-->

Friday, April 2, 2010

penat .... kenapa?
penatnya hari ni...
tp xpasti la penat kenapa? samada penat otak atau penat badan... rasa mcm penat dua2... kadang2, teringat juga maksiat yang aku lakukan dan menginsafi tetapi aku betul2 tidak berpuas hati dengan diri aku. Bukan setakat setahun dua kebelakangan ni tetapi dah lama aku rasa x puas hati. Kalau dalam sebulan tu, mesti ada seminggu dua aku akan terfikir maksiat yang aku lakukan dan menginsafinya tetapi xpernah pulak aku cuba mengerakkan anggota aku untuk bermunajat.


Rasanya...sejak aku habis sekolah menengah, aku x pernah lg bangun di satu pertiga malam. tapi kenapa jadi mcm tu....bila difikirkan, semuanya bermula dari perhubungan yang tidak dikawal.

Perhubungan yang mcm mana? hurm, bukanlah sampai perhubungan seperti zina dan lain2, tetapi hubungan laki perempuan yang tidak bersebab. Sebelum aku xpasti kenapa susah untuk aku berubah dan istiqamah menadah tangan berdoa. Semakin jauh umurku meninggalkan aku, semakin banyak yang aku fikirkan.

Ramai yang mempertahankan bahawa berkawan dengan berlainan jenis itu tidak salah dan bukanlah itu salah satu jalan kearab zina. la taqrabuzzina .... apa2 pon, aku berfikir..atas sebab apa perlu berkawan dengan perempuan (sbb aku lelaki) ..?

Kalau ada sebab yang munasabah, aku langsung tidak membantah tetapi selalunya ramai yang meletakkan alasan yang munasabah tapi mengingkari alasan itu. Ada yang beralasan, berkawan untuk belajar...tapi perlu ke duduk dekat2 untuk belajar ataupun duduk berdua2an untuk belajar? Siapa ye yang boleh belajar ..lelaki dan perempuan.. tanpa menyentuh isu peribadi..? conthnya. bertanya hal2 yang sgt peribadi...

Mesti xdak sesiapa yang boleh bagi jaminan kan?

so...ada ke lagi alasan yang munasabah...? aku selalu menghormati pimpinan...tetapi ada juga yang membuatkan aku hilang hormat pada pimpinan... hurm, sekadar renungan... bila berada di barisan pimpinan, landasan kita terbuka lebih luas untuk mengenali kaum berlawanan... tidak mustahil dan sudahpon berlaku situasi di mana percampuran yang sebenarnya diatas landasan bekerja dan bermesyuarah menjadi satu medan kenal-mengenal..

sampaikan, aku pernah mendengar perbualan yang langsung tiada kena-mengena dengan kerja disertai helai tawa...tidak menuding kepada orang lain, cukup kepada aku...

bermula dari situasi2 tersebut, aku bersa takut untuk berada dibarisan pimpinan selagi mana aku sendiri tidak mampu memimpin diri dan dan nafsu aku. Selagimana diri sendiri tidak mampu memimpin nafsu, janganlah ghairah sangat ingin memimpin... walaupun medan kepimpinan merupakan satu wadah untuk berdakwah...

Apa yang aku tulis sebenarnya utuk menjawab apa yang aku soalkan sendiri. tidak ada kena mengena dengan sesiapa.. kalau ada yang setuju, terima kasih.. kalau ada yang tidak setuju, apa berlapang dada.. sebab fikiran kita berkembang seiring dengan persekitaran...

katak dibawah tempurung ...? hurm, agak2...ada ke katak yang boleh melompat lebih tinggi dari tempurungnya yang tidak pernah dia keluar..? fikir2kan....

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?