-->

Monday, August 24, 2009

hari ke-4
bismillah ...
hari ni masuk hari ke4 aku berpuasa dan juga seluruh umat islam jejak pelusuk alam . Muhasabah kekuatan dan kelemahan semalam, iaitu sesuatu yang telah lalu sebenarnya adalah perlu dan wajib untuk kita nilai sejauh mana diri kita telah ditarbiah.

samada tarbiah itu terbentuk dari masyarakat sekeliling, diri sendiri ataupon pengalaman pahit manis kehidupan. Bagi kehidupan aku sebagai seorang pelajar Azhar, sudah pasti aku dipandangan sebagai pelajar yang berkaliber. Bukan kerana pencapaian aku tetapi kerana izzah Azhar dan Islam .

Aku hanya aku. yang masih mencari dan menjaringi jalan yang lurus untuk aku lalui . Saat2 kehidupan yang aku turuti dan harungi selalu sahaja bertemu dengan perilaku aku yang mengundang kebencian dan kemarahan Allah swt. kadang2 aku sedar itu satu kesilapan dan aku tetap melakukannya dan kadang2 ia terjadi tanpa aku sedari.

Semalam, ramadhan yang buruk bagiku. Bukan bulan ramadhan itu buruk, tetapi satu hari dalam bulan ramadhan yang paling teruk yang pernah aku lalui dan aku corakkan. Kesilapan yang disengajakan dan penyesalan selalunya berada dihujung fikrah dan kesedaran.

Setiap manusia melakukan dosa dan silap tetapi allah menyukai pelaku dosa yang segera bertaubat diatas kesalahannya. Aku ingin berada didalam kategori itu. Sebesar manapon dosa yang aku pernh lakukan, aku tidak akan kecewa dan berputus asa untuk memohon peampunanNya kerana aku percaya janji2-Nya... aku sangat2 percaya ...

Aku hidup dengan didikan agama yang baik .. dan sekarang aku diletakkan dalam jaringan ilmu agama yang menjadi kiblat ilmu dan tumpuan ulama. aku bukan ulama dan aku takut untuk menjadi ulama kerana tanggungjawab dan taklifan yang sangat2 berat untuk dipikul.

Aku yakin, para ulama yang bertakwa kepada-Nya pasti tidak pernah tuntas menangisi kepayahan dan kesulitan membawa dakwah Islam yang suci ini. Aku yang masih butir2 jagung merasakan sgt pedih dan perit untuk mengikut dan menjejaki langkah2 ulama kerana ulama itu pewaris nabi. Nabi itu hidupnya hanya untuk ummah . hilang segala-galanya kerana pengorbanan untuk Islam dan ummah.

itu yang bakal aku pertaruhkan untuk menjadi seorang ulama namun aku masih tidak bersedia imma rohani imma jasmani. Aku masih lemah. Ilmu yang kurang. Fasik yang sentiasa berdosa dan berdosa. Abid yang lembik sikunya. semua itu mewarisi kegagalan dalam perjuangan menuntut jalan ulama.

Hari ini masuk hari ke 4 puasa. Aku akan cuba yang terbaik. Semoga aku berjaya berpuasa dengan sebenar2 erti puasa. Tidak semata-mata berehat dan menjadi lemah kerana berpuasa. Ikat perut dan teruskan membina sebuah istana.

wassalam.

1 comments:

Anonymous said...

Hello There. I found your blog using msn.
This is a really well written article. I'll make sure to bookmark it and come back to read more of your useful info. Thanks for the post. I'll certainly return.


Also visit my page; best cellulite treatment

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?