-->

Tuesday, February 26, 2008

Manifesto PAS Kelantan senarai sembilan perubahan selama 18 tahun
Manifesto PAS Kelantan senarai sembilan perubahan selama 18 tahun
26/02/2008 1:05pm



MACHANG 26 Feb. — PAS melancarkan manifestonya untuk Kelantan, yang bertemakan “Membangun bersama Islam, menerajui perubahan dan mencapai keberkatan”, dengan mengemukakan sembilan bukti perubahan yang dibawa parti itu dalam tempoh 18 tahun menerajui kerajaan negeri Kelantan.

Sembilan bukti perubahan itu ialah pentadbiran dan perbandaran berteraskan syariah, memajukan pendidikan Islam, menaikkan taraf peranan masjid, memberi hak untuk semua kaum, memartabatkan wanita, pembangunan insan bersepadu, perumahan Islam, sistem kewangan Islam dan sistem perundangan syariah.
Najib patut 'rawat' negeri BN dulu sebelum 'rawat' Kelantan
Najib patut 'rawat' negeri BN dulu sebelum 'rawat' Kelantan
Mat Zain Mat Isa
Mon Feb 18, 08 6:29:05 am MYT


Barisan Nasional nampaknya beriya-iya benar mahu merampas Kelantan daripada PAS menerusi pilihan raya umum kali ini. Sebab itu para pemimpin parti itu tidak henti-henti memperlekeh dan mengutuk kerajaan negeri itu di setiap kesempatan.


Kelantan disifatkan negeri mundur, tidak membangun dan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain diperintah BN. Kesemua kemunduran itu didakwa angkara PAS tidak berupaya melakukan apa-apa untuk memajukan Kelantan.

Terkini ialah penghinaan serupa dibuat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak. Ketika berucap pada satu majlis di Kota Bharu, Jumaat (15 Februari lalu), Najib sekali lagi menegaskan partinya berhasrat menawan Kelantan daripada PAS pada pilihan raya kali ini bagi melaksanakan pembangunan lebih rancak di negeri itu.

Dalam nada yang disebut orang Kelantan sebagai "nyenye", Najib mengatakan hasrat BN itu adalah bagi 'merawat' Kelantan daripada apa yang didakwanya kepincangan dan kegagalan pemerintahan PAS sejak 18 tahun lalu.

"Kalau (kerajaan) Kelantan mengisytiharkan 2008 sebagai Tahun Melawat Kelantan, saya isytiharkan tahun ini Tahun Merawat Kelantan kerana banyak kepincangan sosial dan ekonomi negeri ini perlu dirawat demi kesejahteraan rakyatnya," kata Najib.

Dalam satu majlis berasingan di Bachok pada hari sama, Najib turut menyifatkan kenyataan Menteri Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa rakyat Kelantan kini berpuas hati dengan pemerintahan PAS sebagai satu penghinaan terhadap maruah rakyat negeri itu.

Najib mendakwa, kenyataan Tuan Guru itu menusuk hati rakyat Kelantan kerana seolah-olah menggambarkan rakyat negeri itu hidup tanpa sebarang masalah di bawah pemerintahan PAS.

"Kalau puak ni (kerajaan PAS) kata tak ada masalah, kita anggap itu menghina maruah rakyat Kelantan," katanya.

Dakwaan Najib itu mengundang reaksi segera Tuan Guru Menteri Besar. Baginya umpan pembangunan dan kebendaan yang ditawarkan Najib itu sebenarnya lebih menghina rakyat Kelantan.

"Hina sangatlah kami di sini (Kelantan) sehingga ditawarkan umpan dengan begitu banyak seumpama lembu dan kerbau pula. Manusia bukan boleh dibeli dengan umpan duit begitu sahaja kerana kita ada maruah," katanya pada kuliah sempena program Munajat Rakyat Kelantan Bersama Tok Guru di Dataran Stadium, Kota Bharu awal pagi Sabtu.

Meski pun bersahaja, reaksi Tuan Guru itu sebenarnya bagaikan penumbuk yang kembali menerjah muka Najib.

Berdasarkan pengamatan penulis, sudah acapkali kenyataan para pemimpin BN yang cuba memperlekeh atau menghina kerajaan Kelantan bukan sahaja tidak berhasil, malah kembali memakan diri BN sendiri.

Kita tentu masih ingat kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahdzir Khalid sebelum ini. Sewaktu berkunjung ke negeri itu Ogos lalu, Mahdzir dilaporkan berkata PAS mengamalkan pendekatan politik ketinggalan zaman. Maka rakyat Kelantan akan terus terpinggir jika masih memilih parti itu dalam pilihan raya umum nanti.

"Kalau asyik main politik cara 70-an lagi, saya fikir Kelantan akan terus tertinggal. Sudah sampai masa rakyat melihat masa depan lebih baik dan saya amat yakin dari hati saya, kali ini rakyat (Kelantan) akan menyokong BN," katanya.

Menariknya, Mahdzir mendakwa rakyat Kedah lebih bernasib baik kerana negeri itu diperintah BN. Maka, jika rakyat Kelantan inginkan kehidupan lebih baik, ia juga perlu diperintah BN.

Sekali imbas serangan Menteri Besar Kedah itu agak munasabah. Tetapi apabila diteliti tahap kemiskinan rakyat di negeri itu berbanding Kelantan, ia bukan sesuatu yang membanggakan BN.

Menurut perangkaan dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri sekitar Oktober 2006, negeri Kelantan mempunyai 3,550 isi rumah miskin tegar. Angka itu meletakkan Kelantan hanya di tempat keenam dalam senarai negeri-negeri paling tinggi penduduk miskin tegar.

Sabah mengungguli senarai tersebut dengan jumlah 32,297 isi rumah miskin tegar. Ia diikuti Terengganu (8,300), Perak (5,730), Sarawak (5,243) dan Kedah (4,938). Secara sinis, apakah rasionalnya bagi Menteri Besar Kedah membuka mulut mengenai kemunduran Kelantan, sedangkan angka kemiskinan tegar di negerinya sendiri lebih tinggi berbanding negeri diperintah PAS itu?

Satu percubaan Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin untuk menidakkan usaha mendaulatkan Islam oleh kerajaan Kelantan juga boleh ditertawakan. Pada satu majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Kuala Lumpur, Januari lalu, Zainuddin menyifatkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak lagi revelan dalam memenuhi kehendak semasa rakyat.

Pendekatan agama diambil kerajaan itu, katanya, gagal menunjukkan Islam sebagai agama terbaik, berbanding apa dibuat negeri jirannya, Terengganu.

Zainuddin tersilap besar apabila cuba membandingkan Kelantan dengan Terengganu dalam bab agama. Semua orang tahu betapa di bawah pemerintahan BN, hal ehwal agama Islam mengalami suasana sangat mendukacitakan.

Meski pun BN Terengganu berbangga dengan usahanya membina puluhan masjid baru, ia sebenarnya gagal memakmurkan masjid-masjid itu. Kekurangan imam dan bilal semakin serius sehingga ditegur oleh Tuanku Sultan sendiri.

Majlis-majlis kuliah dan tazkirah pula tidak mendapat sambutan. Penceramah agama mogok kerana elaun mereka tidak dibayar kerajaan negeri.

Usaha pencegahan maksiat juga semakin sukar. Jumlah penguatkuasa agama dikurangkan menyebabkan mereka dipersendakan para pelaku maksiat yang semakin ramai.

Justeru, mendakwa perkembangan Islam di Terengganu lebih baik daripada Kelantan adalah suatu pembohongan dan kejahilan fakta yang nyata.

Kenyataan Najib kelmarin juga satu lagi 'bola tanggung' dari BN. Apabila Najib cuba 'nyenye' kerajaan Kelantan dengan istilah 'merawat' yang ditukar dari perkataan 'melawat' itu, dia secara tidak sengaja mengundang padah kepada BN sendiri.

Pertama, sebagaimana dijawab oleh Tuan Guru, Umno dan BN sebenarnya yang lebih memerlukan rawatan berbanding rakyat Kelantan.

"Umno yang perlu dirawat, beri Al-Quran Umno tolak, beri perintah Allah Umno tolak, cerita tentang kebaikan Islam juga Umno tolak. Jadi seharusnya Umno yang mesti dirawat terlebih dahulu," kata Tuan Guru, sebagaimana disiarkan Harakahdaily semalam.

"Banyak penyakit dalam Umno, berebut pangkat, iri hati dan ini semua perlu diubati. Tak mahu kepada Islam lebih berat. Berubatlah segera. Rakyat Kelantan dah ada doktor, dah ada hospital sendiri, kami aman di Kelantan," sambung Tuan Guru lagi, seraya memulangkan paku buah keras buat Najib.

Kedua, 2008 bukan sahaja diisytiharkan Tahun Melawat Kelantan, tetapi juga Tahun Melawat Terengganu. Bagaimana jika PAS Terengganu mengguna pakai hujah Najib dan menjadikan 2008 adalah Tahun Merawat Terengganu?

Logik untuk usaha itu memang terbukti. Gejala sosial, jenayah dan kerosakan masyarakat memang sangat terserlah sejak negeri itu diambilalih BN empat tahun lalu.

Maka, sangat bersesuaian jika rakyat Terengganu menyerahkan negeri itu kembali kepada PAS untuk ‘merawat’ segala penyakit yang sedang melanda mereka. Oleh itu, bukankah hujah Najib itu juga satu pukulan buat BN?

Soalnya, apakah Kelantan memang jauh mundur berbanding negeri-negeri lain? Tahu tak berapa jumlah penerbangan dua hala KB-KL setiap hari? Berapa pula jumlah penerbangan dua hala KT-KL?

Carian di laman web dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airline (MAS) dan AirAsia mengesahkan jumlah kekerapan ke dua destinasi itu memihak kepada Kota Bharu.

Ada beberapa hari, jumlah berlepas dan ketibaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Cepa ialah empat kali sehari setiap hala. Pada hari-hari lain ia bertambah kepada lima kali sehari setiap hala.

Di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Telaga Batin, ketibaan dari atau penerbangan ke Kuala Lumpur hanya tiga kali sehari setiap hala. Perbandingan itu hanya untuk penerbangan pesawat MAS.

Bagi penerbangan pesawat AirAsia pula, laluan KB-KL sekerap empat kali sehari, manakala KT-KL hanya dua kali sehari.

Ertinya, jumlah penerbangan KB-KL melibatkan kedua-dua syarikat penerbangan itu ialah lapan atau sembilan kali sehari, begitu juga sebaliknya. Sedangkan kehebatan KT sebagai bandar raya hanya mampu menampung kekerapan penerbangan ke KL sebanyak lima kali sehari, begitu juga sebaliknya. Mana yang lebih maju antara keduanya?

Kedatangan pelancong ke dua negeri itu juga bukan perbandingan yang menguntungkan BN. Meski pun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berbangga dengan peningkatan jumlah kedatangan pelancong ke negerinya, jumlah itu rupa-rupanya hanya separuh mereka yang mengunjungi Kelantan.

"Kita berharap dengan Tahun Melawat Terengganu 2008, jumlah pelancong ke negeri ini meningkat kepada 3.5 juta berbanding tahun lepas dengan 2.5 juta pelancong," kata Idris ketika berucap pada majlis Pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2008, di Kuala Terengganu, 1 Januari lalu.

Ketika berucap merasmikan kempen Tahun Melawat Kelantan 2008 (TMK '08) di Kota Bharu, 8 Februari, Tuan Guru Menteri Besar berkata, sejumlah 5 juta pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Kelantan sepanjang tahun lepas.

Sehubungan itu, Tuan Guru percaya melalui promosi TMK '08 dengan pakej-pakej baru yang diperkenalkan, sasaran untuk menerima 5.7 juta tahun ini akan tercapai.

Meneliti fakta itu, negeri manakah yang lebih diminati pelancong, Terengganu yang diperintah BN atau Kelantan di bawah PAS?

Dengan hujah-hujah diberikan tadi, negeri manakah sebenarnya yang lebih memerlukan 'rawatan' Najib? Kelantan atau negeri-negeri di bawah BN sendiri?

Jangan izin pengundi hantu hampiri tempat undi
Jangan izin pengundi hantu hampiri tempat undi
Abdul Halim Mohd Rashid
Sun Feb 24, 08 4:04:47 am MYT



Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi memberi amaran serta peringatan tegas kepada para pengundi hantu (pengundi luar) agar tidak datang sebagai pengundi di Terengganu.



"Kita minta polis jangan beri perlindungan kepada pengundi hantu yang dibawa masuk ke Terengganu.

"Kita juga akan ekori dengan cermat supaya tidak ada yang mengundi dua kali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kali ini," tegasnya.

Adakah amaran Presiden PAS itu mempunyai kaitan dengan ketenangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh ketika ahli-ahli partinya sendiri menunjuk perasaan memberontak keputusannya mengetepikan calon-calon pujaan mereka?

Ketika Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar membayangkan bahawa rasa tidak puas hati tetap berterusan, Idris tetap berkeyakinan dengan apa yang beliau dakwa sebagai "Dynamic Winning Team".

Tidak puas hati

"Apa sahaja boleh kita kata tetapi hakikatnya tindakan menggugurkan calon yang berpotensi sudah menular di peringkat akar umbi dan mereka mula menunjukkan rasa tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat," Ketua Umno Bahagian Marang yang tidak dicalonkan semula itu dipetik sebagai berkata oleh sebuah akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan serba yakin Idris yang mendakwa rasa tidak puas hati yang berlaku sekarang hanya bersifat sementara.

Menurut Abdul Rahman, bukan beliau sahaja yang kecewa, sebaliknya perasaan itu turut sama dirasai oleh sebahagian besar rakyat Terengganu.

Beliau berkata, rakyat terutama ahli Umno di peringkat akar umbi begitu kecewa dengan tindakan menggugurkan begitu ramai calon yang berpotensi.

''Walaupun tindakan menggugurkan saya dan beberapa rakan lain dianggap sebagai suatu perkara remeh dan sementara tetapi kita bimbang perasaan ini akan terus terpendam dan menyebabkan mood atau moral ahli Umno akan merosot lebih-lebih lagi pada saat penting dan kritikal ini," ujarnya.

Mengenai hasil pertemuan ketua-ketua Umno bahagian dengan Idris, Abdul Rahman berkata, hampir kesemua mereka menyuarakan rasa tidak puas hati namun tiada penjelasan kukuh yang diberikan.

Menurutnya, perasaan tidak puas hati itu timbul berikutan ketua-ketua bahagian tidak dilibatkan sama dalam proses pemilihan calon.

''Malah tiada seorang pun Ketua Bahagian bersetuju dengan calon yang ada kerana mereka berasakan barisan calon yang ada harus munasabah dan bersesuaian," katanya.

Namun Idris tetap yakin akan menang. Malah, nampak lebih yakin apabila berkata: "Biasalah pada mula-mula sahaja, bila dah lama ia akan kendurlah". Undi pos

Mengapa Idris begitu yakin? Sebab itu dibangkitkan sebelum ini, apa kaitan amaran Presiden PAS mengenai pengundi luar atau disebut pengundi hantu oleh sesetengah orang itu dengan keyakinan Idris itu?

Dalam berita bertajuk "Who gains most from longer campaign period?", Malaysiakini melaporkan, tempoh kempen yang lebih lama akan memberikan masa yang lebih lama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengedar dan memungut undi-undi pos, yang mana banyak yang tidak dikembalikan dalam pilihan raya 2004.

Dilaporkan bahawa sehingga 67,000 undi pos bagi pemilihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan tidak dikembalikan dalampilihan raya 2004 itu.

Jika telahan itu benar, adakah Idris tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu?

Itu mengenai undi pos. Memanglah, nampak tidak signifikan perkara itu. Tetapi, bukankah undi pos sangat penting bagi kawasan-kawasan yang begitu marginal perbezaan undi di antara calon-calon yang bertanding?

Lebih dari itu, siapa kata undi pos tidak membantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencapai kemenangan selesa di Pekan dalam pilihan raya 2004 lalu? Sedangkan, dalam tahun 1999, Najib hanya menang 241 undi sahaja. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mungkin lebih tahu mengenai majoriti 241 undi itu. Operasi khas

Lebih dari itu, walaupun telah baca beratus kali sekalipun, tolong baca lagi analisa Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) di Terengganu dalam pilihan raya 2004 lalu.

Menurut beliau, pilihanraya umum 2004 menyaksikan undi yang dipungut oleh calon-calon Barisan Aternatif (BA) di seluruh Terengganu hanya merosot sebanyak 9,103 undi.

Dalam tahun 1999, katanya, BA menerima 180,239 undi manakala dalam tahun 2004 pula 171,136 undi.

Perbezaannya hanya 9,103 undi sahaja. Jumlah kemorosotan ‘undi rakyat’ itu sangat kecil dan tidak memungkinkan Umno dan BN memerintah Terengganu.

"Bagaimana Umno boleh menang?" soal beliau.

Beliau mendedahkan, selepas pilihanraya 1999, ada ‘pihak tertentu’ telah membawa masuk orang bukan Terengganu untuk mendaftar sebagai pengundi di Terengganu. Terengganu menyaksikan kenaikan peratus pengundi yang luar biasa dalam tempoh tiga tahun berkenaan, iaitu sebanyak 17.7 peratus "dan ini jauh melebihi purata kebangsaan".

Pengundi baru, kata beliau, bertambah sebanyak 68,585 orang. Undi BA merosot sebanyak 9,103 undi tetapi undi BN meningkat sebanyak 93,249 undi berbanding 1999, katanya lagi.

"Jika kita tolak 9,103 undi yang dulunya mengundi BA dan sekarang mengundi BN (93,249 tolak 9,103 = 84,146). Undi BN tidak termasuk pertambahan ‘undi rakyat’ sebanyak 9,103 undi tadi telah meningkat sebanyak 84,146 undi!

"Angka ini melebihi angka pertambahan pengundi baru seramai 68,585 orang! Misteri ini tidak dapat dijawab walaupun mengambil kira pertambahan secara mendadak peratus keluar mengundi iaitu sebanyak 25.1 peratus berbanding pilihanraya sebelumnya. Jika semua peratus keluar mengundi yang bertambah dilonggokkan untuk BN, iaitu seramai 11,279 undi, masih belum dapat menjawab bagaimana Umno/BN mendapat pertambahan sebanyak 84,146 undi berkenaan," Exco Kerajaan Kelantan itu mendedahkan.

Dan, sehingga kini masih belum terjawab soalan Husam: "Bukankah ini semua meninggalkan misteri yang perlu dijawab oleh SPR?"

"Apatah lagi, jika kita menyemak semula senarai pengundi di Terengganu berasaskan kod kad pengenalan, kita dapati seramai 70,602 orang pengundi adalah bukan dilahirkan di Terengganu tetapi mendaftar di Terengganu.

"Adakah ini bermakna Umno/BN menang di Terengganu dengan satu ‘operasi khas’ dan bukan dengan suara rakyat?" tanya Husam. Cara-cara haram

Jangan lupa, bekas Perdana Menteri TunDr Mahathir Mohamad berkata, pilihanraya umum kali ini "boleh jadi" yang paling kotor dan menyuarakan kebimbangannya terhadap penggunaan "cara-cara haram" untuk mempengaruhi pengundi.

Apabila diminta membuktikan dakwaannya tentang kemungkinan berlakunya pembelian undi, Dr Mahathir menjawab, kebimbangannya itu berdasarkan pengalamannya dalam pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu pada 2006 serta sewaktu pilihanraya kecil tahun lalu.

"Dalam kes saya (pemilihan Umno Kubang Pasu), saya telah membuktikan bahawa mereka (perwakilan) dirasuah. Saya menjangka amalam ini akan berterusan sewaktu pilihanraya umum," katanya.

Jika para pengundi di Terenganu telah faham apa yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir dan apa yang cuba dinyatakan oleh Husam, bantulah negeri anda untuk mendapatkan kerajaan sendiri - bukan pemerintahan Khairy Jamaluddin dan Datuk Patrick Lim Soo Kit atau Patrick Badawi seperti yang didedahkan oleh Dr Mahathir.

Jangan izinkan pengundi hantu menghampiri tempat mengundi! Cetak

Hadi angkuh – MB, BN, utusan,
Hadi angkuh – MB

MARANG 25 Feb. – Keengganan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyambut salam calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir menunjukkan Presiden Pas itu seorang yang angkuh.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tindakan Abdul Hadi langsung tidak mencerminkan sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang

pemimpin yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Berdasarkan sikap angkuh Abdul Hadi itu, Idris meminta rakyat menolak kepimpinan Presiden Pas itu dan memilih calon BN di Parlimen Marang pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

“Saya diberitahu mengenai insiden itu semalam. Inilah sikap sebenar pemimpin Pas. Saya tidak pasti apakah sebabnya Abdul Hadi tidak mahu bersalam dengan Ahmad Ramzi.

‘‘Islam telah mengajar kita untuk menghormati orang lain dan antaranya wajib kita menyambut salam orang lain.

“Apatah lagi jika ia melibatkan saudara sesama Islam. Tuntutan ini wajib ditunaikan tanpa mengira pegangan politik,” kata Idris kepada pemberita selepas menghadiri program makan pagi bersama penduduk di Kampung Rhu Muda di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ahmad Ramzi, calon BN di kawasan Parlimen Marang, dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Razali Idris.

Pada pilihan raya 8 Mac ini, Abdul Hadi dan Ahmad Ramzi bersaing untuk merebut kerusi Marang yang sebelum ini disandang oleh Datuk Abdul Rahman Bakar.

Idris berkata, sebagai pemimpin sebuah parti yang membawa nama Islam, Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar seharusnya menunjukkan contoh terbaik kepada masyarakat.

“Semasa Ramzi hendak bersalam, dia kata ‘dok payoh’ (tidak payah).

“Mungkin keegoannya menyebabkan beliau bersikap sedemikian. Saya amat berharap rakyat membuat penilaian sewajarnya atas tingkah lalu yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi,” tambah Idris.
Dakwa Presiden PAS angkuh, fitnah jahat Idris Jusoh
Dakwa Presiden PAS angkuh, fitnah jahat Idris Jusoh
Anis Nazri
Tue Feb 26, 08 4:24:50 pm MYT


KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) - Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh, bahawa Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang angkuh kerana kononnya enggan bersalaman dengan calon Barisan Nasional merupakan satu fitnah.



Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, menjelaskan perkara tersebut tidak berbangkit sama sekali memandangkan Ustaz Hadi tidak diperkenalkan dengan calon BN ketika rombongannya bertembung dengan rombongan calon BN.

"Selepas proses bantahan, Presiden bergegas turun ke bilik media untuk menghadiri sidang media tergempar berhubung protes mengenai duti setem yang dimatikan. Ketika itu beliau bertembung dengan rombongan BN dan sama-sama memberi salam, namun beliau tidak kenal dengan calon tersebut dan mereka juga tidak menghulurkan tangan untuk bersalam.

Jadi, tidak timbul soal Presiden enggan bersalam, tetapi ia dimanipulasikan pihak akhbar dan ini adalah fitnah," jelas beliau kepada media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Roslan, yang melahirkan kekesalan presiden atas insiden tersebut turut menegaskan bahawa perbuatan pihak akhbar itu seolah-olah menggambarkan pemimpin nombor satu PAS itu dengan gambaran negatif, sedangkan ia berlaku sebaliknya.

Tambah beliau, pihak media yang membuat liputan pada hari penamaan calon di sana, tentunya lebih arif tentang perkara sebenar yang berlaku di situ. Malahan, dakwaan Idris itu juga tidak dibuktikan dengan gambar mahupun video insiden tersebut.

"Kita telah menghubungi wakil media bebas di sana untuk mendapatkan gambar, bagaimanapun dimaklumkan tiada insiden berkenaan. Idris boleh menambah apa saja dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN," jelas Roslan.

Mengulas bentuk tindakan yang mungkin diambil berhubung fitnah tersebut, Roslan menegaskan PAS tidak akan mengambil tindakan sekarang untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada pilihan raya umum ini. - mr Cetak

MAS catat untung bersih RM851 juta


Pencapaian tertinggi dalam tempoh 60 tahun penubuhan.

PENERBANGAN Malaysia (MAS) merekodkan keuntungan bersih RM851 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007, berbanding kerugian RM136 juta pada tahun sebelumnya, peningkatan sebanyak RM987 juta.

Keuntungan bersih itu adalah yang tertinggi dalam sejarah 60 tahun penubuhan syarikat penerbangan kebangsaan itu, mengatasi pencapaian tertinggi sebelum ini sebanyak RM461 juta pada tahun kewangan 2004.



Ia dicapai bersandarkan pendapatan berjumlah RM15.3 bilion, peningkatan 13 peratus daripada RM13.5 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala, berkata pencapaian itu menunjukkan kejayaan program pemulihan MAS daripada sebuah syarikat yang hampir muflis pada 2005 untuk merekodkan keuntungan tertinggi pada 2007.

"Pencapaian memberangsangkan itu dijana daripada peningkatan keuntungan operasi yang melonjak kepada RM798 juta daripada kerugian RM296 juta sebelum ini, berikutan hasil jualan tiket lebih tinggi dan pengurangan kos," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan MAS bagi suku keempat dan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007 di Kelana Jaya, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan MAS, Tengku Datuk Azmil Zahrudin.

Bagi suku keempat tahun kewangan dikaji, MAS mencatatkan keuntungan bersih RM242 juta, peningkatan sekali ganda daripada RM122 juta dalam tempoh sama 2006.

Pendapatannya pula meningkat lapan peratus kepada RM4.1 bilion daripada RM3.8 bilion, manakala keuntungan operasi meningkat daripada RM116 juta kepada RM245 juta dan faktor muatan penumpang berkembang pada kadar 70.8 peratus.

Idris berkata, sepanjang tahun kewangan dikaji, faktor muatan penumpang dan hasil pendapatan jualan tiket meningkat serentak, yang menyaksikan MAS menerbangkan 14 juta penumpang dengan faktor muatan berada pada 71.5 peratus.

Beliau berkata, kejayaan syarikat mengurangkan kos operasi kira-kira RM900 juta dalam tahun kewangan lalu, turut menyumbang terhadap peningkatan keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2007.

"Kami berjaya melepasi sasaran keuntungan RM300 juta yang ditetapkan pada 2007 sebanyak 184 peratus dan mengatasi sasaran keuntungan yang ditetapkan pada 2008 iaitu RM500 juta sebanyak 70 peratus," katanya.

Berikutan keuntungan memberangsangkan itu, Idris berkata, pihaknya meluluskan pembayaran bonus kepada kakitangan yang akan diumumkan bulan depan, selain pemberian dividen 2.5 sen sesaham yang akan dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan MAS, Jun depan.
Kewangan Islam tingkat daya saing



MALAYSIA sudah membuktikan kewangan Islam bukan saja menyumbang terhadap kestabilan kewangan tetapi turut membolehkan lebih banyak sektor ekonomi menyertai sistem kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata, pembabitan secara meluas kewangan pembiayaan Islam memberi manfaat, khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pembiayaan mikro.

"Ini menyaksikan sistem kewangan lebih pelbagai yang meningkatkan daya ketahanannya secara keseluruhan. Keduanya, ia turut meningkatkan hubungan antarabangsa," katanya ketika berucap pada Simposium Kewangan Islam Nikkei 2008 yang berlangsung di Tokyo, hujung minggu lalu.



Zeti berkata, kewangan Islam menjadi bidang pertumbuhan baru yang begitu rancak menjana pendapatan, kekayaan dan pekerjaan.

Selain itu, katanya, ia juga mempunyai peranan dari segi mengeratkan lagi hubungan kewangan dan proses integrasi kewangan serantau.

Mengenai potensi penyertaan Jepun dalam kewangan Islam, beliau turut bercakap bagaimana institusi kewangan, pihak berkuasa dan perbadanan negara itu boleh mendapat faedah dan manfaat daripada kewangan Islam, terutama dalam pasaran modal Islam.

Menyedari hubungan dagangan dan pelaburan kukuh Jepun di rantau Asia dan Malaysia khususnya, Zeti berkata yang kewangan Islam boleh mengukuhkan lagi hubungan kewangan yang berkaitan.

Prasarana untuk hubungan sudah pun tersedia ada seperti memorandum persefahaman Bank Negara dengan Japan Bank for International Cooperation serta pakatan strategik antara sebuah kumpulan insuran terbesar Jepun dengan syarikat insurans Malaysia di Malaysia yang menyaksikan penubuhan sebuah syarikat takaful.

"Mengukuhkan lagi rantaian baru dalam hubungan ini dan prospek bagi integrasi lebih hebat akan menyumbang ke arah merungkai peluang berpotensi bagi kemakmuran bersama rantau ini," tambah beliau.

Beliau berkata, usaha juga boleh ditumpukan terhadap mempermudahkan penyenaraian bersilang sukuk (bon Islam) dalam pelbagai bidang kuasa.

Katanya, Jepun juga boleh menggunakan Malaysia sebagai wadah untuk inovasi dan penyelidikan dalam kewangan Islam.

"Justeru, adalah diharapkan penyertaan Jepun dalam pasaran kewangan Islam boleh menyumbang ke arah integrasi kewangan antarabangsa seterusnya dan sekali gus mencapai peruntukan sumber sempadan bersilang yang lebih cekap dan berkesan," katanya.

Zeti juga menjelaskan bagaimana perkembangan kewangan Islam menyumbang secara positif kepada aspek kewangan keseluruhan.

"Dalam persekitaran liberalisasi dan globalisasi pada masa ini, kewangan Islam adalah teras dimensi baru dalam mengukuhkan antara hubungan kewangan antara negara dalam ekonomi global," katanya. – Bernama
Anak ganti bapa budaya politik Malaysia

KUALA LUMPUR: Ramai anak pemimpin dan bekas pemimpin, baik kalangan Barisan Nasional (BN) mahu pun pembangkang menjadi calon pada pilihan raya umum bulan depan, mencerminkan masyarakat Malaysia tahu mengenang jasa.

Beberapa pemerhati politik berpandangan langkah parti politik meletakkan anak pemimpin atau bekas pemimpin mereka untuk bertanding bukan menghairankan kerana ia lahir daripada budaya masyarakat Timur yang berasaskan sistem bangsawan atau feudal.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain ketika dihubungi berkata, budaya ini adalah suatu yang istimewa kerana menerusinya pertalian antara seseorang pemimpin dan rakyat tidak akan terputus.

"Mungkin bagi golongan muda yang berfikiran moden dan liberal seperti saudari (penulis), pemilihan calon pilihan raya umum kali ini seolah-oleh bersifat nepostime, tetapi jika dilihat perkembangan ini dari sudut yang luas, ia sebenarnya mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak mahu menyisihkan pemimpin yang telah bersara.

"Apatah lagi rata-rata calon yang dipilih itu adalah anak-anak pemimpin yang besar jasanya seperti (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad dan (bekas Presiden MCA) Tun Dr. Ling Liong Sik," katanya.

Beliau berkata, secara tidak langsung, anak dapat menyambung usaha-usaha yang telah dilakukan oleh bapa atau ibu yang pernah memimpin masyarakat di kawasan yang berkenaan.

"Saya juga berpandangan anak yang dicalonkan ini tidak akan mempunyai masalah dari segi sokongan kerana masyarakat sudah melihat cara kerja ayah atau ibu mereka dulu dan kita adalah masyarakat yang berpegang kepada peribahasa "bapa borek anak rintik," katanya.

Beliau memberi contoh kepimpinan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga anak bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Razak Hussin dan anak bekas Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn yang meninggalkan legasi kepimpinan pada diri anaknya, Datuk Seri Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran dan Ketua Pemuda UMNO.

"Parti pembangkang pun sama juga, macam Pas dan DAP, mereka pun ada unsur-unsur legasi ini yang saya rasa baik dari segi untuk menstabilkan parti," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mohammad Agus Yusoff berpandangan sekiranya pencalonan itu dibuat berasaskan anak itu sebagai yang terbaik daripada yang terbaik, maka ia adalah pemilihan yang tepat.

"Kalau mereka ini dipilih berasaskan kehendak akar umbi, apa salahnya jika semua setuju si polan jadi calon, ambil tempat bapa ke, bapa mertua ke, tempat abang ke, saya tak nampak masalahnya.

"Lagipun kita tak boleh nak nafikan hak mereka (anak) ini daripada menyertai politik semata- mata kerana bapa mereka dulu pemimpin. Mereka berhak bertanding sebagai individu yang ada karektor sendiri," katanya.

Bagaimanapun, katanya, rakyat juga harus melihat kepada pemilihan itu sama ada ia mempunyai unsur-unsur "dinasti politik".

"Kita tidak mahu wujud dinasti politik ini, iaitu kepimpinan dengan sengaja diturunkan daripada bapa kepada si anak. Ia budaya yang tidak sihat untuk perkembangan politik di sesebuah negara yang membangun seperti kita ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kewujudan dinasti dalam parti bukan saja mengekang perkembangan politik, malah membantutkan kelahiran pemimpin yang benar-benar berkaliber untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata, isu si anak atau menantu menumpang nama bapa atau bapa mertua juga tidak timbul kerana setiap calon muda perlu membuktikan keupayaan mereka apabila terpilih.

Apa pun pandangan, yang jelas pilihan raya umum pada 8 Mac ini unik kerana menampilkan paling ramai anak pemimpin dan bekas pemimpin politik bertanding.

Nama yang disahkan bertanding bagi BN termasuklah anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz yang akan bertanding di Jerlun, Kedah; anak bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik, Datuk Ling Hee Leong (Gopeng); dan anak bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, Lim Si Pin yang akan bertanding di Parlimen Batu.

Anak pemimpin parti pembangkang pula termasuk anak penasihat DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng di Parlimen Bagan manakala anak Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar dijangka bertanding kawasan Lembah Pantai. Anak lelaki kedua Karpal Singh yang juga pengerusi DAP, Gobind Deo Singh dijangka bertanding kerusi Parlimen Puchong.

- Bernama
Belum pernah berlaku - SPR , utusan
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang berniat untuk mengosongkan kerusi Parlimen sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 sebagai belum pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abd. Rahman berkata, tindakan itu juga tidak terdapat dalam peraturan SPR.

''SPR hanya menjalankan semula pilihan raya jika calon ingin meletakkan jawatan. Namun, perkara itu jarang berlaku.

''Namun, saya percaya kenyataan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh mungkin hanya satu hipotesis,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas niat Presiden PKR itu untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12.
Tepati kehendak rakyat - BN, utusan
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Manifesto Barisan Nasional (BN) dengan slogan 'Selamat, Aman, Makmur' adalah bertepatan dengan kehendak rakyat yang menekankan aspek keselamatan, keamanan dan kemakmuran.

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, melalui manifesto yang dilancarkan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini, BN berjaya membaca hasrat hati rakyat negara ini.

Berikutan itu, beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat percaya manifesto itu akan didokong oleh semua pengundi dan rakyat negara ini.

''Saya berpendapat bahawa manifesto BN adalah tepat sekali. Ini adalah isu-isu yang sangat dekat di hati setiap rakyat.

''Jadi, kita dalam BN boleh baca hati rakyat,'' katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Manifesto dan Laman Web Khas Pilihan Raya Umum Ke-12 BN di sini hari ini.

Shahrizat yang kekal bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai berkata, isu-isu yang diikrar untuk ditangani oleh BN melalui manifesto itu tepat pada masanya.

Malah, katanya, isu yang amat ditekankan oleh rakyat Malaysia itu sebenarnya sudah pun menjadi fokus perjuangan BN.

''Isu keselamatan, keamanan dan kemakmuran menjadi isu yang dekat di hati rakyat. Mereka mahu penekanan dalam isu-isu ini. Dan (isu) ini adalah perjuangan Barisan Nasional,'' ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas turut menyatakan, ikrar BN dalam manifesto itu amat tepat walaupun kelihatan 'mudah'.

Katanya, ia merujuk kepada isu-isu penting yang akan diperjuangkan oleh BN dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menjawab satu soalan, beliau yang bertanding sekali lagi di kerusi Parlimen Taiping berkata, PPP melihat manifesto itu sebagai pernyataan ikrar parti itu.

''Apabila tibanya waktu pilihan raya, kita bekerja sebagai satu pasukan, jadi ia adalah manifesto BN. Kami tidak melihatnya sebagai manifesto yang berasingan daripada manifesto PPP,'' ujarnya.

Manifesto BN kali ini menggariskan lapan perkara sebagai tunjang iaitu berkaitan ekonomi, pembangunan seimbang, pendidikan, undang-undang dan keselamatan awam.

Melalui manifesto berkonsepkan kesejahteraan rakyat itu, BN berikrar untuk memperkasakan perkhidmatan awam, membanteras rasuah dan meningkatkan urus tadbir, agama dan perpaduan serta dasar luar negara.

Monday, February 25, 2008

akal 'veteran'..hebat x?
salam sahabat..malam ni rasa letih lak...xtau la kenapa...maybe banyak tido...huhu...rancang nak gunting rambut ari ni..tapi x potong2 gak..ishk2....bak kata kawan saya yang banyak celoteh...rambut saya dah macam cangkul...ada plak mcm tu...

hurm...sebenarnnya ada benda yang nak dikongsi dengan sahabat2 sekalian...tapi letih lak nak taip..nanti2 la...

xdak apa2 pun...cma nak citer akal si 'veteran'...pandai n mantap...biasa la..kalau kita dah tua pun...macam tu gak...kalau kita tengok adik kita makan raun tikus..mesti kita halang sebab kita dah tau benda tu racun...mcm tu gak cerita yang saya nak kongsi dengan sahabat...cma saya tertarik dengan seorang ''ammu' ni...tajam akal dan mata dia walaupun bagai nak runtuh teksi dia..bila dia masuk...

kekadang...saya pelik jgak...macam mana la arab ni peka..hebat...tajam ingatan diorang..padahal diorang makan...roti...daging...xder lak mcam orang malaysia...agak rasa x kuat ingatan..makan pil yang dicampur sedikit dadah (ubat la..)...

so...saya buat kesimpulan...makan asli tu yang terbaik...tapi.saya sendiri x makan ulam2...xbest ar..kalau makan dagingpanggang...sate...ayam golek..fuh..sedap kan...? =)

hehe..xdak apa2 pun...saja nak hilang kerinduan kat malaysia nu...erm, kerap kali bila difikirkan makanan..mesti teringat malaysia...bila difikirkan kelaparan..mesti teringatkan si pengemis arab yang comot..mungkin x mandi setahun...kat malaysia...pengemis2 kita..mandi gak...

bila dah datang fikrah2 dan bayangan2 mcam tu...rasa bersalah pulak sebab apabila berada di malaysia dulu..xpernah bersyukur dengan apa yang ada...kalau ibu dan ayah saya baca artikel saya ni..saya harap...ibu dan ayah halal kan makan dan minum..dan maafkan kerenah2 dan nakal kebudakan saya dulu, kini, dan selamanya...

setiap nafas yang kita sedut...setiap langkah yang kita susuli..setiap gerak yang kita sapai...semuanya ada keaikan dan keburukan...

sebagaimana mulut kita petah berbicara...petah berjanji...selalu sahaja terpesong dan jatuh kearah yang buruk...ada yang menyakitkan hati saudara kita...ada yang penipuan dalam berbicara...ada makian dan cacian...semua tu..kadang2 kita x sedar...dan menyesal setelah semuanya berakhir dan terlambat...

semalam..sebelum saya tidur...terfikir sesuatu...niat jahat yang terlintas...biarkan...jangan bagi niat itu terus menghasut hati saya...dan kalau niat yang baik itu melintas..tahan...pujuk ia masuk dan meresap kedalam hati saya...

sebagai seorang sahabat...apa yang boleh saya ulang dan ungkapkan..bertegurla...kerana kawan itu cermin bagi diri kita...kalau ada yg x elok..berterus terang...jangan disimpan...ikan yang busuk..kalau disimpan..lagi meluat...biar lah teguran itu atas landasan hikmah..jangan la melulu dan mengikut perasaan marah...=)

semoga kita semua diberkati Allah....salam....
Lali gosip kahwin Tan Sri

Lali gosip kahwin Tan Sri

SEPANJANG pembabitannya dalam dunia hiburan, sejak lebih setahun lalu, pelakon Rozita Che Wan melahirkan kesyukuran kerana dirinya belum ditimpa gosip yang mampu meruntuhkan kerjaya dan memusnahkan kepercayaan masyarakat terhadap dirinya. Begitupun, sebagai wanita yang mula dikenali ramai dan hidup pula sendirian, tentunya dia tidak mampu menjauhkan diri daripada cerita panas yang mengaitkannya dengan golongan lelaki.

Selepas dikaitkan dengan aktor Zizan Nin, dia didakwa pula sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki berstatus Tan Sri. Malah, kata pelakon jelita ini, ramai juga rakan dan kalangan artis yang menghubunginya, mengucapkan tahniah atas ‘perkahwinannya’ yang dia sendiri tidak ketahui.




"Rasanya, gosip saya berkahwin dengan seorang lelaki bergelar Tan Sri R itulah yang paling sensasi pernah menimpa diri saya setakat ini. Mana tidaknya, tiba-tiba saja ada teman dan artis yang menelefon saya, bertanya mengapa saya tidak menghebahkan perkahwinan itu? Mereka juga sempat mengucapkan tahniah.

"Masalahnya, saya sendiri tidak mengenali mana-mana Tan Sri, jauh sekali untuk berkahwin dengan seseorang yang dipanggil Tan Sri R. Entah bagaimana cerita sebegitu boleh tersebar?" tanya Rozita kembali ketika ditemui pada majlis memperkenalkan dua set barang kemas yang bakal menjadi milik Bintang Paling Popular dan pembaca bertuah Anugerah Bintang Popular Berita Harian di bilik pameran Habib, Ampang Point, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan Tan Sri R, baru-baru ini, gambarnya terpampang pula di ruangan gosip Bintang Popular, yang mengaitkannya dengan si bujang terkenal, Yusry Abdul Halim. Ketawa apabila membaca artikel terbabit, Rozita memberitahu, dia sendiri belum pernah bertemu secara berdepan dengan penyanyi, pelakon dan pengarah terbabit.






"Entah-entah, Yusry pun tidak mengenali siapa saya?" ujar Rozita yang menepis cerita kononnya dialah wanita yang dilihat berduaan dengan anggota KRU itu di Bangsar.

Ibu kepada dua anak lelaki, Ammar Effendy, 12, dan Aniq Ezzra, 10, ini menegaskan, dia menceburkan diri dalam dunia seni bukan untuk mencipta cerita panas sedemikian. Bukan juga populariti yang dikejar, dia sebaliknya berlakon untuk mencari rezeki menampung hidup mereka tiga beranak.

Sebelum bergelar peragawati dan pelakon, wanita cantik berusia 35 tahun ini terbang di awan biru sebagai pramugari selama tiga tahun. Dia juga pernah menghiasi klip video lagu Juwita (Citra Terindah) nyanyian M Nasir, apabila berjaya mengetepikan saingan 40 model lain. Klip itu membuatkan peminat mula bertanya, siapakah si jelita yang mendampingi sifu muzik berkenaan?

Sepanjang tahun lalu saja, Rozita terbabit dalam 22 judul drama televisyen. Ia satu pencapaian yang dikira cukup baik bagi pelakon yang baru saja berjinak-jinak di lapangan lakonan. Antara judul yang mengangkat namanya sepanjang 2007 ialah Susuk, Jelatang, Diari Ramadhan Rafique, Tetamu Rindu, Bisikan Hati, Berakhir Satu Penantian dan Sesuci Cinta Sofea.




Pada ketika namanya menjadi buruan produser, dia yang kini terbabit dalam penggambaran filem Kantoi bersama Yassin dan Nur Fazura, enggan mendabik dada meletakkan dirinya dalam kategori artis popular.

"Saya sendiri tidak tahu saya popular atau tidak. Semuanya terletak di tangan peminat di luar sana. Namun begitu, tidak saya nafikan, sejak akhir-akhir ini, saban hari tawaran berlakon drama tiba ke tangan saya. Semua itu ialah rezeki pemberian Tuhan. Niat saya berlakon dulu pun untuk mencari rezeki halal, bukan untuk mengejar kemasyhuran.

"Tetapi, saya cukup mengerti, populariti dan dunia lakonan saling berkaitan. Justeru, saya tidak dapat melarikan diri daripada turut menjadi perhatian. Saya amat bersyukur dengan segala tumpuan yang diberikan, walaupun pada waktu yang sama, kehidupan saya juga turut berubah. Kini, apabila melangkah saja keluar rumah, ada saja yang mengenali kita. Hendak keluar sebentar, lama pula jadinya.

"Jika diikutkan hati, tentulah saya inginkan kehidupan yang lebih normal dan tenang. Namun, inilah kenyataan yang saya perlu terima apabila bergelar anak seni," katanya yang menganggap lakonan sebagai sebuah pekerjaan.

Ditanya mengenai pencalonannya ke peringkat Top 5 kategori Pelakon TV Wanita Popular, Rozita yang menggayakan set barangan kemas yang bakal dimiliki pembaca bertuah BH pada petang itu memberitahu, dia tidak meletakkan harapan menggunung untuk mengungguli kategori berkenaan, menyedari saingannya bukan calang-calang.

"Sampai ke peringkat Top 5 sendiri satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi pelakon baru seperti saya. Bayangkan saja, calon akhir lain ialah pelakon yang jauh lebih ternama dan berpengalaman berbanding saya," katanya yang bersaing dengan Rita Rudaini, Dynaz, Eja dan Fasha Sandha.


INFO: Rozita Che Wan



Pernah muncul dalam lebih 50 iklan komersial termasuk iklan AmBank, High 5 dan Rorine.


Dia juga membintangi filem Misteri Balan Balan The Movie, yang dijangka memasuki pawagam pada tahun ini.


Sebelum berlakon dalam Kantoi, dia pernah menolak tawaran menjayakan watak Dr Rita dalam filem itu kerana percanggahan jadual kerja. Namun rezeki menjadi miliknya semula apabila Rita Rudaini tidak dapat meneruskan projek berkenaan.


Drama bersiri Susuk tayangan stesen televisyen nombor satu negara, TV3, tidak syak antara judul yang menaikkan nama Rozita dalam dunia hiburan tempatan.


Sudah lima tahun Rozita bergelar ibu tunggal, setelah berpisah dengan suami yang juga seorang juruterbang kanan di Penerbangan Malaysia. Katanya, hubungan bersama bekas suami masih baik dan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak mereka.

FAKTA: Hadian tajaan Habib Jewels


Hadiah tajaan Habib Jewels untuk Bintang Paling Popular bernilai RM150,000 itu diperbuat daripada emas putih 18 karat, dengan berlian potongan mawar, nilam merah jambu dan rantai kunzite serta berlian. Rantai tiga lapisan itu mengandungi 1,088 biji berlian seberat 11.60 karat, enam batu kunzite seberat 99.59 karat dan berlian potongan mawar seberat 2.46 karat.


Bagi melengkapkan kalung itu, turut disediakan ialah kerongsang sepadan yang dibentuk daripada emas putih 18 karat dengan berlian potongan mawar, beril kuning, morganite dan berlian. Kerongsang berkenaan mengandungi 147 biji berlian seberat 1.30 karat, 33 biji berlian potongan mawar seberat 2.99 karat, beril kuning seberat 10.31 karat dan morganite dengan berat berjumlah 14.84 karat.


Untuk pembaca bertuah pula akan menerima rantai leher daripada emas putih 18 karat bertatahkan berlian seberat 6.97 karat serta 20 batu aquamarine seberat 35.20 karat.








lidah pengaturcara : kan bagus kalau dihadiahkan nilai semahal hadiah ni kepada fakir...xpon kepada orang yang pandai jaga akhlak...patut ke perempuan yang terdedah sana-sini digelar bidadari...? bidadari dunia kot....erm...sehebat mana ye bidadari dunia ni..? sedangkan rasul sabda..dunia ni macam bangkai...kalau la dunia ni bagi kita dah hebat...bidadari tu kurang hebat sikit je dari dunia...macam mana kita nak letakkan taraf bidadari ni...?...macam bangkai atau teruk dari bangkai..?

Hari Tindakan Global kecam Israel
GAZA: Rakyat 30 negara melancarkan Hari Tindakan Global semalam bagi membantah kekejaman Israel yang menutup wilayah Palestin, Semenanjung Gaza dari dunia luar dan menyebabkan kira-kira 1.5 juta penduduknya, hidup dalam kesengsaraan.

Ini termasuk perarakan keamanan dirancang di lebih 90 bandar di seluruh dunia termasuk di Perancis dan Itali.

"Mesej kami jelas - mahu meruntuhkan sekatan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan menggerakkan usaha negara Arab, Islam dan masyarakat antarabangsa ke peringkat rasmi dan di kalangan orang ramai," kata Ketua pakatan Barisan Jawatankuasa Bebas Membantah Sekatan (PCAS) yang juga Ahli Parlimen Bebas, Jamal Al-Khudari kepada agensi berita Agence France-Presse (AFP).



"Di Semenanjung Gaza, kanak-kanak, lelaki tua dan wanita dibunuh setiap hari. Semua penduduk menderita akibat hukuman Israel. Bayangkan, 1.5 juta penduduk terbelenggu dan dikurung dalam satu kem penderaan besar dikenali Semenanjung Gaza.

"Di situ, lebih 1,500 pesakit tenat berdepan risiko kematian kerana tidak dibenarkan keluar mendapatkan rawatan. Lebih 96 yang mati akibat tindakan kejam Israel itu."

Sebagai permulaan, penyokong penduduk Palestin di seluruh dunia itu bertindak menutup lampu semalam setengah jam kelmarin sebagai merasai kesengsaraan penduduk Palestin yang hidup dalam kegelapan sejak sebulan lalu.

PCAS berkata ia akan menganjurkan minggu bantahan di sekurang-kurangnya 76 negara bagi menyokong suara Palestin.

Usaha itu dimulakan dengan tindakan mogok separuh hari di Semenanjung Gaza yang menyaksikan semua kedai, ditutup.

Penduduk Gaza turut melancarkan satu tugu peringatan bagi mangsa yang dikepung itu, di Dataran Al Katiba di barat bandar Gaza.

Tindakan yang turut disertai perarakan, juga diadakan di bandar Ramallah, Al-Khalil dan Nablus di Tebing Barat.

Di Perancis, perarakan aman dirancang di bandar seperti Paris, Bordeaux, Lyon dan Nantes.

Di Belanda, mereka yang menyertai perarakan itu akan meletakkan sepanduk keamanan di depan bangunan kerajaan di The Hague.

Di Itali, bendera dan lagu Palestin akan diperdengarkan di bandar seperti Biella, Melano dan Rome.

Di Athens, ibu negara Greece, penunjuk perasaan akan berhimpun di kawasan tengah bandar raya itu.

Di Britain, kumpulan cintakan keamanan itu akan membawa suara mereka ke pejabat Perdana Menteri di 10, Downing Street.

Perarakan seumpamanya juga dijadualkan di kota metropolitan lainnya seperti Geneva, Montreal, Istanbul, Kaherah dan Beirut.

Israel menutup Semenanjung Gaza selepas Hamas menguasai kawasan daripada pergerakan Fatah, Jun lalu.

Pada 17 Januari lalu, Israel bertindak ganas dengan menutup kawasan itu daripada dunia luar, menyebabkan stesen tenaga tunggal Semenanjung Gaza terpaksa ditutup kerana kekurangan bahan api.

Akibatnya, mereka bukan saja terpaksa bergelap, tetapi pesakit di hospital yang memerlukan bantuan mesin, turut sengsara. – Agensi
Ahmadinejad desak Amerika mohon maaf



TEHERAN: Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad semalam menggesa Amerika Syarikat dan sekutunya memohon maaf dan membayar pampasan kerana menuduh negara Teluk itu membangunkan senjata nuklear.

"Cara terbaik bagi mereka (Amerika dan sekutunya) melunaskan kesilapan adalah dengan memohon maaf dan membayar pampasan," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

"Jika negara itu meneruskan hasrat mengenakan sekatan, kita tidak teragak-agak mengambil langkah sewajarnya yang sudah dirangka," katanya tanpa mengulas lanjut.



Ahmadinejad turut menyampaikan perutusan tahniah kepada pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, sambil menyifatkan laporan terbaru Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang menolak dakwaan Teheran membangunkan senjata nuklear sebagai kemenangan penting negara berkenaan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada anda dan kita semua di atas kemenangan bersejarah ini... kejayaan terbesar dalam konfrontasi politik dengan kuasa penakluk Barat."

Peringatan terbaru Ahmadinejad tu dibuat sehari selepas agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), IAEA mengeluarkan laporan terbarunya berhubung program nuklear Iran.

Laporan terbaru IAEA menyangkal semua tuduhan mengaitkan Iran dengan usaha penghasilan senjata nuklear.

Dalam laporan itu, IAEA menyatakan banyak persoalan lalu mengenai program nuklear Iran sudah dileraikan, tetapi tetap menyelar keengganan Teheran menghentikan proses penguraian uranium.

Lima negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan Jerman sudah bersetuju di atas deraf ketetapan berhubung pusingan ketiga sekatan terhadap Iran kerana keengganannya menggantung proses penguraian uranium berkenaan– langkah bagi menghasilkan bahan api untuk reaktor atau bagi pembuatan senjata nuklear.

Dua hari lalu, Setiausaha Negara Amerika Condoleezza Rice mendakwa laporan IAEA itu mengukuhkan lagi desakan bagi sekatan tambahan kerana Teheran masih gagal bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasat.

Kenyataannya itu dibuat biarpun laporan IAEA menyifatkan maklumat agensi perisikan Barat menuduh Iran mahu membuat senjata nuklear sebagai tidak berasas.

Usaha Amerika memastikan sekatan lebih keras terhadap Iran bertambah sukar akhir tahun lalu selepas agensi perisikannya sendiri mengeluarkan laporan yang Teheran sudah menggantung program senjata nuklear pada 2003.

Namun pegawai pentadbiran Amerika terus melontarkan tuduhan yang Iran meneruskan kegiatan berkenaan yang menjadi satu ancaman dan kemungkinan ia boleh memulakan semula pembangunan senjata nuklear dalam masa terdekat.

Sementara itu, sekumpulan pelajar berkumpul di tengah-tengah Teheran bagi meraikan apa disifatkan sebagai 'kejayaan Iran' dengan mengagihkan gula-gula kepada orang ramai di jalan raya. – AP
Israel Tidak Berminat untuk Gencatan.
Kater: Israel Tidak Berminat untuk Gencatan.
Contributed by gunxx on Thursday, February 21 @ 15:52:20 MYT
Topic: Berita Semasa



Khamis, 21/02/08 -Damascus, Syria - Pemimpin kanan Hamas dan ahli biro Politik, Sami Kater menegaskan bahawa kumpulan pejuang Palestin bersedia untuk mengadakan gencatan senjata dengan Israel namun Israel sentiasa menolak tawaran tersebut.

"Dengan yang demikian kami tidak akan membenarkan mereka meneruskan kekejaman ke atas rakyat Palestin",kata Sami Kater kepada PIC. Kater menambah lagi serangan bom vakum Israel ke atas keluarga Fayed yang mengorbankan puluhan dan mencederakan yang lain termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kater berkata demikian selepas Menteri Luar Perancis menawarkan rundingan gencatan senjata antara Palestin dan Israel. Kater menuduh Presiden Perancis Sarkozy seorang yang berat sebelah kepada Israel dan hanya akan menerima pelawaan usaha damai Perancis sekiranya Perancis berlaku adil dalam menyelesaikan isu Palestin. Beliau menyarankan pihak Perancis dan EU harus menekan Israel agar memberhentikan kepungan ekonomi, hentikan segala kezaliman ke atas rakyat Palestin.

Dalam perkembangan lintasan sempadan Rafah, beliau berkata kawalan sempadan tersebut hanya milik Palestin-Mesir dan dagangan melalui sempadan tersebut tidak boleh dihalang. Beliau menuduh PA menyelewang di mana telah mengadaikan kawalan sempadan tersebut kepada Israel dengan pantauan dari EU. Kater menyaran kepada Presiden PA untuk bertemu dengan pimpinan Hamas untuk bergerak bersama menyelesaikan isu lintasan sempadan Rafah dengan Mesir. Sebaliknya keengganan beliau untuk berjumpa dengan pimpinan Hamas menunjukkan PA menyokong penutupan terminal Rafah.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.com/
penterjemah : juara786
Ubat-ubatan Tidak Sampai Ke Gaza.
Ubat-ubatan Tidak Sampai Ke Gaza.
Contributed by gunxx on Thursday, February 21 @ 15:51:06 MYT
Topic: Berita Semasa



Khamis, 21/02/08 - Jurucakap Menteri Kesihatan di Gaza, Khaled Radi, menafikan kenyataan kerajaan PA yang tidak sah di Ramallah bahawa mereka menghantar ubat-ubatan yang boleh dimakan bernilai $11,000,000 ke Semenanjung itu.

Beliau memberitahu PIC menerusi telefon Isnin lalu bahawa kos ubat-ubatan tersebut hanya $1,000,000. Dalam pada itu, ubat-ubat tersebut juga tidak selamat untuk kegunaan manusia kerana telah luput tarikh.

Radi turut menegaskan bahawa pekerja kontrak syarikat-syarikat pembersihan dengan Kementerian Kesihatan juga menuntut kerajaan PA membayar gaji mereka yang diperuntukan oleh Bank Dunia sambil memberi amaran bahawa kelewatan kerajaan berbuat demikian boleh menyebabkan tahap kesihatan yang lebih buruk.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.com
penterjemah : affiza057
Keadaan lebih kritikal jika dunia tidak menghalang pengepungan
Yousef: Keadaan lebih kritikal jika dunia tidak menghalang pengepungan
Contributed by sern on Thursday, February 21 @ 14:38:05 MYT
Topic: Berita Semasa



Khamis, 21/02/08 - GAZA, (PIC)-- Dr. Ahmed Yousef, penasihat politik perdana menteri Palestin, Ismail Haneyya Rabu lalu telah memberi amaran bahawa sekiranya masyarakat antarabangsa tidak bersungguh-sungguh untuk menamatkan kepungan di Gaza dan cuba berhubung dengan Hamas, tidak lama lagi akan wujud keadaan yang teruk dan mengejutkan semua orang.

Dalam satu kenyataan diterima oleh PIC, Dr. Yousef menyatakan bahawa Semenanjung Gaza mengikut pandangan sesetengah orang adalah seperti peledak yang boleh terbakar dan bukan tertakluk pada pengiraan dan logik orang lain, dan memmberi amaran masyarakat antarabangsa supaya tidak bertaruh dengan kesabaran penduduk Gaza.

Mengenai isu mengadakan gencatan dengan Israel, penasihat tersebut menyatakan perdamaian sementara dengan Israel mestilah komprehensif dan menjurus kepada penamatan semua bentuk pengepungan yang dikenakan ke atas Gaza.

Penasihat itu telah mengungkit Hamas sebagai sebuah kerajaan dan pergerakan, ia tidak terfikir untuk mengasingkan Gaza daripada Palestin, dan kembali menyatakan tiada negara di Gaza dan di situ tiada negara tanpa Gaza.

Penasihat itu juga menyatakan ramai penganalisis-penganalisis barat, ahli-ahli politik dan media kebelakangan ini faham betapa pentingnya pembukaan semula laluan sempadan dan telah menegur langkah yang diambil dengan membiarkan kebuluran atas dasar untuk menekan kerajaan dan Hamas di Gaza kerana mereka berkata "dasar-dasar seperti itu akan meningkatkan tekanan dan menjurus kepada satu ledakan."

Note: sumber : http://www.palestine-info.com
penterjemah : hijjaz79
Bilangan Syuhada Meningkat Kepada Lima
Bilangan Syuhada Meningkat Kepada Lima.

Selasa, 19/02/08 -Bilangan syuhada di Rafah meningkat kepada 5 orang selepas helikopter Israel membedil kumpulan pejuang yang bertempur dengan tentera Israel di sempadan Rafah.

Dr. Muawya Hassanain Pengarah Ambulans dan Kecemasan di Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan mereka yang gugur syahid ialah Nassar Abu Shabab, 23, pejuang Briged Qassam sayap Hamas, Abdelsalam Abu Susseen, 24, dari Briged Salahuddin sayap Penentang Popular dan seorang rakyat Palestin Abdelkarim Al-Ghalban. Sementara itu 4 orang yang cedera parah akibat bedilan itu telah dipindahkan ke Hospital Abu Yousef An-Najjar. juara786: Briged Qassam mengaku bertanggungjawab membedil roket dan mortar ke arah tentera Israel di Selatan Gaza.

Pengarah Hospital Abu Yousef An-Najjar melaporkan kekurangan petrol di hospital menyebabkan kesukaran dalam operasi menyelamat dan pemindahan para pesakit.

Dalam perkembangan yang lain, tentera Israel telah menculik 16 orang Palestin selepas pecah masuk rumah-rumah rakyat Palestin di Nablus, Jericho, Ramallah dan Al-Khalil di Tebing Barat.

Note: sumber : http://www.palestine-info.com/
penterjemah : juara786

Sunday, February 24, 2008

fikrah menarik..??kat mana!!??
Assalamualaikum sahabat sekalin...hari ni saya lambat update blog plak...bz pasal apa ntah...tapikan..bila nak update..xtau lak nak tulis apa..xdak idea..sebelum nak menulis..mcm2 je idea yang kuar...

ha...! sebelum tu..nak bagitau sahabat2 sekalian..blog ni kan mcam diari + kolum dakwah...so..apa2 artikel dalam blog ni sama ada dicopy atau disalin semula...adalah artikel yang menjadi tarikan kepada saya...

maybe ada yang x penting..tetapi artikel yang saya salin ke dalam blog saya adalah tulisan atau berita yang ingin saya kongsi bersama2 sahabat2 sekalian...

jadi..jangan la sahabat2 sekalian fikir..saya ciplak artikel orang untuk memenuhkan blog saya yang sentiasa kosong..=)

hurm...sebenarnya banyak berita yang menarik tapi xsempat nak bubuh...kalam2 muhasabah yang macam saya letak kat sebelah kanan blog ni pun banyak lagi dalam fail bilik saya.cma x sempat nak tulis...

harap2 sahabat sekalian..banyak2kan la meng'komen' dan memberi pendapat serta idea kepada saya kerana penuntut seperti saya sekarang sangat dahagakan fikrah2 yang menarik yang GEMPAK...!!

salam ukhwah dari saya..semoga kita semua berada dibawah lembayung rahmat Allah....=)

Saturday, February 23, 2008

Cecair Mayat disedut sebelum diterbangkan (US Law)
Tazkirah menarik utk. dikongsi
Assalamualaikum
Ikhwah Dikasihi,




Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US , hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal disini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.




Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini.









Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal ( US lah!)..




Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah.








Menyeggerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat.



Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kesihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah. Bila nak bawa balik ke Malaysia , maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.




Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground).


Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan.

Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?



Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya.

Ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam
di Mekah, tetapi ini diAmerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.




Kubur di Mekah sekalipunkalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga,maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukanmain berazam lagi..

Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.

wallahua'lam bissawwab...
Mohammad’s Day bukan Valentine Day
Mohammad’s Day bukan Valentine Day


Euforia Valentine’s Day hingga hari ini masih terasa. Makanya saya ‘nekat’ untuk menulis tentang hari raya cinta muda-mudi ini, meskipun dari sudut yang berbeda. Dari Indonesia hingga Ethiopia, fenomena ‘ekspresi cinta’ muda-mudi ini demikian hebat dan dahsyat pengaruhnya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Ken Sweiger dalam artikel “Should Biblical Christians Observe It?” www.kornet.org yang penulis temui di www.swaramuslim. net. Ken Swiger menyatakan bahwa kata “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang artinya: “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, Yang Maha Kuasa”. Kita tidak bisa berbuat banyak ketika “bunga mawar merah”banyak bertebaran di luar kampus mahasiswa. Rupanya muda-mudi suka warna seperti itu, tinimbang warna yang lain. Anehnya: acara itu khusus pada tanggal 14 Februari.

Ruh Valentine sepertinya bangkit dan berinkarnasi di hati setiap pemuda dan pemudi. Tentunya pemuda Islam juga ikut-ikutan; meskipun tidak seluruhnya. Yah, sebagai delegasi pun jadi, yang penting ada representasi.

Pada tanggal 15 Februari 2005 yang lalu, saya membeli koran al Osra el Arabia (Mesir). Dalam rubrik Nahdhatunâ (Kebangkitan Kita), koran tersebut memuat isu menarik seputar ‘Idul Hubb (Hari Raya Cinta), yang akrab kita sebut dengan Valentine’s Day itu. Gambar yang dimuat juga menarik: gambar bunga “love” yang ditusuk oleh “panah”, kemudian diikat oleh sebuah pita. Di dalam bunga “love” itu tertulis kata dengan dialek Mesir: Ya‘nî Eh el-Hubb (Apa Yang Dimaksud Dengan Cinta?)

Dan yang paling menarik, koran tersebut memuat berita tentang sekelompok mahasiswa di Cairo University yang menyebut dirinya sebagai al-Tayyâr al-Islâmî (Aliran Islam). Kelompok ini menganggap bahwa tanggal 14 Februari adalah hari cinta yang diseru oleh Nabi Muhammad saw. Kemudian mereka manamakan tanggal 14 Februai kemarin dengan “Mohammad’s Day”. Tentu saja saya pribadi sangat setuju dengan perubahan nama ini. Mengapa tidak? Bukankah Islam tidak membatasi waktu untuk mengekspresikan cinta kepada Allah, Nabi saw, manusia, tumbuhan dan hewan bahkan alam ini?

Tentang perubahan nama itu, kelompok al-tayyâr al-islâmî berpendapat bahwa Valentine adalah seorang Saint (Pendeta, orang suci) yang banyak sekali versi ceritaya. Ia hanya membatasi “cinta” itu pada dua jenis makhluk saja. Sedangkan Kanjeng Nabi Muhammad cintanya meliputi segala sesuatu. Bahkan beliau mengabarkan tentang kerinduan beliau kepada para kekasihnya yang belum sempat dilihatnya. Melalui perubahan nama Valentine’s Day ini, al-tayyâr al-islâmî ingin membentengi perbuatan muda-mudi yang kelewat batas pada hari itu.

Mantan Mufti Mesir, Dr. Nashr Farid Washil menyatakan: “Cinta tidak memiliki tradisi tertentu, karena ia ada setiap hari. Rasul saw dan agama Islam menyuruh kita untuk mengekspresikan cinta di antara manusia, baik antara sesama Muslim sendiri atau dengan penganut agama lain. Namun, apakah hubungan yang kita saksikan antara muda-mudi ini disyariatkan? ”

Beliau melanjutkan: “Saya berpesan kepada para pemuda, ikutilah perintah agama kalian dan apa yang diperintahkan oleh agama-agama langit (Yahudi, Kristen dan Islam) juga yang dianjurkan oleh cinta itu sendiri. Namun dalam kerangka syariat, menghindari pertemuan antara seorang pemuda dan pemudi di tempat yang sunyi dan jauh dari pantauan keluarga. Hendaknya para pemuda berpegang teguh kepada ajaran agamanya.
Karena itu merupakan fondasi kesuksesan dan jalan untuk merealisasikan misi ilmiah dan peradaban di dalam kehidupan. Sedangkan cinta dalam bentuk seperti ini (Valentine's Day) adalah tradisi dan kebudayaan Barat yang membahayakan muda-mudi, karena ia merupakan khurafat impor yang dapat merusak akal, kehidupan dan mempengaruhi masa depan hubungan para pemuda.”

Sungguh! Saya mohon maaf jika terlambat menyampaikan pesan ini kepada saudara dan saudariku, Muslim dan Muslimah. Namun setidaknya saya yakin bahwa ini bukan sebuah aib. Bukankah lebih baik terlambat daripada tidak sama sekali?

Allah dan Rasul-Nya memang tidak pernah mengajarkan untuk mengkhususkan satu hari dalam mengekspresikan cinta kita. Sungguh sangat bodoh jika ada pemuda-pemudi Islam yang masih terpengaruh dengan Valentine’s Day ini. Hari dimana norma agama dikorbankan demi melampiaskan rasa cinta. Rasanya mustahil cinta itu dipendam selama setahun, kemudian ditumpahkan pada satu hari saja.

Mari sama-sama kita berpegang teguh ajaran agama kita. Karena semakin hari, topan-badai begitu dahsyat menerjang bahtera hidup kita. Kita berharap bahwa apa yang digagas oleh al-tayyâr al-islâmî di atas akan tumbuh pula di Indonesia, dan pada tahun-tahun berikutnya yang muncul adalah euforia Mohammad’s Day. Wallâhu a`lamu bi al-shawâb! [] (Cairo, 25 Februari 2005). [{Ibnoe Dzulhadi}]
Artis kita...berubah??betul ker??...
APABILA disebut nama Azmil Mustapha, majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan,'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen,semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini.

Azmil,55(umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H)adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan'penghijra han'daripada kehidupan yang penuh 'lagha'kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang';watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit.

Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel(GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.


Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?
Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi(Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.


Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?
Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana.

Anak saya Noramalia Batrisya, 15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.


Puas hati macam mana?
Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden. Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.

Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku. Duduk satu meja pun tak ada.

Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang, yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenar nya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.

Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.

Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia.

Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan,Kazakhstan, China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik.


Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?
Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartment di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.

Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.

Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria. Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberat kan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.


Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku?

Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika, Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi.


Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato' Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A

Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al-Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah(ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayat baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya'.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.

Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.

Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal. Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia?

Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya "Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.

Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membanding kan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.

Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih 'terjajah'. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia , kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu? Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia,lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam.

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.


Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?
Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'.Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak, berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi, anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?
Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam.Undang- undang yang dimulakan oleh British dahulu.

Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak,itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat? Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu. Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.



Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?
Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.



Nasihat kepada rakan artis
Pendek sahaja; Allah melihat apa yang kamu buat.

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?