-->

Monday, February 9, 2009

apa sebenarnya www, ftp irc dll..?
Macam-macam yang boleh anda dapati dalam internet dari yang berguna hinggalah kepada yang tidak berguna bergantung kepada siapa anda..
Internet dari singkatan inter + net diterjemahkan lebih kurang sebagai jaringan lebuhraya maklumat digital. Pada mulaya ia adalah projek ketenteraan amarika semasa perang dingin dengan sovet union (ARPANET). Amarika mahu membuat satu jaringan komunikasi yang tidak boleh dihentikan dengan apa cara sekalipun walaupun berlaku perang nukeliar.

Dengan tamatnya perang dingin dan hilangnya kesatuan uni soviet, amarika mula membuka rangkaian ARPANET menjadi internet kepada akademik, pendidikan, koporat dan masyarakat awam.

Internet merangkumi berbagai-bagai komponen seperti :

(WWW)
World Wide Web adalah bahagian internet yang paling popular sekali. Dilahirkan pada tahun 1989 oleh rakyat British Tim Berners Lee. (Berners-Lee was the main man behind the World Wide Web by inventing its address system). Mula-mula beliau mencipta hyperlink untuk keperluan peribadinya dan juga text base web browser. Bagaimanapun WWW atau lebih dikenali sebagai Internet hanya mula mendapat perhatian pengguna biasa sejak terciptanya web browser bergrafik pertama yang mudah digunakan iaitu Mosaic yang kemudiannya dikenali sebagai NetScape. Moto netscape di awal-awal 90an ialah "internet is Netscape, browsing is navigator".


E-mail
Elektronik mail yang memudah dan mempercepatkan perhubungan berbanding mail biasa.


Ftp
Fail transper protokol. Satu cara untuk bertukar fail dalam internet.


Im
Instant messaging. Adik beradik dengan instant noodles. Mulanya diperkenalkan oleh AOL dengan AIM sekarang mendapat saingan dari MSN, Yahoo! dan PowWow.


Icq
I See You. Dicipta oleh syarikat Mirabillis dari Israel sekitar tahun 1988 dan mendapat sambutan hangat dari pengguna internet seluruh dunia. Kerana populariti icq ini ia menarik perhatian oleh gergasi AOL walaupun AOL sendiri mempunyai AIM lantas membeli syarikat pembuat icq tersebut.


irc
Internet Relay Chat. Komunikasi untuk Ber'chat' terawal dalam internet sebelum diambil alih oleh icq, im, miranda, Mirc, yahoo mesenger dan berbagai lagi yang baru muncul.


Napster
Tak perlu diperkenalkan lagi. Napster dicipta untuk bertukar-tukar file mp3 sesama pengguna napster. Di amarika napster memang terkenal kerana infraskruktur internet yang sesuai. Di malaysia ia tidak berguna melainkan anda bernasib baik atau kaya dapat menggunakan internet jalur lebar. Sementara napster berhadapan dengan kes mahkamah yang belum selesai, pencipta lain yang genius telah mencipta klon ala napster dengan berbagai nama seperti aimster, gnutella, freenet dan sebagainya.


Usenet
Unix User Network. Mempunyai sejarah yang panjang. Usenet awalnya adalah tempat untuk Unix administrator dari universiti-universiti di amarika berbincang sesama mereka menggunakan UUCP. Bila munculnya teknologi NTTP mereka mula mengabungkan usenet dengan internet.


BBS
Buletten Board Service.


BITNET
"Because It's Time NETwork
dan berbagai lagi yang saya terlupa atau tidak lagi digunakan.
Untuk mencapai bahagian-bahagian tersebut dalam internet kita memerlukan software yang bersesuaian. Walaupun web browser moden telah dilengkapkan dengan berbagai fungsi tetapi menggunakan software yang dibuat khas untuk tugas tertentu lebih baik.
Berikut adalah beberapa software internet yang popular.


web
web browser misalnya netscape navigator/communicator, microsoft internet explorer, opera, Mozilla, K-Meleon, Mosaic


usenet
news reader misalnya netscape messenger, ms outlook, agent, Gravity, X-News

e-mail
Terdapat pilihan antara POP3, IMAP4 atau web base mail. Antara software yang popular adalah netscape messenger, ms outlook, eudora, fox mail, pegasus mail, Pine, Cylapso.




0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?