-->

Sunday, December 30, 2007

Pakistan, al-Qaeda saling tuduh bunuh





MEMANJAT DOA: Anak Benazir, Bilawal (dua dari kiri), Assefa (dua dari kanan) dan Bakhtawar (kanan) serta saudara mara mengaminkan doa di pusara Benazir di Wilayah Sindh, semalam.



Pemimpin dunia desak siasatan terbuka serangan terhadap Benazir

PESHAWAR: Pembunuhan Benazir Bhutto terus menimbulkan persoalan apabila kerajaan Pakistan dan pemimpin al-Qaeda saling tuduh-menuduh berhubung pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan, manakala parti pimpinan bekas perdana menteri itu menuduh kerajaan berbohong.

Dalam pada itu, beberapa pihak di dalam dan luar Pakistan menuntut siasatan bebas antarabangsa diadakan seperti dalam kes pembunuhan bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri, pada 2005.



Ketua al-Qaeda di Pakistan, Baitullah Mehsud, semalam menafikan dakwaan kerajaan bahawa beliau terbabit dalam pembunuhan pemimpin pembangkang itu yang mengundang kecaman antarabangsa.

"Mehsud tidak terbabit dalam serangan itu," kata jurucakapnya, Maulana Omar dalam panggilan telefon kepada media dari lokasi rahsia di wilayah Waziristan.

Al-Qaeda sebaliknya menuduh serangan itu membabitkan konspirasi kerajaan, tentera dan agensi risikan.

"Serangan terhadap wanita bercanggah dengan tradisi dan budaya kami," katanya sambil menjelaskan agak mustahil militan dapat menembusi kawalan keselamatan ketat yang diadakan di keliling rapat umum pilihan raya yang dihadiri Benazir.

Benazir terbunuh dalam serangan bunuh diri ketika hendak menaiki kenderaannya selepas berucap pada rapat umum pilihan raya di Rawalpindi, petang Khamis lalu.

Laporan awal menyatakan Benazir ditembak sebelum penyerangnya meletupkan bom dalam serangan yang turut mengorbankan 32 penyokong Benazir.

Lewat kelmarin, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Javed Cheema, bagaimanapun berkata Benazir tidak ditembak atau terkena serpihan bom, sebaliknya kematian bekas perdana menteri itu disebabkan terhantuk kepada pemegang tingkap bumbung keretanya ketika mahu mengelak serangan berkenaan.

Javed juga mendakwa pihaknya mempunyai bukti al-Qaeda terbabit kerana dapat memintas perbualan telefon Mehsud mengucap tahniah kepada seorang militan selepas kejadian itu.

Tuduhan berkenaan disangkal Omar yang menegaskan transkrip perbualan telefon yang didakwa kerajaan itu adalah satu 'drama.'

Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan Benazir juga menolak penjelasan kerajaan berhubung pembunuhan pemimpin mereka.

"Hasil siasatan kerajaan itu adalah pembohongan semata-mata. Dua pegawai parti berada di dalam kenderaan bersama Benazir ketika beliau diserang dan mereka melihat apa yang berlaku," kata peguam Benazir, Farooq Naik.

Beliau yang juga pegawai kanan PPP, berkata dua peluru mengenai Benazir, satu di perut dan satu lagi di kepalanya.

"Kematian Benazir adalah kehilangan besar kepada kami dan kerajaan mahu membuat lawak mengenainya," kata beliau sambil memberi amaran Pakistan mungkin terjerumus dalam kancah perang saudara.

Ahli politik pembangkang dan bekas bintang kriket Pakistan, Imran Khan, pula menyalahkan Presiden Pervez Musharraf ke atas kematian Benazir dan mendesak siasatan bebas diadakan.

Sementara itu, calon presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton, dalam kempen pilihan rayanya di Iowa, mendesak siasatan bebas antarabangsa diadakan ke atas pembunuhan Benazir.

Pembunuhan bekas perdana menteri Pakistan itu mencetuskan rusuhan di seluruh negara hingga memaksa suruhanjaya pilihan raya Pakistan memanggil mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan kesan perkembangan terbaru itu terhadap pilihan raya 8 Januari ini. – Agensi
Kekacauan makin buruk



TANDA PROTES: Asap hitam selepas sebuah lori tangki dibakar sebagai bantahan terhadap pembunuhan Benazir Bhutto di lebuh raya di luar Hyderabad, semalam.



Penyokong Benazir ditembak mati, ambulans, kedai dibakar

KARACHI: Tiga penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dibunuh, Benazir Bhutto, mati ditembak, semalam.

Lelaki bersenjata menembak mati seorang daripada mereka dan dua lagi ditembak anggota keselamatan selepas sekumpulan perusuh cuba masuk ke loji minyak, kata polis.



Dalam kejadian berasingan, empat lelaki mati ditembak dan tujuh lagi cedera di satu daerah di selatan bandar pelabuhan Karachi, kata pegawai hospital.

Angka kematian sejak pembunuhan Benazir mencecah 44 termasuk empat anggota polis dan agensi berita Associated Press Pakistan memetik Presiden Pervez Musharraf sebagai berkata, pihak berkuasa akan bertindak tegas ke atas pihak yang mencuri dan merosakkan harta benda awam.

Pembunuhan di wilayah Sindh, kubu kuat keluarga Bhutto, berlaku ketika penunjuk perasaan membakar kedai, lori, pusat kebajikan dan ambulans dengan keganasan masuk hari ketiga.

Lelaki berusia 27 tahun berpakaian seragam Parti Rakyat Pakistan (PPP) baru saja menjerit 'Benazir seorang tokoh agung' apabila dia ditembak mati ketika pulang daripada memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin PPP itu, kata polis.

'Dua lelaki bersenjata menunggu dalam kenderaan dengan menutup muka, melepaskan tembakan," kata Shaukat Ali Shah, timbalan ketua polis di bandar Hyderabad.

Dalam kejadian berasingan, hampir 400 aktivis PPP membawa sepanduk, gambar Benazir dan memegang batu bata, cuba memasuki loji minyak di Hyderabad menyebabkan anggota keselamatan melepaskan tembakan selepas diarahkan bertindak segera ke atas pembantah.

'Perusuh itu diberi amaran. Dua maut," kata Shaukat. Hampir semua kematian sejak pembunuhan Benazir berlaku di Sindh, kubu PPP.

Di pusat bandar Karachi, kawasan yang menyaksikan ketegangan sekali sekala dan menempatkan 14 juta penduduk, keadaan sunyi sepi dengan anggota polis dan pasukan keselamatan lain melakukan rondaan.

Pemilik kedai dan stesen minyak ditutup kerana penduduk akur kepada perisytiharan Musharraf bahawa tempoh berkabung kematian Benazir selama tiga hari.

Beberapa kejadian ganas termasuk membakar dilaporkan serta jalan raya penuh dengan kaca pecah dan bangkai kenderaan yang rentung.

Beberapa bangunan dan ambulans milik Yayasan Edhi, pertubuhan kebajikan, turut dirosakkan. Hubungan telefon dan internet di antara Islamabad dan Karachi juga terganggu kerana keganasan.

Kabel komunikasi utama di antara dua bandar itu terputus di Sindh dan perusuh mengusir jurutera dihantar untuk memperbaikinya. - Reuters

Wednesday, December 5, 2007

Orang ramai berasak demi Wings
Remaja semakin lupa agama...!!???

-----------------------------------







KUMPULAN WINGS.



SEBUT sahaja nama kumpulan Wings, pasti orang ramai tidak akan melepaskan peluang untuk menonton persembahan mereka.

Ini kerana peminat-peminat sedia maklum, Wings tidak akan mengecewakan mereka kerana kumpulan itu sentiasa memberikan yang terbaik.

Buktinya, Ahad lalu, lebih seribu orang sanggup berasak di Planet Hollywood, semata-mata ingin menonton showcase Wings yang bermula pada pukul 10.45 malam.

Itulah senario yang dapat dilihat setiap kali kumpulan yang dianggotai oleh Awie (Ahmad Azhar Othman), Joe (Abd. Zamin Abd. Kadir), Eddie (Samsaidi Ulong Idris) dan Black (Azmi Hashim) mengadakan persembahan di situ.

Rata-rata peminat yang hadir pada malam tersebut adalah mereka yang membesar dengan lagu-lagu Wings.

Justeru, tidak hairanlah setiap kali Awie mendendangkan lagu pasti peminat-peminat setia Wings akan menyanyi bersama.

Pada persembahan yang berakhir pada pukul 12.45 pagi itu, Wings tidak memperdengarkan lagu-lagu top seperti Intanku Kesepian, Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati atau Peronda Jaket Biru.

Menurut Joe, yang telah memukau penonton dengan petikan gitar solonya untuk lagu Watari dan Difficult to Cure, Wings sengaja mengelak daripada menyanyikan lagu-lagu yang sama.

“Lagu-lagu pada malam ini yang dinyanyikan oleh Awie kebanyakannya tidak pernah dimuatkan dalam album live. Kami berpuas hati dengan sambutan daripada peminat. Mereka sentiasa memberi sokongan kepada Wings,” kata Joe selepas showcase itu.

Antara lagu yang didendangkan pada malam itu ialah Lipas Kudung, Jumpa Hilang, Jerangkung Dalam Almari, Rock ‘N’ Roll Lu Punya Suka, Potret Monalisa, Inspirasi Taming Sari, Misteri Shakila, Sejati, Bujang Senang dan Tirai Horizon.

Wings yang merupakan salah sebuah kumpulan perintis irama rock di Malaysia bukan sahaja diminati peminat tempatan, malah peminat dari seberang turut hadir menonton showcase mereka yang mengenakan bayaran RM50.

Ini membuktikan bahawa daya tarikan sesebuah kumpulan rock bukan terletak kepada lagu yang dirakam sahaja, malah skil persembahan di pentas juga menjadi daya tarikan.

Wings seperti kumpulan muzik dari luar yang sering ditaja untuk mengadakan konsert di sini mampu memberikan persembahan yang terbaik.

Wings mula dikenali apabila album pertama mereka, Belenggu Irama diperkenalkan pada tahun 1987. Bererti Wings kini sudah 20 tahun beraksi di persada seni. Ingin menghadiahkan sesuatu kepada peminat-peminat yang telah menyokong perjuangan mereka sepanjang 20 tahun itu, Wings bercadang menjayakan konsert pada tahun hadapan.

Bagaimanapun kata Joe, semuanya bergantung kepada penaja. Wings amat berharap untuk mengadakan konsert bagi meraikan ulang tahun kegemilangan mereka dalam bidang seni.

“Sudah beberapa kali kami mengadakan showcase di Planet Hollywood dan sambutan yang kami terima amat menggalakkan.

“Jika kami boleh mengadakan persembahan di pentas yang lebih besar tentu lebih ramai peminat Wings yang hadir. Sebab itulah kami berharap ada penaja yang sudi menaja konsert Wings,” katanya penuh harapan.


---------------------------------

kalam editor - admin ( yusri zahir )

assalamualaikum...
kali ini saya bawakan kepada sahabat semua satu realiti yang kita seringkali terleka dengan kemajuan dan propaganda bahawasanya kita ini inginkan sebuah negara yang membangun seiringan dengan kemajuan dunia.

mari saya bawa sahabat2 mengimbau kembali beberapa tragedi atau sejarah yang pernah berlaku di malaysia samada baru ataupun yang lama.

Pernah diadakan suatu masa dahulu perhimpunan ilmiah yang dihadiri ulama' tersohor malaysia. Disini secara zahirnya tiada unsur2 yang membawa kepada keruntuhan moral remaja sehinga membawa kepada percampuran lelaki dan perempuan secara bebas...tetapi...
mengapa terdapat gerakan2 yang datang menyerang dengan bersenjatakan gas pemedih ata atas label meleraikan perhimpunan haram.

persoalannya disini.......
haramkah perhimpunan yang bertujuan menyampaikan ilmu kepada masyarakat?
perhimpunan ini disuraikan hanya kerana ulama' itu sebahagian daripada pembangkang...?

kalam saidina Umar..lihatlah pada apa yang diucapkan dan jangan lihat pada siapa yang mengucapkan..

kalam warga kerajaan sendiri mengatakan... ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk..

disini ingin saya ketengahkan.kalaulah didalam majlis ilmu itu, ada provokasi untukmelawan atau berkempen menentang kerajaan, semudah cara kita gunakan kalam 'ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk..'...

dalam menuntut ilmu, tidak perlu melihat pada sesiapa yang berucap hinggakan pada zaman dahulu seorg ulama yang dirompak, abdul qadir jailani yang akhirnya mengambil kalam perompak itu sebagai ilmu dari seorang guru.


kita lihat pada situasi diatas...kumpulan penyanyi yang secara terang2an tidak membawa apa2 faedah tidak lebih hanya memberi hiburan dan keseronokan...hinggakan anak2 muda..lelaki dan wanita meloncat2..terkinja2 mcm beruk sarkas yang diajar menari yang akhirnya bercampur tanpa batasan. Natijahnya, awal subuh pihak DBKL terpaksa mengutip kondom2 yang bertaburan..benarkan isu ini???

tetapi..mengapa perhimpunan ini dihalalkan...?
andaikata dalil untuk menguatkan hujah yang mengatakan bahawa perhimpunan ini adalah untuk memberi ruang penyanyi2 ini mencari makan...
persoalannya....
masih tidak adakah sumber rezeki yang lain..yang masih boleh dijadikan sumber nafkah sara hidup...? jika dikatakan tiada minat dalam bidang lain...bagaimana pula seorang doktor boleh menjadi seorg ahli perniagaan...?


jawapannya disni...
kita hidup dalam kepompong masyarakat yang beragama Islam tetapi menganggap islam itu hanyalah pada urusan aqidah dan amalan sahaja dan tidak menyeluruh.
disini salahnya kita.

kita sebenarnya ego dalam mempertahankan kehendak nafsu dan apa yang kita suka sehingga berusaha belajar dan mencari dalil tidak lebih hanya untuk menguatkan hujah kita yang sememangnya salah hinggakan kita membuang dalil2 yang menzahirkan salah laku kita....


kalau ingin mengubati penyakit, carilah doktor dan jangan cari mekanik...
kalau ingin mengubati aqidah dan ilmu agama, carilah ulama' bukan penyanyi dan juhala'....

wallahua'lam....
DUNIA Sami sedia lancar konfrontasi baru
WASHINGTON: Sami Buddha Myanmar sedang bersiap sedia melancarkan konfrontasi baru dengan pemerintah tentera negara itu berikutan kegagalan masyarakat antarabangsa memaksa junta berkenaan mengamalkan sistem demokrasi.

Seorang ahli utama kumpulan antarabangsa sami Buddha Myanmar, Ashin Nayaka yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, jika tuntutan demokrasi terus tidak dilayan ‘konfrontasi berdarah selanjutnya tidak boleh dielakkan.’

Beliau berkata, Suruhanjaya Amerika Syarikat mengenai Kebebasan Beragama Antarabangsa, Myanmar akan menyaksikan pertumpahan darah sekali lagi jika masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak dapat mencari cari terbaik bagi menghentikan rejim tentera daripada membunuh dan menahan rakyat.



Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 3,000 dipenjarakan oleh tentera apabila tunjuk perasaan tercetus di Myanmar September lalu, yang menyaksikan sami Buddha mengetuai tunjuk perasaan di Yangon untuk beberapa hari.

Nayaka, berkata, beliau berhubung rapat dengan U Gambira, pemimpin Pakatan Sami Buddha Burma yang menjadi antara pemimpin utama tunjuk perasaan September lalu dan kini ditahan kerajaan.

Beliau menyatakan kekesalannya terhadap masyarakat antarabangsa yang mula mengendurkan tekanan terhadap junta Myanmar.

“Ke manakah hilangnya kecaman antarabangsa? Isu itu patut menjadi kebimbangan masyarakat antarabangsa. Ia krisis moral yang perlu diperjuangkan rakyat Amerika,” katanya.

Washington yang sudah lama mengenakan sekatan terhadap Yangon, sudah dua kali mengetatkan lagi sekatan itu, sejak tunjuk perasaan berkenaan dengan aset pemimpin utama junta dibekukan dan tujuh syarikat dan lima individu yang berkaitan dengan kerajaan tentera Myammar disenaraihitamkan.

Pengarah Eksekutif bagi Kempen untuk Burma di Amerika, Aung Din, menggesa Washington melantik pegawai sepenuh masa dalam penyelaras sekatan terhadap rejim tentera Myanmar.

Langkah ini dalam menyelaras usaha antarabangsa dalam mengenakan sekatan terhadap anggota junta tentera itu.

Beliau berkata, Australia sudah mengambil tindakan yang lebih tegas dengan mensasarkan sekatan terhadap 418 rakyat Myanmar, termasuk 40 usahawan.

Presiden kumpulan hak asasi manusia Freedom House, Jared Genser, berkata Amerika mungkin boleh mengenakan sekatan terhadap bank asing yang digunakan junta Myanmar seperti dikenakan terhadap bank di Macau yang sebelum ini dituduh digunakan rejim di Korea Utara.

“Langkah terhadap Baco Delta Asia di Macau itu berjaya memaksa Korea Utara kembali ke meja rundingan,” kata Genser. - AFP
Kawalan diMakkah diperketat
MAKKAH: Kawalan keselamatan diperketatkan di dan sekitar Masjid Haram pada musim haji ini bagi memastikan keselamatan jemaah, kata Ketua Pasukan Keselamatan masjid berkenaan, Jeneral Yusuf Matar.

Katanya, langkah tambahan itu dibuat berikutan arahan Pengarah Keselamatan Awam, Leftenan Jeneral Saeed Al-Qahtani.

“Rancangan kami ialah untuk menguatkan keselamatan di dalam dan di luar Masjid Haram, dan untuk menguruskan dengan sempurna aliran keluar masuk ke kompleks sembahyang itu.



“Kami mahu memastikan jemaah haji selamat dan selesa sambil memberikan semua perkhidmatan yang mereka perlukan,” katanya.

Yusuf berkata, urusan keselamatan tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya dan badan keselamatan mengambil pengajaran dari pengalaman tahun terdahulu.

“Tahun ini, projek perluasan Safa dan Marwa masih belum selesai sepenuhnya. Sebahagiannya sudah selesai dan akan digunakan pada musim haji.

Begitu juga dengan jambatan menghubungkan tingkat pertama dataran itu di depan Hospital Besar Ajyad yang juga sudah selesai. Jambatan itu digunakan buat kali pertama Ramadan lalu,” katanya sambil menambah pasukan keselamatan sentiasa bersedia membantu jemaah dan memastikan semuanya berjalan lancar.

Yusuf berkata, pihaknya turut meningkatkan keselamatan di dalam dan sekitar Masjid Haram untuk mengelakkan penyeluk saku menjadikan jemaah sebagai mangsa. - Agensi
DUNIA Iran tiada senjata nuklear
RAKAN SERANTAU: Ahmadinejad (kanan) berjalan bersama Raja Abdullah memasuki dewan persidangan di Doha. kelmarin.



Laporan perisikan AS beri tamparan hebat kepada Presiden Bush

TEHERAN: Iran semalam mengalu-alukan penilaian baru perisikan Amerika Syarikat yang menyatakan ia tidak membina senjata nuklear, sekali gus menjadi bukti program nuklearnya bertujuan aman dan menggesa Washington mengubah dasar mahukan sekatan baru dikenakan ke atas Iran.

Rumusan memeranjatkan Anggaran Perisikan Kebangsaan baru itu mendorong desakan supaya rundingan diadakan berhubung program nuklear negara itu. Laporan berkenaan - tersasar jauh dari dakwaan perisikan Amerika bahawa Teheran membangunkan senjata nuklear secara aktif - akan meremehkan usaha pentadbiran Presiden George W Bush untuk menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) mengenakan sekatan selanjutnya ke atas Iran.



Jurucakap Kementerian Luar Iran, Mohammad Ali Hosseini, berkata dalam satu kenyataan laporan itu membuktikan kenyataan Bush - yang selalu bercakap mengenai ancaman serius program nuklear Iran - tidak berasas dan fiksyen semata-mata.

Bush, bagaimanapun tetap tidak berpuas hati dan menggesa masyarakat antarabangsa terus menekan Teheran dan berkata laporan perisikan bahawa Iran menggantung usaha membangunkan bom nuklear menunjukkan terdapat peluang bagi negara itu mencipta senjata berkenaan.

“Saya menilai laporan itu sebagai amaran bahawa mereka memiliki program itu, mereka menggantung program berkenaan. Itu sebabnya ia adalah satu amaran mereka akan memulakan semula program itu.

“Iran bahaya, memang bahaya dan akan menjadi lebih bahaya jika mereka memiliki pengetahuan bagaimana membina bom nuklear,” katanya dalam sidang akhbar di Washington sehari selepas agensi perisikan menyiarkan penilaian yang bertentangan dengan keyakinan pentadbirannya bahawa Iran membina bom nuklear.

Sementara itu di DOHA, Presiden Mahmud Ahmadinejad mencadangkan agar negara Arab dan Iran menubuhkan kumpulan serantau yang bebas daripada pengaruh asing.

Beliau melontar buah fikirannya kelmarin menjelang sidang kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang julung kali mempelawa Teheran menghadiri persidangannya.

Anggota GCC iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu yang mengumpulkan negara Arab yang mempunyai hubungan rapat dengan Washington dan menjalin kerjasama dengan tentera Amerika Syarikat, berkemungkinan besar tidak menerima cadangan berkenaan.

“Kami mahukan keamanan dan keselamatan tanpa pengaruh asing,” kata Ahmadinejad yang sebelum itu berjalan berpegang tangan dengan Raja Abdullah dari Arab Saudi memasuki dewan persidangan. - AP/AFP

Tuesday, December 4, 2007

Guru UK pakai purdah dipaksa letak jawatan
LONDON 13 Okt. - Seorang guru wanita Islam dipaksa meletakkan jawatan kerana tidak mahu membuka purdahnya ketika mengajar.

Anak-anak muridnya mendakwa, pengajaran bahasa Inggeris guru itu susah difahami kerana mereka tidak dapat melihat pergerakan bibir Aishah Azmi.

Guru besar Sekolah Rendah Gereja England Headfield di Dewsbury, West Yorks bersetuju bahawa Aishah, 24, boleh memakai purdah semasa di kawasan sekolah tetapi bukan semasa mengajar.

Bagaimanapun Aishah dilaporkan enggan membuka purdahnya semasa mengajar dan menyatakan ia sebagai budaya, menyebabkan dia digantung.

Majlis Muslim Britain memberitahu, wanita Islam tidak perlu memakai purdah di depan kanak-kanak.

Aishah dilaporkan membuat aduan mengenai Majlis Kirklees kepada tribunal pekerjaan yang dijangka membuat keputusan dalam tempoh dua minggu.– Agensi

Sumber: Utusan Malaysia ( 14 Oct 2006 )
Miss Universe jatuhkan martabat wanita, Sweden tarik diri
BANDAR MEXICO 26 Mei – Pertandingan ratu cantik Miss Universe tahun ini kehilangan seorang peserta yang tinggi dan menawan dari Sweden – negara yang tiga kali memenangi gelaran itu.

Isabel Lestapier Winqvist, 20, menarik diri kerana warga Sweden menyatakan pertandingan itu, yang akan disiarkan secara langsung Isnin ini dari Auditorium Nasional Bandar Mexico, sebagai menjatuhkan martabat wanita dan penuh skandal.

"Kami berhadapan dengan kritikan sekiranya dikaitkan dengan Miss Universe," kata penganjur pertandingan Miss Sweden, Panos Papadopoulos yang menghentikan pertandingan pakaian renang dan membenarkan wanita untuk memohon gelaran itu seperti pekerjaan lain selepas dikritik oleh kumpulan feminis.

Malah, peserta-peserta lain turut melakukan perubahan besar.

Sebagai contoh, Miss Jamaica, Zahra Redwood, 25, adalah Rastafaria pertama dan peserta pertama yang muncul dengan gaya rambut ala Bob Marley.

Katanya, dia mahu para hakim melihatnya sebagai seorang pemegang fahaman Rastafaria yang membawa mesej keamanan, cinta dan kesatuan manusia sejagat.

Miss Tanzania, Flaviana Matata yang juga seorang juruteknik di negara peserta buat kali pertama itu turut "mencabar" pertandingan tersebut dengan mencukur kepalanya.

"Saya tidak membenarkan sesiapa menilai rambut atau pakaian saya kerana saya percaya Tuhan mencipta saya sebagai seorang wanita Afrika yang asli," katanya.

Sumber : Mingguan Malaysia ( 27 Mei 2007 )
Pelacur 'kebal'
Oleh Ibrahim Isa


JOHOR BAHRU: Kebal atau tidak boleh disentuh? Begitulah senario kegiatan pelacuran di Jalan Wong Ah Fook yang sudah beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu secara terbuka di kawasan itu.

Ketika peniaga cakera padat video (VCD) dan peniaga barangan tiruan di kawasan itu ada kalanya terpaksa tutup kedai berikutan penguatkuasaan pihak tertentu, namun golongan terbabit seolah-olah kebal dan mampu beroperasi seperti biasa.

Mereka yang beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dikatakan mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM150, bergantung kepada perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Selain itu, mereka dikatakan bijak memerangkap pelanggan kerana apabila berada di bilik di kawasan berhampiran, pelacur terbabit dikatakan akan meminta bayaran lebih daripada pelanggan masing-masing.

Kehadiran mereka bukan sahaja menyumbang perlakuan maksiat, malah memburukkan imej bandar raya ini kerana kawasan itu adalah tumpuan warga asing menukar mata wang masing-masing.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, berikutan kehadiran pelacur di kawasan itu, dia tidak selesa membawa anaknya berjalan di kawasan berkenaan.

"Kanak-kanak tidak tahu apa-apa, namun aktiviti mereka yang menunggu sambil menegur pelanggan di khalayak ramai membuat kami tidak selesa terutamanya di hadapan kanak-kanak.

"Masalahnya, ia bukan perkara baru malah sudah lebih 10 tahun lalu dan masih berterusan hingga sekarang.

"Apa yang peliknya, peniaga VCD dan barangan tiruan di kawasan itu digempur habis-habisan, tetapi wanita yang menawarkan khidmat seks itu beroperasi seperti biasa," katanya.

Sumber: Harian Metro (12 Sep 2006)
Program 'Joget Aidilfitri' persenda kemuliaan agama
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyelar tindakan pelbagai pihak termasuk media massa yang kini hebat mempromosi program yang kononnya ada kaitan dengan kemuliaan Ramadan dan Aidilfitri, tetapi hakikatnya ia mecemar dan mempersenda agama.

Antara majlis berkenaan ialah pesta dan rancangan hiburan sempena hari mulia itu dan pelbagai program televisyen yang mengetengahkan hiburan keterlaluan.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan berhubung perkara ini baru-baru ini, berkata pihaknya membantah tindakan sebuah radio swasta HOT FM di bawah Media Prima Bhd yang telah menganjurkan program yang digelar 'Joget Aidilfitri' di sebuah pusat membeli belah di ibu kota .

"Program yang menyertakan acara tarian dan hiburan atas nama 'Joget Aidilfitri itu jelas tidak menghormati hari kebesaran Islam yang mulia," katanya.

Beliau menegaskan Teras tidak dapat menerima komersialisasi dan program berbentuk lara tetapi dikaitan perayaan suci umat Islam itu.

"Program tersebut sudah tentu akan memberi gambaran bahawa Aidilfitri adalah hari hiburan seperti hari perayaan yang lain.

"Padahal Aidilfitri adalah hari yang sangat suci dalam Islam. Kenapakah pihak Media Prima menganjurkan hari tersebut menjadi hari hiburan secara bercanggah dengan Syariah Islam?

"Mengaitkan joget dengan Aidilfitri adalah tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. Pihak berkuasa agama hendaklah mengambil tindakan agar pihak berkenaan tidak meneruskan program itu demi menjaga kesucian agama Islam.

"Teras menolak dengan tegas fenomena mengkomersialkan perayaan agama Islam kerana ini sudah pasti membawa kesan penghinaan dan mempersenda Islam," katanya. – lanh



Sumber: Harakahdaily ( 10 Okt 2006)
Artis diingat usah persenda agama
- TUN JUL,Kuala Terengganu

BARU-BARU ini heboh peminat seni memperkatakan kenyataan Mawi bahawa dia sedia berlakon dengan syarat tidak ada watak yang memerlukan dia menyentuh wanita bukan mahram. Pelik, apa tujuan sebenar kenyataan Mawi itu? Untuk menjaga hukum Islam atau nak tunjuk alim kucing.

Apa yang selalu kita lihat, sejak jadi penyanyi, Mawi dengan muka selamba bersalam dengan peminat perempuan tanpa rasa malu pada Allah.

Perlu diingat, hukum tetap hukum, dalam keadaan apa sekali pun tetap haram kecuali keadaan darurat seperti doktor lelaki yang terpaksa merawat pesakit perempuan dalam keadaan tidak ada doktor perempuan.

Dalam bab menyentuh antara lelaki dan perempuan bukan mahram, ia tetap haram dalam mazhab Shafie. Kita tidak boleh terikut-ikut dengan kenyataan puak tertentu yang mengatakan, jika perempuan menghulur tangan, kita kena sambut kerana hendak menjaga maruah agar tidak malu dalam majlis.

Kalau begitu, ketika kita hadir dalam majlis bukan Islam dan dia menghulurkan segelas arak apakah kita perlu minum untuk menjaga hati dan air muka tuan rumah?

Rasulullah sendiri pernah dihulur tangan oleh wanita bukan mahram yang baru memeluk Islam, tapi Nabi menolak dengan lembut sambil mengatakan hukumnya haram. Kalau semua orang boleh bagi alasan nak jaga aib orang, tidak ada bezanya kita dengan puak kafir.

Kenyataan beberapa artis yang menempelak kenyataan Mawi itu dengan mengatakan "jika itu tak boleh, ini tak boleh, susahlah" secara tak langsung menunjukkan kejahilan agama dan menghina Islam.

Kenyataan pelakon di Iran tidak bersentuhan kerana itu budaya mereka juga adalah satu kenyataan orang jahil dan buta agama. Itu tuntutan Islam, hukum Islam. Orang minum arak sama ada mabuk atau tidak tetap haram walaupum minum sesudu saja.

Rasulullah pernah bersabda bahawa "wanita itu aurat" kecuali muka dan dua tapak tangan.

Bukankah Allah dan Rasul memberi jaminan bahawa mana-mana wanita mendedahkan aurat akan dimasukan ke dalam neraka? Buktinya semasa Israk & Mikraj, Allah tunjukkan kepada Nabi bagaimana azabnya wanita yang mendedahkan aurat.

Mengapa tidak mahu diambil iktibar? Ini termasuk bapa atau suami yang reda anak perempuan atau isterinya mendedahkan aurat. Islam tidak menyuruh membuat sesuatu yang jelas hukumnya haram, kecuali golongan yang jelas munafik atau fasik. Kalau wanita diharamkan untuk azan - memanggil manusia mengerjakan solat pun tidak dibenarkan, apatah lagi untuk menyanyi.


Sumber: Berita Harian ( Ruangan Surat, 7 Nov 2006 )
.
Drama TV tonjolkan isu gay tidak wajar
– ADAM RAHMAN, Petaling Jaya

SAYA ingin menyentuh tentang garis panduan penyiaran, terutamanya saluran TV yang dewasa ini semakin mengelirukan, mengaibkan dan memualkan. Sebagai contoh, baru-baru ini saya menyaksikan drama Emil Emilda yang ke udara di TV dan saya kaget tentang isu homoseksual diketengahkan secara terang-terangan dan teliti dalam drama bersiri tersebut.

Terdapat adegan lelaki memeluk lelaki dalam beberapa episod dan nyatanya isu homoseksual ataupun gay adalah isu sentral dalam drama bersiri ini.

Dalam pada itu, dialog-dialognya cuba menyampaikan mesej-mesej subliminal tentang hubungan lelaki homoseksual yang digubah menjadi jalan cerita.

Persoalannya; ke manakah arah tuju negara Malaysia sekarang ini? Adakah kita terlalu taksub dengan kemajuan dan mengejar kemajuan acuan Barat hinggakan kita berani secara terang-terangan mengetepikan pentingnya agama Islam itu sendiri? Adakah kita terlalu lalai dan sengaja membenarkan perkara sedemikian rupa berlaku di negara yang selama ini tiada anasir-anasir songsang dan negatif sedemikian?

Pada pendapat saya, dalam hal ini, TV sendiri haruslah teliti dalam menapis skrip drama Emil Emilda. Untuk TV, jadikan kes Rosnah Mat Aris yang pernah menggegar negara sebagai pedoman dan paksi untuk operasi syarikat anda.

Sebagai seorang bapa kepada dua anak kecil, perkara sedemikian rupa adalah agenda utama saya apabila saya membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia. Saya sudah berada di luar negara selama 15 tahun dan dambakan kehidupan yang murni di negara asal, Malaysia. Tetapi, apabila Emil Emilda disajikan dan diadun di dalam acuan Melayu dan konteks Malaysia, saya rasa terlalu banyak perkara yang tidak kena dan paling menyedihkan, watak-watak Melayu kita juga yang menggalas dan menghidupkan jiwa homoseksual dalam drama tersebut.

Bertambah malang perhitungan saya untuk kembali ke Malaysia, jika pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tidak melakukan apa-apa terhadap gejala negatif yang pantas menjalar sekarang ini – dan umpama barah, sedikit demi sedikit memakan jiwa bangsa kita.

Sumber; Utusan Malaysia (28 Mei 2007)
Imam setuju berhenti merokok
Imam setuju berhenti merokok

BANGI 13 Jun – Muzakarah Imam-Imam Peringkat Kebangsaan 2007 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini sebulat suara bersetuju supaya imam di negara ini berhenti merokok.

Dalam satu undian tidak rasmi yang diadakan secara spontan pada sesi dialog selepas pembentangan kertas kerja ketujuh itu, hampir semua imam yang hadir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) itu mengangkat tangan tanda setuju.

Walaupun ia bukan keputusan rasmi muzakarah, Utusan Malaysia difahamkan perkara itu akan dimasukkan sebagai salah satu daripada resolusi pada majlis penutup muzakarah berkenaan Jumaat ini.

Terdahulu, seorang peserta membangkitkan cadangan supaya imam yang merokok menghentikan amalan yang boleh menjejaskan kesihatan itu.

Menurut peserta itu, selain faktor kesihatan, langkah itu juga baik untuk imej imam sebagai pemimpin masyarakat.

Berikutan cadangan itu, pengerusi forum, Mohd. Kamal Mohd. Noor dari Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak meminta imam-imam yang hadir di DECTAR mengundi dengan mengangkat tangan jika bersetuju.

Seramai 3,900 imam, kebanyakannya imam-imam pertama masjid di seluruh negara hadir pada muzakarah yang berlangsung selama lima hari sejak Isnin lalu.

Selain forum dan dialog, mereka turut dibawa melawat lokasi menarik dan bersejarah sekitar ibu negara dengan menaiki 80 buah bas.

Muzakarah berkenaan dianjurkan bersama oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Sekretariat Islam Hadhari (Projek Khas Perdana Menteri).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sekretariat berkenaan, Abd. Aziz Abdullah pada sesi taklimat muzakarah itu berkata, tidak mustahil gaji dan elaun imam pada masa depan mencecah sehingga RM8,000 sebulan.

‘‘Imam boleh dianggap sebagai CEO masjid yang mempunyai tanggungjawab berat kerana menguruskan sebuah institusi yang mempunyai aset yang banyak dan ada antaranya bernilai sehingga berpuluh juta ringgit,’’ katanya.

Pada sesi dialog sebelum itu, seorang imam mencadangkan elaun RM450 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dinaikkan seperti kakitangan kerajaan yang bakal menikmati kenaikan gaji mulai bulan depan.

Sumber: Utusan Malaysia ( 14 Jun 2007)





---------------------------------------------------------------

kalam editor - admin

Bismillah...

pada kalam manusia yang lemah, saya berharap kata2 saya ini berada di bawah keredhoan-Nya..kalam ini tidak lebih hanyalah berpandukan ilmu yg saya pelajari dan pendapat2 saya yang mungkin ada kurang dan cacatnya...wallahua'lam..

dikatakan rokok itu pada zaman sekarang adalah rokok yg dikotakkan dan rokok daun yang mana orang2 veteran kita sangat menggemarinya.

disini..timbul persoalan dalam benak fikiran saya...apakah perlu dilakukan muzakarah2 sebegini untuk melarang imam2 (apatah lagi rakyat biasa) untuk tidak merokok?

jawapannya disini...(dr pendapat dan ilmu yang saya perolehi)

1. haram @ halalnya rokok

Al-quran menyebut...(lebih kurang maksudnya..)

"...aku membeli diri kamu untuk beribadat kepada aku.."

dan qaedah fekah mengatakan

"..sesuatu yang mudaratkan diri itu adalah haram.." kata2 ini, ketika saya sekolah menengah dulu, dikatakan kalam rasul...

berdasarkan kedua2 dalil ini, fikirlah saya bahawasanya masih adakah title halal untuk rokok2 ini dihisap oleh imam...sebagaimana muzakarah yg dibuat secara berkelompok bagi menyokong satu agenda "imam berhenti merokok".

seperti ada disebaliknya satu penghalalan untuk rokok ini dihisap dan disokong agar imam2 berhenti merokok tidak lain hanyalah kerana membahayakan bukan kerana hukumnya yang haram.

Saya akui disni terdapat khilaf tetapi masih menjadi khilafkah apabila kita menghisap rokok yg dicelup arak pada kulitnya sebagai bahan bakar? dimana logiknya?....pernahkah api yang dicucuh pada rokok2 kotak ini terpadam dengan sendirinya... tidak lebih ianya akan terpadam apabila dipenyekkan..benar?

yang dikatakan makruh bagi kefahaman saya tidak lebih kepada rokok yang dibuat sendiri daripada sebarang bahan yg tidak membahayakan...

mungkin rokok daun tergolong daripada kelompok makruh selagi mana tidak ada unsur2 yang haram disitu...

2. relavenkah muzakarah sebegini dilakukan

bagi pendapat peribadi saya...muzakarah ini ada relevannya

yang relevannya

adalah apabila kita boleh memcontohi kepimpinan apabila imam2 akur dengan keputusan dan akhirnya berhenti merokok.

ini juga boleh mendatangkan suatu konsep yang bersih dan halus dalam membincangkan dan mengeluarkan sepakat secra langsung menegur individu secara umum.

imam2 di malaysia tidak semuanya tinggi ilmu agama dan banyak yg masih pudae dalam hukum...mungkin muzakarah dan keputusan serta arahan2 sebegini boleh mendorong para imam kita mencari jawapan sendiri dan menjadi 'imam' yang sebenar dalam memintak umat Islam agar memartabatkan Islam dan bukan hanya terus terpengaruh dengan dunia yang digelumang fitnah dan dosa...wallahua'lam...

-------------------------------------------------

YAHB beli Menara Bumiputra-Commerce


Oleh Azli Ayob


STRATEGIK: Dari kiri, Md Nor, Nor Mohamed, Mohd Shukri, Kamalul Ariffin, Tengku Ahmad Burhanuddin dan Nazir Razak melihat modul menara BCHB bagi dijadikan ibu pejabat CIMB Bank, di Kuala Lumpur, semalam.



Bangunan 39 tingkat akan disewa sebagai ibu pejabat baru CIMB Bank

PELABURAN Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB), syarikat milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) membeli bangunan Menara Bumiputra-Commerce Bumiputra-Commerce Holdings Bhd (BCHB) pada harga RM460 juta.

Bangunan setinggi 39 tingkat di tapak seluas kira-kira satu hektar di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu akan disewakan kepada CIMB Bank Bhd untuk dijadikan ibu pejabat barunya apabila ia siap pada Ogos tahun depan.



Tempoh sewaan itu adalah selama 10 tahun dengan opsyen melanjutkannya selama lima tahun lagi selepas itu.

Perjanjian pembelian dan sewaan itu dimeterai PHBB dengan BCHB dan CIMB Bank di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, PHBB diwakili Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Kamalul Arifin Othman, BCHB oleh Pengarah Eksekutifnya, Datuk Mohd Shukri Hussin, manakala CIMB Bank Bhd oleh Pengarah Eksekutifnya, Tengku Ahmad Burhanuddin.

Ia disaksikan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Turut hadir, Pengerusi BCHB, Tan Sri Md Nor Md Yusof dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak.

BCHB adalah syarikat induk kepada CIMB Group.

Berucap pada majlis itu, Mohd Shukri berkata, penjualan bangunan itu bertujuan meningkatkan kecekapan penggunaan modal kumpulan dengan mengurangkan pemilikan harta fizikal.

"Sebagai kumpulan perbankan dan kewangan, strategi kami adalah mengurangkan jumlah harta sebaliknya menggunakan modal secara cekap dalam perniagaan teras," katanya.

Beliau berkata, perancangan pembinaan bangunan itu yang dibuat tiga tahun lalu bertujuan menempatkan semua kegiatan perniagaan perbankan runcit kumpulan di bawah satu bumbung bagi menggantikan ibu pejabat CIMB Bank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Langkah itu, katanya, dapat menjimatkan bayaran sewaan berjumlah RM7.5 juta setahun.

"CIMB Bank juga akan mendapatkan semula modal berjumlah RM3.6 bilion daripada penjualan dan kemudian menyewa semula bangunan itu yang akan dilaburkan dalam perniagaan teras kumpulan," katanya.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata, pembelian bangunan itu oleh PHBB dapat memenuhi matlamat kerajaan memastikan Bumiputera memiliki hartanah di kawasan utama dan strategik di bandar besar di negara ini.

"Matlamat penubuhan YAHB adalah untuk meningkatkan lagi pemilikan hartanah komersial oleh Bumiputera di bandar utama di seluruh negara dan pembelian Menara Bumiputra-Commerce ini dapat membantu kerajaan mencapai matlamat itu," katanya.

Sunday, December 2, 2007

Musharraf rancang fasa baru demokrasi Pakistan






Laporan Azman Abdul Hamid di Karachi, Pakistan


AKUR ARAHAN: Musharraf mengesat mata ketika menyampaikan ucapan selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden awam di Islamabad, Khamis lalu.



Penarikan perintah darurat langkah rencana program masa depan

PRESIDEN Pakistan, Pervez Musharraf selain menghadapi kritikan mengenai corak dan gaya kepemimpinannya, turut dihentam media, peguam, aktivis hak asasi, ahli politik pembangkang dan dunia luar berikutan tindakan antidemokratiknya.

Walaupun demikian, Musharraf tidak menunjukkan keresahan, sebaliknya mengambil langkah strategik menjawab kecaman demi kecaman berkenaan, terbaru dengan mengumumkan penarikan perintah darurat pada 16 Disember ini yang menyebabkan lawan politik buntu mencari sebab terus membidas.



Musharraf menunjukkan kepada semua bahawa beliau sudah ada program masa depan untuk pembangunan dan kemakmuran rakyat Pakistan. Malah, beliau sanggup melepaskan jawatan jika pengundian terbaru hanya menambah masalah.

Terbaru, akhbar The Dawn yang memiliki stesen televisyen Dawn News menyindir Musharraf apabila memuatkan satu muka penuh iklan bertajuk 'Wanted: A Highly Qualified Prime Minister For Pakistan' (Dikehendaki: Orang Paling Layak Memegang Jawatan Perdana Menteri Pakistan) dalam edisi Jumaat lalu, membabitkan satu program realiti televisyen.

"Ketika kita bergerak mengadakan pilihan raya 8 Januari 2008, kita ada sebab untuk percaya bahawa pemilihan Perdana Menteri sesuai mungkin dipengaruhi oleh politik 'udang di sebalik batu' atau Parlimen tergantung (kerana tiada majoriti)."



TUNJUK BANTAHAN: Seorang peguam bertindak membaling batu ke arah polis dalam tunjuk perasaan di Lahore, Khamis lalu.


"Apabila demokrasi gagal memberi hasil, atau tidak sempurna, media ada hak untuk campur tangan sewajarnya. Dawn News dengan bangganya mengumumkan pelancaran misi terbarunya. Kami kini memulakan usaha mencari Perdana Menteri paling sesuai menerusi program khas Enter The Prime Minister.

"Lelaki mahupun wanita yang tidak dikenali sama sekali boleh bertanding. Atau, ia boleh juga disertai ahli politik yang sepatutnya sudah lama diiktiraf kerana kewibawaannya, kecekapannya mahupun keupayaannya bertindak secara tidak jujur," katanya.

Jadi, apakah kriteria Perdana Menteri paling sesuai? Beliau sepatutnya berani menguatkuasakan undang-undang tanpa takut atau bersikap memihak, tetapi setiap langkah diambil secara bijaksana. Beliau semestinya pakar dalam proses merangka dasar dan mampu mengumpul sokongan popular bagi pelaksanaan dasarnya.

"Beliau mesti tegas berurusan dengan kakitangan awam dan sentiasa mematuhi undang-undang. Beliau perlu memastikan semua pihak terbabit dalam proses pemerintahan supaya pengundi mampu menjadi penentu dasarnya.



BAWA TENTANGAN: Benazir Bhutto antara calon Perdana Menteri Pakistan.

Beliau mesti memimpin bukan bertindak seperti polis. Dawn News menyatakan, semua pengundi layak menandatangani borang calon yang menjadi pilihan, manakala wawancara calon akan diadakan di Karachi, Lahore dan Islamabad. Beberapa siri penerangan di televisyen akan disiarkan bagi membantu mereka memilih calon terbaik.

Stesen itu juga memberitahu, pencalonan diterima selewat-lewatnya 6 Disember ini serta calon mesti menerangkan mengapa dia layak memegang jawatan Perdana Menteri.

Agaknya stesen itu sebenarnya mahu menggunakan judul Enter The President, tetapi mungkin menganggap lebih pedas jika menggunakan tajuk Enter The PM, kerana orang yang memegang jawatan Perdana Menteri tidak banyak mencetuskan permasalahan kepada rakyat berbanding Presiden.

Dawn News jelas mengutuk Musharraf kerana begitu lama memegang jawatan pemerintah tentera sebelum menyerahkan jawatan kepada orang baru beberapa hari lalu, sebagai sebab demokrasi Pakistan gagal atau tidak sempurna, lebih-lebih lagi dengan tindakan Presiden menyekat kebebasan media tertentu selain menahan wartawan yang melakukan protes terhadapnya.

Begitu juga dengan kenyataan supaya Perdana Menteri mengikuti dan mematuhi undang-undang dan mampu mendapat sokongan majoriti adalah satu sindiran terhadap tindakan Musharraf memecat ketua hakim dan kini menghadapi pelbagai bantahan terhadap operasi keselamatan dekat kawasan sempadan.

Tidak kira semua itu, Musharraf sudah menjelaskan dengan panjang lebar mengapa beliau akan terus mengambil langkah sendiri untuk kepentingan negara ketika berucap kepada mereka yang hadir dalam majlis angkat sumpah jawatan Presiden pada Khamis lalu.

Katanya, proses demokrasi Pakistan di bawah terajunya membabitkan tiga fasa atau peringkat. Fasa pertama tempoh 1999 dan 2002 yang menyaksikan pentadbirannya berusaha dan berjaya menggerakkan semula ekonomi Pakistan mengubahnya daripada status 'negara gagal'.

Ia turut menyaksikan Musharraf merapatkan hubungan dengan Amerika Syarikat selepas kejadian serangan 9/11 di New York dengan melancarkan kempen memerangi keganasan.

Bagi fasa kedua proses demokrasi membabitkan tempoh 2002 hingga 2007. Dalam tempoh itu, demokrasi diperhalusi lagi dengan pilihan raya diadakan dan kerusi untuk wanita dan etnik minoriti diperuntukkan di Parlimen. Selain itu, usia belia mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18.

Dalam fasa ketiga pada tahun ini hingga Januari, Musharraf berkata, beliau sudah menyelesaikan isu ketua tentera dan menuduh pihak kehakiman cuba menghancurkan proses demokrasi yang diusahakannya kerana tidak mengiktiraf kemenangannya dalam pengundian Oktober lalu dan diikuti dengan perkembangan keganasan yang meruncing memaksanya mengisytiharkan perintah darurat, 3 November lalu.

Kecuali pemecatan hakim, Musharraf percaya sudah memenuhi keperluan Perlembagaan dengan menyerahkan tugasnya sebagai pemimpin tentera kepada Jeneral Ashfaq Pervez Kayani sebelum mengumumkan perintah darurat tamat pada 16 Disember ini.

Tidak cukup dengan itu, Musharraf juga menggesa parti pembangkang tidak terus mengkucar-kacirkan keadaan dengan meminta mereka mengambil bahagian dalam pengundian tidak lama lagi bagi mewujudkan alam politik lebih baik.

Walaupun 33 parti pembangkang yang membentuk Pergerakan Demokratik Semua Parti (APDM) mengisytiharkan untuk memulaukan pilihan raya, keputusan mereka sedikit sebanyak terjejas dengan langkah Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan Benazir Bhutto bertanding dan mengumumkan manifesto serta strategi pilihan raya dalam pelancaran kempen, kelmarin.

Musharraf juga mengingatkan negara Barat supaya tidak terlalu mudah membuat penghakiman ke atas beliau dalam isu demokrasi kerana negaranya masih muda dan proses demokratik mengambil masa lama sebelum mencapai kematangan.

Katanya, sesuatu perkara yang besar seperti demokrasi tidak boleh dipaksa untuk dilaksanakan sepenuhnya sebaliknya ia seharusnya diberi masa untuk diubah, jika tidak sebarang pelaksanaannya akan mencetuskan kekacauan dan masalah.

"Kami harap kamu akan terus membantu kerana angin perubahan boleh berubah haluan," katanya kepada 1,000 diplomat, menteri dan tetamu dalam majlis mengangkat sumpah itu.

Dengan nada optimis dan penuh yakin itu, Musharraf secara langsung menggariskan pandangannya bahawa demokrasi Pakistan memasuki fasa baru menjelang pilihan raya akan datang. Kenyataannya bahawa beliau sedia meletak jawatan jika undian memburukkan masalah tentu satu daya penarik yang kuat kepada pembangkang untuk tidak memulaukan pilihan raya.
AS fail ekstradisi ketua dadah Mexico
MEXICO CITY: Amerika Syarikat secara rasmi memfailkan permohonan ekstradisi seorang ketua perniagaan dadah yang digelar 'The Queen of the Pacific', kata seorang pegawai Amerika Syarikat dan kerajaan Mexico.

Dalam satu kenyataan berita, pejabat peguam negara Mexico berkata Amerika Syarikat mahukan Sandra Avila Beltran berkaitan dengan dakwaan dadah dan jenayah terancang tetapi tidak menyebut sama ada beliau akan dihantar ke utara sebelum berhadapan dengan dakwaan beliau di Mexico.

Seorang pegawai Amerika Syarikat yang mengesahkan permohonan ekstradisi itu berkata Avila Beltran yang ditahan September lalu di kejiranan mewah Mexico City menguruskan penghantaran kokain untuk Sinaloa, mengendalikan pembayaran berjuta dolar dan mempunyai pasukan untuk menghukum anggota dan musuh dadah.



"Beliau yang membuat keputusan serius, menguruskan penghantaran, meluluskan pembayaran penghantaran, pemindahan berjuta dolar kepada pembekal Colombia," kata pegawai terbabit yang enggan dikenali.

Dengan berimejkan gaya elegen, Avila Beltran didakwa adalah seorang pembuat keputusan kanan bagi kumpulan terbabit selain memainkan peranan penting menguruskan untung rugi kumpulan terbabit dan musuh mereka, kata pegawai terbabit.

"Orang ramai memperkatakan mengenai keuntungan dan hutang beliau. Beliau juga mempunyai kumpulan penguatkuasa," katanya.

Ekstradisi berkenaan mempunyai hubungan dengan rampasan lebih sembilan tan kokain dari sebuah bot menangkap ikan pada 2001 berhampiran pelabuhan pantai Pacific Mexico di Manzanillo. Dadah berkenaan didakwa untuk pasaran Amerika Syarikat. – AP
Hakim 'kaki baran' digantung tugas
WASHINGTON: Seorang hakim Amerika Syarikat digantung tugas kerana memenjarakan semua yang hadir dalam kamar mahkamah selepas tiada seorang pun daripada mereka mengaku memiliki telefon bimbit yang berdering ketika perbicaraan berlangsung.

Hakim Robert Restaino mendengar perbicaraan kes keganasan rumah tangga di bandar raya Niagara Falls pada Mac 2005.

Suruhanjaya mengenai tingkah laku kehakiman berkata, Restaino bertindak 'tanpa sebarang asas undang-undang' dan berkelakuan 'agak zalim.'



Restaino berkata, dia tertekan dengan kehidupan peribadinya ketika itu. Beliau mempunyai masa 30 hari untuk merayu terhadap keputusan suruhanjaya.

Dalam keputusannya kelmarin, Suruhanjaya Negeri New York mengenai Tingkah Laku Kehakiman mencadangkan hukuman ke atas Restaino bagi apa yang dikatakan pengerusinya 'dua jam kegilaan yang tidak dapat dihuraikan' pada pagi 11 Mac 2005.

Ia berkata, hakim berusia 48 tahun itu mendengar siri kes keganasan rumah tangga apabila terdengar deringan telefon bimbit dan 'menengking.'

"Semua orang dalam kamar ini akan ke penjara kecuali saya mendapat alat itu sekarang. Jika sesiapa menyangka saya bergurau, tanya beberapa orang yang sudah lama berada di sini. Semua akan ke penjara," katanya kepada orang ramai yang berada dalam kamar mahkamah, menurut suruhanjaya itu.

Pegawai keselamatan kemudian cuba mencari telefon berkenaan tetapi gagal. Selepas berehat seketika, Restaino kembali ke tempatnya dan sekali lagi bertanya siapa pemilik telefon bimbit itu.

Apabila tiada seorang pun mengaku, beliau mengarahkan 46 orang yang berada dalam kamar mahkamah ketika itu ditahan dan mengenakan ikat jamin AS$1,500 (RM5,100) setiap seorang.

Orang ramai yang hadir dan defendan kemudian di bawa ke penjara Bandaraya Niagara, diperiksa dan dimasukkan ke penjara sesak.

Empat belas orang yang tidak dapat membayar ikat jamin kemudian dirantai kaki dan dipindahkan ke penjara lain –Agensi
Penduduk panik gegaran gempa dekat Bukit Tinggi
Oleh Sariha Mohd Ali

KUANTAN: Gegaran gempa bumi yang dikesan buat kali pertama kelmarin di kawasan Bukit Tinggi dan kawasan berdekatan, menggemparkan penduduk dan pelancong yang menginap di hotel dan resort di bukit peranginan berkenaan.

Sebahagian pelancong dan penduduk keluar dari kediaman masing-masing sebaik mendengar bunyi kuat seperti letupan untuk menyelamatkan diri kerana bimbang gegaran itu boleh menyebabkan bangunan runtuh.

Bagaimanapun sehingga ini tidak ada laporan mengenai kejadian tidak diingini berlaku.



Gegaran kali pertama dengan kekuatan 3.5 skala Richter dikesan pada jam 10.13 pagi, diikuti gegaran kedua dengan 2.9 skala Richter pada 10.42 pagi dan gegaran terakhir pada jam 8.42 malam dengan bacaan 3.3 skala Richter.

Seorang penduduk, Azizah Shuaib, 35, ketika menghubungi pejabat Berita Minggu di sini, berkata mereka tidak mengetahui punca gegaran itu dan menyangka ia ada kaitan dengan gempa di Indonesia.

Katanya, walaupun ukuran kekuatan gempa itu dianggap kecil tetapi gegarannya menggoyangkan peralatan dan perabot dalam rumah.

"Semua penduduk keluar dari rumah kerana risau berlaku kejadian tidak diingini" katanya.

Jurucakap Balai Polis Bukit Tinggi ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Meteorologi (Unit Geofizik dan Tsunami), Dr Mohd Rosaidi Che Abbas, ketika dihubungi berkata, gegaran itu disebabkan berlaku rekahan kerak bumi sepanjang kira-kira 30 kilometer.

Katanya, kejadian itu perkara biasa yang tidak perlu dibimbangi penduduk.

"Jajaran kerak bumi yang merekah ini berada dalam keadaan tidak aktif tetapi apabila berlaku, ia menyebabkan gegaran kecil setiap dua atau tiga tahun sekali.
Hindraf melampau






Oleh Misiah Taib dan Badrul Hizar Ab Jabar







PM marah tuduhan Hindraf kerajaan lakukan pembersihan kaum

ALOR GAJAH: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi amat marah dengan tindakan Hindraf yang mendakwa Kerajaan Malaysia melakukan pembersihan etnik dan menyifatkan perbuatan itu pembohongan amat jahat.

Perdana Menteri yang mengakui jarang marah, berkata beliau sendiri akan meletak jawatan jika perkara seperti itu berlaku di Malaysia, sebuah negara yang sejak merdeka hingga sekarang, kerajaannya memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua kaum.



Tindakan Hindraf itu katanya, bertujuan mencetuskan perbalahan antara kaum, dengan cubaan memperdayakan majoriti masyarakat India yang tidak bersalah kononnya selama ini mereka ditekan dan ditindas.

"Saya rasa marah, sebenarnya saya jarang rasa marah tetapi ini tindakan yang tidak boleh dilayan sama sekali.

"Beritahu saya, apakah anda percaya pembersihan etnik berlaku di negara ini. Apakah ia berlaku di Malaysia? Saya akan meletak jawatan jika saya membenarkan ini berlaku. Ia tidak pernah berlaku di negara ini. Ini adalah satu pembohongan amat jahat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Perkampungan Hadhari peringkat negeri di Dataran Pantai Perkelahan Tanjung Bidara dekat sini, semalam. Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Abdullah berkata, tidak pernah berlaku perbalahan antara penganut Islam dan Hindu di Malaysia dan mengapa harus perkara seperti itu ditimbulkan. Ia berbau perkauman dan bertujuan memporak-perandakan keamanan, kestabilan serta kesejahteraan rakyat.

"Tindakan kumpulan ini bertujuan menggugat kepercayaan orang India terhadap kerajaan, terhadap Umno dan juga orang Melayu," katanya sambil menyifatkan Hindraf membuat pelbagai tohmahan tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata, penghapusan etnik adalah seperti berlaku di Bosnia apabila pihak Serbia menyerang dan membuat segala-galanya supaya orang Bosnia tidak lagi wujud, tetapi di Malaysia perkara seperti itu tidak pernah berlaku.

Tindakan Hindraf katanya, yang membuat aduan mengenai masyarakat India di Malaysia kepada Kerajaan United Kingdom, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak antarabangsa lain, semata-mata bertujuan menimbulkan keadaan tidak tenteram dan perbalahan antara kaum.

"Sepanjang 50 tahun kita merdeka, orang India sudah menjalankan peranan mereka menjadi penyokong kuat Kerajaan Malaysia, kerajaan Barisan Nasional (BN). Tentu sekali mereka tahu kita bersifat adil dan saksama.

"Tapi hari ini nampaknya mereka (orang India) hendak diperdayakan oleh kumpulan Hindraf ini. Saya harap kaum India terutamanya, jangan benarkan diri diperdayakan mereka ini.

"Saya harap kaum lain juga tidak menunjukkan simpati kepada kumpulan terbabit. Saya harap orang Melayu bersabar kerana kerajaan dan pihak polis akan mengawasi apa juga tindakan kumpulan terbabit," katanya.

Abdullah juga memberi contoh di kawasannya, Kepala Batas, terdapat ramai masyarakat India dan beliau sendiri membantu mereka, termasuk memberikan wang untuk mereka membaiki kuil.

"Saya bantu sebab kita menghormati agama lain, dan mereka bukan bermusuh dengan kita, mereka duduk bersama-sama bermuafakat dengan elok dan bekerjasama, ini yang berlaku," katanya.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat Malaysia dan orang India sendiri tidak akan mudah terjebak dan percaya dengan pembohongan yang sengaja direka oleh Hindraf.

Ditanya apakah tindakan kerajaan terhadap hasrat pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam untuk mengadakan beberapa lagi perhimpunan bulan ini, beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut landasan undang-undang.

Sambil menyifatkan tindakan Hindraf sebagai cuba 'menangguk di air keroh' beliau berkata, negara ini mempunyai undang-undang dan perlembagaan yang mana semua pihak perlu mematuhinya dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan.

"Kita berjaya sebab kita mematuhinya, kita pegang kuat pada Rukun Negara, Kedaulatan Undang-undang dan Keluhuran Perlembagaan," katanya.

Abdullah berharap rakyat Malaysia akan membuat penilaian dengan kenyataan seperti ini (oleh Hindraf) terutama sekali bagi kaum India yang diheret dan cuba diperdayakan kumpulan berkenaan.

Katanya, sejak sekian lama, kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada pelbagai permintaan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu untuk memperbaiki sosial dan ekonomi masyarakat India.

"Sama ada permintaan untuk menjadi senator, wakil rakyat, semua kita beri perhatian, kita beri sokongan. Orang India tahu ada kumpulan seperti Hindraf nak cucuk mereka dan nak buat bermacam kenyataan supaya mereka tidak seronok dengan kita," katanya yang tidak mahu Malaysia yang sedang membangun dengan baik digugat kumpulan itu.

Ditanya sama ada kerajaan bercadang melucutkan kewarganegaraan anggota Hindraf, beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan undang-undang.

Perdana Menteri berkata, melakukan demonstrasi jalanan kononnya untuk membuat perubahan dan tuntutan adalah cara tidak betul termasuk oleh kumpulan yang bergelar "BERSIH" mengenai pilihan raya, bulan lalu.

Pada pilihan raya akan datang, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menetapkan untuk menggunakan dakwat khas dan peti undi lutsinar bagi memastikan ketelusan.

"Tong peti undi yang lutsinar, semua orang tahu bila bawa ada kertas undi di dalamnya. Begitu juga untuk undi pos, orang lain pun boleh datang tengok, apa yang dilakukan ketika undi pos, semua nak periksa seolah-olah tak percaya pada siapa pun, mereka saja perlu dipercayai," katanya.

Perdana Menteri berkata, kalau Kerajaan Malaysia penipu, sudah lama ia diketepikan kerana rakyat bukan bodoh dan tidak boleh diperbodohkan.

Abdullah bagaimanapun mengakui masih ada kelemahan dan ada kerja yang belum dilaksanakan oleh kerajaan berkata: "mana ada pemimpin dalam dunia kata aku telah buat segala-galanya, semuanya sudah sempurna, tidak ada yang miskin, tidak ada yang melarat, tidak ada memerlukan bantuan."

Pembangunan katanya, adalah proses yang mengambil masa lama dengan memberikan contoh dasar pembasmian kemiskinan yang dimulakan sejak wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan masih dilaksanakan sehingga hari ini.

"Ramai yang masih miskin, kita tidak boleh kata selepas 20 tahun DEB dilaksanakan maka berhenti segala-galanya, tak payah buat apa-apa lagi," katanya.

Saturday, December 1, 2007

Buruh asing buat kecoh ganggu penduduk Sungai Udang
Zaili Muhammad

SUNGAI UDANG, 28 Nov (Hrkh) - Penduduk di Taman Peruna di Sungai Udang dekat sini, semakin bimbang dengan kehadiran buruh asing khasnya dari Bangladesh dan Indonesia yang sering mengganggu kententeraman dan juga keselamatan penduduk taman berkenaan.



Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Menurut Seorang penduduk, Jamal Kadir, kebanyakan buruh tersebut menunjukkan sikap yang tidak baik seperti berlegar dalam kawasan taman dengan hanya berseluar dalam, mandi di kawasan lapang dan juga mengganggu anak-anak gadis penduduk taman tersebut.

"Perbuatan mereka ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk taman dan kami bimbang sesuatu kejadian yang tidak diingini akan berlaku sekiranya tiada tindakan dari pihak berkuasa untuk menanganinya,� katanya.

Harakahdaily dimaklumkan juga bahawa terdapat beberapa kes bahawa buruh-buruh asing itu dengan sengaja meraba wanita-wanita semasa berada di pasar malam dan membuat kekotoran di kawasan taman itu.

"Mereka juga telah menggunakan kemudahan yang terdapat di surau tersebut dan merosakkannya serta ada juga yang menjalankan kegiatan yang tidak sihat termasuk mencuri," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abu.

Difahamkan, sejumlah 300 orang lagi buruh asing dari negara itu akan ditempatkan di kawasan taman perumahan tersebut sedangkan ramai di kalangan pekerja asing yang telah dibawa masuk oleh agen-agen pekerjaan yang ada di taman itu belum mendapat pekerjaan dan kebajikan mereka pula diabaikan.

Untuk itu, penduduk berharap, sesuatu perlu dilakukan agar kejadian- kejadian yang lebih buruk tidak berlaku di kawasan tersebut dalam usaha menjaga keharmonian, keselesaan dan keselamatan penduduk taman berkenaan. - mr
Penguin Malaysia




Oleh Hamzah Osman






Spesies burung yang sebelum ini menghuni benua Antartika berjaya ditetaskan secara semula jadi selepas pengeraman 35 hari di Langkawi

PENGUIN kini boleh menetas di Malaysia. Usaha membiakkan hidupan marin antartika itu menjadi kenyataan menjelang jam 10 pagi pada 9 September lalu di Underwater World Langkawi (UWL) di Pantai Chenang, Langkawi.

Kejayaan itu berkat kesabaran 90 kakitangan pusat pelancongan termasyhur itu selama empat tahun untuk membiakkan spesies burung tidak boleh terbang yang sebelum ini cuma menjadi penghuni tetap di Antartika.



Lebih mengagumkan anak penguin dari spesies `Rockhopper' berjaya ditetaskan dalam sarang terbuka selepas melalui proses pengeraman selama 35 hari oleh induknya.

Benua Antartika adalah tempat paling sejuk di muka bumi dengan suhu mencapai -85 hingga -90 darjah Celsius pada musim sejuk dan pada musim panas pula mencatat 30 darjah Celsius, yang mana jauh berbeza dengan suhu di negara ini.

Kejayaan itu dipercayai yang pertama di negara ini, walaupun tahun lalu UWL pernah mencipta kejutan membiakkan 11 penguin daripada spesies `Black-Footed' berasal dari Afrika Selatan menerusi pengeraman inkubator.

Timbalan Pengurus Besar UWL, Mohd Hafizuddin Abdullah, berkata kejayaan menetaskan penguin seberat kira-kira 89 gram menerusi kaedah semula jadi itu membuktikan semangat `Malaysia Boleh'.

"Pada 9 September lalu tercatat satu lagi sejarah paling membanggakan kami di UWL apabila anak penguin jenis `Rockhopper' yang terkenal dengan jambul kuning dan bulu mata lebat berjaya ditetaskan.

"Diikuti dua hari kemudian seekor lagi anak penguin jenis sama ditetaskan menjadikan jumlah keseluruhan penguin `Rockhopper' dimiliki UWL kini sebanyak 21 ekor," katanya ketika ditemui di pusat pelancongan itu.

Mohd Hafizuddin berkata, penguin `Rockhopper' memiliki tabiat unik apabila membina sarangnya di tempat terbuka, ini berbeza dengan penguin `Black-Footed' yang membina sarang berbentuk seperti gua.

Tinjauan pula mendapati, penguin `Rockhopper' membina sarang menggunakan himpunan ranting dan serpihan kayu, batu karang serta kerikil yang sebelum itu dikumpul kakitangan UWL di pekarangan Penguinarium berharga RM30 juta itu.

Difahamkan, penguin `Rockhopper' juga mempunyai satu musim pembiakan setiap tahun dan akan bertelur sebanyak dua biji pada satu masa dengan perbezaan antara tiga dan lima hari bagi telur pertama dan kedua.

Bagaimanapun, hanya telur yang kedua saja mendapat perhatian induk jantan untuk menjalani proses pengeraman, manakala telur yang pertama biasanya bersaiz lebih kecil akan dimusnahkan induk betina.

Sepanjang tempoh pengeraman, penguin jantan mengambil tanggung jawab sepenuhnya untuk mengeram, manakala penguin betina dilihat berkeliaran di sekitar sarang atau berenang dengan suhu air mencecah 15 darjah Celsius.

Kuratur Kanan UWL, Tan Ean Kok, berkata sehingga kini penguin `Rockhopper' dipercayai adalah penguin terkecil di kalangan penguin yang berjambul dengan memiliki ketinggian kira-kira 47 sentimeter (sm) dan beratnya sekitar tiga kilogram.

Sehingga kini, katanya, ada kira-kira 17 spesies penguin di seluruh dunia dan pada peringkat permulaan ini UWL hanya memberi tumpuan memelihara dua spesies saja iaitu `Rockhopper' dan `Black-Footed'.

"Penguin `Rockhopper' berasal daripada rangkaian pulau kecil yang tersebar luas di kawasan perairan sub-antartika, khususnya di kepulauan Tristan De Cunha, manakala penguin `Black-Footed' dari Afrika Selatan.

"Diet semula jadi adalah ikan kecil dan sotong, manakala di UWL penguin dewasa berusia antara tiga dan lima tahun disajikan ikan selayang dan kembung dua kali sehari iaitu pada jam 10 pagi dan 3 petang," katanya.

Beliau berkata, penguin dewasa mampu menghabiskan antara 300-400 gram (gm) ikan sehari, sekali gus menjadikan tugas memastikan semua haiwan itu mendapat makanan secukupnya agak rumit dan perlukan ketelitian.

"Penempatan penguin pertama di Langkawi dilakukan UWL pada 15 Disember 2003 dengan ketibaan 19 penguin jenis `Rockhopper' dan 17 `Black-Footed' dari Johannesburg, Afrika Selatan menerusi penerbangan selama 16 jam.

"Sebaik tiba di Langkawi penguin itu dibawa ke UWL dan diletakkan dalam sebuah bilik khas seluas 570 kaki persegi bersuhu 7-11 darjah Celsius untuk dikuarantin," katanya.

Kini, `Rockhopper' dan `Black-Footed' yang ditempatkan dalam tangki khas dan dilengkapi sistem sokongan hidup yang menepati standard Jabatan Pertanian, Amerika Syarikat menjadi tarikan utama pengunjung ke pusat itu.

Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi UWL, Siti Raudhah Shaari, berkata sebagai tarikan baru di pusat pelancongan itu, ruang yang menempatkan penguin terbabit sentiasa sesak dengan pengunjung biarpun bukan pada musim cuti persekolahan.

"Namun, pengunjung jangan sesekali memasang impian untuk mendekati atau memberi haiwan ini makan kerana ia begitu sensitif dan tidak boleh didekati secara terus dengan manusia.

"Malah, petugas kami yang memberi makan atau merawat kesihatan penguin ini perlu memakai pakaian khas kerana bimbang kuman yang ada di badan manusia menjangkiti haiwan berkenaan," katanya.

Pembiakan penguin di UWL



15 Disember 2003 penempatan pertama membabitkan 17 penguin jenis `Blackfooted' dan 19 `Rockhopper' diterbangkan dari Johannesburg, Afrika Selatan.


Setiap seekor berharga RM26,000 dan sebaik tiba di UWL haiwan itu ditempatkan dalam bilik khas bersuhu bawah 15 darjah Celsius.


Penguin `Blackfooted' berasal dari Pulau Tristan de Cunha, Afrika Selatan, manakala `Rockhopper' dari perairan Sub-Antartika.


Induk `Blackfooted' mula bertelur pada awal Februari 2006 dan menetas menerusi kaedah inkubator pada pertengahan Mac tahun itu.


Induk `Rockhopper 'mula bertelur pada awal Ogos 2006 dan menetas menerusi kaedah pengeraman semula jadi pada 9 September lalu.


Tempoh pengeraman inkubator selama 40 hari, manakala pengeraman semula jadi oleh penguin jantan cuma 35 hari.


Mengikut putaran hayat, seekor penguin mampu bertelur dua kali setahun, antara Februari dan Mac serta Ogos dan September dan ia akan mula bertelur ketika berusia antara enam dan 12 tahun, selain mampu hidup sehingga 25 tahun.


Lebih setahun lalu, sebanyak 10 telur penguin `Blackfooted' dan dua `Rockhopper' berjaya ditetaskan menerusi kaedah inkubator dan pengeraman semula jadi oleh pasangan induk masing-masing di UWL.


Jumlah semasa penguin yang dimiliki UWL ialah 21 `Rockhopper' dan 28 `Blackfooted'.
Masjid Besi



Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my

PANDANGAN hadapan Masjid Besi dari jambatan Seri Saujana pada waktu malam.



Bangunan guna enam ribu tan keluli dan material telus cahaya jadi mercu tanda baru di Putrajaya

BERKONSEPKAN seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya.

Indahnya binaan dari keluli itu mungkin masih belum dapat dilihat dengan mata kasar namun keunikan masjid yang keseluruhannya berkeluasan 73,795 meter persegi itu amat istimewa. Malah, Masjid Besi ini dikatakan bakal menjadi sebuah mercu tanda baru pusat pentadbiran negara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.



Pembinaan masjid dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan. Dengan keluasannya yang sekali ganda lebih luas berbanding Masjid Putra, Putrajaya ia dijangka mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar Perbadanan Putrajaya, Ir Mohd Ridzwan K Othman, berkata cetusan idea untuk membina sebuah masjid baru di Putrajaya wujud sekian lama dulu. Malah, dalam Pelan Induk Putrajaya yang diluluskan kerajaan, ada diperuntukkan dua kawasan untuk dibina masjid di Putrajaya.

“Hasrat perbadanan adalah menyediakan tempat beribadat yang selesa bagi umat Islam sekali gus menampung keperluan kakitangan kerajaan dan juga penduduk setempat iaitu dari sekitar pusat bandar atau core island di Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18.


MASJID Besi dedang dalam pembinaan dijangka siap hujung 2008.



“Anggaran kasar, sejumlah kira-kira 23,633 kakitangan akan dijanakan apabila keseluruhan parcel Pejabat Kerajaan dibangunkan kelak. Manakala seramai 28,420 penduduk juga akan mendiami kawasan sekitar apabila kesemua projek pembangunan perumahan siap dibina,” katanya.

Berdasarkan kapasiti jemaah yang ditentukan di dalam Pelan Induk Putrajaya iaitu 20,000 jemaah, pihak perbadanan meminta arkitek bertanggungjawab iaitu Kumpulan Senireka Sdn Bhd mereka bentuk sebuah masjid berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).

Mohd Ridzwan berkata, selepas beberapa siri perbincangan, didapati binaan dari struktur keluli dapat memenuhi konsep reka bentuk diinginkan iaitu bangunan yang tidak kelihatan terlalu besar.

Lalu terhasillah sebuah masjid dengan penggunaan 6 ribu tan keluli bersamaan 70 peratus dari keseluruhan binaan manakala selebihnya adalah konkrit.


DINDING Mihrab daripada kaca tersergam indah dengan ukiran ayat suci al-Quran yang kelihatan terapung di udara
Bagaimanapun, keluli hanya menjadi kerangka masjid kerana ia akan dikemaskan dengan material telus cahaya pada setiap tiang dan dinding menggunakan crystalized glass menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh. Apabila malam, cahaya lampu akan menambah keindahan Masjid Besi yang boleh dilihat dari jambatan Seri Saujana.

Ciri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjid dipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau Architectual Wire Mesh yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.

Malah, di sini juga tiada dipasang walau sebuah kipas. Tapi, bagi menjamin keselesaan pengunjung, pihak perbadanan menggunakan sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) di dalam bangunan masjid bagi menggantikan sistem penghawa dingin.

Anyaman Masyrabiah di Masjid Besi diimport khas dari Jerman dan menjadikan ia satu-satunya bangunan dengan anyaman besi tahan karat yang wujud di negara ini. Kemudian ia dilitupi pula panel bercorak geometri pada bahagian luar, juga dari jenis besi tahan karat.

Mohd Ridzwan berkata, rujukan yang digunakan untuk menggunakan dinding Masyrabiah adalah stadium terkenal milik pasukan Real Madrid iaitu Stadium Bernabeu, perpustakaan negara di Paris yang menggunakan dinding berkonsep sama untuk ruang meletak buku setinggi 20 tingkat dan ruang letak kereta di Barcelona.

Apabila pembinaan Masjid Besi siap nanti, pengunjung yang ingin beribadat atau sekadar berkunjung ke masjid ini bakal disambut dengan seni kaligrafi yang terukir di hampir setiap ruang masjid.

Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra.


Begitu juga di sekeliling Masjid Biru, ia seolah-olah sebuah pulau dengan dikelilingi binaan konkrit kolam bertingkat. Ia kelihatan seperti mini air terjun yang melimpah ke dalam takungan kolam kedua menjadikan kawasan ini tempat yang sesuai untuk beristirehat sambil menunggu azan berkumandang.

Disambut binaan pintu gerbang konkrit yang dibina menggunakan glass reinforce concrete (GRC), pengunjung akan melalui Iwan Utama menuju ke laman atau Sahn dalam bahasa Arab. Indahnya binaan konkrit putih itu, ia dilatari ukiran Asma Ul Husna yang terkandung 99 nama Allah SWT menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth.

Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.

Menjengah ke ruang solat, mata pasti terpaku melihat dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir kerja tangan tempatan iaitu dua baris ayat dari surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan surah Ibrahim di sebelah kiri.

Uniknya cermin itu, ia tidak memantul kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Dinding Mihrab inilah yang akan menjadi fokus utama ruang solat Masjid Besi Putrajaya itu.

“Masjid yang kini 75 peratus siap dan masih belum mempunyai sebarang nama mempunyai hanya satu kubah diperbuat daripada keluli.

“Selain itu, ia juga akan dilengkapi sistem audio visual terbaik bagi memastikan tiada sebarang masalah seperti pantulan bunyi berlaku ketika azan atau ceramah agama dibuat,” katanya.

Mohd Ridzwan yang ditemani Timbalan Pengarah Pembangunan Kemudahan Awam, Jabatan Pembangunan Awam Perbadanan Putrajaya, Norhayati Abdullah, pada pertemuan itu berharap umat Islam di negara menggunakan kemudahan itu yang menjadi ikon pada Putrajaya. Walaupun menjadi tumpuan diplomat dan pelancong dari seluruh dunia, umat Islam di negara ini wajar mengimarahkan masjid dan tidak membiarkan ia kosong serta terbiar.

FAKTA: Kemudahan disediakan



Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)


Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid


10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid


Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang


Dapur


Bilik VIP


Bilik penyelenggaraan


Bilik jenazah


Pejabat


Bilik kawalan audio visual


Ruang letak kereta (bawah tanah)

Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat

Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna

Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang

Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara

FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya


RM180 juta - Kos pembinaan


60,156 - Meter perseti, luas masjid


20,000 - Kapasiti jemaah.
'Spiderman' 7 kali jatuh bangunan
Oleh Ziauddin Sharuddin

SIAPA yang tidak kenal Spiderman, watak popular dari komik Marvel yang dipindahkan ke layar perak hingga mengaut keuntungan lumayan apabila ditayangkan di seluruh dunia.

Kehandalan Spiderman memanjat bangunan sebenarnya bukan khayalan. Dalam dunia sebenar, memang wujud orang labah-labah yang kini terkenal sebagai penakluk bangunan pencakar langit.

Alain Robert yang menewaskan lebih 70 struktur gergasi berbekalkan dua belah tangan dan kasut mendaki digelar Spiderman kerana selain suka memanjat bangunan, dia memakai kostum watak terkenal itu.



Sebut saja di mana bangunan tinggi yang tidak dipanjat. Setiap kali ada bangunan baru mencatat rekod dunia sebagai yang tertinggi dunia, Robert pasti akan turut mencatat sejarah dengan memanjat bangunan itu.

Bangunan kebanggaan negara, Menara Berkembar Petronas, tidak terkecuali cuba ditaklukinya. Walaupun pihak berkuasa menjangka kehadirannya pada 1997, Robert menggunakan strategi dengan muncul pada awal pagi.

Dia cuba memanjat bangunan tertinggi di dunia ketika itu hingga tingkat 88, tetapi hanya mampu pergi ke tingkat 60 apabila anggota keselamatan menunggu di situ.

Pada 20 Mac lalu, bagi menandakan ulang tahun ke-10 percubaannya menewaskan Menara Berkembar Petronas, Robert cuba memanjat bangunan terkenal itu, tetapi usahanya terkandas dengan cara sama di tingkat 60.

Pada 4 September lalu, dia memanjat pencakar langit tertinggi di Eropah, iaitu Menara Persekutuan setinggi 243 meter di Moscow, tetapi ditahan anggota keselamatan.

Bagaimanapun, kemahiran dan keberanian Robert diiktiraf apabila dijemput untuk memanjat bangunan seperti Bank Pusat Abu Dhabi setinggi 199 meter pada Februari 2003 dengan disaksikan kira-kira 100,000 penonton.

Sebelum bangunan tertinggi di dunia sekarang, Taipei 101 di Taiwan dirasmikan pada 2004, Robert terlebih dulu memanjat dengan kebenaran pihak berkuasa negara itu. Walaupun mempunyai ketinggian 508 meter, ini tidak menjadi masalah kepadanya.

Bagaimanapun tidak seperti perancangannya, hujan lebat menyebabkan pendakian yang sepatut hanya mengambil masa dua jam menjadi empat jam.

Dia juga menerima bayaran AS$18,000 (RM60,000) sebagai bayaran promosi filem Spiderman untuk rangkaian televisyen Sky Movies dengan memanjat bangunan Lloyd's di London setinggi 95 meter pada Mei 2003.

Bagaimanapun wang bukan segala-galanya. Apabila Amerika Syarikat menakluk Iraq, dia memanjat bangunan ibu pejabat syarikat petroleum gergasi Perancis, Total S.A di pinggir Paris untuk membantah tindakan kuasa besar dunia itu.

Memanjat atau mendaki sudah menjadi darah daging Robert. Ketika kecil, dia mendaki bukit sekitar rumahnya. Bagaimanapun, faktor yang menyebabkannya mendaki secara serius berlaku ketika dia berusia 12 tahun.

Pada suatu hari, dia terlupa membawa kunci untuk masuk ke dalam pangsapuri setinggi lapan tingkat. Dia tidak mahu menunggu ibu bapa pulang dan terus memanjat bangunan itu.

Apakah yang menyebabkan Robert begitu hebat? Rahsianya adalah kemahiran teknik mendaki yang membolehkannya menggunakan bahagian dinding dan tingkap bangunan yang menonjol untuk dipegang.

Selain itu, ketinggian hanya 1.65 meter (5”5”) dan ringan menyebabkannya pantas ketika memanjat. Ketika memanjat, dia membawa beg kecil yang diikat di pinggang mengandungi serbuk kapur yang biasa digunakan pendaki untuk menyerap peluh.

Robert bukan Spiderman layar perak yang tidak akan terjatuh dan cedera parah. Sekurang-kurangnya tujuh kali dia terjatuh dengan kemalangan paling teruk berlaku pada 29 September 1982.

Dalam kejadian itu, dia tidak sedar diri selama lima hari dan banyak anggota tubuhnya patah serta menjalani enam pembedahan. Kecederaannya menyebabkan doktor meramalkan Robert lumpuh separuh badan dan tidak mungkin boleh mendaki lagi.

Bagaimanapun enam bulan selepas itu, Robert kembali kepada aktiviti mendaki bangunan dan gunung.

Bagi orang biasa, Robert boleh dianggap berani dan mungkin juga gila. Bagaimanapun, naluri manusianya menyebabkan dia juga berkahwin dan mempunyai tiga anak. Apabila kudrat manusia tidak lagi mengizinkan, anaknya yang kini turut berlatih bersamanya mungkin akan menjadi penggantinya.

FAKTA: Alain Robert



Dilahirkan di Valence, Drome, Perancis pada 7 Ogos 1962.


Mula memanjat bangunan pada usia 12 tahun.


Berjaya memanjat lebih 70 struktur gergasi di seluruh dunia meliputi bangunan dan menara.


Digelar Spiderman kerana memakai kostum watak popular komik Marvel.


Sering ditangkap kerana memanjat bangunan tanpa kebenaran, tetapi ini menyebabkannya terkenal.


Dua kali cuba menawan puncak Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat pada 1997 dan 2007. Hanya berjaya ke tingkat 60.


Terjatuh dari bangunan sebanyak tujuh kali.


Mempunyai tiga anak. Mereka juga berminat dan berlatih bersamanya mendaki gunung dan memanjat bangunan.
Hotel dalam laut



Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my


Pembinaan Poseidon dan Hydropolis dijangka cetus 'kegilaan' baru industri pelancongan dunia


SUDAH jemu menginap di hotel mewah dengan peralatan bilik mandi bersalut emas atau bilik yang menawarkan konsep koboi?


Hotel sentiasa cuba menonjolkan kelainan untuk menarik pelanggan menyebabkan ada hotel cuba menampilkan kemewahan tidak terbatas atau setiap bilik mempunyai konsep unik yang berbeza supaya pelanggan merasai nilai eksklusif.


Percubaan mewujudkan kelainan sudah menjadi perkara biasa dalam industri perhotelan. Bagaimanapun, industri ini mencapai tahap luar biasa apabila dua hotel dalam laut dirancang dibina di Lautan Pasifik Selatan dan Teluk Parsi.


Idea ini pertama kali ditimbulkan oleh Presiden US Submarines Inc., Bruce Jones, dengan pusat peranginan Poseidon di Pulau Eleuthera, Bahamas,


Hotel itu dirancang kira-kira 15 meter dalam laut dan bersambung ke tanah besar melalui dua terowong serta tangga bergerak dengan tekanan di dalamnya sama seperti darat.


Mempunyai restoran sendiri, sebuah bar dan 20 bilik besar dengan dinding akrilik lut cahaya menghadap taman batu karang yang boleh disuluh lampu pada waktu malam.


Jones berkata, tetamu boleh melihat pelbagai jenis ikan tropika, tuna dan penyu. Jika bernasib baik, dapat menatap ikan jerung dari dalam bilik hotel yang selesa atau ketika berada dalam jakuzi masing-masing.


"Mereka akan menikmati perkhidmatan lima bintang dengan pemandangan dunia dalam laut yang amat menarik. Lebih penting ialah pelanggan tidak perlu memakai pakaian selam untuk tiba ke bilik mewah mereka,” katanya.


Bagaimanapun, hasrat Jones untuk merealisasikan projeknya di Bahamas tidak tercapai kerana perundingan dengan pemilik pulau itu menemui kebuntuan dan selepas setahun tiada penyelesaian, Jones terpaksa beralih ke lokasi lain.


Jones akhirnya berjaya menemui pulau baru berhampiran Fiji dan jika semua berjalan lancar, Poseidon baru berharga RM270 juta akan dibina kira-kira 4.5 meter dalam laut.


Projek itu membabitkan kira-kira 2,000 meter persegi bilik dengan setiap bilik membolehkan tetamu melihat laut yang kaya dengan batu karang.


Jones yang menghabiskan masa 17 tahun bekerja sebagai pereka bentuk, ubah suai dan menjual kapal selam, yakin hotel yang dirancang itu akan menjadi kenyataan pada September 2008 walaupun beberapa projek seperti itu menemui kegagalan sebelum ini.


Dia yakin mereka yang berminat merasai pengalaman yang tidak akan ditemui di tempat lain di dunia, akan mendapati pengalaman di hotel itu berpadanan dengan nilai wang dibelanjakan


Bagaimanapun, Poseidon bukan hanya satu-satu hotel yang akan dibina dalam laut. Hotel ini mempunyai pesaing hebat yang menawarkan konsep yang sama, iaitu Hydropolis Underwater Hotel and Resort yang dirancang dibina di Dubai.


Hydropolis bertaraf 10 bintang dengan kos dianggarkan kira-kira RM1.8 bilion itu dirancang dibina kira-kira 20 meter dalam perairan Teluk Parsi di luar Pantai Jumeira, Dubai. Keluasan projek adalah kira-kira 260 hektar.


Hotel itu dirancang mempunyai tiga bahagian, iaitu kompleks daratan yang akan menerima tetamu. Kompleks ini dihubungkan ke kawasan utama hotel melalui terowong dan alat pengangkutan ialah kereta api.


Sebanyak 220 bilik mewah dibina yang menawarkan pemandangan indah seperti ikan dan hidupan laut lain berenang.


Hotel ini dirancang dibuka akhir tahun ini, tetapi terpaksa ditangguh kerana faktor kos dan isu alam sekitar seperti kesan projek terhadap hidupan laut menyebabkan pembukaan hotel dijadualkan semula pada 2009.


Sudah pasti mereka yang mempunyai banyak wang ternanti-nanti untuk menjadi tetamu pertama menginap hotel dalam laut. Bagi mereka, wang bukan lagi ukuran, tetapi pengalaman berada dalam laut menjadi rebutan.


Mungkin apabila hotel dalam laut menjadi realiti dan perkara biasa, ada pemaju yang akan membina hotel di angkasa lepas. Jika pelancongan angkasa lepas sudah menjadi realiti, bukan mustahil pelaburan besar dibuat untuk membina hotel angkasa lepas.


FAKTA: Hotel dalam laut




Dua projek hotel dalam laut dirancang, iaitu Poseidon di Fiji dan Hydropolis di Dubai.



Kedudukan bilik membolehkan penginap melihat hidupan laut.



Projek Poseidon menghadapi masalah lokasi di Bahamas awal dan dipindahkan ke Fiji.



Projek Hydropolis sepatut siap tahun tahun ini, tetapi dijadualkan semula pada 2009.



Kedua-dua projek mempunyai kemudahan yang sama seperti hotel di daratan



Hotel dalam laut Poseidon dijangka bertaraf lima bintang, manakala Hydropolis 10 bintang.



Kos Poseidon dianggarkan RM270 juta, manakala Hydropolis lebih mahal, iaitu RM1.8 bilion.

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?