-->

Wednesday, May 28, 2008

Filem & Brownies
Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita. Beberapa tahun yang lepas, seperti hari-hari kerja yang biasa saya masuk ke dalam pejabat saya. Namun terdapat sesuatu yang luar biasa pada pagi itu, seseorang yang baik hati telah meletak satu bekas berisi 3 'chocolate brownies'. Tahu-tahu saja orang misteri itu yang brownies adalah makanan kegemaran saya. Bersama-sama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamah brownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah.

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

"Ah ayah, kenapa tak boleh?" gusar si adik. "Ia dilabel PG-13, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!"

Ayahnya membalas, "Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum."

"Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem yang cakap begitu!"

"Jawapan ayah ialah "tidak" dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion."

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, "Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu."

Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata, "Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua." Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. "Ayah dah lembut hati," bisik hati mereka.

"Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam gred A, gula organik yang terbaik, vanilla premium dan coklat."

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh 'khutbah' ayahnya yang semakin panjang.

"Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah."

"Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?" tanya si abang.

"Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya."

"Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu" pinta si adik.

"Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga".

"Ayahh.." pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

"Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!"

Saya terus berhenti menguyah brownies kedua dan saki-baki di dalam mulut saya luahkan di dalam bakul sampah di tepi meja saya. Saya teruskan membaca beberapa perenggan terakhir dari cerpen yang menakutkan itu.

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

"Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu".

"Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!"

"Tak ayah… kami tetap taknak makan!"

"Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini".

Saya terus membuang lebihan-lebihan dari brownie kedua, dan brownie ketiga yang masih lagi belum disentuh. Sesuatu yang tidak boleh ditahan beberapa minit yang lalu kini menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima. Dan ini semua hanya kerana terdapat kebarangkalian yang kecil bahawa apa yang saya makan tadi terkandung bahan istimewa, seperti di dalam cerpen itu juga. (Memang laa dalam tu takde bahan istimewa itu… tapi saya gagal meyakinkan diri saya. kan hadis ada cakap tinggalkan bende-bende syubhah )

Friday, May 9, 2008

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang
aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum
daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana
cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya
wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari
kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak
mengucap selawat ke atasku."




BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang
berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."





KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang
lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang
ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai
Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang
masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya
aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke
mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari
semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah
Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak
mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat
sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka
turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala
mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi
KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat
Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan
mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita
tergolong dalam umat Muhammad.

Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita
sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap
Rasulullah SAW.

--
Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat :
208)

~salam ceria selalu

Ya ALLAH swt. Kembalikanlah aku dalam keadaan KAU redha seluruh
kehidupanku. AMIN.

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

Monday, May 5, 2008

angin aku...?
salam kengkawan semua...
kenapa ye sejak dua menjak ni... aku rasa serabut... geram... sempit... padahal xdak masalah pun..semua ok..



hurm..orang cakap kalau kita rasa serabut, sempit...maknanya kita kurang amalan dan jauh dari Allah..hurm..betul sangat tu...tp rasa sempit ni lain dari sebelum ni...sebab sebelum ni, (aku kenal diri aku) lebih jauh aku dari Allah dan amalan aku kosong berbanding sekarang...(myb 0.01%) ..



Sebelum ni kalau aku rasa serabut, juz aku je serabut..orang lain xkan terkesan dengan aku...maksud aku..xder la nak tension2 dengan orang lain tanpa sebab..semuanya bersebab..tapi kali...apsal tension aku x bersebab..hurm..aku pon keliru...




myb sbb nak exam kot...?

tapi sebelum ni xplak mcm ni...

apa lagi benda alah yang menyelit dalam hidup aku ni...!!!?????



nak kata duit xcukup..ok jer...nak kata ada masalah dengan member..aku yang bagi masalah ade la...hurm...apa lagi yer...hutang..? semua dah settle...




kadang2 nak je ketepikan...tapi mana bley mcm tu..kang x sampai 2 hari..datang balik serabut ni...



kalau nak kata bilik aku sepah...aku baru je kemaskan td....baju x basuh lagi?...tu bukan sebab kot...aku x makan lagi ke?..hurm...xder kene-mengena..



so...aku nak kena cari masalah yang ni dulu..kena selesaikan...baru rasa tenang....hurm....sapa2 leh tolong nasihat kan aku...tolong aku cari idea..apa masalah aku niiiiii....





bydaway....


aku xska korang nasihat aku face by face sebab aku xleh dengar nada suara yang berbagai..nanti aku temprature...so...nasihat kat cni lebih berhikmah...=)






aku nak pg makan....lapar lak...salamz....
Menuduh Muslim Atas Nama Kebebasan

Proteslah selagi mampu. Itulah yang diusung editorial majalah berita tempatan Kanada, Macleans, dalam edisi terbaru mereka. Dalam editorial itu, Macleans menyebutkan Dewan HAM Kanada kini sedang memanipulasi kebebasan berbicara dan berekspresi di Kanada. Macleans memang sedang menjadi sorotan menyusul gugatan empat mahasiswa hukum Kanada. Majalah itu dinilai telah melangkah terlalu jauh dengan mengemukakan bahwa Muslim merupakan sebahagian dari sebuah konspirasi global untuk menguasai masyarakat Barat dan kemudian menerapkan hukum Islam yang menindas umatnya, menurut kaca mata Barat.



''Kami telah melakukan sejumlah riset dan hasilnya Macleans telah menerbitkan 19
artikel dengan nada seperti itu,'' kata Khurrum Awan, satu dari empat mahasiswa
Kanada yang menggugat majalah itu.







Perdebatan Sengit
Itu semua memicu perdebatan sengit di Kanada. Negara yang dipopularkan ikon multikultural itu mendapat ujian hebat, dengan sengitnya perdebatan mengenai kebebasan pers dan Islamofobia. Sebagian pihak menilai kebebasan berpendapat adalah sesuatu yang tidak terbatas dan pers mempunyai hak untuk itu. Sebagian lain melihatnya berbeza dengan isi tulisan yang sifatnya menghasut dan menyebarkan permusuhan.

Semua ini bisa dirunut balik pada publikasi Macleans, Oktober 2006. Saat itu mereka menurunkan tulisan yang merupakan ringkasan dari American Alone: Why the Future Belongs to Islam tulisan Mark Steyn. Dalam bukunya itu, Steyn yang menyebut dirinya sebagai agitator berargumen bahwa Muslim secara demografi dan global mempunyai ambisi dan memastikan agar Islam mendominasi dunia dan bahawa Eropa terlalu lemah untuk melawan dan mencegah terjadinya transformasi tanpa belas kasihan yang mengubahnya menjadi Eropa-Arabia (Eurobia).

Awan mengatakan selama ini mereka telah melakukan pendekatan ke pihak majalah dengan artikel-artikel mereka dan meminta diberi kesempatan untuk merespons artikel tersebut. Namun mereka menolak permintaan itu. Pihak redaksi majalah, kata Awan, mengatakan lebih rela majalah mereka tidak terbit daripada harus menerbitkan artikel yang mereaksi tulisan mereka. Pasalnya, hal itu sama saja dengan menyerahkan kebebasan majalah itu sendiri. ''Itu adalah alasan yang dibuat-buat,'' tegas Awan.

Aksi Awan dan teman-temannya itu mendapatsokongan penuh Kongres Islam Kanada . Dengan sokongan mereka, Awan juga mengajukan gugatan mereka ke Komisi HAM Federal dan Komisi HAM provinsi di Ontario dan British Columbia. Baik Komisi HAM Federal maupun Komisi HAM Provinsi British Columbia mengatakan masih mempelajari gugatan mereka.

Sementara, Komisi HAM provinsi Ontario menolak menggelar sidang dengar pendapat. Namun, dalam sidang 9 April lalu, mereka juga mengeluarkan keputusan yang menggusarkan Macleans. Dalam keputusannya mereka menyatakan :


artikel Macleans tersebut ada di luar kewenangan mereka. Pada saat yang sama mereka juga menyatakan keprihatinannya atas sejumlah artikel Macleans yang membangkitkan keprihatinan umat Muslim Kanada. Artikel Macleans dan media lain yang senada, mereka identifikasi sebagai tulisan yang 'memberi kontribusi' pada Islamofobia dan mempromosikan intoleransi sosial terhadap Muslim.




Gusar
Macleans dengan dukungan media lain langsung mereaksi keputusan itu. Mereka menyatakan sangat gusar kerana sebuah lembaga publik telah menghakimi pers tanpa memberi kesempatan membela diri. Majalah itu juga mendesak perlunya kembali penegasan hak untuk berpendapat secara bebas.

Meski di luar harapan mereka, Awan dan teman-temannya masih mampu melihat sisi positif keputusan itu. Seperti dikatakan Ketua Federasi Arab Kanada, Mohammed Boudjenane, keputusan itu jelas menunjukkan artikel Macleans adalah artikel yang rasis. Keputusan itu menurutnya juga merupakan langkah awal untuk memulakan perdebatan kebebasan pers dengan pembatasan berpendapat dalam konteks yang bertujuan membangkitkan kebencian.

Bagi Julius Grey, aktivis yang rajin menyuarakan hak-hak kaum minoriti, keputusan itu ibarat dua sisi mata wang. Setiap pembatasan atas kebebasan berekspresi, katanya, adalah sesuatu yang mengerikan. Tetapi, para mahasiswa itu berhak mengajukan keberatan meskipon disebutnya salah target mengenai Islamofobia. Pasalnya sejak peristiwa 11 September di AS, Muslim tidak diperlakukan sebagaimana yang diterima orang lain. afp/lan/RioL

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?