-->

Wednesday, October 24, 2007

mutiara hikmah











Ilmu itu lebih baik
daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu
penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila
dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib


Kecantikan bukan
terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan
akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib


Jadilah seperti
pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya
dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq


Alangkah buruknya
kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina
Ali bin Abi Talib


Jangan berkawan dgn
orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin
membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan
orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan
orang yang bakhil
kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah
bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk
menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib


Hanya lidah yang
mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah
tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota
badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib


Jangan engkau
percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh
memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya,
itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab


Nilai
seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar
kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap
perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar
kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib



Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut

-Saidina Umar bin Al-Khatab


Orang yang terlalu
memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai
bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib


Agama buat
kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang
tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa
lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq



Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal .
Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar
ialah akhlak yg baik.
- Saidina Ali bin Abi Thalib


Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya
-Saidina Umar al-Khattab


Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika
kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan



Banyak berhutang
akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan - Saidina Ali bin Abi Thalib


Manusia yang
berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab


Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh
penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib


Barangsiapa yang
jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab


Sesiapa yang
dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar
dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah
memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan
dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta
memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang
mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. - Saidina Ali bin Abi Thalib


Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah- Saidina
Abu Bakar As-Siddiq


Bagi setiap nikmat
ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana
kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas - Saidina Ali bin Abi Thalib


Kemarahan orang
yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada
orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. - Saidina Ali bin Abi Thalib


Apabila kamu merasa
letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang
dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu
berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan
dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib


Dua nikmat yang
sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi Thalib


Peliharalah iman kamu
dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan
zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada
Allah
- Saidina Ali bin Abi Thalib


Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat.
- Saidina Ali bin Abi Thalib


Keadilan itu syurga bagi orang
yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang
yang bersifat zalim - Saidina Umar bin Al-Khatab


Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya
-Khalifah Ali bin Abi Talib


Kalau engkau
berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula
bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya -Saidina Umar bin Al-Khatab



Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :

1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.

2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.

3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.

4.Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “ apabila dia memang tidak tahu.



Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:


· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;

· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;

· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;

· Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .



Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.



Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

· Hatinya selalu berniat suci

· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah

· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.



Saidina Ali r.a berkata :


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
(memelihara diri & hati-hati dari dosa).

· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.



Semua perangai tercela ditempatkan dalam sebuah rumah, dan kunci rumah itu adalah ketidak jujuran.
-Imam Hasan Al-Askari


Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat.
Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.

Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak
bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan.

-Said bin Suwaid


Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.

Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.

Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.

Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas.

Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.

-Al-Ahnaf bin Qais



Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah
- Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.


Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya
:


1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Quran

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.



Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-


1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri



Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara


1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua

2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala

3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit

4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati


Kamu menutup
pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak
malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang
Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. - Al
Fudhail bin Iyaadh


Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang
yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat
dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu
bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri
" Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera
bertaubat.-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini


Orang akan
tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi
apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka
sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim


Siapa yang
mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufiq untuk
mencapai apa yang belum diketahui - Al-Auzaa'i


Siapa yang
mendamaikan dua orang yang sedang bersengketa Allah akan memberinya pahala
untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan budak - Anas
r.a



Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya
-Imam Al-Ghazali


Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi
kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan
terpilih - Ibnu Maqaffa


Usaha yang halal
itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit -Ibnu Abbas



Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi
tanah - Wahab Munabih


Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut
-Ibrahim bin Adham

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?