Sahabatku
Friday, September 21, 2007
Hindar Pembaziran Dalam Bulan Ramadhan
Bagaimana Dengan Merokok?
PADA BULAN RAMADHAN KALI INI, dengan kedudukan ekonomi negara yang tidak menentu, umat Islam khususnya dapat memanfaatkan syiar Ramadhan itu dengan lebih bermakna lagi. Bulan Ramadhan yang selalunya dianggap sebagai satu bulan tarbiyah bagi umat Islam melatih diri dalam hal-hal keduniaan termasuklah makan dan minum secara berlebihan. Oleh yang demikian, saranan untuk rakyat Malaysia berjimat cermat menjadi satu seruan yang lebih bererti lagi pada bulan Ramadhan ini.
Baru-baru ini kepimpinan negara telah menganjurkan supaya beberapa tabiat keterlaluan yang dahulunya menjadi kelaziman, terpaksa dibendung demi untuk keutuhan bangsa dan negara. Rakyat diajak tidak membazir misalnya mengurangkan penggunaan gula dan juga bahan-bahan makanan mewah yang diimport. Saban tahun, mesej yang sama kerap kedengaran khasnya apabila menjelang bulan Ramadhan kerana secara tidak langsung kita berbelanja agak berlebihan untuk juadah berbuka puasa mahupun bersahur. Oleh itu, mesej penjimatan yang ditekankan kebelakangan ini sepatutnya sekaligus dapat diperkuatkan semasa bulan Ramadhan kali ini.
Pastinya, segala perbuatan yang menjurus kepada amalan pembaziran baik dalam apa bentuk sekalipun perlu dihindarkan. Salah satu contoh yang paling jelas adalah amalan merokok.
Mesej ini telah beberapa kali diulangi sepanjang tahun lalu sahaja, bermula dengan seminar Tembakau, Kesihatan dan Islam anjuran Pusat Racun Negara (PRN) dengan Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.
Seminar tersebut telah membangkitkan banyak isu dan ketetapan tentang bukan sahaja betapa tidak berfaedahnya amalan merokok bahkan boleh mengakibatkan berbagai jenis penyakit. Tabiat merokok merupakan satu pembaziran daripada berbagai segi; baik wang ringgit, kesihatan mahupun pemeliharaan alam sekitar. Berdasarkan kepada aspek-aspek ini, dapatlah disimpulkan bahawa amalan merokok adalah satu amalan yang tidak menguntungkan. Dengan menghindarkan diri dari merokok bukan sahaja dapat membantu negara di masa kemelesetan ini bahkan sebagai satu kepatuhan kepada kehendak agama Islam. Dengan lain perkataan, amalan merokok ini perlu dihentikan seberapa segera yang boleh.
Lebih daripada itu, bulan Ramadhan sesuai sebagai satu bulan tarbiyah, dapat membantu ramai di antara mereka yang benar-benar ingin berhenti merokok. Bulan Ramadhan secara langsung dapat mendidik naluri ingin merokok bagi memudahkan lagi tabiat pembaziran ini dibasmi sama sekali. Yang jelas, seluruh umat Islam, perokok ataupun bukan, berjaya berpuasa untuk sehari suntuk buat sekurang-kurangnya sebulan. Ini menggambarkan betapa mudahnya untuk berhenti merokok. Ini dapat dilakukan sekiranya perokok tersebut mempunyai niat yang benar-benar nekad untuk berhenti merokok. Maksudnya seseorang itu bukan hanya berniat untuk berhenti merokok sekadar sehari mahupun untuk sebulan tetapi untuk selama-lamanya, ini pastinya dapat dilakukan dengan jayanya.
Iktibar daripada bulan Ramadhan dalam hal ini sepatutnya tidak lagi menjadi keraguan bagi sesiapa juga yang ingin berhenti merokok. Pokoknya, niat untuk berhenti merokok ini mestilah disertai dengan keazaman yang tinggi sepertimana kita berpuasa pada bulan Ramadhan. Oleh yang demikian, adalah didoakan pada bulan Ramadhan kali ini lebih ramai umat Islam khususnya dapat melaksanakan amalan puasa dengan sebaik-baiknya sekaligus mentarbiyahkan diri dalam menjauhkan diri dari segala bentuk pembaziran, apa lagi jika pembaziran yang juga mengancam kesihatan diri, keluarga dan juga masyarakat orang Islam khasnya. Oleh itu berhentilah merokok.
--------------------------------------------------------------------------------
BAGAIMANA ANDA HARUS MULA UNTUK BERHENTI MEROKOK?
Tetapkan Tujuan/Bulatkan Tekad
Tetapkan tarikh anda bercadang untuk berhenti dan berazam untuk berhenti pada tarikh tersebut.
Contoh: 1 Syawal 1418 atau 30 Januari 1998
INGAT!
BERHENTI MEROKOK PADA TARIKH
YANG DITETAPKAN
Beritahu keluarga, rakan-rakan dan teman sekerja bahawa anda mahu berhenti merokok. Mintalah kerjasama dan dorongan mereka. Bagi mereka yang masih lagi ingin meneruskan tabiat mereka, seharusnya memberikan kerjasama kepada teman-teman anda yang ingin berhenti merokok. Janganlah cuba mempengaruhi mereka untuk merokok atau mempersendakan mereka. Hormatilah perasaan rakan anda.
Bersedia membuat perubahan sebelum anda berhenti
Tukar persekitaran anda. Buang semua rokok dan tempat habuk rokok dari dalam rumah, kereta dan tempat kerja anda. Hapuskan bau rokok dalam kereta dan rumah anda. Elakkan lain-lain keluaran tembakau seperti cerutu, paip dan sentil tembakau.
Mula untuk menukar tabiat anda. Elakkan merokok di tempat-tempat dimana anda menghabiskan masa yang lama di dalamnya seperti di dalam rumah dan di dalam kereta.
Fikirkan semula tentang percubaan anda untuk berhenti merokok pada masa yang lalu. Fikirkan apakah perkara yang membantu atau menyukarkan anda untuk berhenti merokok.
Fakta tentang pertambahan berat badan
Pertambahan berat badan berbeza antara individu. Purata pertambahan berat badan seseorang adalah kurang daripada 5 kg. Tumpukan perhatian kepada bagaimana cara untuk berhenti merokok sebelum merasa risau tentang pertambahan berat badan.
Risiko pertambahan berat badan adalah kecil jika dibandingkan dengan risiko penyakit yang bakal dihadapi oleh seorang perokok.
Amalkan aktiviti bersukan, makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin disamping mengurangkan pengambilan lemak. Tidur yang cukup dapat membantu.
Kelihatan menarik adalah lebih bermakna sekiranya anda berbau bersih, pakaian bebas daripada bau asap rokok, nafas segar dan anda sentiasa dalam keadaan sihat.
Menggunakan keluaran tembakau tanpa asap tetap merbahaya sebagaimana merokok. Ia akan menyebabkan ketagihan.
Seperti merokok, menghisap atau mengunyah tembakau mempunyai akibat kesihatan yang serius termasuk barah mulut, masalah gigi dan gusi dan masalah jantung.
BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERJAYA BERHENTI MEROKOK TANPA PENINGKATAN BERAT BADAN?
Tentukan anda mendapat sarapan pagi yang baik
Kurangkan atau hapuskan terus makanan ringan 'snek' diantara waktu makan
Jika boleh, hindarkan kalori yang diproses sebanyak mungkin daripada makanan
Hindarkan atau kurangkan makanan berlemak
Hindarkan atau kurangkan makanan yang mempunyai banyak gula seperti:
Aiskrim, gula-gula, kuih-muih.
Bijirin yang dipermaniskan
Minuman ringan atau minuman buah-buahan yang dipermaniskan (minum air buah-buahan segar dan bukan buah-buahan dalam tin)
Awasi apa yang anda minum. Hindarkan meminum sebarang minuman beralkohol, teh, kopi dan minuman berkola. Minuman seperti ini mengandungi kafein yang boleh meransang anda untuk merokok. Begitu juga dengan alkohol.
Kurangkan pengambilan lemak haiwan secara keterlaluan
kurangkan daging (ikan dikecualikan)
kurangkan lemak haiwan (gunakan susu skim bagi menggantikan susu penuh krim; kurangkan keju dan mentega)
gunakan bahan sapuan pada roti yang tidak mengandungi banyak lemak dan berkrim. Gunakan pada jumlah yang kecil sahaja. Cuba gunakan mentega berkacang sebagai ganti mentega biasa.
berhati-hati terhadap semua bahan-bahan yang digoreng atau dibakar - kebanyakkannya mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAK DARIPADA KETAGIHAN SEMULA?
Kebanyakan kejadian ketagihan semula berlaku tiga bulan selepas berhenti merokok. Jangan merasa hampa sekiranya anda merokok semula. Cuba fikirkan ramai orang mencuba beberapa kali sebelum mereka berjaya berhenti merokok. Kenalpasti kelemahan anda yang menyebabkan anda merokok kembali dan cuba atasi perkara tersebut.
Beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda merokok kembali
Alkohol - Anda harus mempertimbangkan untuk mengurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol semasa anda cuba berhenti merokok. Pada masa yang sama elakkan meminum kopi, teh dan minuman berkola. Banyakkan minum air dan makan buah-buahan.
Perokok lain dalam rumah - Cuba ajak ahli keluarga atau teman serumah yang merokok untuk bersama-sama berhenti merokok. Cari jalan yang sesuai untuk tidak bersama-sama mereka yang merokok sekurang-kurang untuk sementara waktu. Jauhkan daripada berada dikeliling mereka.
Pertambahan berat badan - Berusaha selesaikan satu masalah dalam satu masa. Bersedia untuk berhenti merokok terlebih dahulu kemudian barulah fikirkan tentang pertambahan berat badan (Berat badan anda mungkin tidak akan bertambah!).
Gejala penarikan (gian) - Tubuh anda akan melalui beberapa perubahan semasa anda cuba berhenti merokok. Anda mungkin mengalami mulut kering, batuk, gatal tekak dan gelisah. Banyak minum air dan makan buah-buahan dapat membantu melegakan keadaan ini. Plaster atau gula-gula getah bernikotin juga boleh membantu.
Minda anda - Hindarkan minda anda daripada memikirkan tentang rokok. Banyakkan gerak kerja luar dan riadah. Buatlah perkara-perkara yang anda gemari kecuali merokok.
Simpan satu senarai - Senaraikan perkara-perkara yang pernah membuat anda gagal berhenti merokok pada masa lalu, awasi perkara tersebut daripada berlaku dan belajarlah daripadanya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

0 comments:
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan