-->

Thursday, February 26, 2009

Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Andainya Perempuan Tahu
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa... yang lain hanya kawan

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja... .Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Monday, February 23, 2009

Kite Di Ziarah Setiap 21 Minit...
Kita di ziarah MalaiKat maut setiap 21 MiniT? SeramNye...
BIsMillahirrahmanirrahimm...

Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnye "Bahwe malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muke bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ade yg sedang gelak ketawe. Maka berkate Izrail: "Alangkah hairannye aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut nyawanye, tetapi die masih berseronok2 bergelak ketawe".
Manusia tidak akan sedar bahwe dirinye sentiase diperhati oleh malaikat maut, kecuali org2 soleh yg sentiase mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiase sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerane mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkare-perkare ghaib, terutame mengenai hal ehwal mati dan hubungannye dgn malaikat maut.

1 hari=24 jam= 1440 minit

1440 minit/70=20.571 minit

INI BERMAKNE MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITE SETIAP 21 MINIT
Syaitan Pun Takut
Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.
Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam,

"Orang ini memang bagus menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga leka dengan kegiatannya, setan mulai terdiam... ...

Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadikecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji? bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

"Aku takut !", jawab setan dengan suara gemetar.

"Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untukbersujud kepada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata setan sambil beransur pergi.
Roket Katyusha melanda Galilee.
Isnin , 23/02/2009 - Sebuah roket Katyusha telah ditembak dari selatan Lubnan dan melanda bahagian barat Kampung Galilee di utara Israel (baca : tanah Palestin yang dijajah) pada hari Sabtu mencederakan tiga askar Israel dan merosakkah sebuah rumah.

Radio Israel melaporkan mereka yang cedera dibawa ke hospital sementara polis dan tentera dikerah ke lokasi berkenaan.

Tentera Israel membalas serangan dengan mengebom kawasan pelancaran roket. Tentera Israel memandang serius perkara ini dan mahu kerajaan dan tentera Lubnan memastikan keselamatan di selatan Lubnan.



sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
terowong SMART untuk Palestine
JIKA terowong menjadi nadi kehidupan kebanyakan warga Semenanjung Gaza, bagi Hamas, terowong adalah paksi kekuatan ketenteraannya.

Ini diakui Komander Israel bahawa pergerakan Islam masih memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang terlatih yang mana mereka bergerak melalui terowong jauh di bawah sempadan Mesir.

Terowong ini adalah kunci memastikan kuasa politik dan ketenteraan Hamas yang bukan saja menjadikan mereka sasaran serangan Israel malah menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata.

Selain sebuah terowong yang dikenali sebagai Koridor Philadelphi yang sudah diketahui Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir.

Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti Bar-Ilan Israel, Prof Efraim Inbar, percaya kerajaan Israel bertanggungjawab pada kewujudan pelbagai terowong ini.


PENYELUDUP bercakap menggunakan telefon dengan penyeludup lain di terowong.

"Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya. Malah tidak menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan menghentikannya. Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah mereka perlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akan dibina pada masa depan," katanya,

Terowong yang berselirat di bawah tanah Semenanjung Gaza memiliki sejarah yang panjang. Ia dibina bertahun dulu dengan pelbagai kedalaman dan keluasan.

Terowong menjadi laluan pelbagai benda, daripada anak kambing kepada roket. Malah, ada yang hanya dikhaskan untuk golongan kenamaan dengan laluan yang lebih pendek.

Sebelum ini, Israel pernah menimbangkan untuk menangani kewujudan terowong ini dengan menggali parit yang dipenuhi dengan air laut. Justeru, setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas. Bagaimanapun, pelan itu tidak menjadi kerana ia boleh mendedahkan Gaza pada keadaan bawah tanah yang rapuh.

Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan jurutera tentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesir bersebelahan Koridor Philadelphi. Amerika Syarikat bersetuju pada prinsipnya walaupun tidak jelas sama ada pihak Mesir memberikan kebenaran.

Ketakutan Israel pada terowong di Gaza yang semakin banyak dibuka semula amat jelas apabila mereka meminta pihak berkuasa antarabangsa memantau gencatan senjata.


SEORANG penyeludup Palestin turun ke pintu masuk satu terowong yang berada di sempadan Gaza-Mesir.


Malah, Israel cuba untuk memusnahkan jaringan bawah tanah ini dengan bom jenis bunker-busting (bom yang boleh menembusi sasaran bawah tanah) yang diperoleh dari Amerika Syarikat.
Nicholas Pelham, penganalisis dari Kumpulan Krisis Antarabangsa berkata, penutupan terowong ini secara kekal adalah proses utama dan berpanjangan.

"Tanpa memperoleh semua wilayah, sukar untuk menutup terowong ini dalam masa yang lama," katanya.

Apa yang membuat Israel lebih bimbang apabila sayap bersenjata Hamas, Briged Izz Al-Din Al-Qassam menggunakan terowong untuk persiapan perang. Sayap itu dikatakan menghantar ribuan pejuang untuk berlatih di Iran dan Lubnan melalui terowong, taktik yang digunakan secara berjaya oleh Hizbollah bagi menentang Israel pada 2006.

Menurut seorang Komander Hamas, satu daripada pelajaran yang dipelajari daripada terowong adalah ia mengurangkan risiko yang diambil apabila menyerang balas.

"Jangan ledakan bom di situ, gali terowong dan gunakan wayar peledak bagi membolehkan misil dilancarkan dari jauh. Jadi, Hamas hanya akan kerugian tiub atau alatan menembak yang hanya berharga RM30.20 dan bukan pejuang," katanya.

Komander Islam Jihad, Abu Bilal yang beroperasi secara bebas di Gaza, mengakui serangan roket secara psikologinya memusnahkan Israel tetapi memiliki impak ketenteraan yang sedikit.

"Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain serangan roket dan harapan mereka memasuki Gaza. Kami berdoa supaya kereta kebal masuk ke kawasan kami, semua pejuang akan menunggu peluang untuk membunuh mereka," katanya.

Rangkaian persenjataan Hamas termasuk misil Qassam yang dihasilkan di Gaza dan roket tiruan Russia yang dihasilkan di China. Semua itu diseludup melalui sempadan selain mortar, mesingan, bom, pelancar roket dan pelbagai senjata perang lain yang diimprovisasi.

Hamas juga mewarisi stok senjata infantri Amerika Syarikat dan amunisi yang ditinggalkan Pergerakan Fatah apabila pejuangnya keluar dari Gaza pada 2007.

Hamas juga meningkatkan struktur ketenteraannya dengan lima briged di bawah komander berbeza yang melapor kepada Ketua Izz Al-Din Al-Qassam. Mereka juga dilatih bergerak dalam unit individu jika keadaan memerlukan.

Selain itu, pejuang Hamas juga meningkatkan propaganda melawan persenjataan Israel. Dengan wartawan yang dihalang memasuki Palestin oleh tentera Israel, laman web Hamas - Pusat Maklumat Palestin (PIC) adalah senjata utama bagi mendapatkan sumber berita. Ia menyiarkan berita duka berikutan serangan Israel dan ikrar untuk menyerang wilayah yang dikuasai Israel.

PIC juga memberi alamat web yang lain jika laman web itu gagal dicapai. Ini kerana Israel sentiasa mencari jalan memusnahkan Hamas termasuk mengganggu stesen TV Hamas, Al-Aqsa dengan menyelitkan kartun menunjukkan pejuang Hamas diletupkan dengan nasihat 'anda tidak akan berjaya'.



Info Terowong Gaza

Ada lebih 750 terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.

Terowong yang biasa untuk penyeludupan barangan pengguna panjangnya antara 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.

Pembinaan mengambil masa paling kurang enam.

Upah menggali RM480 sehari.

Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza setiap bulan bernilai RM128 juta dan semuanya dibawa melalui terowong melalui Mesir.

Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan dan senjata bagi pergerakan Hamas dengan bayaran RM8,880 untuk setiap terowong.

Tuesday, February 17, 2009

daging dah semakin busuk...!! Kenapa?
bismillah..

Dalam diri seorang manusia ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruhnya. Apabila busuk daging itu, busuklah seluruhnya. Buat seketika hari yang telah pergi, aku meniti dengan penuh tanda-tanya dan kebingungan. Aku lihat setiap yang aku lakukan semakin jauh dari diri aku yang sebenar. Mudah cerita, aku dah menjadi orang lain. Hati aku tidak lagi terdetik untuk kearahnya tatkala quran dan azan bersuara.


Perasaan ingin bersama para malaikat menunaikan solat, bernaung dibawah sayap mereka dengan mendendangkan alunan al-quran, masih sebati dalam diri. Tetapi kenapa hati sahaja yang berbisik. di mana hilangnya jiwa agama aku..? aku tinggalkan kat rumah ke?

Aku selalu terfikir, aku ni...jahat sangat..nak pergi talaqi..rasa x setaraf..nak bercampur dengan tok alim..rendahnya diri ni...akhirnya..depan komputer jugak aku luahkan perasaan...

bab luah perasaan ni..sejak 2menjak ni..aku dah kurang luahkan perasaan aku kat 'si kecil'...aku rasa macam aku xlayak utuk dia... mana layak pasir dengan permata...aku dipijak2..dia digilap2...aku sebenarnya..rasa kerdil sangat2...tatkala dengar khabar dari 'si kecil' sedang bertalaqqi..mendengar ceramah..solat sunat..baca al-quran..memang hati ni semakin sayang pada 'si kecil' tetapi apakah daya aku yang boleh melawan perasan kerdil dan dibenamkan.

Aku lelaki?...memang aku lelaki..tetapi bab hati, perasaan, iman dan nafsu..aku kalah. kadangkala aku lihat, aku seperti bukan berada di dalam dunia keilmuan tetapi masih berada di dunia kefoya2an seperti di alam remaja lepasku. Melihat..menilai..kemudian bergembira...bukannya mengamalkannya.

Bila teringatkan 'si kecil', aku mula rasa sedih. Bukan sebab ditinggalkan tetapi aku yang ingin meninggalkannya. Jauh disudut hati aku..perasaan masih kuat tetapi elok berjauhan dari terus dilanda maksiat hati.

Aku di luar, aku kerdil jadinya. Lihat mereka rajin ber'ilmu'..jeles sangat. Aku dirumah, serabut jadinya. Lihat rumah yang bersepah. Ale2 aku jugak yang kena kemas. Bukan sebab aku ikhlas..aku pon langsung x ikhlas buat semua tu..cuma aku nak guna kemudahan yang sepatutnya diurus rapi. Sebalinya penuh dengan sampah dan pinggan mangkuk tidak berbasuh. akhirnya, aku cuba sedarkan mereka dengan membiarkan kemudahan itu tanpa sbrg tangan untuk menguruskannya. Sekali lagi sampah dan pinggang kotor jadi tetamu. Macam menara. Aku buat keputusan, semua barang makanan dan barang dapur, aku letak dalam almari. minta maaf kawan2, bukan kedekut tapi cuba koreksi diri sendiri.

aku dah koreksi diri dan aku tahu aku juga begitu tetpi sekurang2nya bertanggungjawab dan amanah. Aku bukan suri rumah dan bukan orang suruhan yang selalu mengulurkan tangan sendiri menguruskan rumah. Bujang...bujang jugak..tapi kita bujang muslim. Bersih itukan separuh daripada iman.

Bila semua ni terjadi, aku dapat hikmatnya. Ibu selalu jadi seperti aku. Aku la yang menjadikan ibu sebagai mangsa. Ibu basuh pinggang, kemudian..aku longgok kan semula. Aku masak, kemudian..ibu yang kemaskan. Aku pecahkan pasu, ibu yang uruskan. Sampai tahap ni, aku rasa sayang ibu sangat2. Tapi aku ni keras ati..susah nak berubah.

Aku cakap kat ibu...kalau inilah cara yang terbaik utnuk aku jadi seorang yang berguna kepada semua, aku disini untuk sekian lama lebih aku bahagia daripada aku berdepan dengan keluarga dan langsung membuat onar. Dalam family, aku pengganas. Dalam family, aku pemberontak. aku bawak M-16..kejar akak2 aku cari gaduh. aku bawak refeal..kejar adik2 aku lepaskan kemarahan.

sekarang, aku ada diMesir. Aku dapat rasakan satu perubahan pada diri aku. Bukan semakin baik tetapi semakin buruk. Kenapalah aku mcm ni..? hati terlintas untuk mengadu kepada Allah. Pukul 2 pagi?..fuh...mmg cabaran. Hakikatnya, cabaran tinggal cabaran. Pukul 7 pon belum tentu aku bangun. Bila aku sendirian, aku sedih. Sebak..air mata yang penuh dosa ni..hampir2 tertitis. tapi keegoan aku kepada Allah menahan ianya daripada jatuh meluluhkan ke'lelakian' aku.

Aku xtahu apa lagi yang perlu aku lalui selepas ini..cuma, aku harapkan kalam2 berhikmah yg dapat memberikan aku pandangan dan nasihat agar aku dapat kembali kepada lorong yang sebenar. Bila dilihat, hati yang baik..mudah terima nasihat sesiapa sahja...tidak kira musuh atau saudara...tetapi bila hati sudah busuh, diri sendiri pon tidak mampu membantu bermotivasi..benarlah...hati ini sudah busuk..!!
Solat Istikharah - Mengapa Menunggu Mimpi
Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara'. Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini, bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi kesemuanya ditolak.

Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah, namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu. Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya?

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain.


Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting. Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.


Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.

Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)

Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.

Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)
Peringatan Kepada Yang Tidak Sembahyang(solat)
Wahai saudaraku yang tidak bersembahyang, ketahuilah bahawa:


Sembahyang adalah tali penghubung antara seseorang hamba dengan tuhannya.Ia juga adalah amalan paling disukai Allah sebagaimana diterangkanoleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ImamAhmad yangbermaksud:

"Janganlah engkau meninggalkan sembahyang dengan sengaja keranasesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, penjagaan Allah danRasulNya telah terlepas daripada dirinya."




Sembahyang Menghapuskan Dosa


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah mengampunkansegala dosa dan dengannya Allah meninggikan darjat seseorang?" Para sahabatmenjawab: "Ya, wahai Rasulullah!" Baginda menjawab: "Menyempurkanwuduk meskipun ketika sukar (seperti dalam keadaan terlalu dingin),memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu sembahyang berikutnya setelah selesai menunaikan sembahyang sebelumnya, kerana yang demikianitu adalah perbuatan mewakafkan diri untuk melakukan ibadat berpanjangan." Diriwayatkan oleh Imam Muslim.




Pendirian Sayyidina Umar dan Abu Bakar Terhadap Sembahyang


Tidakkah engkau ketahui bahawa Abu Bakar al-Siddiq telah memerangiorang-orang yang enggan mengeluarkan zakat sedangkan ia adalah fardu Islam yang kedua. Apa pula pandangan engkau jika mereka engganmenunaikan sembahyang sedangkan ia adalah fardu yang pertama?

Setelah Sayyidina Umar ibn al-Khattab ditikam, beliau tetap bersembahyang sedang darah keluar daripada lukanya. Beliau berkata: "Tiada bahagian bagi seseorang daripada Islam jika dia mensia-siakan sembahyang."

Ibadat Yang UnikTidakkah engkau tahu bahawa sembahyang adalah satu-satunya ibadat yangdifardukan di langit iaitu ketika berlaku peristiwa Isra' dan Mi'raj?

Sembahyang juga adalah wasiat terakhir Rasulullah saw kepada umatnya ketikabaginda bersabda yang bermaksud: "Peliharalah sembahyang... peliharalah sembahyang... dan berbuat baiklah kepadapara hamba yang kamu miliki... " Diriwayatkan oleh Ibn Majah.

Sembahyang juga adalah ibadat yang tetap mesti ditunaikan sama ada oleh orang yang sihat atau sakit, musafir atau muqim, kaya ataumiskin, bersalahan dengan haji, puasa dan zakat.




Sembahyang Adalah Keselamatan


Sembahyang menyelamatkan seseorang daripada seksaan kubur. Rasulullahsaw telah bermimpi bahawa seorang lelaki sedang diseksa di dalamkuburnya, kemudiannya sembahyangnya datang lalu menyelamatkannya. Diriwayatkan oleh al-Tabarani.

Sembahyang juga menyelamatkan seseorang pada hari kebangkitan semula. SabdaRasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara sembahyangnya, makasembahyangnya akan menjadi cahaya, bukti (keimanan) danmenyelamatkannya pada hari kiamat." Diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Sembahyang juga menyelamatkan seseorang daripada azab neraka. SabdaRasulullah saw yang bermaksud: "Pasti tidak akan masuk nerakaseseorang yang bersembahyang sebelum terbit matahari dan sebelum iatenggelam (iaitu sembahyang subuh dan asar)." Diriwayatkan oleh Imam Muslim.




WAHAI ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANG, INGATLAH!


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang tidak bersembahyang, maka tiada agama baginya." Diriwayatkan oleh al-Suyuti.

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang asar, maka terhapuslah segalapahala amalannya." Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba bersembahyang, segala dosanyadatang kepadanya lalu diletakkan pada bahagian kepala dan tengkuknya.Setiap kali dia rukuk dan sujud, segala dosanya itu akan jatuh berguguran."

"Perkara pertama yang dihisab terhadap seseorang hamba ialah sembahyang.Jika sembahyangnya baik, maka baiklah segala amalannya. Jika rosaksembahyangnya, maka rosaklah segala amalannya yang lain." Diriwayatkanolehal-Tabarani.

Sesiapa tidak menunaikan sembahyang kerana sibuk dengan kerajaannya,dia akan dibangkitkan bersama dengan Fir'aun. Jika keranakementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Haman. Jikakerana hartanya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Qarun. akerana perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Ubayy binKhalaf. Kesemua mereka di dalam neraka.

Ketahuilah bahawa:

Sembahyang adalah tiang agama. Ia boleh mencegah daripada segala perbuatan keji dan mungkar. Islam dibina di atas sembahyang, bersamadengan mengucap dua kalimah syahadah, haji, puasa dan zakat.
Boleh buat maksiat tetapi dengan 5 syarat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata, "
Syarat pertama,
jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


"Yang kedua,
kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"



"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab,
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.


Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"


"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"



"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.




kalam editor; lihat kisah atas, apa mungkin kita sebagai muslim pada akhir zaman ketika ini akan menangisi sebagaimana yang terjadi di dalam kisah ini setelah mendengar hanya sebuah syarahan pendek oleh Alim Aba Ishak? bagi diri ana, cukup rasanya melhat kepada diri ana sendiri. Solat yang ditinggalkan bukan boleh dihitung lagi. sama2 kita renungkan.
jawapan untuk mereka yg berputus asa
Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah... .dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya... ... segala jawapan ada di dalamnya... .



KENAPA AKU DIUJI?


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3




KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216




KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.-Surah Al-Baqarah ayat 286





RASA FRUST?


Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg berima.- Surah Al-Imran ayat 139




BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).- Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?


Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.-Surah At-Taubah ayat 129



AKU DAH TAK TAHAN LAGI!!!!

... ... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12

Monday, February 16, 2009

Terkini : Ra’id Solah seru kawalan secara harian di Masjid al-Aqsa elak pencerobohan Zionis.
Isnin , 16/02/2009 -Syeikh Ra’id Solah, ketua al-Harakah al-Islamiyyah di negara Palestin yang dijajah pada tahun 1948, menyeru para aktivis gerakan tersebut dan pelbagai institusinya agar melipatgandakan usaha dengan berkubu dan melakukan kawalan sepanjang masa di masjid al-Aqsa.

Beliau juga turut menyeru seluruh masyarakat Palestin yang berada di kawasan tersebut untuk menyertai secara aktif segala program yang diadakan bagi membela masjid al-Aqsa, terutamanya perarakan bendera dan pengajian-pengajian ilmu di masjid al-Aqsa.

Beliau menegaskan dalam satu kenyataan yang dibuat pada hari Ahad (15/2) bahawa masjid al-Aqsa sedang melalui fasa paling genting pada ketika ini, bahkan ia adalah fasa penentuan yang menuntut kita memberikan pembelaan kepada masjid al-Aqsa dan bandar al-Quds, serta bersedia untuk melakukan pengorbanan demi membela isu masjid al-Aqsa yang diberkati itu.



sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Nazzal : Gaza membongkar realiti Zionis.
Isnin , 16/02/2009 - Mohamed Nazzal selaku anggota biro politik Hamas dalam sesi penutup bagi persidangan kemenangan Gaza di Istanbul yang dianjurkan oleh kempen antarabangsa untuk menentang pencerobohan menyatakan pertempuran di Gaza mengubah segala kriteria dan membongkar realiti “Entiti zionis”.

Nazzal menyatakan satu pertempuran tidak boleh mencapai satu kemenangan muktamad dan sepatutnya ada pusingan bagi pertempuran lain dalam usaha untuk membebaskan Palestin, sambil menambah pejuang Palestin tidak akan meletakkan senjata atau menyerah kalah.

Dalam pada itu, Dr Harith Al-Dhari, Setiausaha agung Persatuan Cendekiawan Islam di Iraq sepanjang sesi penutup berkata kemenangan di Gaza merupakan kejayaan bagi semua usaha perjuangan di seluruh dunia, sambil menambah umat Islam akan memulihkan maruahnya hanya melalui jihad.


sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79
Misteri kehilangan aktivitis bebaskan Gaza, Teresa McDermott terjawab.
Isnin , 16/02/2009 - Aktivitis Scotland , Teresa McDermott yang dikatakan hilang selepas menaiki kapal dari Lubnan yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza terjawab apabila kerajaan haram Israel yang ‘menghilangkan’ beliau dan ditahan di Penjara Ramleh Israel.

Awal Februari kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza telah dihalang dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel. Kesemua penumpang/aktivitis dibebaskan kecuali Teresa dan Israel telah berbohong dengan mengatakan Teresa telah dihantar pulang ke London sehinggalah beliau dapat menghubungi abangnya John di Scotland.

Tiada maklumat diberikan kenapa beliau ditahan, apa tuduhan, dan kenapa penahanannya disembunyikan. Bila ditanya pihak Kedutaan UK di Israel kenapa tidak mencari Teresa, mereka berkata mereka tidak dapat berbuat demikian sehingga menerima laporan dari beliau sendiri.

MP Scotland, Pauline McNeil dan Hugh O’Donnell yang sepatutnya bersama-sama di dalam kapal tersebut akan berkerjasama dengan kerajaan UK dan memastikan keselamatan Teresa dijamin. Menurut wartawan AlJazeera, Salam Khodr, kesemua penumpang telah dipukul dan dibelasah sebelum dikeluarkan dari kapal tersebut.

Teresa berjaya ke Gaza pada misi bantuan pertama dengan bot Bebaskan Gaza dan kembali pada bulan Ogos dan misi bantuan kedua ini telah dihalang oleh Israel. Beliau merupakan akitivis terkenal dengan International Solidarity Movement dan juga Free Gaza. Di Scotland beliau bekerja di pejabat pos.



sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous
Terkini : Tahanan Palestin yang terlibat dalam rancangan membunuh Olmert berjaya
Ahad, 15/02/2009 - Radio tentera Israel melaporkan pada hari semalam, 13 orang tahanan Palestin berjaya melarikan diri pada hari Jumaat lalu daripada penjara Jericho yang dikawal oleh tentera2 khas Palestin . Salah seorang daripada mereka yang melarikan diri itu dituduh kerana terlibat dalam rancangan membunuh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Lima orang dari tahanan yang lain di tahan kerana isu politik dan keselamatan. Polis Palestin dan anggota keselamatan mengadakan banyak sekatan jalan di bandar raya itu untuk mencari tahanan2 tersebut.




sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx
Osama Hamdan : Israel harus kembali kepada kefahaman terhadap perdamaian.
Ahad, 15/02/2009 Usamah Hamdan wakil Hamas di Lubnan mengatakan ekspansi Zionis bertanggungjawab iaitu kembali kepada kefahaman terhadap usul perdamaian. Beliau meminta agar Kaherah mengambil inisiatif tentang hal(perdamaian) ini, sepagai penjamin dan pengusul untuk sebuah perjanjian.

Hamdan menekankan dalam sebuah sidang akhbar Al-Jazeera semalam(14/2)bahawa Hamas telah mencapai kata sepakat dengan kaherah tentang faham perdamaian, beliau juga menjelaskan ketika mencari sebuah formula penyelesaian penangguhan Zionis itu tidak menandakan kefahaman mereka terhadap bahasa perdamaian bertujuan untuk merealisasikan cita-cita mereka terhadap Gaza disaat-saat akhir.

Dia juga dipetik sebagai berkata, “Pendirian kami jelas, kami telah mencapai kefahaman terhadap bahasa perdamaian untuk dilaksanakan, jika tidak penjajahan yang masih lagi berlaku akan menyebabkan lebih banyak masalah yang menyebabkan kegagalan terhadap perdamaian” beliau berharap agar pendirian Mesir jelas jika sekiranya kefahaman perdamaian dapat diinisisatif oleh pihak Zionis.




sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : ibnu nashr
Bagus berkuku Panjang
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag... .bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua babi-babi tersebut... . potonglah kuku anda.



The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budayab kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Sebab tu Allah suruh kita cari makanan yang halal lagi baik. So, jagala kebersihan.



Additional Info

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut

a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala

Wallahu'alam bissawab.
Tangan Orang Tak Solat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu". Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
beramal dengan 3 perkara
Pada zaman Nabi Isa a.s. ada seorang wanita yang sangat kuat imannya. Pernah terjadi ketika ia sedang membakar roti tiba-tiba terdengar suara azan lalu dengan serta merta ia meninggalkan roti itu dan segera beredar ke masjid. Pada masa ia sedang solat itu datanglah syaitan membisikkan padanya, "Saudaraku! rotimu telah hangus, kamu sudah tidak ada makanan lagi." Jawab wanita itu, "Tuhan yang aku sembah lebih baik dari roti yang aku bakar." Syaitan berasa kecewa kerana usahanya tidak berhasil.

Selepas solat wanita ini meletakkan pula anakknya ditempat pembakaran roti. Hal ini dilihat oleh suaminya sendiri lalu mendapatkan Nabi Isa dan diceritakan segalanya. Nabi Isa yang datang dengan sendirinya menyaksikan hal ini juga merasa hairan melihatkan anak-anak itu bermain dengan bara api. Bara api itu kemudiannya berubah pula menjadi batu permata yang indah. Nabi Isa lalu memerintahkan orang memanggil wanita ini datang mengadapnya. Berkatalah Nabi Isa, "Wahai hamba Allah, apakah amalanmu sehingga kamu mendapat kemuliaan ini?"

Jawab wanita, "Wahai nabi Allah, aku sentiasa beramal dengan 3 perkara dan aku jaga 3 perkara. Apa yang aku beramal ialah, aku sentiasa menziarahi orang mati, apabila ada diantara orang yang hadir itu menyebut keburukan simati maka aku akan cela orang itu dan sekiranya ada yang datang meminta bantuanku, jika aku berkuasa insya-Allah aku akan menolongnya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Hanya itu sahaja amalanku."



"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, maka itu penghuni syurga; mereka kekal didalamnya." (Al Baqarah : Ayat 82)

"dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat" (Al Baqarah : Ayat 83)




MALAIKAT BERSAMA 3 ORANG CACAT

Abu Hurairah r.a. berkata yang ia ada mendengar Rasulullah s.a.w. bercerita tentang 3 orang cacat dari bani Israil. Pertamanya berpenyakit kusta, keduanya berkepala botak, yang ketiganya buta. Allah lalu menghantarkan malaikat untuk mengujinya. Pada yang berpenyakit kusta malaikat bertanya, "Apakah yang paling engkau sukai?" Jawab orang itu, "Kulit yang baik serta sembuh dari penyakit. Tetapi alangkah bagusnya kalau aku ada seekor unta." Malaikat lalu mengusapkan tubuhnya maka sembuhlah ia dari penyakit dan memberinya seekor unta bunting serta berdoa semoga Allah memberkatinya.

Bertanya pula malaikat pada yang berkepala botak, "Apakah yang paling engkau sukai?" Jawabnya, "Rambut yang lebat tetapi alangkah bagusnya aku ada seekor sapi." Malaikat lalu mengusap kepalanya maka tumbuhlah rambut dengan lebat dan diberinya seekor sapi bunting serta berdoa semoga ianya diberkati. Pada orang yang ke tiga malaikat bertanya soalan yang sama. Maka jawabnya, "Apa yang paling aku sukai ialah semoga Allah mengembalikan penglihatanku dan diberinya aku seekor kambin." Malaikat lalu mengusap matanya maka sembuhlah mata itu dan diberinya seekor kambing bunting serta berdoa semoga ia diberkati.

Selang beberapa waktu malaikat datang lagi dengan rupa yang sama tetapi dalam keadaan mengemis untuk menguji ketiga sahabat yang telah kaya ini. Si penyakit kusta dan si kepala botak mengaku segala harta mereka adalah peninggalan nenek moyangnya dan dari usaha titik peluh mereka sendiri. Tetapi berlainan pula dengan si buta, bila malaikat meminta darinya ia berkata, "Ambillah kambing itu seberapa banyak yang engkau mahu, aku tidak sedikitpun keberatan terhadap apa yang kamu ambil itu kerana Allah dan tinggallah bakinya menurut kehendakmu." Jawab malaikat, "Jagalah hartamu, kamu sungguh diredhai Allah, sedangkan kedua sahabatmu dimurkai Allah."



"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah." (Al Baqarah : Ayat 172)

"Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Baqarah : Ayat 173)
fox menu
bismillah..
ni tutorial yg dimintak oleh seorang tetamu VIP dalam blog ni...saya tulis sebanyak yg saya tahu dan mampu sahaja..kalau ada masalah, tolong bagitau ye..



1st,
kod ni letak kat bahagian head...



/* foxmenucontainer
----------------------------------------------- */
#foxmenucontainer{
width: 870px;
height:26px;
background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXFEpkmnJuDHg-QfAvr5xIIqYYqoCta0XVRavpOBYNQ6LaxPEMIGqh60pR8nkG8fkMhAjPjqKX1rW-QZXPiYDFaBI3yzqNlzED7XjUjm8sfD4gqAh4HTQZB9heTq40w2zDTIBCrKjuKKZ-/s320/bg_bar2.gif) repeat-x;
display:block;
float: center;
font-family :century gothic,Arial,verdana, sans-serif;
font-size: 11px;
font-weight:normal;
border-top:1px solid #ACFA58;
border-right:1px solid #ACFA58;
border-left:1px solid #ACFA58;
}

#menu ,#menu ul {
margin: 0px 5px;
padding: 0px;
list-style: none;
height:29px;
}

#menu a {
color: #B3DBEF;
display: block;
font-weight: normal;
padding: 4px 10px 6px 10px;
}

#menu a:hover {
background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPEskxI_DnTPSzfGKXy-EFs9QZ8iokF4TKmVSpBsXD5DrgIzYT9xlwoZHKnlhpqm_FKFCT2M8TnIYy_q29IgxfdUcZ9mJoTodXCZGP0EMrW-_rzrGsDkAwGBJqW5pjgcyquo-3xWDf2uQ/s1600/menuhov.jpg) repeat-x;
color: #fff;
display: block;
text-decoration: none;
}

#menu li {
float: left;
margin: 0px 0 0px 0;
padding: 0px;
}

#menu li li {
float: left;
margin: px 0px 0px 5px;
padding: 0px;
width: 230px;
}

#menu li li a, #menu li li a:link, #menu li li a:visited {
background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijDiQQhog_1OpmPc3cUezpITKw2lb0-B8V502TECq2RkTqLK3gIID8tJkCR6oLVwGk4mS0yKKFb9u36tBb0uBHCBv2Pb8d7lbep-aEfIxZ-k7QVgBEBXEc0l2lz3c6cg6TOyj4KUf3b7M/s1600/menu.jpg) repeat-x;
width: 250px;
float: none;
margin: 0px;
padding: 4px 10px 5px 10px;
color:#fff;

}

#menu li li a:hover, #menu li li a:active {
background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPEskxI_DnTPSzfGKXy-EFs9QZ8iokF4TKmVSpBsXD5DrgIzYT9xlwoZHKnlhpqm_FKFCT2M8TnIYy_q29IgxfdUcZ9mJoTodXCZGP0EMrW-_rzrGsDkAwGBJqW5pjgcyquo-3xWDf2uQ/s1600/menuhov.jpg) repeat-x;
width: 250px;
float: none;
margin: 0px;
padding: 4px 10px 5px 10px;
color:#06415F;
}

#menu li ul {
position: absolute;
width: 10em;
left: -999em;
z-index:1;
}

#menu li:hover ul {
left: auto;
display: block;
}

#menu li:hover ul, #menu li.sfhover ul {
left: auto;
}



2nd,
kod bawah ni letak kat bahagian body..mana2 yg kamu suka.. Kalau nak masukkan dalam page element pon boleh..


<!-- Foxmenucontainer -->
<div id='foxmenucontainer'>
<div id='menu'>
<ul>
<li><a href=''>Index</a></li>
<li><a expr:href='data:blog.homepageUrl'>Home</a></li>
<li><a href=''>kosong</a></li>
<li><a href=''>kosong</a></li>
<li><a href=''>kosong</a></li>
</ul>
</div>
</div>
<!-- /Foxmenucontainer -->

Saturday, February 14, 2009

Lelaki Haram Bergelang Tangan
Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".

Rasullullah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz,pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri bahkan perdana menteri sekali pun... sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilan, kemalangan dsb.


Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki


1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)



Jenis2 gelang yang diharuskan


1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa


Hadith yang dimaksudkan, diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain, Lafaznya ialah:



أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا



Maksudnya lebih kurang: “Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”




Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah ‘Imran bin Husain sendiri.



Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada ‘Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (الحسن) benar-benar mendengar daripada ‘Imran bin Husain (عمران بن حسين) ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (مبارك بن فضالة), ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan hadith ini.



Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.



Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: “Apakah bendanya ini.” Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.



Manakala jawapan lelaki tersebut: “ianya daripada al-Wahinah.” Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.

Sila lihat di sini:

http://www.alfawzan.ws/AlFawzan/Library/tabid/90/Default.aspx?view=page&PageID=35&pageno=1&bookid=32&sectionid=2


Al-Syeikh ‘Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.


Sila lihat:

http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=43737


Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan memelihara diri dari penyakit.


Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit samaada bukti dari Nas Syara’ (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat semata.



Maka apabila terdapat nas Syara’ atau penemuan saintifik yang dapat membuktikan sesuatu bahan seperti logam atau seumapamanya yang jika dipakai dibadan dapat melancarkan perjalanan darah atau seumpamanya, sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan insyaallah. Ini termasuk cara perubatan yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya.

wallahu'alam..
Motivasi Kehebatan Diri Dalam Pergaulan
Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:

  1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.
  2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
  3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
  4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
  5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi seseorang.
  6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
  7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.
  8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.
  9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.
  10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.
  11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.
  12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
  13. Pamerkan simpati kepada individu- individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
  14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
  15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.
  16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.
Dalam mulut seorang bayi..
Begini ceritanya... . Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajarmacam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahirdalam keadaan mulutnye sepertiberjahit tapi takdelah kesan jahit.Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadidoktor bersepakatuntuk membedah bayi Cina tersebut.Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut... Nak tahu ape dia ??


Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil
yang di dalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi , "Ingatlah wahai manusia,sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelmatidak lama lagi"


Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..


Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye sebenarnya masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...


Adakah anda percaya ?


Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhnye lelaki kawin sama lelaki.Begitulah sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.


Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila... Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ! ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia... untuk menanti ketibaan hari kiamat...


Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ... .timur tengah, barat dan timur.Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu.Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama - sama kita renungkan... bukt! inya jelas makin nyata dari hari ke hari... .sabarlah menanti... ..sekian


Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)



"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
RedHoax



tekan pada gambar untuk demo


RawStripe



tekan pada gambar untuk demo


Blue Salmon



tekan pada gambar untuk demo


fresh blue



tekan pada gambar untuk demo


Apa Salahnya lelaki Tak pandai jadi imam solat?
Apa Salahnya lelaki Tak pandai jadi imam solat? Perempuan mesti pandai masak...!!!

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita sibuk disuruh belajar, apa salahnya lelaki pun sama??!harap je jadi lelaki tetapi malsa segala bidang. Memang fitrah wanita dijadikan rajin dari lelaki tetapi itu x bermakna lelaki ni dijadikan pemalas. Cuma diri sendiri yang tidak mahu berusaha. Jangan satu hari nti ana kalam2 ang menyalahkan tuhan kerana menjadikan lelaki pemalas atas dasar pemahaman kepala sendiri yang tidak cukup lengkap dengan ilmu. wallahua'lam.

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?