Sahabatku
Friday, May 29, 2009
bismillah ...
kita seringkali berbicara tentang fikrah dan ideologi yang kita sendiri tidak mengerti sebenarnya. Bukan pengertian pada sudut ideologi dan fikrah yang kita perkatakan tetapi pelaksanaan dan penerimaan antara dua pihak yang saya maksudkan.
Apabila dibawa ketengah isu yang membabitkan pelaksanaan fikrah dan ideologi individu, kita sering melenting apabila fikrah dan ideologi itu tidak serasi dengan keinginan fikrah kita.
Apakah di sini disebabkan kita tidak ikhlas membawa fikrah kita dan sekadar ingin menunjukkan bahawa kita juga mempunyai fikrah dan ideologi yang kuat dalil serta kesempurnaannya. Lantas, kita menutup ruang untuk menerima sebarang fikrah dari luar.
Di sini lah sebab berlakunya perpecahan dan gempak gempita dalam Islam sendiri.Sebagai contoh, kita ada 4 mazhab yang berbeza. Disini bukan kita ketengahkan imam 4 mazhab, mereka tidak brepecah dan berbalah tetapi kita lihat kepada mereka yang taqlid dengan mazhab2 ini.
Ramai yang berpecah belah apabila membincangkan kesesuaian mazhab yang diikuti. Ini bukan satu masalah sebenarnya apabila masing2 menerima pendapat orang lain . Keempat2 mazhab ini bukanlah sesuatu yang pincang dan perlu diperbetulkan tetapi mengapa masih ada kalam2 yang sinis menyatakan sesuatu untuk membuktikan ideologi sendiri adalah yang benar dan yang terbaik manakala 4 mazhab ini ada kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.
Adakah mereka ini menemui jawapan bahawasanya mereka ini adalah yang pertama dan yang benar. Siapa yang saya maksudkan ? wahabi ...
saya selalu menerima ideologi2 dan fahaman2 baru untuk ditapis. Saya tidak terlalu mudah untuk menerima yang taqlid kepada sesuatu pendapat sebelum benar2 menyelidiki. Atas apa yang sy perhatikan, ulama ahli sunnah waljamaah tidak pernah menolak pendapat2 mereka malah ada juga yang diterima pakai sekiranya bersesuaian tetapi apa pula reaksi wahabi ni? tidak ada satu pon pendapat ahli sunnah yang diterima mereka malah mereka ini menolak sekeras2nya.
Saya tidak nampak kewajaran wahabi di dalam Islam hanya tidak berat untuk menyatakan bahawa mereka ini hanya mendatangkan pendapat dan ideologi yang memberatkan umat Islam.
Islam itu mudah malahan ahli sunnah menerima tasawuff bagi mereka yang cintakan Islam dan ingin hati mereka sentiasa mengingati Allah. Fiqh dilunaskan untuk memudahkan umat sejagat berikhtiar dalam melakukan apa-apa sahaja tanpa melanggar syiar.
Tidak ada satu hukum pon yang dibina atas dasar ideologi yang tidak berdalil dan tidak berpanduan. Semuanya dibawah gagasan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kita sebenarnya terlalu ego dalam menerima fikrah dan ideologi orang lain. Semua ini bergantung kepada hati masing2. Dalam diri kita adasegumpal daging. Kalau busuk daging itu, maka rosak la segala2nya . kalau molek daging itu, maka baik la segalanya2nya.
SAya datangkan dalil al-quran diatas untuk sama2 kita renungi di mana letaknya kedudukan hati kita. Adakah hati kita sihat sehinggakan kita xdapat menerima fikrah orang lain lantas mencetuskan pergaduhan dan membawa kepada kepincangan umat? sudah tentu tidak. Hati kita sebenarnya sedang rosak dan kita sedang merosakkannya.
Tatkala umat Islam dipalestin ketika ni menghadapi saat2 yang susah dan menderita, bersedia dan berfikirlah wahai sahabat seumat dan seagama, tinggalkan kepincangan dan masalah umat yang tidak akan berakhir kerana semua perbincangan itu kebanyakannya meniti masalah furu' yang tidak mungkin selesai.
wassalam.
oleh : admin http://akuandnasihat.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
0 comments:
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan