-->

Tuesday, January 13, 2009

PROSMA,Mini Pavilion Tolak Tanggapan Terhadap PMRAM
Pihak PMRAM telah menghubungi pihak keselamatan Mesir bagi mendapatkan keizinan "tasrih" untuk menyertai misi kemanusiaan seperti yang dilakukan banyak NGO lain terutama di negara kita, demikian dinyatakan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail. "Saya telah menghubungi pihak keselamatan memohon keizinan beberapa kali dari pihak mereka (keselamatan) namun hingga kini tiada jawapan," ulas beliau.

Tambah beliau lagi, walaupun sukar untuk memperolehi jawapan namun pihak PMRAM cuba sedaya upaya. "Kita pergi atas nama kemanusiaan, untuk melihat keadaan di sana serta membantu sedaya yang termampu," jelas beliau lagi. Sementara itu, dengan usaha yang dilakukan PMRAM ini dapat menolak tanggapan suara sesetangah pihak yang masih bertanya sumbangan PMRAM dalam isu Palestin. "PROSMA dan Mini-Pavillion antara projek PMRAM untuk umat Islam Palestin. Namun mungkin ia telah lama dilancarkan menyebabkan sumbangannya tidak menyerlah kerana dua unit ini diwujudkan dan beroperasi sepanjang tahun," jelas Presiden PMRAM lagi. PROSMA atau singkatan kepada Projek Amal Dana Palestin diketuai Ustaz Muhammad Abdul Rahim Kamaruzaman manakala Mini-Pavilion diketuai Ustaz Abdul Moin Abdul Manan. Justeru itu, Presiden PMRAM turut menggesa ahli PMRAM agar sentiasa melayari web rasmi PMRAM dan blog Mini Pavilion.

Sementara itu, PMRAM juga menggesa ahli di semua peringkat memperkasakan kempen memboikot barangan dan produk Yahudi selaras dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh ulama' terkenal, Syeikh Dr.Yusof Al-Qardhawi yang memfatwakan wajib bagi semua umat Islam memboikot produk Yahudi.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?