, tidak harus lagi diberi mandat untuk memerintah dalam pilihanraya yang akan datang nanti.



Satu tamparan buat mereka, apabila akhbar Utusan Malaysia menyiarkan bahawa Terowong SMART yang canggih itu langsung tidak berfungsi.Kalau dulu akhbar inilah yang menyiarkan kenyataan mereka, bahawa kejadian banjir yang melanda negeri Kelantan akibat kelemahan sistem perparitan dan juga sistem pembangunan yang dibina oleh kerajaan negeri. sebaliknya Allah balikkan pada mereka, seperti kejadian banjir besar yang melanda negeri Johor akhir tahun lepas dan banjir kilat yang melanda ibukota kelmarin.

Sesungguhnya Allah sahajalah yang maha berkuasa di atas segala yang berlaku di alam ini, kita sebagai hambaNya mesti berfikir kenapa Allah jadikan semua ini.Firman Allah s.w.t :-

"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."

Marilah kita berganding bahu dan bangun berjuang dalam melawan kebatilan yang berlaku kini, demi melihat syariat Allah didaulatkan di muka bumi ini.Tanggungjawab ini adalah wajib ke atas setiap muslim, lebih-lebih lagi kita di kalangan yang mempelajari ilmu agama.Wallahu'alam
Remaja Melayu...Rendahnya Ahklakmu..!!



Sejak kebelakangan ini, pelbagai cerita dapat didengari melibatkan perkara akhlak dan moral di kalangan remaja kita. Akhlak dan moral mereka kini ditahap yang sangat tenat.Ini berlaku kerana tidak adanya penerapan nilai-nilai keagamaan pada diri-diri mereka. Apa yang menyedihkan, mereka kini sering diterapkan dengan budaya hedonisme yang keterlaluan, sehinggakan mereka berani melakukan perkara yang melanggar tatacara ketimuran dan juga membelakangkan adab serta akhlak Islam.

Kita sering mendengar perkataan "Pemuda Harapan Bangsa dan Pemudi Tiang Negara"..!! Pemuda-pemudi yang macamanakah yang diharapkan oleh bangsa kita..? Adakah pemuda-pemudi yang kini begitu teruk akhlak dan moral mereka yang diharapkan untuk memimpin negara nanti...?



Penampilan berani Sharifah Amani..!!!

Baru-baru ini, tersiar di dalam Harian Metro tentang tersebar video seorang remaja wanita Islam yang dicabul oleh mat-mat rempit yang juga remaja Islam dan kini, kita dikejutkan dengan tindakan seorang pelakon remaja Islam kita iaitu Sharifah Amani kerana kesanggupannya membotakkan kepala hanya kerana sebuah filem yang dibintanginya. Apakah dia tidak merasakan bahawa tindakannya itu bertentangan dengan Islam..? Sebelum ini dia telah mecetuskan kontrovesi dalam filem "Gubra"....!!! Siapa yang harus dipersalahkan...??? Di manakah ulama-ulama Islam Hadhari...??? Apakah mereka tidak berani menyuarakan pendapat mereka dengan tindakan pelakon remaja ini ..? Maka amat celakalah ulama-ulama seperti mereka kerana tidak berani menyuarakan kebenaran. Firman Allah s.w.t:-

"Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir." ( al-A'raf – 176 )

Justeru, bangkitlah wahai remaja Islam..!! Jangan biarkan dirimu disesatkan oleh anasir-anasir yang boleh memesongkan dirimu dari ajaran Islam yang sebenar. Jadilah kamu satu generasi yang diimpikan oleh Islam, yang bangun berjuang untuk mempertahankan Islam sebagaimana para pemuda-pemudi di zaman kegemilangan Islam dulu...jadikan mereka sebagai teladan kehidupan seharianmu..!!Wallahu'alam.
1 bilion maut akibat rokok abad ini


BANGKOK: Satu bilion penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan rokok pada abad ini kecuali jika kerajaan di negara kaya dan miskin bersikap lebih serius dalam mencegah tabiat merokok, kata pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Tembakau adalah produk yang defektif. Ia membunuh separuh daripada penggunanya,” kata Douglas Bettcher, Ketua Bahagian Tindakan Bebas Tembakau WHO dalam satu sidang antarabangsa di sini bagi merangka satu pelan induk bagi menghapuskan tabiat merokok.

“Ia membunuh 5.4 juta orang setiap tahun dan separuh daripada mereka mati di negara sedang membangun. Ia sama seperti pesawat jumbo yang terhempas setiap jam,” katanya. Bettcher berkata dengan bilangan perokok di kebanyakan negara sedang membangun semakin bertambah terutama dikalangan remaja, angka kematian setiap tahun akan meningkat kepada 8.3 orang dalam tempoh 20 tahun lagi.

Beliau berkata, jika kerajaan memperkenalkan beberapa langkah seperti cukai yang lebih tinggi, larangan iklan rokok dan menjadikan pejabat serta tempat awam sebagai kawasan bebas rokok, bilangan perokok akan dapat dikurangkan menjelang 2050.

“Ia adalah satu epidemik yang dapat dicegah dan jika kita dapat melakukannya, kita akan dapat menyelamatkan 200 juta nyawa menjelang 2050,” katanya. – Reuters
Checking yourself: Muhasabah
It is necessary for an individual to pause at the end of each day that has passed, in order to check himself and run through his achievements: What has he done in the course of the day? Why has he done it? What has he omitted? Why has he omitted it?

How excellent it would be if this self-criticism were to take place before one retired to bed.

This period of self-criticism and appraisal should certainly be counted among man's moments of progress; it is a moment when man impartially sits as a judge over himself and reviews his yearnings and inclinations, his instincts and motivations. It is a moment when the believer appoints, out of his conviction, a policeman to watch over himself, an investigator to probe him, and a judge to condemn or acquit him. In this way he progresses from the state of "the soul that incites to evil" to the state of "the self- reproaching soul" which reproaches its owner whenever he plunges into sin, or falls short of expectation.

In a hadith we quoted before it was said: "It behooves any sane person to have four periods of time" and one of the four periods is "a period in which he engages in self-criticism."

The Commander of the Faithful, 'Umar bin al-Khattab says: "Criticize and appraise yourselves before you are criticized and appraised on the Day of Judgment, and weigh out your deeds, before they are weighed out for you."

"On that Day will men proceed in groups, sorted out, to be shown their Deeds. Then shall anyone who has done an atom's weight of good, see it! And anyone who has done an atom's weight of evil, shall see it." (Qur'an 99:6-8)

`Umar himself, may Allah be pleased with him, used to whip his foot at night and say to himself: "Tell me, what have you done today?!"

Maimun bin Mahran, a famous companion of the Prophet, used to say: "A pious person scrupulously examines and appraises himself more than he would a tyrant ruler and a tight-fisted partner!"

Al-Hasan said: "A believer polices his own Self; he criticizes and appraises it for the sake of Allah. The Final Appraisal (Hisab) may turn out to be mild on some people simply because they were wont to appraise themselves in this life; and the Final Appraisal on the Day of Resurrection may turn out to be rigorous on a people who took this life with levity, and thought they would not be called to account".

Then he described how this self-criticism and appraisal operates in practice: "A fascinating thought (or idea) suddenly comes to the mind of a believer. He says to himself: 'By Allah this is fascinating, I need it! But no, never. Get lost! I am prohibited from executing you!'" (This is self-criticism and appraisal before the event).

And: "A believer may inadvertently do something. He would then turn to himself and say: 'What do you mean by this? By Allah, I cannot find an excuse for this. I shall never repeat it, insha'Allah!'" (This is self-criticism and appraisal after the event).

If a Believer fails to observe this brief period of soul-searching daily, then he should at least try to do so once every few days, or once a week. In this way, he draws up his life balance sheet, depicting to him his (spiritual) assets and liabilities.

A Believer should also have a longer period of this practice at the end of each month, and an even longer period at the end of the year, when he bids farewell to one year and prepares for and welcomes another.

This is the time to critically review the Past and plan for the Future. This is the (spiritual) equivalent of his final accounts for the year.

One blameworthy innovation initiated by the West and unfortunately imitated by some Muslims, is the annual birthday celebration, where people are invited to a party and served with delicious food and drink.

At times, people obsequiously yield to meaningless rituals and imitative practices for which Allah has sent down no authority. For example, they light a number of candles, each one representing a year in the lifetime of the celebrant. Having lit the candles, the celebrant then histrionically proceeds to blow them out. Gifts are presented and pleasantries exchanged on the occasion.

Rather than this blind, useless imitation, it is better for an intelligent and sensible person to seize this occasion, which marks the expiry of one year of his lifetime, to reconsider and reflect upon his life. At the end of every year, a careful trader applies the brakes in order to measure his performance over the past year, and establish his financial position at the end of it. He wants to know his profit or loss, and his assets and liabilities; i.e. his claims and the claims against him. An intelligent, sensible person ought to do likewise, in respect of his life. More than that, he should beseech Allah to bless his life, make his day better than yesterday, and his tomorrow better than today.

It is worthier for an intelligent and sensible person to call himself to account for one whole year of his life that has expired, in respect of which Allah, the Exalted, will question him. A year is not a short time. It is a period of twelve months; a month is on average thirty days; each day has twenty-four hours, each hour sixty minutes, and each minute sixty seconds. And every second should be counted as a blessing, a favor upon him from Allah and a trust from Allah in his hands.

It is worthier for this intelligent and sensible person to commiserate with himself over the turning of a page in the book of his life. Each day that passes is, as it were, a leaf that has withered and fallen from the tree of his life. May Allah have mercy on Al-Hasan al-Basri when he says: "O son of Adam! You are but a bundle of days. As each day passes away, a portion of you vanishes away!"

Abu 'Ali ad-Daqqaq used to chant the following lines:
Each day that passes, a portion of me it takes away,
On the heart, a bitter taste it leaves, and then glides away.

Another poet says:
Man rejoices as long as the nights continue to pass by,
Yet, he too, as they vanish gradually perishes away.

Yet another poet says:
We take delight in every day that we have lived,
Yet each day that passes is a portion (gone) of a lifetime.

This is the view that every intelligent and sensible person ought to take. However, intelligent and sensible people are few in this world.

Author: Sheikh Yusuf Qaradawi
muhasabah
Muhasabah: Literally meaning reckoning, settling the accounts and self-interrogation, Muhâsabah (self-criticism) is that a believer always reviews whatever he says and does every day or even every hour, good or bad, right or wrong. He also thanks God for the good he has done and tries to erase his sins and deviations by asking God to forgive him and he amends his errors and sins by repentance and remorse. Muhâsabah is the very important and serious attempt of a believer to assert himself in his loyalty to God.
"Rush, I know more than you do...."

sambil dia tersenyum simpul mengucapkan ayat tersebut. Dia begitu yakin berserta dengan lontaran suara yang kemas, sementara aku pula hanya dapat memandang tajam bola matanya sambil menelan air liur - kelu seketika. "Are you sure you tahu semuanya?" tanyaku. Sekali lagi rakan yang seorang ini mengangguk sambil berkata "Yes, I know more than you.... believe me". Fikiranku tertumpu pada satu sudut sambil hati berkata-kata - dia ni lebih tahu dari aku? tak mungkin! Apa yang dia tahu cuma 'surface'nya sahaja, cuma cerita indah, sedih, simpati dan mungkin juga rekaan yang tampak benar. Mungkin juga dia telah dikaburi dengan pelbagai helah dan 'drama'. Mungkin juga benar katanya, tetapi tahap 'keyakinan' yang dia miliki memang kental. Timbul pula rasa simpati pada rakan seorang ini, apa benar dia tahu lebih dari apa yang aku tahu? Apa dia tahu perkara sebenar yang berlaku? Apa pernah dia melihat perkara yang telah berlaku? Apa pernah dia telah mengalami dan merasai situasinya? Apa dia telah teliti segala cerita dari sumber lain? Allahu'alam.....

Pada aku, cuma Allah sahaja yang lebih mengetahui segalanya... semoga suatu hari nanti rakan aku ini akan tersedar juga..... itu cerita dari sebuah cafe sambil menghirup kopi susu. Suatu pengajaran kepada aku supaya selalu memuhasabah diri....



Cerita muhasabah diri memang menarik, tetapi tidak kerap kita melihat diri kita sendiri. Selalu pula kita menyalahi pihak lain atau keadaan apabila berlaku musibah ke atas diri kita. Kita melihat pihak lain sebagai punca kekusutan dan kekacauan, kita salahkan keadaan, kita libatkan orang-orang yang tidak berdosa, kita salahkan takdir, kita tuding jari ke arah orang sekeliling. Kenapa tidak kita lihat diri kita terlebih dahulu?, kita selidik diri sendiri - apa yang silap pada diri kita (yang ini susah sedikit, sebab jarangkali kita dapat melihat kesalahan dan kekurangan diri sendiri, kecuali ada yang menegur atau memberitahu, bukan begitu?), apa yang tak kena pada diri kita, apa yang telah kita lakukan dan sebagainya. Cermin diri dan hati terlebih dahulu, balik ke pangkal masalah, pulang ke fitrah dan lihat-lihatlah diri kita sendiri. Yakinlah, setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, Allah lebih mengetahui setiap perkara yang berlaku, redhalah hendaknya kita dengan suratanNya;


“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz)”




"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".

Puisi: Muhasabah

Tanyalah dirimu

Berpaksikah fikiran dan akal?

Bersaksikah tingkah dan laku?

Seolah rintihan dan kesal itu bukan dosa

Seolah cinta dan nafsu itu buta semata

Mampukah kau nanti bertawajjuh dalam mahkamah Illahi?

Berhujah yang hakiki sebenarnya songsang

Kau petik untaian bicara yang palsu belaka

Sebar ke merata telinga dan mata bak zikir merdu

Mengaburi mereka yang tidak tahu punca

Tidak gentarkah kau akan natijahnya?

Muhasabahlah dirimu supaya kembali ke fitrah

Redha akan segala suratanNya
Renungkanlah azabNya nanti
dugaan Iman hari ini...
Assalamualaikum sahabat sekalian..
maaflahsaya dah lama xkemaskini blog saya ni...maklumlah... poket selalu bocor..

Bak kata orang, benda baik elok diajak dan benda yang jahat elok ditegah dan oleh kerana inilah saya terusik untuk berkongsi dengan sahabat sekalian, apa yang berlaku pada diri saya hari ini.

Erm, malam tadi saya tidur awal...rancangnya nak bangun pun awal jugak la...pejam mata bukak mata ..tengok2 jam dah pukul 5.30...tergerak hati nak bergegas pergi ke bilik air tapi nafsu tidur menguasai segala2nya...saya terus hanyut sampai pukul 6.30... itu baru satu kisah...

lepas saya baca quran, saya tertido...bangun je dari tido...saya cari spek mata saya...alangkah terkejutnya apabila spek saya patah di'guling'kan tuan sendiri. Ohk...terbayang-bayang duit saya melayang...

itu kes kedua...kes yang ketiga..sedang cari kedai spek...waktu zohor dah masuk..terasa macam nak ponteng plak...sebab asyik dengan masalah nak cari kedai spek x jumpa2...tapi, alangkah indahnya Islam ni...saya tersentuh hati melihat sekeluarga fikrah islami ini, berlalu dihadapan saya. Umminya memakai tudung labuh menutupi badan, abinya memakai serban..x terlalu besar dan kemas. Begitu juga anak2 mereka.

Entah mengapa hati saya rasa bersalah sangat2 diatas lintasan niat buruk saya tadi. Saya terus memecut kenderaan saya ke masjid untuk solat jumaat dalam keadaan saya masih tidak menemui kedai yang saya cari2. Dalam masa yang sama saya terbayangkan sejumlah wang yang mungkin sekali mencecah RM 200 melayang begitu saja.

Atas naluri yang menggerakkan hati saya...saya luapakan segalanya sebentar. bersimpuh dihadapan Allah lantas memohon ampun diatas ketelanjuran niat saya tadi.

Sesudah sahaja solat Jumaat selesai, saya meneruskan niat saya. Tidak sampai 5 minit saya telah menemui kedai tersebut. Yang lebih menggembirakan, spek mata yang cukup dengan kehendak saya..saya boleh dapati dengan harga RM50. Allah maha Kuasa...!!

Apa yang ingin saya kongsi kan bersama sahabat sekalian, utamakan akhirat dari dunia..segalanya diatur Allah. yakinlah pada kuasanya. Kita hambanya juga kekasihnya. wallahu'alam..
wailalliqa'...

Sunday, July 1, 2007

siapakah kita?? siapa... yaa..??
Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya? Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Untukmu, untukku jua
Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri(melalui) mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa beringat bahwa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.

Tentang tazkirah ini, rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari saya untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini saya cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat memperingatkan saya dan saya pula memperingatkan sahabat. Betulkan?

Sahabat saya, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?

Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Cuma saya nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian! [Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.]

Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya. Kita mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan. Saya mahu beri satu contoh yang waqi'/praktikal berada di dalam kehidupan kita. Pada hari sahabat baca emel ini, adalah hari yang pertama. Muhasabah berjalan seperi biasa. Kata sahabat (di dalam hati), esok sahabat mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat dengan taqdir Allah. Sahabat harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka. Yang kita jangka seperti , selepas solat Subuh sahabat baca AlQuran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa. Semua itu "BONUS' dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan. Di situlah kita menabur kebaikan. Mana kita sangka , ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu kan !

Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit-ungkit kebaikan yang telah kita lakukan !

Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kita tak payah susah-susah pikir/ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang beranggapan seperti itu maksudnya hati itu kotor! Ya lah... Beranggapan yang negatif. Ingin membuat kejahatan.

Bagi muslim sebenar, kita kena renung dan pikir atau kita kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yg telah kita lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu.
Muhasabah diri sebelum ajal
Hari-hari yang kita lalui dipentas dunia ini penuh dengan berbagai dugaan, macam-macam yang kita pelajari daripada kerenah, penglibatan dan penglihatan kita sehari-hari. Latihan yang kita terima amat berharga bak sebutir mutiara. Deretan untaian-untaian mutiara yang kita perolehi daripada sumber-sumber tersebut jika dijalinkan akan menjadi pedoman kepada kita dikemudian hari.




Mungkinkah usia kita di ambang senja?
Walaupun manusia itu dibekalkan dengan pengalaman tersebut jika ianya tidak didasari dengan keimanan kepada Allah semuanya akan menjadi sia-sia bak kapas yang berterbangan ditiup angin. Keseluruhan amalan kita diatas muka bumi ini akan diperhitungkan olehNya diakhirat nanti. Segala bekalan yang akan kita bawa pastinya menjadi penyelamat kita di hari hisab nanti. Perlu kita ingat, apakah amalan-amalan yang kita perlu sediakan sebagai bekalan menemui Allah kelak dan apakah ianya sarat dengan amalan kebajikan ataupun kejahatan?



Jika diteliti daripada sirah Rasululllah, baginda amat menitikberatkan perkara ini sehingga dijelaskan oleh siti Aisyah r.a bahawa beliau pernah melihat baginda Rasulullah bersolat sehingga kakinya bengkak-bengkak. Ertinya disini walaupun baginda seorang manusia yang terpilih disisi Allah dan merupakan kekasihnya namun baginda tetap tekun melakukan ibadah-ibadah ditakuti baginda dikategorikan sebagai seorang hamba yang tidak bersyukur.Juga pernah dijelaskan oleh baginda darihal seseorang apabila ia menghapiri saat kematiannya dan saat ia akan dikuburkan dengan sabdanya:


Mayat kekubur akan diiringi oleh tiga perkara, iaitu keluarganya, harta bendanya dan amalannya, yang dua akan pulang (kembali) dan satunya akan tinggal.Yang pulang adalah keluarga dan harta bendanya sedangkan yang tetap akan tinggal ialah amalannya� Riwayat Syaikhan


Walaubagaimanapun terdapat beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa menghadapi ajal. Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan siksa disaat kematiannya.Jika ia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya. Menyedari hal yang sedemikian maka bersegeralah bertaubat, sebab mereka yang senantiasa dalam kekuatiran dan ketakutan maut akan menjemputnya akan beroleh kenikmatan hidup diakhirat kelak.
AlGhinat-Muhasabah
Sinar mentari kian memudar
Lembayung senjapun makin merona
Membias indah kewajah rembulan
Yang malu-malu menatap sang malam

Untaian bintang berkelip benderang
Menghias angkasa yang gelita
Kucoba arungi malam yang sunyi
Didalam dzikir hatiku padanya

Ya Allah ? ini malammu tlah singgah
Kedalam hati hambamu yang resah
Ya Allah ? lukisan malammu nan megah
Iringi daku sujud bermuhasabah

Sinar mentari bersinar lagi
Menyapa kilauan siembun pagi
Kicaiu kenari sapa melati
Menjadi melodi warnai hari

Langit biru berhiaskan awan
Mengajak sang surya beranjak terang
Hangat sinarnya beri harapan
Tuk isi hari yang tlah kau beri

Ya Robbi ? siangmu kini kembali
Kan kucari rizki dan taqwa diri
Ya Robbi ? kini kian aku sadari
Dimalam dan siang hari

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?