-->

Wednesday, July 11, 2007

..Asmaa Binti Abu Bakar..
Asmaa binti Abu Bakar berasal daripada sebuah keluarga Islam yang terkenal. Bapanya, Abu Bakar, merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. serta merupakan kalifah pertama. Saudara tirinya, Aishah, merupakan isteri kepada baginda Rasulullah dan salah seorang kepada Ummahat al-mukminin. Suaminya, Zubair ibnu al-Awwam pula merupakan salah seorang pembantu Rasulullah yang istimewa. Anak lelakinya, Abdullah ibnu az-Zubair terkenal dengan kejujuran dan ketaatannya kepada kebenaran. Asma sendiri merupakan antara orang yang terawal menerima Islam. Asma kemudiannya diberi gelaran Dzat an- Nitaqayn ( orang yang mempunyai dua tali pinggang). Gelaran ini diberi selepas berlakunya suatu peristiwa semasa keberangkatan Rasulullah dan ayahandanya dalam peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah.

Asma merupakan antara orang yang mengetahui rancangan Rasulullah untuk berhijrah ke Madinah. Pada malam pemergian mereka, Asmaa telah yang menyediakan bekalan makanan dan bekas air untuk perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Oleh kerana beliau tidak menjumpai sebarang tali untuk mengikat bekas-bekas tersebut, Asma menggunakan tali pinggangnya atau dikenali sebagai 'nitaq'. Saidina Abu Bakar menyarankan agar Asmaa mengoyakkannya kepada dua. Rasulullah memuji perbuatannya itu. Semenjak itu beliau dikenali sebagai " Orang yang mempunyai dua tali pinggang".

Sewaktu penghijrahan dari Mekah ke Madinah yang terakhir iaitu selepas penghijrahan Baginda Rasulullah, Asma sedang hamil. Namun begitu, keadaannya itu tidak menjadi halangan buat Asma untuk turut sama berhijrah. Sebaik sahaja tiba di Quba iaitu di pinggir kota Madinah, Asma melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Abdullah, anak pertama yang dilahirkan di kalangan muhajirin di Madinah.

Asma merupakan seorang yang sangat pemurah. Anaknya Abdullah pernah berkata kepadanya, "Aku tidak pernah melihat dua wanita yang lebih pemurah daripada ibu saudara ku, Aisyah dan juga ibuku, Asma. Ibuku tidak akan menyimpan apa-apa walaupun untuk hari esok."

Kebijaksanaan Asma terserlah pada waktu-waktu yang genting. Apabila ayahandanya ingin meninggalkan Mekah, beliau membawa bersama beliau semua hartanya yang mencecah sehingga 6000 dirham bersama-samanya dan tidak meninggalkan sebarang harta untuk keluarganya. Apabila bapa Saidina Abu Bakar, Abu Qahafah (yang masih musyrik ) mendengar akan pemergiannya ke Madinah, Abi Qahafah ke rumah Abu Bakar dan berkata kepada Asma:

"Aku faham bahawa ayahmu telah meninggalkan kamu tanpa sebarang harta selepas dia mengabaikan kamu."
"tidak, datuk," balas Asma, "sebenarnya dia telah meninggalkan kami begitu banyak harta." Beliau mengambil sedikit batu-batu kecil dan meletakkan di dalam bekas kecil yang terdapat di dinding, iaitu di tempat biasa mereka menyimpan wang. Beliau menghampar kain di atas bonggol itu dan meletakkan tangan datuknya yang buta itu di atasnya dan berkata, " Lihatlah betapa banyak harta yang ayahanda tinggalkan untuk kami."

Bagi Asma dan serta Muslimin yang lain, kehidupan di Madinah begitu sukar pada awalnya. Suami beliau berasal daripada keluarga yang miskin. Beliau dan suaminya bekerja keras bersama-sama. Namun begitu, kadang-kala Az-Zubair melayannya dengan kasar. Pernah sekali Asma berjumpa dengan ayahandanya dan mengadu kepada ayahnya tentang Az-Zubair. Abu Bakar menjawab dengan berkata " Anakku bersabarlah kerana sekiranya seorang wanita taat kepada suami yang mulia dan apabila suaminya meninggal dunia dan wanita itu tidak berkahwin dengan orang lain, mereka akan disatukan semula di syurga."

Lama-kelamaan Az-Zubair menjadi salah seorang yang terkaya namun ia tidak mengubah prinsip-prinsipnya. Anaknya al-Mundhir pernah sekali menghantar pakaian cantik yang dibeli dari Iraq. Pada waktu itu Asma telah buta. Asma merasai kain tersebut dan berkata "Buruk sungguh kain ini. Pulangkannya semula."
Al Mundhir berasa kecewa dan berkara, "Ibu, kain ini tidak jarang."
"Mungkin kain ini tidak jarang tetapi ianya ketat dan akan menunjukkan bentuk tubuh," jawab Asma.
Al-Mundir telah membeli pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Asma. Lalu Asma menerimanya.

Perjumpaan terakhirnya bersama anaknya, Abdullah, merupakan peristiwa yang tidak mudah dilupakan dalam sejarah Islam. Abdullah merupakan khalifah yang bakal memerintah selepas Yazib ibnu Muawiyah meninggal dunia. Namun begitu Bani Umaiyah terus mencabar kedudukan Abdullah dan mengumpulkan sepasukan tentera di bawah pimpinan Al-Hajjaj ibnu Yusuf ath-Thaqafi. Perang yang sengit berlaku. Namun begitu, kebanyakan pengikutnya tidak dapat bertahan dan beransur-ansur meninggalkan beliau. Akhirnya beliau berlindung Baitul Haram di Makkah. Pada waktu itulah beliau berjumpa ibunya yang telah buta, lalu berkata,
"Aku datang untuk mendapatkan nasihat daripadamu," kata Abdullah.
"Untuk mendapatkan nasihatku?" Tanya Asma dengan hairan. "Tentang apa?"

"Orang ramai telah meninggalkanku kerana takutkan Hajjaj atau terpengaruh dengan apa yang ditawarkan. Malahan anak-anak dan ahli keluragaku telah meninggalkan aku. Hanya ada sebilangan orang bersamaku namun walau dengan kekuatan dan kecekapan mereka, mereka hanya mampu bertahan selama satu atau dua jam sahaja. Penyampai dari Bani Umayyah datang untuk menawarkan apa sahaja jawatan yang aku mahukan jika aku menyerah diri dan berjanji setia kepada Abdul Malik ibn Marwan. Apa pendapatmu?"

Beliau menjawab dengan suara yang lantang: "Ini adalah urusanmu, Abdullah, dan kau lebih mengetahui tentang dirimu. Jika engkau merasakan bahawa engkau di jalan yang benar dan engkau sedang mempertahankan kebenaran, maka teruskanlah dan berjuanglah sepertimana teman-temanmu yang telah syahid berjuang dibawah benderamu dan mereka menunjukkan kecekalan dan keberanian. Tetapi jika engkau mengidamkan dunia, maka celakalah kau. Engkau telah merosakkan dirimu sendiri dan merosakkan tentera-tentera mu.

"Tetapi aku akan dibunuh hari ini, ini adalah satu kepastian."
" Itu adalah lebih baik untuk kamu daripada kamu menyerahkan diri secara sukarela kepada Hajjaj dan boneka-boneka bani Umayyah yang akan bermain-main dengan kepalamu.
"Aku tidak takutkan kematian. Aku hanya takut mereka akan menghinakan aku."
"Tiada apa selepas kematian yang patut ditakuti oleh manusia. Seperti melapah kulit tidak menyebabkan kesakitan kepada kambing yang telah disembelih."

Muka Abdullah bercahaya lalu beliau berkata: " Wahai ibuku yang di rahmati! Semoga sifat muliamu di rahmati Tuhan! Aku telah datang kepadamu pada waktu ini untuk mendengar apa yang telah kudengari. Tuhan itu tahu bahawa aku tidak lemah atau berputus asa. Allah menjadi saksi yang aku tidak memperjuangkan kecintaan ku pada dunia ini dan isinya kecuali atas kemarahanku kerana Tuhan. Undang-undang-Nya telah dilanggar. Dan aku di sini, menuju keredhaanmu. Sekiranya aku mati, janganlah bersedih keranaku dan serahkanlah aku kepada Tuhan.

"Aku akan bersedih dengan pemergianmu," kata Asmaa yang tua tetapi tegas itu, " hanya jika kau terbunuh atas kezaliman dan usaha yang sia-sia."
"Yakinlah bahawa anakmu tidak menyokong satu perbuatan yang sia-sia, atau melakukan apa-apa perkara yang dibenci, atau melakukan kezaliman kepada orang Muslim atau Dhimmi dan tidak ada yang lebih baik dalam pandangannya dari keredhaan Tuhan yang Maha Besar dan Maha Kuasa. Aku tidak mengatakan ini untuk membersihkan namaku. Tuhan tahu bahawa apa yang aku katakan ini adalah untuk menyakinkan hatimu."
"Segala puji bagi Allah yang tlh membuatkan engkau bertindak atas apa yg disukai-Nya dan apa yg aku sukai. Hampir kpdku anakku, agar dpt aku mencium baumu dan memengang tubuhmu kerana ini mungkin pertemuan terakhir kita."

Abdullah melutut di depan ibundanya. Beliau memeluk Abdullah dan mencium kepala, wajah dan lehernya. Tangannya mula memeluk badan Abdullah kemudian menarik tangannya seraya bertanya:
"Apakah yang kau sedang pakai itu, Abdullah?"
"Ini adalah baju besiku."
"Anakku, ini bukanlah pakaian orang yang menginginkan syahid. Tanggalkanlah ia. Itu akan membuatkan pergerakanmu lebih cepat dan tangkas. Pakailah sirwal (baju dalam yang panjang) ini supaya jika kau terbunuh, awratmu tidak akan terdedah."

Abdullah menanggalkan baju besinya dan memakai sirwal. Ketika dia meninggalkan ibunya untuk menyertai perang dia berkata: "Wahai ibuku, janganlah kau melupakan aku dalam doamu."
Sambil mengangkat tangannya ke langit, beliau berdoa:

"Oh Tuhan, berikanlah simpatimu kepadanya yang sering berjaga dan menangis didalam kegelapan malammu ketika orang lain sedang tidur.. Oh Tuhan, berikanlah simpatimu kepadanya kerana dia menahan lapar dan dahaga dalam perjalanannya ke Madinah dan Mekah ketika dia berpuasa… Oh Tuhan, berikanlah restumu dari kebaikannya kepada ibu bapanya… Oh Tuhan aku serahkan die ke jalan-Mu and aku bersyukur ke atas apa yang Engkau telah tentukan kepadanya. Dan kerananya kurniakanlah aku balasan orang-orang yang sabar dan istiqamah."

Ketika matahari terbenam, Abdullah tlh meninggal dunia.Sepuluh hari kemudian, ibunya juga meninggal dunia ketika berusia seratus tahun. Usianya yang lanjut tidak pernah melemahkan beliau atau menumpulkan ketajaman mindanya.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?