Sahabatku
Sunday, March 9, 2008
Menurut Johari Jaafar, Harakah Daily.
Adakah seks bebas di kalangan pelajar , bukti kerajaan tidak peka? Lihat apa yang telah fakta yang telah diputarbelitkan oleh pihak PAS.
” Kajian yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan (UKM) yang mendedahkan 886 daripada 887 gadis mengaku bersetubuh memperlihatkan betapa seriusnya gejala sosial yang melanda remaja masa kini.
“PAS sudah lama bercakap menyatakan kebimbangan tentang gejala sosial, begitu juga dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain, tetapi nampaknya kerajaan tidak peka, malah dalam masa yang sama `menyuburkan’ lagi gejala sosial dengan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah itu,” demikian ditegaskan oleh Setiausaha Lujnah Penerangan PAS Pusat, merangkap Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Haji Masduki, apabila mengulas kajian yang dibuat oleh pihak UKM tersebut.
“Selama ini kita bercakap tentang gejala sosial yang membimbangkan, kita minta kerajaan menutup `pintu pintu’ ke arah mengembang-biakkan lagi gejala tersebut, tetapi kerajaan `tidak endah’, sekarang ini ternyata apa yang merisaukan PAS itu berlaku”, katanya.
Menurut beliau, statistik yang dikeluarkan oleh UKM itu hasil kajian pihak responden amat mengejutkan dan menakutkan, sekiranya gejala ini tidak dibanteras segera, masa depan negara akan hancur akibat perlakuan remaja masa kini yang tidak bermoral.
Hasil kajian itu juga mendedahkan 98 peratus pelajar mengaku mengambil dadah, 98 peratus juga terlibat dengan kongsi gelap dan 97.3 peratus terdedah dengan bahan lucah.
Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr Khaidzir Islam, turut mendedahkan didapati pelajar perempuan berumur dalam lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko terjerumas dalam pelbagai masalah disiplin termasuk untuk mencuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.
“Kerajaan sebenarnya tidak serius membanteras gejala sosial kerana `pintu-pintu’ ke arah kemaksiatan terbuka luas, macam mana gejala sosial dapat dibanteras.
“Jika kerajaan serius untuk mengekang gejala sosial daripada berlaku, ianya tidak sekadar mengadakan program yang berfaedah kepada remaja-remaja, tetapi dalam masa yang sama membiarkan unsur-unsur negatif berkembang ,” tambahnya.
Menurutnya, program `amar makruf nahi mungkar’ perlu diadakan selalu, di samping mengadakan kursus dan latihan yang menjurus kepada kebaikan memang digalakkan, tetapi program berbentuk mungkar tidak sepatutnya dibiarkan, konsert-konsert hiburan yang melalaikan yang menggalakkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan segera dan pusat-pusat hiburan yang menyuburkan maksiat mesti ditutup.
Sehubungan itu, jika Kerajaan BN tidak mampu membanteras gejala sosial, rakyat perlu bertindak dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka pada pilihan raya umum ke-12 nanti untuk menukar kerajaan yang mampu berbuat demikian dengan memilih PAS dan parti-parti pembangkang yang lain menerajui negara, tegasnya. - Artikel Dari Harakah Daily.
Kebenaran Sebenar.
Adakah apa yang dikatakan oleh Johari Jaafar itu benar atau palsu semata-mata? Seharausnya Johari Jaafar perlu tahu skop kajian pelajar yang di kaji itu diambil dari golongan pelajar apa? adakah mereka dari golongan pelajar sekolah?sekolah apa?rendah atau menengah?sekolah menengah juga ada dua peringkat,adakah menengah rendah atau menengah tinggi?ataupun skop kajian ini hanya dijalankan kepada pelajar-pelajar di IPT (termasuk IPTA dan IPTS)?semua ini perlu diambil kira sebelum menuduh pihak BN dengan fakta-fakta yang kosong.
Perkataan “PELAJAR” itu menunjukkan maksud yang besar. Pembaca juga boleh menyelidik dengan sendiri bilangan pelajar di Malaysia. Mungkin skop kajian (886 orang) adalah sebahagian kecil sahaja.
Lokasi sebenar kajian ini dijalankan juga perlulah diselidik terlebih dahulu tentang kebenaran. Mungkin juga kajian ini dijalan di negeri Kelantan? Mungkin pihak UKM tidak mahu Pihak PAS malu jika kawasan kajian yang dilakukan adalah di negeri Kelantan. Iaitu negeri yang dianggap begitu suci dari kegiatan sosial? Mereka yang tahu akan kebenarannya akan tergelak sewaktu PAS mengeluarkan statement ini.
Jika anda ketahui, negeri kesayang PAS adalah di antara negeri yang tertinggi mencatatkan kegiatan sosial seperti zina, masalah keguguran anak luar nikah, pelacuran dan sebahagiannya, sehinggakan Kuala Lumpur sendiri gagal jika dibandingkan dengan statistik Kelantan. Adakah ini imej yang akan mencerminkan negeri Parti Islam SeMalaysia?
Mungkin juga Johari Jaafar ingin menutup kelemahan Pihak Pas dengan menuduh Kerajaan gagal dalam usaha membanteras kegiatan sosial?Semestinya kerana mereka telah ketandusan idea dan bahan untuk memajukan parti mereka.
Seharusnya pembaca mengetahui bahawa Pas sentiasa tidak senang duduk melihat Pak Lah dan barisannya sentiasa memperolehi kejayaan dalam memimpin negara.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

0 comments:
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan