-->

Saturday, January 31, 2009

Jambatan Pulau Pinang digredkan semula Ogos ini
PULAU PINANG: Jambatan Pulau Pinang akan digredkan semula kepada kelas C atau D sebaik saja projek pelebaran jambatan itu siap sepenuhnya Ogos ini.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini berkata, penggredan semula itu memberi gambaran bahawa keadaan jambatan itu tidak mudah sesak hanya kerana kemalangan kecil.

Dengan siapnya pelebaran itu, keadaan lalu lintas di jambatan berkenaan akan lebih selesa dan tidak lagi mengalami kesesakan yang teruk seperti sebelumnya, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri di sini.

Beliau berkata, sebelum ini jambatan itu diklasifikasikan sebagai kelas F, iaitu mudah berada dalam keadaan sesak sekiranya berlaku hujan lebat atau kemalangan kecil.

“Insya-Allah, kesesakan Jambatan Pulau Pinang yang selama ini menjadi kebimbangan orang ramai akan menjadi sejarah silam mulai Ogos ini,” katanya.

Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5 km, adalah jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia, dibina pada 1982 dan dibuka tiga tahun kemudian.

Bagaimanapun, berikutan peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan jambatan itu, ia perlu dilebarkan kepada tiga lorong bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

Projek pelebaran lorong ketiga Jambatan Pulau Pinang dimulakan pada Disember 2005 dan pada 23 Januari lalu sebahagian daripada projek itu yang telah siap, mula dibuka kepada lalu lintas bagi menghadapi jumlah kenderaan yang menggunakannya semasa musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Pembukaan lorong ketiga itu membabitkan laluan sepanjang 1 kilometer menghala ke Pulau Pinang dan 700 meter menghala ke Seberang Perai.

Selain itu, Nor Mohamed berkata, mesyuarat hari ini membincangkan mengenai pelbagai isu berkaitan pembangunan ekonomi antaranya memantau pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) di Pulau Pinang.

Katanya, selain itu, mesyuarat juga mengenalpasti isu-isu ekonomi yang timbul dan mengambil langkah mengadakan projek baru yang boleh menjana pendapatan dan peluang pekerjaan kepada penduduk Pulau Pinang.

“Dalam menangani kesan kegawatan ekonomi dunia, kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu bekerjasama rapat untuk memastikan rakyat mendapat bantuan yang sewajarnya,” katanya. - Bernama


copyright: bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?