-->

Sunday, May 31, 2009

gadis idaman hati...
Kita pasti gembira bila diri kita menjadi idaman lelaki. Apatah lagi lelaki yang baik dan cerdik. Kita akan jadi lebih gembira apabila kita menjadi idaman masyarakat, negara bahkan agama.


Dan kita tentunya amat gembira apabila kita menjadi wanita idaman kekasih Allah , Rasulullah S.A.W.Kekadang kita terfikir sendiri, bagaimanakah cara utk menjadi seorang wanita idaman sedangkan kita tidak mempunyai kulit seputih kapas, bahkan kita tidaklah secantik purnama.



Prasangka ini hendaklah kita hapuskan dgn kata2 mulia Rasul tercinta : Daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda " sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Dia melihat pada hati-hati kamu"

HATI
Inilah yang plg penting. Hati hendaklah dibersihkan. hati perlu dihidupkan
selalu dengan sentaisa mengingati Allah, kenal akan Allah, yakin dng hakikat yang kita adalah hamba Allah. hati juga hendaklah dihiaskan dengan benih mahmudah dan disucikan dari sampah mazmumah. Tapi kita kena ingat, nak membersihkan hati bukannya mudah. kita kena mujahadah selalu. Apabila hati kita tunduk pada Allah, bersih dari kekotoran maka buah akhlak akan muncul. Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati

LUARAN
kalau kita sudah dpt menutup aurat kita mengikut apa yang Allah tetapkan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, buatlah apa yang patut. Pakaian wanita Islam yang dikehendaki penciptaNya ialah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Telekungnya hendaklah dilabuhkan sehingga ke paras dada. Pakaian itu Alalh dah tetapkan. Dia yang menciptakan kita, tahulah apa yang baik utk ciptaanNya


PEMIKIRAN
Gadis idaman mempunyai pemikiran yang jauh dan besar. dgn kata lain, dia sentaisa berfikir demi kebahagiaan diri dan masyarakat. Cara berfikir pada asasnya hendaklah didasarkan oleh ilmu dan panduan yang betul dan bertunjangkan Al Quran dan Sunnah.
Walaubagaimanapun, pa juga yang kita lakukan sebenarnya bukan untuk mendapat penghargaan danpujaan masyarakat tapi sebagai untuk memenuhi kewajipan kita sebagai hamba Allah yang mendiami bumiNya


Memang nak jadi gadis idaman bukan mudah. tapi kita kena berusaha. Benda yang mahal memang payah nak dapat. Umpama intan dan kaca. mana yang lebih susah nak dapat. mana yang lebih mahal. bahkan kaca digunakan sebagai bekas untuk menyimpan intan. hakikatnya intan jauh lebih mahal dari kaca. Intan jualah yang tetap menjadi idaman.

4 comments:

ummumishkah said...

semua org impikan isteri idaman hati..
kena banyakkan doa.. inshaAllah bertemu dgn permata yang dicari2..

yuszas said...

amin ya rabb ... moga2 ketemu juga ..

Ain::Zai::Ta said...

"kita kena ingat, nak membersihkan hati bukannya mudah. kita kena mujahadah selalu. Apabila hati kita tunduk pada Allah, bersih dari kekotoran maka buah akhlak akan muncul. Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati"

arnamee said...

setuju:)

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?