-->

Saturday, April 26, 2008

hakikat aku seorang....
Dalam meniti arus dunia akhir zaman...aku sebagai seorang muslim yang hidup dengan dendangan azan ditelinga, yang melihat sujud ruku' ayah dan ibu, yang mendengar kalam Allah yang mulia dari al-Kitab yang agung, yang diisi dengan kalimah suci agama mulia disisi Allah, Dinul Islam... aku masih kabur dengan aqidah aku sendiri.

Dalam menyusuri kehidupan sebagai seorang muslim, di manakah kalimah mulia selawat dan puji2an kepada Allah yang selama ini mengigil dibibir aku hilang ghaib dari jarum zaman. Kalam2 al-Kitab yang mulia hilang punca. Bertahun, berbulan, berminggu2 aku tinggalkan buah hati yang pasti menceriakan hati aku..... Inikah yang dikatakan sebagai zaman jahiliyyah.

Assalamualaikum sahabat sekalian. Apabila disebut kalimah Islam, majoriti antara kita akan mengatakan..itu agama aku. Aku lahir dengan nama itu. Aku hidup bersisipkan nama itu. Keluarga aku atas nama itu. Tapi, jarang sekali kita menilai dan berfikir sedalam2nya, wajarkah apa yang kita lakukan sekarang kepada Islam atas title kita penganut agama Allah yang mulia ini, bukannya mukallaf atau si bayi kecil yang tidak boleh berfikir secara matang.

Sepanjang coretan saya kali ini, biarlah saya kaitkan dengan diri saya dan menggunakan bahasa 'aku'. Agar semua x terasa dan dapat berfikir dengan lebih efektif.

Statistik murtad menunjukkan ratusan ribu hinggalah satu statistik luar negara membuktikan 500 000 orang MELAYU ISLAM (bukan bangsa lain) yang sememangnya dilahirkan dalam agama Islam, telah murtad. Dimana sensitiviti aku sebagai seorang muslim? Aku xpernah ambil tahu masalah ini. Masalah ini baru je aku tahu 2-3 hari lepas. Mungkin aku je yang x alert dengan perkembangan ini tapi aku juga x nampak, member2 sekeliling aku berusaha untuk menangani semua ini.

Apa yang perlu aku lakukan..?

Mungkin jugak sebelum ni aku x pernah rasa sensitif dengan perkara ni. Kerana apa..? Kerana

dalam hati manusia ada satu daging. kalau sempoi daging itu, kalau fresh daging tu,kalau baik daging itu, ...maka...baiklah apa yang aku lakukan. tetapi
kalau bucuk daging itu, kalau kotor daging itu, kalau rosak daging itu...maka
rosak lah aku seluruhnya.


itu janji tuan punya dunia yang sudah lama dinukilkan dalam al-Quran yang selama ini kita ulang baca ayat yang sama. Hatta aku sebagai azhari yang wajib dan tidak dapat lari dari ayat ini, sentiasa mengigilkan bibir menutur kalimah yang wajib dihafaz masih tidak sedar.

Aku bukan tidur. Aku sedang terjaga. Aku belum mati. Aku masih belum berada di Syurga. Aku x kenal apa itu neraka. Aku x kenal apa itu syurga.

tapi, hati aku tidur. jiwa aku mati. Aku lihat dunia itu syurga. Yang berat itu
neraka. Padahal yang berat didunia itulah syurga, manakala yang ringan
didunia itu neraka.

Dibahu aku ada tanggungjawab yang berat. Aku pedakwah. Itu kekal dipasak bahu aku. Aku muslim. Itu i'tiqad aku. Allah tuhan aku. Islam agama yang selamat untukku. Cari sensitiviti diri. Saudara islam makin ramai yang murtad, dimana aku ketika itu? Aku masih dalam belenggu jahiliyyah yang mengajar aku mencari yang haram, menjauhi yang halal, apatah lagi yang makruh. Diambil sebgai santapan minda dan fizikal.

Dimana sunat penampung yang wajib?..dimana wajib, janji aku pada Allah. Hilang...!! Walaupun aku tahu dan memahami azab dan balsan meninggalkan wajib dan melakukan yg haram.

Pengertian itu hanya pada dasar agama. Hanya xlari seperti seorang petani malas yang tahu bagaimana untuk menyuburkan tanaman dan sentiasa mengkritik orang tetapi diri sendiri x pernah berusaha untuk melakukannya...itu aku.. Muhammad Yusri...

Aku muslim yang malas untuk mencari mana Islam...mana Allah...siapa
Muhammad s.a.w....siapa Malaikat... nama satu syurga..mana satu
neraka...


hingga aku terlupa, aku semakin hampir dengan neraka...

Mungkin aku tersedar sekarang..tapi untuk masa hadapan, aku masih terkial2..mana jalan hidupku...jangan cuba mengajar aku..cuba la menegur aku dengan hikmah...jangan cuba marahi aku..tapi cubalah memujuk aku...nafsu itu suka pada pujukan bukan pada tekanan..

aku undur diri dahulu....sebelum asar berganti maghrib dan ketika itu..dosa besarku tambah lagi satu...wassalam..




musafir tauhid...yusri

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?