-->

Sunday, October 18, 2009

maksiat melukakan iman
bismillah ...
dengan nama allah kumulai bercoret .. dengan nama yang agung ini kuminta agar dijauhi dosa2 dalam perbualan dan penulisan.. membiarkan kalimah2 tersusun tanpa hadaf dan tujuan seringkali menerjah ke lubuk dosa yang tersembunyi.

Kalam kita selalu disulami propaganda nafsu dan haloba yang buta.. membuatkan kita sering jauh dari ukhwah saudara seIslam walaupun secebis cuma. Kita azhari dan azhariah yang memperjuangkan agama Islam yang satu in dibawah panji LAILAHAILLAH yang bertauhidkan Allah yang satu namun sejauh mana penghayatan kita kearah membentuk diri sendiri, sebagai peribadi yang berakhlak . Bukan semata-mata untuk tatapan dan ikutan masyarakat, tetapi keperibadian itu semata-mata ikhlas kerana Allah.

Ikhlas...? dari kontek dan ruang lingkup apakah yang kita lihat. Azhari dan azhariah tidak mungkin melunaskan didalam pemikiran masing2 seperti pemikiran masyarakat umum diluar sana yang rata-rata menerima ilmu dan suapan maklumat secara total. Majoritinya menerima seratus peratus dan itu mungkin pemikiran dulu. Kini, masyarat sudah dibenihkan dengan pemikiran bebas yang dibajai oleh sokongan sisters in Islam secara khususnya.

Kita ... pelajar yag menongkat peribadi di Universiti yang telah melahirkan jutaan ulama, mengapa kita masih menganggap ikhlas itu perlu menunggu masa untuk dilahirkan. Masyarakat kini telah menempuh satu fahaman yang songsang mengatakan bahawa sesuatu amalan dan suruhan perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas lantas sehingga umur dihujung tanduk, ikhlas itu masih tidak diketemui. Lihat, sewajar manakah ikhlas itu perlu ditunggu hingga lahir dilubuk hati?

mari sini kita bersembang2 ... ikhlas itu lahir dari hati . Dimana .. hati itu perlu dipupuk. Semakin berat sesuatu perkara yang baik itu ingin dilakukan semakin tinggi kebaikan yang kia perolehi. ingat!! Ikhlas itu nikmat yang sangat agung. Satu kurniaan yang tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Jadi, tidak mustahil untuk Allah menyusahkan hamba-Nya sedikit untuk memperolehi nikmat ini. Berbaloi selayaknya...

Kalam akhir , amal yang kita lakukan tanpa harapan agar dipuji dan tanpa keinginan untuk diungkit semula adalah ikhlas yang dicari sebenarnya. Koreksi diri sendiri, adakah amalan dan perbuatan kita sentiasa ingin dipuji dan adakah kita selalu mengungkit-ungkit...?

ikhlas itu besar nikmatnya .... wassalam..

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?