-->

Friday, February 13, 2009

best..esok valentine day..
bismaillah..
apa bestnya dengan valentine day ni...maybe orang yg sedang angau bercinta sahaja yang dapat merasai keseronokan tu..saebab? mungkin disebabkan hari kekasih ni hari di mana si buaya2 akan menunjukkan taringnya apabila kalimat cinta dan sayang dijadikan sandaran. Lantaran membiarkan helaian demi helaian kain yang menyaluti tubuh si gadis membebaskan maruah kepada si buaya lapar ini.


Apa lagi alasan dan sandaran yang dapat diberikan untuk mereka yang menyambut hari kekasih ini ..? sejauh mana?.. percayakah akekasih yang sedang angau ini akan menyambut hari kekasih dengan keluarga masing2 dan kemudian pulang tanpa sentuhan sayang? x mungkin semua itu berlaku kerana kuasa menyambut hari kekasih ini menjerumus kepada maksiat semata2 hatta ingin berkasih, serungkai dengan maknanya couple dalam zaman ini tidak lari dengan kefahaman mereka yang menjadi belangkas setiap kali bertemu. Tidak terpisah anya dengan kematian. Itu janji yang selalu ditaburkan tetapi apa yang terjadi?


Bukan kematian yang menjadi pemutus hubungan mereka tetapi salah seekor belangkas itu yang melarikan diri apabila maruah sudah dikoyak-rabakkan. Hendak kembali pada Allah..malu..hendak kembali kepada keluarga..di sisihkan...lantaran terus membawa maruah yang kotor itu menagih lai kasih dan cinta seekor buaya.


itulah gambaran realiti zaman kini yang berlaku kepada majoriti remaja. Acapkali saya terfikir, saya remaja yang bersama remaja2 ini..di mana mereka semua membawa satu kefahaman yang sengkek mengenai remaja. tatkala diajukan soalan mengenai hidup seorang remaja. Kemana arah tuju dan pembawakan umur mereka..dengan perasaan bangga dan penuh keyakinan, dunia remaja adalah dunia enjoy dan bergembira..itu lah jawapan yang sering saya dengari.


Teringat satu drama komedi yang berjudul puteri. Pada asalnya saya menggemari cerita tersebut kerana jalan cerita yang menarik tetapi perasaan yang kurang menyenangkan selaku seorang remaja berputik apabila slogan yang dilaungkan mencabar diri saya sebagai seorang remaja. Secarik yang saya ingati,kata2 ..'so, kita enjoy!!'. Slogan yang langsung tidak ada dalam kamus seorang muslim..apatah lagi seorang remaja.


Berbalik kepada percintaan akhir zaman. Alhamdulillah, penentangan terhadap sambutan hari kekasih ini kian diterima remaja Islam sebaya saya akan tetapi, apa yang dapat saya ikuti sepanjang saya di Malaysia beberapa tahun sebelum ini, mendapati mereka tidak menyambut hari kekasih dengan nama hari kekasih tetapi dengan cara lain. Pada sandaran kata2, membawa kepada pertemuan sepasang kekasih yang saling meindui. Bukan kerana hari kekasih tetapi mereka saling merindui.


Selalu sahaja kedengaran alasan2 yang mempertahankan bolehnya bercinta dan tidak ada sebab diharamkan untuk bercinta. Kalimah bercinta atidak ada salahnya. Sepasang suami isteri..bercinta...selepas mereka berkahwin.. remaja muslim.. bercinta...hanya diamkan dihati dan sampaikan kepada orang tua..itu kan bercinta...


Rasanya, cukup setakat ini kalam saya. Saya juga ada perasaan ingin bercinta apatah lagi berada di luar negara. Apa yang pasti, kita sama2 pertahankan milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Moga2 asbab kita menjaga hartaNya dengan aik, kita dikurniakan keluarga yang bahagia dan taat kepada suruhannya.
Wassalam..

editor, yusri

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?