-->

Saturday, February 9, 2008

McCain kian hampir jadi calon





PERAGA BAKAT: Hillary (kiri), Obama dan McCain jadi tumpuan sebagai calon Demokrat dan Republikan untuk jawatan Presiden Amerika menggantikan George W Bush. Pemilihan presiden baru dijangka tidak mengubah dasar terhadap konflik Asia Barat.



Mitt Romney umum tarik diri, Hillary, Obama fokus undian lima negeri

WASHINGTON: Calon presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan, Mitt Romney, menamatkan kempennya semalam sekali gus memberi laluan mudah kepada pilihan utama, John McCain untuk merangkul pencalonan berkenaan dalam konvensyen parti pertengahan tahun ini.

Senario calon presiden Parti Demokrat, bagaimanapun, berbeza selepas pengundian Super Tuesday, apabila sokongan antara Hillary Clinton dan Barack Obama hampir sama.



McCain dan Romney berbual menerusi telefon kelmarin selepas Romney mengumumkan langkah menarik diri.

Kemenangan besar McCain dalam pengundian Selasa lalu membolehkannya meraih 707 delegasi, sementara Romney hanya mendapat 294 delegasi, manakala seorang lagi pencabar, Mike Huckabee, 195 delegasi.

Berikutan keadaan itu, McCain mendapat sokongan terbuka daripada beberapa tokoh kanan Republikan.

Terbaru, bekas pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan, Ken Mehlman memberi sokongannya kepada McCain selepas pengumuman Romney itu dengan menggesa semua anggota parti memberi sokongan kepada bekas tahanan perang Vietnam itu.

Ramai pihak ini meramalkan McCain akan menjadi calon presiden Republikan bagi menggantikan George W Bush.

Bagaimanapun, McCain masih memerlukan sokongan sebahagian anggota parti yang tidak bersetuju dengan dasarnya mengenai pendatang tanpa izin, pemanasan cuaca dunia dan program pembaharuan kewangan yang dikatakan berbeza dengan dasar parti itu.

Sebagai sebahagian usaha mendapatkan sokongan mereka, McCain berkata, beliau tidak akan berjaya tanpa sokongan mereka sedangkan beliau mempunyai perbezaan dasar lebih besar berbanding Hillary dan Obama.

Persaingan Hillary dan Obama akan diteruskan di Maryland, Virginia dan Washington D.C minggu ini disusuli Hawaii dan Wisconsin, minggu berikutnya.

Hillary ketika ini mempunyai sokongan 1,045 delegasi berbanding 960 untuk Obama. Mereka memerlukan 2,025 delegasi untuk menang pencalonan konvensyen parti, Ogos depan.

Kelebihan Hillary adalah sokongan lebih besar 'delegasi super' termasuk anggota Kongres dan pemimpin parti yang tidak terbabit dalam pengundian. Tetapi, pada masa sama, mereka juga boleh mengubah fikiran dan menyokong calon lain.

Persaingan mereka turut membabitkan usaha mendapatkan wang berkempen. Selepas pengundian terbaru, Obama mengumpul AS$7.2 juta (RM23.04 juta), manakala Hillary, AS$6.4 juta (RM20.48 juta).

Ia menunjukkan sengitnya usaha mereka untuk menjadi pemimpin kulit hitam pertama atau wanita pertama menyandang jawatan tertinggi berkenaan.

Bagaimanapun, satu petanda menunjukkan Hillary semakin risau dengan kekuatan meningkat Obama adalah langkah pengurus kempennya, Patti Solis Doyle, mengutus surat kepada lawannya meminta persetujuan mengadakan lima perdebatan sebelum 4 Mac depan. Perdebatan yang diberi liputan di televisyen bermakna publisiti percuma. - AP

FAKTA NOMBOR
Delegasi calon presiden

1,045 - Hillary
960 - Obama
707 - McCain
294 - Romney

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?