-->

Monday, January 11, 2010

Saya bahagia jika tidak lagi dilantik Mursyidul Am: Nik Aziz

2010/03/27 - berita harian

KOTA BHARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan merasa bahagia jika tidak lagi dilantik sebagai Mursyidul Am Pas.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dalam Pas terdapat ramai calon yang layak untuk menggantikannya dan bukan hanya diri beliau sahaja yang layak.
Malah, beliau mengakui rekod kehadirannya bagi program di luar Kelantan termasuk mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas tidak memuaskan dan lebih banyak diwakilkan kepada Timbalannya, Datuk Dr Harun Din. "Rekod kehadiran saya memang buruk dan mungkin barangkali timbullah...lebih baik ambil orang yang sihat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Nik Aziz diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa beliau dijangka tidak akan dikekalkan sebagai Mursyidul Am Pas untuk tempoh lima tahun lagi yang keputusan mengenainya akan dibuat Majlis Syura pada Isnin ini.

Ditanya jika beliau terus dipilih, Nik Aziz berkata: "Jika dilantik lagi, ambo (saya) terima, tetapi itulah saya payah nak hadir mesyuarat."

Beliau turut menyambut baik saranan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, supaya ditukar prinsip pertama Rukun Negara iaitu "Kepercayaan Kepada Tuhan" kepada "Kepercayaan Kepada Allah".
Katanya, perkataan Allah lebih jelas maksudnya.

"Semua agama guna Tuhan dan Allah itulah Tuhan yang sebenar," katanya.

Mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin, bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, beliau berkata Zulkifli wajar membuat laporan kepada polis dan bukan sekadar membuat pendedahan.

"Kalau saya tahu perkara macam itu, saya akan buat laporan polis dan serah sahaja kepada polis untuk menyiasatnya," katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?