-->

Thursday, February 21, 2008

gelang haram ke untuk laki?
memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w. dalam sebuah hadithnya daripada 'Imran bin Hussein r.a., bahawa Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka bagindabertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Tegas baginda Rasullulalah,"Sesungguhnya benda itu (gelang tangan) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya.

Pemakaian gelang pada hari ini, bukan sahaja melibatkan golongan remaja, tetapi pegawai-pegawai masjid dan surau, tukang mandi jenazah, yang bergelar ustaz dan sebagainya. Sesungguhnya mereka telah tertip dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan mereka dari sudut pegangan akidah.

Pemakaian gelang tangan menjadi trend dan budaya baru. Di Malaysia ia bermula pada zaman dahulu kala di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah kepadakaum keluarga terdekat dan sahabat-sahabat orang yang baru balik dari Makkah.

Sekarang ini pula ia dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali kalau-kalau berlaku apa-apa kemalangan di sana atau sebarang kes hilang, maka mudahlah untuk dikenalai. "Ohh... ini jemaah haji Malaysia, sebab ada gelang."

Yang peliknya, pak-pak haji yang lelaki ini apabila balik ke Malaysia tidak pula mahu cabut dan buang gelang itu. Dipakainya ke mana-mana termasuk ke surau dan masjid.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?