-->

Thursday, January 15, 2009

Cara-cara Mengkhusyukkan Solat
Assalamualaikum w.b.t kepada semua. Penulis pada kali ini terdetik di hati untuk berkongsi dengan adik-adik sekalian dan para pelawat laman web ini untuk berkongsi bersama bagaimana kita untuk menumpukan atau mengkhusyukkan solat kita.

Solat merupakan salah satu daripada 5 Rukun Islam dan kita diminta untuk menjaga solat kita kerana Solat itu Tiang Agama. Cara-cara mengkhusyukkan solat ini dipetik daripada buku 'Hidup Bertaqwa' yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus. Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah.

1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.
2. Menjaga makan minum terjamin halalnya.
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan
supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wudhu dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau
doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan suci.
7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia
hambaNya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa
bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam
solat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku' dan sujud.16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan
kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Sekian. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?