-->

Monday, June 22, 2009

7 AMAZING HOLES
SCROLL ALL THE WAY DOWN, THE LAST ONE WILL AMAZE YOU!!!

These holes are not only amazing, but some of them are really terrifying - especially #8! The sheer scale of these holes reminds you of just how tiny you are.


1. Kimberley Big Hole - South Africa




Apparently the largest ever hand-dug excavation in the world, this 1097 meter deep mine yielded over 3 tons of diamonds before being closed in 1914.







2. Glory Hole - Monticello Dam, California


A glory hole is used when a dam is at full capacity and water needs to be drained from the reservoir

This is the 'Glory Hole' at Monticello dam, and it's the largest in the world of this type of spillway, its size enabling it to consume 14,400 cubic feet of water every second.





3. Bingham Canyon Mine, Utah




This is supposedly the largest man-made excavation on earth. Extraction began in 1863 and still continues today, the pit increasing in size constantly. In its current state the hole is ă‚» miles deep and 2.5 miles wide.





4. Great Blue Hole , Belize




This incredible geographical phenomenon known as a blue hole is situated 60 miles off the mainland of Belize .
There are numerous blue holes around the world, but none as stunning as this one.




5. Mirny Diamond Mine , Serbia



I'm pretty sure most people have seen this one. It's an absolute beast and holds the title of largest open diamond mines in the world. At 525 meters deep, with a top diameter of 1200 meters, there's even a no-fly zone above the hole due to a few helicopters having been sucked in.






6. Diavik Mine, Canada




The mine is so huge and the area so remote that it has its own airport with a runway large enough to accommodate a Boeing 737.
It looks equally cool when the surrounding water is frozen.




7. Sinkhole in Guatemala




These photos are of a sinkhole that occurred early this year in Guatemala . The hole swallowed a dozen homes and killed at least 3 people.

Wednesday, June 3, 2009

10 RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA
Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.




Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata:
Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada".

Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:

1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2.campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3.Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4.giling sampai halus dengan pengetam Qanaah.
5.Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6.tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7.Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8.Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9.kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10.Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.

Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".

yang baik jadikan iktibar..

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)





Tuesday, June 2, 2009

kita suka lupakan Allah
bismillah ...
Segenap hidup kita, kita sering melihat kegagalan dan kejayaan orang lain lantas kita turut berkeinginan untuk mengolah langkah kita yang sumbang agar turut serasi dengan langkah kejayaan yang mereka capai.

Kadangkala dalam hidup ini kita perlu merasai kegagalan untuk terus matang dalam meneliti perjalanan hidup. Mungkin juga mereka yang selalu menempuh kegagalan itu akan lebih matang daripada mereka yang selalu bertuah dalam beroleh kejayaan.




Cukup sekadar membawa diri kita berkejaran mencari apa itu erti kehidupan yang sebenar dengan landasan keimanan dan kekuatan pegangan tauhid kepada Allah dalam menyusun langkah menyurusi hidup ini. Berfikir untuk berjaya selalu bukan langkah yang cerdik tetapi berfikir untuk belajar dari kesilapan dan berhati-hati membuat keputusan, itulah jawapan yang terbaik.

Dalam konteks percampuran antara kegagalan dan kejayaan , disana ada hubungan yang sangat rapat dengan kematangan individu berfikir . Allah seringkali mentarbiah kita degan keuda2 hal ini di mana majoriti manusia jagatraya ini kerap melupakan Allah apabila berjaya dan hanya mengingati-Nya apabila dalam kebutuan.



Begitu jugak aku yang seringkali bersikap sedemikian. Tatkala datangnya cabaran dan dugaan yang x mampu aku hadapi , aku merintih dihadapan Allah.. tetapi apabila aku berjaya, ALlah itu hilang dari fikiran. Bukan maksud aku untuk meluahkan apa yang terpendam dihati ini melalui artikel yang ditulis, tetapi cukup sekadar menjadi pedoman dan perkongsian bersama.

Kita semua sama sahaja. Yang membezakan iman dan taqwa kepada Allah. Kalau kita sedar, setiap helai nafas kita, Allah sedang menguji sejauh mana ingatan kita kepada-Nya. Jangan sampai kita sombong dalam menyatakan keteguhan peribadi kita tanpa kehadiran-Nya. Cukup dengan melihat manusia-manusia popular zaman ini yang dengan mudah mempertikaikan suruhan Allah dengan membanding bezakan keikhlasan hati.

Aku sungguh panas dan berapi apabila ada sahaja mulut yang menyatakan pendapat dan lebih tepat jawapan seperti orang yang tidak berilmu. Adakah suruhan yang wajib itu perlu dilakukan hanya apabila hati ikhlas??? adakah itu syarat sah mengamalkan hukum wajib ?/ terang-terangan tidak.

Boleh pula mereka katakan, arahan pengarah itu adalah satu kewajipan dan tanggungjawab yg perlu mereka tunaikan. Mendedah aurat.. berlagak seksi ... adakah semua itu ikhlas ? xdapat azab nerakakah mereka?

Arahan Allah, mudah sahaja dibentengkan dengan alasan mendambakan keikhlasan hati.. bagaimana pula arahan manusia yang tidak mampu hidup dengan helai nafas yang Allah berikan?

CUkuplah sekadar meneliti hidup kita hari ini. Aku dengan cara aku. Kamu dengan cara kamu .. asalkan kita sama-sama menuju jalan yang satu dan tidak melencong ... insya-Allah kita satuperjuangan dan satu jalan . Berubahlah sementara masih ada waktu .

writer : admin


Monday, June 1, 2009

melawan hawa nafsu
1. Takut kepada azab Allah.

Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka yang sangat panas. Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.Bagaimana pula dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada maksiat, ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan hawa nafsu anda dengan izin Allah.

2. Mengingati mati.

Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan melakukan maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.


3. Memohon hidayah daripada Allah.

4. Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat2lah beristighfar.

5. Cari kawan2 yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.

6. Cintakan majlis2 ilmu dan kuliah agama di masjid.

7. Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2.

8. Sabar dalam melawan hawa nafsu.

Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sadatain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.

1. Mengetahui kesan2 buruk maksiat.

2. Malu kepada Allah.

3. Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan keberkatan.

4. Takut kepada Allah dan azab neraka.

5. Cinta Allah.

Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam melawan hawa nafsu anda. Sekian wassalam

warkah dari hawa

bismillah ..
salam semua .. semalam ana dapat email dari kawan ana ... hampir sebulan jugak tidak berbual.. tetiba je dia send email ni ... ana tersentak jugak .. walaupun ni artikel yang lama ... mmg agak lama dalam dunia cyber ni tapi terasa jugak .. erm, macam ada makna tersiratdisebalik email ni .. so, ana nak kongsi dengan semua ikhwah sekalian ..


~~~~~~~~
Adam... ..

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.



Wahai Adamku... .

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.


Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah
manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.



Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi... aku risau, gundah dan gulanamenyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.



Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku
kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah
makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini


Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu,
apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar,
maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku... akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam... . pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar,
maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau
agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu... . jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu... ..

Tetapi... Percayalah!!!... .
bukan emas kucari...
bukan berlian yg kupinta... .

tetapi...
hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu... ..

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?