-->

Sunday, June 10, 2007

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
mutiara hikmah

1.Kebaikan Dua Orang
Tiada kebaikan di dunia ini melainkan kepada duaorang; seorang yang mengerjakan beberapa dosalantas diiringi dengan taubat, dan seorang yangsegera mengerjakan kebaikan.

2. Tiga Perkara Merbahaya
Tidak ada yang lebih membahayakan manusiamelainkan 3 perkara ;
a) Memikul sesuatu yang ia tidak berupayakerana percaya kepada kekuatannya
b) Tidak berusaha kerana bersandar kepadaQadha dan Qadar
c) Tidak berjaga-jaga dalam makanan keranabersandar kepada kesihatan yang baik

3. Akal Tumbuh Seperti Tanaman
Akal tumbuh seperti tumbuhnya tanam-tanamandan bajanya adalah dengan ilmu dan pengalaman

4. Kesudahan Kebenaran & Kebatilan
Sesungguhnya kebenaran itu berat (sukar) tetapibaik kesudahannya. Sesungguhnya kebatilan ituringan dan buruk kesudahannya

5. Jangan Lupa Tanggungjawab Kepada Allah
Janganlah engkau terlalu sibuk menghabiskanmasa untuk urusan keluarga dan anakmu(sehingga lalai terhadap tanggungjawab kepadaAllah dsb), kerana jika mereka itu adalah kekasihAllah, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akanmensia-siakan kekasihNya, tetapi jika mereka itumusuh Allah, maka apakah gunanya kesibukan dansegala usahamu terhadap musuh-musuh Allah ?

6. Tiada Kebaikan Pada Hati....
Sebagaimana tiada kebaikan pada bejana (bekas)yang tidak dapat menyimpan (melindungi) sesuatudi dalamnya, begitulah juga tidak ada kebaikan padahati yang tidak dapat menyimpan(menyembunyikan) rahsia.

7. Menyembah @ disembah harta
Orang yang pemurah itu disembah harta sementaraorang yang kikir itu menyembah harta

8. Tiap-Tiap Perkataan....
Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanyaperingatan kepada Allah itu adalah tidak berfaedah,tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir ituadalah kelalaian dan setiap pandangan yang tidakdapat memberi pengajaran itu adalah sia-sia

9. Sejahat Manusia
Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidakpedulikan manusia melihat dia berbuat kejahatan

10. Malulah kepada....
Malulah dari mencela orang yang kalau dia hadir,nescaya engakau berlebih-lebihan memujinya danmalulah dari memuji orang yang kalau dia tidakhadir, nescaya engkau cepat-cepat mencelanya.

11. Jangan Bersekutu Dengan Iblis....
Janganlah engkau jadi daripada golongan yangmelaknat Iblis di tempat ramai dan menjaditemannya di tempat sunyi.

12. Hati Adalah Ladang
Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yanglebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum,lebih pahit daripada jadam dan lebih panasdaripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang,maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik,kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataanyang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.

13. Bandingan Perkataan Yang Lembut & Kasar
Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati-hati yang lebih keras daripada batu-batu gunungdan perkataan yang kasar itu dapat mengkasarkanhati yang lebih halus daripada sutera.

14. Bandingan Keadilan
Keadilan itu benteng yang tidak boleh dikarami(dipecahkan) oleh air, tidak dapat dihangusi olehapi dan tidak dapat dihancurkan oleh meriam.

15. Kelebihan Orang Berakal
Orang berakal itu mempunyai dua kelebihan; akalyang ia dapat mengambil faedah (dengannya) danperkataan yang ia dapat memberi faedah(dengannya)

16. Jaga Lidahmu
"Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinyasementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh ituhendaklah setiap orang menjaga anak kuncirahsianya".

17. Kebaikan Ilmu
"Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripadailmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntungdaripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagusdaripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebihdekat daripada maut".

18. Bandingan Akal Dan Harta
"Akal itu menteri yang menasihat dan harta ituseorang tamu yang akan berangkat"

19. Bandingan Perkataan
"Perkataan itu seperti ubat; jika engkau gunakansedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapijika digunakan terlalu banyak akan membahayakan

"20. Siarkan Kebaikan Orang
"Apabila engkau berbuat kebaikan sembunyikan,dan apabila orang membuat kebaikan kepadamuhendaklah engkau sebarkan"

21. Dunia
"Dunia itu awalnya payah, akhirnya binasa,halalnya dihisab dan haramnya diazab"

22. Bala Terhebat
"Manusia yang mendapat sehebat-hebat bala danpaling banyak kesusahan ialah orang yangmempunyai lidah yang terlepas dan hati yangtertutup iaitu dia tidak dapat diam dan tidak pandaimemperelaokkan kata-katanya"

23. Bergaullah Dengan Baik
"Bergaullah sesama manusia dengan satupergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindukepada kamu dan jika kamu mati mereka akanmenangisimu"

24. Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa
"Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah itusenang, tidak yang berakal itu tamak, tidak yangpemurah itu dengk dan tidak yang berputus asa itukaya"

25. Sabar
"Kesabarn itu ada dua iaitu sabar menahansesuatu yang engkau benci dan sabar melepaskansesuatu yang engkau suka. Dan yang kedua itulebih berat atas nafsu"

26. SOLAT DITOLAK
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itupetunjuk dan jalan selamat dan arang siapa yangtidak memelihara solat maka sesungguhnya solatitu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadipetunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yangbermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterimaoleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membacasesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidakmengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpameninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orangyang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpaizin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminyamarah/menegur kepadanya lalu si isterimemberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalimserta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yangsolatnya tidak dapat menahannya dari melakukanperbuatan yang keji dan mungkar.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barangsiapa yang solatnya tidak dapat menahan daripadamelakukan perbuatan keji dan mungkar, makasesungguhnya solatnya itu hanya menambahkankemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

27. 4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya
Hatim berkata : "4 perkara yang tidak diketahuikadarnya melainkan oleh 4 perkara
a) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan olehorang tua
b) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahuikadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
c) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkanoleh orang yang sakit
d) hidup tidak diketahui kadarnya melainkan olehorang yang telah mati


28. 4 Perkara Yang Lebih Baik
a) Malu drp lelaki adalah baik tetapi drpperempuan lebih baik
b) Adil bagi setiap orang adalah baik tetapi drppemerintah lebih baik
c) Taubat drp pemuda adalah baik tetapi drporang tua lebih baik
d) Dermawan drp orang kaya adalah baik tetapidrp orang miskin lebih baik

29. Kalau Tidak Kerana...
a) Kalau tidak kerana orang saleh, akanhancurlah semua orang jahat
b) Kalau tidak kerana ulama' nescaya akanjadilah semua manusia itu seperti binatang
c) Kalau tidak kerana pemerintah yang baik, akanberpecahlah manusia kepada kehancuran

30. Orang Yang Paling Kuat
"Orang yang paling kuat ialah orang yang dapatbangun waktu Subuh"

31. Akibat Selalu Kenyang...
"Sesiapa yang selalu kekenyangan makabanyaklah dagingnya, dan siapa yang banyakdagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuatnafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yangbanyak dosanya maka keraslah hatinya dansesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah diadalam bencana dunia serta keindahannya"

32. Buah Akal, Iman Dan Fizikal
"Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa ialahilmu pengetahuan dan buah fizikal ialah kemajuan.Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota itumelahirkan buah dalam kehidupan"

33. Rugi Meninggi Diri
"Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tetapilembah yang rendah boleh menjadi tasik yangsaujana memandang luasnya". Ertinya, orang yangmeninggi diri, orang tidak akan jatuh hatikepadanya. Sebaliknya orang yang merendah diridapat mengambil hati orang tanpa bersusah payah.

34. Pahala Percuma"
Apakah kamu rasa kecil dan malu dihina ? Apakahkamu tidak tahu orang yang dihina itu sebenarnyamemungut pahala percuma tanpa perlu bersusahpayah"

35. Bermusuh Dengan Sibijak
"Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebihmerbahya daripada bersahabat dengan 100 orangyang bodoh" - peribahasa Arab

36. Semulia Manusia
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yangmempunyai adab, merendahkan diri ketikaberkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdayamembalas dan bersikap adil ketika kuat" - KhalifahAbdul Malik bin Marwan

37. Kepuasan
"Anda tidak boleh memberi kepuasan kepadasemua orang, tetapi anda boleh memberi kepuasankepada golongan yang berakal, beradab danterpilih" - Ibnu Maqaffa

38. Akhlak Yang Buruk
"Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yangsudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidakdapat dikembalikan menjadi tanah" - WahabMunabih

39. Keadilan
"Keadilan itu syurga bagi orang dizalimi dan nerakabagi penzalim" - Saidina Umar bin Al-Khatab

40. Keadilan Raja
"Keadilan pada diri seorang raja umpama sebentukmutiara. Meskipun empunya telah mati, mutiara itutetap bercahaya"

41. Dunia Adalah Lautan Dalam
"Bahawasanya dunia ini lautan yang dalam danramai manusia yang telah karam. Oleh sebab itujadilah kapalmu di dunia ini taqwa kepada Allah,muatannya adalah iman dan layarnya adalahtawakkal kepada Allah, nescaya kamu akanselamat"

42. Pendusta Adalah Pencuri
"Pendusta itu adalah pencuri, kerana pencuri itumencuri hartamu dan pendusta itu mencuriaqalmu"

43. Semakin Banyak Semakin Mahal
"Tiap-tiap sesuatu apabila banyak menjadi murah,kecuali aqal, kerana semakin banyak semakinmahal"

44. Perumpamaan Lidah
"Lidah itu pedang pemutus yang tidak boleh diukurketajamannya dan perkataan itu anak panah yangterlepas yang tidak boleh dikembalikan lagi"

45. Sahabat Yang Baik
"Sahabat yang baik itu lebih baik daripadamukerana nafsumu sangat cenderung kepadakejahatan, sedangkan sahabat yang baik itu, tidakia menyuruh melainkan kebaikan"

46. Malulah Kepada Diri Sendiri
"Barangsiapa malu kepada manusia tetapi tidakmalu kepada diri sendiri bererti tiada harga dirinyapada pandangannya"

47. Malu Lebih Baik Daripada Takut
"Sifat malu yang ada pada anak kecil itu lebih baikdaripada takut, kerana malu itu menunjukkankepada aqal dan takut itu menunjukkan kepadakebaculan"

48. Bandingan Orang Berakal Dan Bodoh
"Orang yang berakal itu bergantung (bersandar)kepada ilmunya sementara orang yang bodoh itubergantung kepada harapannya"

49. Bandingan Benar
"Benar itu tiang agama, sendi adab dan pokokkesopanan, maka tidak sempurna yang tiga perkaraini melainkan dengan benar itu"

50. Jagalah Lidah
"Sesungguhnya lidah binatang itu buas, jika engkauikat dia nescaya ia akan menjagamu, dan jikadilepaskan ia akan menerkammu. Oleh sebab ituhendaklah kamu berkata dengan lidah sekadarnyadan hendaklah engkau berhati-hati daripadanya"

51. Ikatlah Lidah"Ikatlah lidahmu melainkan terhadap ;
a) kebenaran yang akan engkau nyatakan
b) kebatilan yang akan engkau hilangkan
c) hikmah yang akan engkau siarkan
d) nikmat yang akan engkau sebut-sebutkan

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?