bismillah ...
dengan nama Allah yang menguasai setiap titisan darah dalam diriku, sejuta harapan dan doa agar esok kembali bertenaga.
Kudrat ... tenaga ... kemampuan dan kekuatan yang ada dalam diri kita sebenarnya merupakan aset yang kita pinjam untuk membangun dan mengumpulkan saham-saham akhirat agar kelak timbangan kita berat pada timbangan keimanan.
Sekadar bercoret dan mengisahkan sebuah perjalanan yang sebenarnya telah dilalui oleh berjuta masyaikh dan pencinta ilmu suci ini. Kudrat manusia itu sama pada timbangan yang Allah pinjamkan cumanya kearah mana yang kita sumbangkan.
Azhari dan azhariah mempunyai 2 pilihan muktamad untuk hadaf itu. Kudrat itu untuk apa? dulunya, aku pernah didatangi seorang senior yang memperingati aku bahawasanya disini, di bumi anbiya .. misr ini .. kita akan menerima apa yang kita hajatkan. Kiranya aku ingin mencapai cita-cita sebagai peraih mata kewangan, maka aku bakal menemuinya. Sekiranya aku hadir disini mencari cinta untuk dimiliki, pasti aku memilikinya. Sekiranya aku mendiami bumi suci ini untuk sekadar bermewah dan merehatkan diri, aku bakal berasai kelapangan itu. .. tetapi sekiranya aku hadir dengan segenggam keinginan yang besar dan tinggi agar ilmu Allah itu dapat aku simpulkan dalam setiap detik dan titisan peluh hidupku, maka aku pasti merasai nikmat kepenatan menyusuri jalannya.
Kudrat , aset ini sebenarnya bakal ditambah dan dinaiktaraf oleh maha pencipta dunia dan akhirat sekiranya kita sebagai hambanya menggunakan aset ini pada jalan yang diredhaiNya. Keletihan itu satu kepastian tetapi keletihan apakah yang lebih kita harapkan samada keletihan yang aku ertikan sebagai 'kudrat zero akal hero' atau sebaliknya? apakah maksud matan aku itu? .. hanya sekadar kiasan untuk mereka yang berfikir.
Keletihan seharian berjalan pastinya memakan sisa2 tenaga yang kita miliki tetapi kekuatan, tenaga itu pastinya sia-sia sekiranya kita habiskan pada perkara yang tiada manfaat untuk kita manakala besar nikmatnya sekiranya aset tenaga ini kita habiskan untuk mencari ilmu Allah dan redhanya.
Aku seringkali menghadirkan dalam hati bahawasanya diri ini perlu keluar dari rumah seawal mungkin dan pulang selewat mungkin tapi apakan daya mungkin syaitan yang berada didalam setiap titisan darahku ini menguasai nadi pemikiran dan nafsu agar kekal dalam kemalasan yang nyata.
Bukan ertiku ingin menyalahkan mereka atas tugas azali mereka itu tetapi aku sebenarnya menyesali sikap aku yang sebelum ini membiarkan mereka membiak pesat didalam darahku tanpa berfikir sesungguhnya akan hadir suatu penyesalan dihatiku satu hari nanti.
Aku azhari dan aku perlu sedar dari lamunan tidur dan angan2 yang membuta tuli bahawasanya aku perlu menyediakan diriku sebaik mungkin kerana masyarakat Islam di Malaysia kekurangan alat untuk berperang dan mempertahankan agama Allah yang suci. Aku mulia kerana menegakkan Islam dan aku hina kerana melambatkan perjuangan Islam. Istilah yang sering aku terfikir-fikir tetapi masih tidak berhasrat untuk merealisasikan.
Tatkala menyandung sebuah pengharapan yang tidak pasti, aku dihentak sebuah kekuatan untuk mengabadikan pengharapan itu. Terima kasih untukNya. Semoga hati ini sentiasa memiliki kekuatan ini dan selama-lamanya tidak akan berkurang. Wassalam .
maksiat melukakan iman
bismillah ...
dengan nama allah kumulai bercoret .. dengan nama yang agung ini kuminta agar dijauhi dosa2 dalam perbualan dan penulisan.. membiarkan kalimah2 tersusun tanpa hadaf dan tujuan seringkali menerjah ke lubuk dosa yang tersembunyi.
Kalam kita selalu disulami propaganda nafsu dan haloba yang buta.. membuatkan kita sering jauh dari ukhwah saudara seIslam walaupun secebis cuma. Kita azhari dan azhariah yang memperjuangkan agama Islam yang satu in dibawah panji LAILAHAILLAH yang bertauhidkan Allah yang satu namun sejauh mana penghayatan kita kearah membentuk diri sendiri, sebagai peribadi yang berakhlak . Bukan semata-mata untuk tatapan dan ikutan masyarakat, tetapi keperibadian itu semata-mata ikhlas kerana Allah.
Ikhlas...? dari kontek dan ruang lingkup apakah yang kita lihat. Azhari dan azhariah tidak mungkin melunaskan didalam pemikiran masing2 seperti pemikiran masyarakat umum diluar sana yang rata-rata menerima ilmu dan suapan maklumat secara total. Majoritinya menerima seratus peratus dan itu mungkin pemikiran dulu. Kini, masyarat sudah dibenihkan dengan pemikiran bebas yang dibajai oleh sokongan sisters in Islam secara khususnya.
Kita ... pelajar yag menongkat peribadi di Universiti yang telah melahirkan jutaan ulama, mengapa kita masih menganggap ikhlas itu perlu menunggu masa untuk dilahirkan. Masyarakat kini telah menempuh satu fahaman yang songsang mengatakan bahawa sesuatu amalan dan suruhan perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas lantas sehingga umur dihujung tanduk, ikhlas itu masih tidak diketemui. Lihat, sewajar manakah ikhlas itu perlu ditunggu hingga lahir dilubuk hati?
mari sini kita bersembang2 ... ikhlas itu lahir dari hati . Dimana .. hati itu perlu dipupuk. Semakin berat sesuatu perkara yang baik itu ingin dilakukan semakin tinggi kebaikan yang kia perolehi. ingat!! Ikhlas itu nikmat yang sangat agung. Satu kurniaan yang tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Jadi, tidak mustahil untuk Allah menyusahkan hamba-Nya sedikit untuk memperolehi nikmat ini. Berbaloi selayaknya...
Kalam akhir , amal yang kita lakukan tanpa harapan agar dipuji dan tanpa keinginan untuk diungkit semula adalah ikhlas yang dicari sebenarnya. Koreksi diri sendiri, adakah amalan dan perbuatan kita sentiasa ingin dipuji dan adakah kita selalu mengungkit-ungkit...?
ikhlas itu besar nikmatnya .... wassalam..

Posting blog pakai hp
Salam smua... hari rasa mcm nak posting blog..tp tenet xdak..huhu..tetiba lak trfikir utk cuba posting gna hp..dan akhirnya..kejayaan milikku...hehe..
Lepas ni dah bleh posting gna hp..hehe..ptang ni ada kelas lak..tp ngantk..hurm klah..nk tdo dlu..salam

on9 sekejap
salam sahabat2 sekalian ... saya online blog ni sebab ada sahabat kita minta untuk online. ada tutorial yang beliau nak tgk ... sebenarnya ana tutup blog ni aritu sbb ada follower yang tidak senonoh telah meng'add' follower saya .
cari punya cari punya cari cara untuk block dia .. xjumpa2 akhirnya terpaksa tutup sebentar. sekarang dah pon berjaya untuk block . Cuma masa x mengizinkan untuk saya posting apa2 ..
salam ...

NUZUL QURAN BUKAN BERLAKU PADA 17 RAMADHAN TAPI PADA 24 RAMADHAN
Posted by
fara
on Wednesday, September 9, 2009
Labels:
all,
~faRa_nEa~
/
Comments: (1)
BERDASARKAN HADIS NABI S.A.W:
وَأَنْزَلَ اللَّهُ الْقُرْآنَ لِأَرْبَعِ وَعِشْرِينَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَان
Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah menurunkan al-Quran pada malam ke-24 Ramadhan"
(Rujuk: Tafsir Ibn Kathir, di bawah penafsiran ayat 185 dari surah al-Baqarah, daripada Riwayat Imam Ahmad, daripada Wathilah bin Al-Asqa`) Dikeluarkan juga oleh Imam al-Tabaraani di dalam al-Mu’jam al-Kabeer yang mana dinilai Hasan oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah.Diakui terdapat perbezaan pendapat dalam hal ini, namun begitu sekalipun adanya khilaf tersebut, pendapat paling tepat/terpilih mengikut jumhur mufassirin adalah bahawa tarikh penurunan (nuzul) Quran bukanlah pada malam 17 Ramadhan tetapi adalah pada malam 24 Ramadhan kerana dijelaskan secara tepat di dalam hadis baginda.

Kekuatan Wanita
Posted by
fara
on Friday, August 28, 2009
Labels:
all,
~faRa_nEa~
/
Comments: (2)
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kekuatan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kekuatan yang ada pada Khadijah adalah kekuatan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Kisah nafsu yang degil pada perintah Allah
Posted by
fara
Labels:
all,
~faRa_nEa~
/
Comments: (0)
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal,maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.Renungkan Bersama!!

Hakikat sebenar puasa
Posted by
fara
Labels:
all,
~faRa_nEa~
/
Comments: (0)
Hakikat puasa yg sbnar ialah mrk yg berusaha bersungguh-sunguh dlm menjaga seluruh anggota badannya dari dosa,& menjaga lisannya dari perkataan dusta, kotor,& keji, menahan perutnya dari makan dan minum, dan memelihara kemaluannya dari perbuatan yang keji.
Jika berbicara dia berbicara dengan perkataan yang tidak merosakan puasanya, hingga menjadilah perkataannya dan perbuatannya itu hanya yang baik-baik dan amalannya adlh amalan yang soleh.
Inilah ciri-ciri puasa yang disyari'atkan oleh Allah dan bukanlah hanya sekadar tidak makan dan minum serta tidak mengikut syahwat. Puasa adalah dengan berpuasanya anggota badan dari dosa, puasanya perut dari makan dan minum, sebagaimana halnya makan dan minum merosak puasa, demikian pula perbuatan dosa berupaya merosakkan pahalanya, merosak buah puasa sehingga menjadikan dia seperti orang yang tidak berpuasa.
Seseorang muslim yang berpuasa, dia wajib menjauhi amalan yang boleh merosakkan puasanya tersebut, sehingga bermanfaatlah puasanya dan tercapailah ketaqwaan,Kerana puasa adalah pengantar kepada ketaqwaan, puasa menahan jiwa dari banyak perbuatan maksiat,Sabda Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wasallam (yang ertinya): “Puasa adalah perisai”,
Ini adalh amalan-amalan buruk yang harus kita sama-sama ketahui agar mampu kita menjauhinya dan tidak terjatuh ke dalamnya:
1. Perkataan palsu (Qauluz Zuur)
Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa yang tidak meninggalkan qauluz zuur (perkataan dusta) dan pengamalkannya, Allah tidak memerlukan orang tersebut untuk meninggalkan makanan dan minumannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
2. Berkata/berbuat sia-sia dan kotor
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.wbersabda“Puasa bukanlah dari makan dan minum (semata), tetapi puasa itu menahan diri dari perkataan yang tidak bermanfaat dan perkataan yang kotor. Oleh kerana itu, jika ada orang yang mencelamu, katakanlah: “Aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku sedang berpuasa”.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah,al-Hakim)
Oleh kerana itu, Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam mengancam dengan ancaman yang keras kepada orang-orang yang melakukan sifat-sifat tercela ini.HAYATILAH&SELAMAT BERAMAL

Sengaja membatalkan puasa?
Posted by
fara
Labels:
all,
~faRa_nEa~
/
Comments: (0)
BAGI MEREKA YG SENGAJA TIDAK BERPUASA&SENGAJA MEMBATALKNNYA
RENUNGKNLAH&INSAFILAH WAHAI SAUDARAKU!!!
Dari Abi Umamah al-Bahili R.A. Aku pernah mendengar Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Ketika aku tidur, datanglah dua orang lelaki kemudian memegang dua lenganku, membawaku kesatu gunung yang kasar (tidak rata), keduanya berkata: “Naik”. Aku katakan: “Aku tidak mampu, keduanya berkata: “Kami akan memudahkanmu,” Akupun naik sehingga ketika aku sampai ke puncak gunung. Ketika itulah aku mendengar suara yang keras. Akupun bertanya: “Suara apakah ini? Mereka berkata: “Ini adalah teriakan penghuni neraka”. Kemudian keduanya membawaku, ketika aku melihat orang-orang yang digantung dengan kaki di atas, mulut mereka rosak/robek, darah mengalir dari mulut mereka. Aku bertanya: “Siapakah mereka?” Keduanya menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang berbuka sebelum halal puasa mereka(sengaja m'batalknnya&tidak berpuasa tnpa sbb yg syar'i).” (Hadis Riwayat an-Nasa'i di dalam “Al-Kubra” sebagaimana dalam “tuhfatul Asyraf”dan Ibnu Hibban)