-->

Sunday, April 6, 2008

email dari kawan...si fulan..?
Menjadi satu kebiasaan kepada media untuk menyebut: 'Si fulan selamat dikebumikan di perkuburan sekian pada jam sekian selepas mengidap penyakit sekian sekian…'. Jika si fulan itu orang berpangkat besar, berkedudukan, berpengaruh dalam masyarakat, maka tajuk 'selamat dikebumikan' akan menjadi tajuk utama akhbar di muka depan.
Persoalan yang timbul dan yang sepatutnya ditimbulkan ialah adakah 'selamat dikebumikan' itu bermakna si mati itu telah selamat di dalam bumi dan alam kubur/barzakhnya?

Alam kubur ialah satu alam yang mesti dilalui oleh semua orang yang hidup. Tidak kira siapa, di mana, bila masa. Tidak diukur jawatan, pangkat, kedudukan, harta dan segalanya. Tidak ada pengecualian seperti di mukabumi di mana ada orang yang boleh mendapat pengecualian membayar cukai, pengecualian membayar yuran, pengecualian tertentu dalam kes tertentu.

Alam kubur ialah alam penuh misteri yang bermaksud tidak ada siapa yang tahu hakikat kehidupan sebenar si fulan dalam alam barunya selepas berpindah ke situ. Sihatkah ia? Sakitkah ia? Selamatkah ia? Amankah ia? Meranakah ia?
Namun Nabi saw telah memberitahu kepada kita melalui hadis baginda dan wahyu dari Allah yang disampaikan kepada umatnya bahawa alam barzakh/ kubur ialah alam pertengahan di antara dunia dan Akhirat. Alam yang disebut 'samaada menjadi salah satu dari taman-taman syurga' atau 'satu jurang dari jurang-jurang api neraka'. Kehidupan di alam kubur lebih lama dari kehidupan di dunia. Si fulan hidup 70 tahun di atas mukabumi. Tetapi hidup di alam kubur jauh lebih lama, bukan 70 tahun, bukan 700 tahun bahkan lebih dari itu. Datuk nenek kita yang umurnya 90 tahun sudah meninggalkan kita bukan 90 tahun tetapi 900 tahun.

70 tahun di dunia sebenarnya cukup singkat. Seorang tua boleh bercerita tentang kehidupannya sewaktu kecil seakan-akan ia hanya berlaku sehari dua lepas. Tiba-tiba sekarang sudah berumur 70 tahun. Sepanjang 70 tahun, apa yang dibuat? Amal baik ada? Bekalan ada?

Ada media pernah menyebut: 'Si fulan sewaktu hidupnya telah bergiat selama 30 tahun dalam dunia seni'. Atau 'si fulan semasa hayatnya telah menjadi pimpinan negara selama 30 tahun' atau 'si fulan telah memberikan sumbangan yang besar kepada umat Islam dalam bidang perundangan negara selama sekian tahun'. Sepanjang 30 tahun, 40 tahun, 70 tahun; samada dunia seni, memimpin negara, sumbangan kepada umat Islam dan selainnya; itukah bekalan yang dibawa ke alam kubur? Kalau baik bekalannya, Alhamdulillah tetapi kalau sebaliknya?

Mampukah si fulan itu yang dikatakan sewaktu hidupnya telah bergiat dalam dunia seni selama 30 tahun menjawab kepada Mungkar Nakir: 'Awak tak kenal ke saya ni? Sayalah juara lagu sekian sekian. Trofi kemenangan yang saya perolehi banyak di rumah. Dapat title Datuk lagi. Peminat-peminat saya cukup ramai…bla bla..' Adakah Mungkar Nakir menerima jawapan itu? Apa gunanya trofi di alam kubur? Di mana peminat yang pernah menggilainya? Apa gunanya 'Datuk' untuk menolak azab kubur jika diazab?

Bolehkan si fulan yang disebut ketika hidupnya sebagai pimpinan negara, ber'title'kan pangkat Datuk Seri, Datuk, Tan Sri, Tun dan lain-lain pangkat yang direka, dengan harta rakyat dan negara yang ditimbunkan untuk diri sendiri dan keluarga, lalu berdepan dengan Mungkar Nakir; menjawab: 'Kamu tidak tahu siapa saya? Sayalah pembesar negara. Saya ada 'title' sekian sekian. Harta saya sekian sekian. Kuasa saya sekian sekian..' Adakah Mungkar Nakir merasa takut lalu berundur dengan ugutan sedemikian?

Saidina Umar pernah menziarahi perkuburan Baqi'. Beliau menyebut:

السلام عليكم اهل القبور اخبار ما عندنا ان نساءكم قد تزوجن ودوركم قد سكنت و اموالكم قد قسمت'


Salam sejahtera wahai penghuni kubur! Cerita kami ialah bekas isteri kamu telah berkahwin, rumah kamu telah diduduki, harta kamu telah dibahagi.

Satu suara menjawab: يا ابن الخطاب اخبار ما عندنا ان ما قدمناه وجدناه وما انفقناه فقد ربحناه وما خلفناه فقد خسرناه

'Wahai Ibn al-Khattab! Cerita kami ialah apa-apa yang kami telah lakukan di dunia dahulu, telah kami dapati balasannya. Apa yang kami belanjakan, telah kami dapati keuntungannya dan apa yang kami tinggalkan (iaitu kami tidak menjadikannya sebagai bekalan) telah kami dapati kerugiannya.'


(Tafsir al-Munir 1/273)


Para Sahabat yang memahami tentang hakikat hidup dan kebenaran alam kubur menjadi manusia paling berakhlak dan baik terhadap Allah dan manusia.


Manusia yang datang kemudian sepatutnya belajar dari generasi awal yang soleh. Kalau si fulan menjadi pemimpin negara, pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan harta negara. Belajarlah dari Nabi Daud, Sulaiman, Yusof, Nabi Muhammad saw dan para Khulafa al-Rashidin.


Kalau si fulan menjadi artis (?), artis yang bertaqwa kepada Allah yang menggunakan keistimewaan suara dan bakat untuk agama Allah. Belajarlah dari Hassan bin Thabit ra yang menjadikan bakat penyairnya untuk memerangi syirik, mempertahankan Nabi dan meninggikan Islam.


Bacalah al-Quran dan hadis Nabi yang sarat dengan peringatan-peringatan tentang hakikat hidup dan kematian. Jangan kita menjadi manusia yang terpedaya dengan kehidupan sementara kerana 'selamat dikebumikan' tidak bererti selamat di dalam bumi. Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila yang buta itu bukannya buta mata tetapi buta hati dan yang keras itu bukannya batu tetapi hati.

(artikel : hira' mailing list)
(susun & inisiatif siar : yusrizahir)

1 comments:

yusri zahir said...

hurm...selalu kalau yusri nak tidur..yusri tutup lampu..tapikan jarang sangat yusri rasa kegelapan tu macam kegelapan yusri kat dalam kubur kelak...terukkan?..myb hati ni gelap sangat dah kot.....sapa la yang sanggup tolong yusri yer...=)

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?