
Bismillah...
Kawan, dah lama kita x bersua...masalah..masalah..masalah..mcm2 yang aku hadapi..semuanya aku yang cipta sendiri...
Dalam kepala kita ada otak yang kecil segenggam..tapi macam mana boleh muat beribu-ribu masalah yang dipendam? Masalah-masalah yang aku hadapi memang aku pasti untuk mematangkan aku dan membawa aku kearah pemikiran yang lebih positif serta analisa keputusan yang bernas. Allah dah nasihatkan kita, Dia xkan membebeankan kita dengan bebanan yang xmampu kita tanggung.
Sekarang ni, aku dalam belenggu masalah dan dilema. Entah ke kanan...entah ke kiri. Kadang-kadang terasa nak teruskan berjalan ke hadapan. Meneruskan apa yang aku ada walaupun makin hari makin meluap perasaan sempit untuk kehadapan.
Kalau kekiri, teringin aku tinggalkan dunia sebagai seorang pelajar dan meneruskan impian dan angan2 aku. tapi bergelar Azhari bukan suatu perkara yang mudah. Mana mungkin aku biarkan angan-angan dan cita-cita aku merugikan diri sendiri.
Bila aku pandang ke kanan, aku ingin memiliki kedua-duanya. Impian, angan2 dan gelaran azhari. Bukan sekadar gelaran, tetapi madrasah bumi mesir ini mengajar aku erti matang berfikir dan sabar. Mungkin aku dilihat sebagai seorang yang malas dan sebagainya, namun peribadi itu terbentuk dari dalaman dan akan terlihat diluaran.
Segenap hari aku menghitung, bila agaknya aku mampu berubah seperti yang aku impikan? malas menguasai diri. Alasan membantutkan peribadi. Apa lagi yang mampu aku lakukan? berdoa............solat........................ hati aku dah banyak titik hitam. Cahaya itu ada secubit tapi taufiq itu masih belum teruja.
Seharian ini aku terasa bagaikan dunia sempit untukku. Si kecil yang kusayangi semakin hilang dan jauh dari aku tapi hati dan perasaan makin kuat kurasakan...sayang padanya. Perasaan sayang adalah anugerah tapi harapan aku biarlah perasaan ini bersawang dihati sahaja. Aku tidak mahu menjadi seperti pasangan kasih-kekasih yang bertenggek dikaki lima sambil menghayun neraca dosa.
Ilmu dihijab dengan maksiat dan dosa. Aku ingin mencari cahaya ilmu dengan meleraikan maksiat dan dosa dari hati aku. tapi bilakah hari yang kutunggu2 itu akan tiba sedangkan diri aku masih belum bergerak selangkah pon kearahnya.
aku harap aku sendiri seperti ini sehingga aku berjaya berada dalam kelompok masyarakat. Akan aku biarkan air mata ini kering menangisi apa yang berlaku asalkan aku mampu bertapak semula di dunia yang realiti.
Andai suatu hari nti telaga cahaya itu datang bersama taufiq..ingin aku rendamkan diri aku selama-lamanya kedalam telaga itu. Mungkin didepannya menakutkan dan menyempitkan hati aku, tapi aku pasti dihujjungnya ada kebaikan dan kebahagiaan.
