-->

Friday, July 6, 2007

Terowong SMART Apa Dah Jadi...!!!







SubhanaLLah...!!! Hujan lebat dalam masa 4 jam sahaja, bandaraya Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang sangat teruk mengikut sejarah...Di manakah Kecanggihan yang dimomok-momokan oleh kerajaan...??? Apa sudah jadi dengan Terowong Smart yang dikatakan mampu mengawal banjir kilat yang sering melanda ibukota, yang kos pembinaannya berjumlah RM6 Billion dan terpanjang di Asia Tenggara serta kedua terpanjang di Asia ..??




Ingatlah, walau sejauh mana sekalipun kecanggihan sesuatu pembangunan ia tidak mampu melawan kuasa Allah s.w.t untuk menurunkan bala dan musibah terhadap hamba-hambaNya yang ingkar akan suruhanNya serta tidak mengamalkan makruf dan tidak pula mencegah yang mungkar.Firman Allah s.w.t :-

"Sesungguhnya Kami akan menurunkan azab dari langit atas penduduk kota ini karena mereka berbuat fasik."

Melihat kepada kegagalan fungsinya serta kos pembinaan yang agak tinggi, ia menjadi satu lagi pembaziran wang rakyat melalui projek yang dijalankan. Apa yang sangat dikesali,kerajaan telah membuat pengumuman bahawa setiap kenderaan yang melalui Terowong SMART akan di kena bayaran TOL sebanyak RM2. Apakah mereka tidak sedar dengan tindakan mereka ini, dahlah kenaikan harga TOL dan harga barang telah membebankan rakyat. Fikirlah wahai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu, satu-persatu Allah tunjukkan kepada kita, akan kegagalan kerajaan yang memerintah dalam mentadbir negara ini. Mereka ini, tidak harus lagi diberi mandat untuk memerintah dalam pilihanraya yang akan datang nanti.



Satu tamparan buat mereka, apabila akhbar Utusan Malaysia menyiarkan bahawa Terowong SMART yang canggih itu langsung tidak berfungsi.Kalau dulu akhbar inilah yang menyiarkan kenyataan mereka, bahawa kejadian banjir yang melanda negeri Kelantan akibat kelemahan sistem perparitan dan juga sistem pembangunan yang dibina oleh kerajaan negeri. sebaliknya Allah balikkan pada mereka, seperti kejadian banjir besar yang melanda negeri Johor akhir tahun lepas dan banjir kilat yang melanda ibukota kelmarin.

Sesungguhnya Allah sahajalah yang maha berkuasa di atas segala yang berlaku di alam ini, kita sebagai hambaNya mesti berfikir kenapa Allah jadikan semua ini.Firman Allah s.w.t :-

"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."

Marilah kita berganding bahu dan bangun berjuang dalam melawan kebatilan yang berlaku kini, demi melihat syariat Allah didaulatkan di muka bumi ini.Tanggungjawab ini adalah wajib ke atas setiap muslim, lebih-lebih lagi kita di kalangan yang mempelajari ilmu agama.Wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?