-->

Thursday, February 12, 2009

Dakwaan mimpi paderi cetus kemarahan
CANBERRA: Ketua gereja Pentecostal, Paderi Danny Nalliah, mendakwa pernah bermimpi mengenai kebakaran dan berkata ia adalah balasan Tuhan di atas dosa manusia membenarkan pengguguran.

"Saya bermimpi mengenainya 21 Oktober lalu dan terbangun dengan ingatan daripada Tuhan bahawa perlindungannya sudah ditarik balik di Australia terutama di Victoria kerana membenarkan pembunuhan bayi tidak berdosa dalam rahim," kata Nalliah.

Bagaimanapun, kenyataan beliau mengenai kebakaran itu menaikkan kemarahan bekas Menteri Kewangan Australia, Peter Costello, yang berkata: "Mengaitkan kematian dan penderitaan mangsa kebakaran dengan hal politik adalah tidak berhati perut dan salah. Mereka yang menderita memerlukan sokongan dan simpati."

Nalliah berkata, beliau membantu menyelaras bantuan termasuk menyediakan trak untuk mengagihkan pakaian dan makanan serta menderma darah tetapi menegaskan perlu memberitahu 'kebenaran.'

Ditanya oleh akhbar Sydney Morning Herald jika beliau tidak percaya kebanyakan rakyat Australia akan menyifatkan kenyataannya sebagai amat jahat, Nalliah berkata: "Saya mesti memberitahu orang ramai apa yang mereka perlu dengar, bukan apa yang mereka mahu dengar."

Ditanya adakah beliau percaya Tuhan akan membalas dengan membunuh begitu ramai orang, Nalliah sekadar memetik kenyataan dalam Bible yang menjelaskan sesiapa yang menentang Tuhan akan musnah.

Nalliah berkata, beberapa bulan lalu media melaporkan 'saat paling gelap bagi bayi belum lahir' tetapi malangnya rang pengguguran yang diluluskan Parlimen menjadikan ramai menggelar Victoria sebagai 'negeri pembunuh bayi Australia, katanya. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?