-->

Friday, February 6, 2009

Siapa Erdogan di hati aku?

“Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.-ketika sidang akhbar.”

Siapa sebenarnya Erdogan ni yang pantas mengeluarkan kenyataan tersebut dipentas antarabangsa ramai? bukan nak mencemuh..bukan nak memperkecil..inilah wira dikalangan pemimpin Islam zaman sekarang. Aku, bercakap disebalik identiti individu, sangat2 berbangga dengan keberanian yang ditunjukkan. Puas hati yang hadir bukanlah sekadar kata2 tetapi sangat2 memberi makna yang besar.


Lebih aku suka dan puas hati, kata2 itu diungkapkan dipundak hidung tinggi Shimon Peras dan ketika yang menyebutnya ialah Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki ketika ini. Ketika ini World Economic Forum di Switzerland merakam satu sejarah yang luar biasa hebat dari wakil muslim seluruh dunia.


Bagi aku, inilah ungkapan wira muslim zaman ini dikalangan pemimpin yang kita kenali sebagai musuh dalam selimut. benarkan? Sambutan yang sebelum menerima sokongan setiap kita yang tersentuh oleh Tragedi Palestin, telah disambut besar-besaran oleh rakyat Turki yang amat terbakar emosi mereka menyaksikan kekejaman regim Zionis di Gaza. Perasaan yang setanding dengan panasnya jiwa rakyat Turki ketika penghapusan etnik Bosnia Herzegovina oleh Serbia di era 90′an dulu.

Erdogan kini disambut oleh suara muslim sebagai wira yang menjatuhkan pimpinan kuffar hanya dengan kata2 yang benar dan kukuh dihadapan persada rakyat dunia.



Namun…

Tindakan beliau masih disalah ertikan oleh media yang membencikan Islam. dengan mudahnya diwarwarkan disidang media bernada pesimis dan kritik yang sama bahawa tindakan itu sebuah retorik, mencari populariti, menggadai kepentingan Turki malah segala hal yang tidak sepatutnya bersangkutan dirobek dan dikeluarkan dipaparan media untuk melenyek Erdogan.

Apabila pembacaan aku menembusi artikel2 dari akhbar Hurriyet, dan lain2 ketegangan perut dengan kalam2 yang penuh dengan runsur nifaq.Mempersoalkan nasib Turki dengan negara haram zionis dan sebagainya. Semata2 untuk menakutkan rakyat turki lantas membolehkan Erdogan dibuang oleh kemasyarakat mereka.

apa lagi yang boleh akku katakan kalau media Turki sendiri yang bersifat sedemikian. Ada yang menuduh
Erdogan sebagai Crypto-Jew, dalam bahasa kita musang berbulu ayam.Penerbitan buku “Moses’s Children: Tayyip and Emine” tulisan Ergun Poyraz memaksudkan Recep Tayyip Erdogan dan isterinya Emine Erdogan sebagai anak-anak Musa, dengan erti kata mereka ini sebenarnya adalah Yahudi yang bertopengkan segala identiti dari Islamist kepada seorang yang konservatif dalam perkembangan semasa mereka.

apa2pun, dalam fikiran aku ada kegusaran yang membenakkan. Persoalan terlintas sejenak,
apakah kini Turki sudah pro HAMAS?

3 comments:

Anonymous said...

Bagi saya Yahudi itu bermakna dua: etnis dan agama. Kalau Yahudi sebagai agama dengan ideologi zionisnya, mereka patut diperangi. Dan Erdogan telah melakukannya dengan kata-kata pedas. Kalau Yahudi sebagai etnis, kalau mereka tunduk sebagai Muslim, mereka adalah saudara kita.

Turki sekarang, bukan pro Hamas atau siapapun, tapi Pro gerakan Islam! Dan Hamas termasuk di dalamnya. Insya Allah.

Salam dari Indonesia
Choirul Asyhar
http://lintasankatahati.blogspot.com

yusri zahir said...

syukan choirul...saya sependapat..cuma bagi saya..yg saya katakan por-hamas kerana..hamas adalah kuasa islam disana..bagi saya..itu hanyalah kiasan...apa2 pun...kita seperjuangan selagi islam dihati kita..!!

Anonymous said...

salam,bagus2,padan la si ..... minat!haritu dengar dia cakap hebat!laki dia lagi hebat rupanya!tak yah cakap,tulis dalam blog je pemikiran dia.JIKA BERCAKAP ITU DARI PERAK,MAKA DIAM ITU EMAS!KALAM HIKMAH ARABI!

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?