-->

Saturday, June 9, 2007

sedih


Saya baru selesai membaca satu lagi tulisan oleh guru saya, abu saif. Tajuknya, Nasib Ustaz: Mahu Ketawa Atau Menangis?. Jawapan saya: Menangis. Tak tenang hati saya mengenangkan nasib yang bakal diterima sahabat-sahabat seperjuangan saya. Mereka lebih dekat denganNya kerana berusaha mendalami syariatNya. Malah saya sering menumpang mencapai bekas haruman taqwa yang mereka semai. Mungkin lebih berat terasa di bahu yang memikul.

Dalam masa yang sama, saya sedang menonton "Bicentennial Man" di TV2. Mengenangkan nasib Andrew yang terkeliru akan hakikat kehidupannya dan cuba mencari kesempurnaan hidup sebagai 'manusia'. Saya ter'sedih'. Tak sampai 'menangis'. Kerana betapa sakitnya melihat segala hakikat kehidupan. Sedang pada masa yang sama dia berusaha keras menjadi manusia tanpa menyedari hakikat penghujungnya yang 'sedih'. Yang pasti, saya tersentuh.

Kemudian, seorang sahabat sekuliah menghantar e-mail. Yang Hadir dan Yang Kembali. Seorang yang baru bergelar ayah. Setelah bertahun-tahun penantian. Khabar awal yang menggambarkan kebahagiaan yang tak terbayangkan. Akhirnya, ketibaan anak disambut dengan pemergiannya. Seorang isteri yang 'luar biasa'. Dia merajuk kerana tidak dikejut. Bangun bersama berTahajjud. Sekali lagi, saya ter'kilan' yang amat bagi pihak si suami.

Teringat sekilas lalu kisah Maria. Saat el Shirazy membawa plot di hadapan Bab arRahmah dan berakhir dengan Islamnya Maria di saat dia hanya selangkah dari kebahagiaan yang abadi. Ayat-ayat Cinta hanyalah Novel. Tak terkecuali, saya di antara yang ter'kesan'. Sekali lagi saya.. 'sayu'.

Penawarnya cuma satu... Dia.

Katanya..

وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الأعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalamperjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berduka cita (terhadap apa yang menimpa kamu). padahal kamulah orang -orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kami orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman" (Ali - 'Imran : 139)

allahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?