-->

Saturday, August 11, 2007

angin mesir yang berbisik
Assalamualaikum.....

kalam moden ini berbicara pada bait-bait keluhan seorang perantau...detik hari ana rasa hati ana ada sedikit kebimbangan...entah pada apa..dan pada siapa....ana cuba meredakan segalanya tapi mungkin kerana langkah ana dibumi anbiya' ini mengawal hti ana agr terus berhati2......

2 hari berturut2 ana melabuhkan jemari kaki ana dibumi mesir membelah debu asyir ke saabi'...pandangan kasar hanya melihat kelompok masyarakat yang sedang berbai'ah berulitkan hon kenderaan yang membuta-tuli..


Melihat pada gerak kenderaan, hanya tertafsir suasana jalan yang sesak dengan pemandu yang tidak berhemah...

melihat pula pada wanitanya...ayu dan manis bertudung...tidak mengambil kisah gangguan lelaki yang memikat...hanya terungkap dihati, bi'ah solehah yang syadid...

melihat pula pada bai'ah mereka....cekap berbaiah dan jujur pada kata2...


Alangkah indahnya kalau apa yang ana lihat itu benar...hari kedua ana berjalan....melihat keindahan asyir hingga saabi'....beduyun2 kereta berhenti...keadaan jalanraya sesak seketika...disini terhijab seketika segala husnuzon ana pada mereka...yang sebelah pihak enggan bertolak ansur yang seorang lagi menafikan hak lawannya...ana duduk sebentar sambil melihat pergaduhan itu...



Sejenak ana terfikir...apa hikmah yang Allah datangkan kepada kita melalui masyarakat ini...dihitung tolak...hijab pada hikmah suci itu terselak seketika..namun saat itu bermakna apabila hikmah-Nya menyedarkan ana...

andaikata kita berada dinegara sendiri...tidak ada pergaduhan setiap masa...perjalanan kita dikawal robot (traffic light)...masa kita dijajah 'masa'..kita melihat diri kita bebas sepenuhnya tapi kita masih dalam keadaan yang buta bahawa kita masih dijajah oleh kehidupan moden...


di bumi anbiya' ini sebenarnya medan kehidupan....memandu dan menunggang tanpa kawalan..namun perlanggaran tidak berlaku sekerap di negara kita walaupun disini tidak ada lampu isyarat...dan perselisihan tidak seteruk pembunuhan kerana pertengkaran mereka beralaskan hak mereka dan bukan menegakkan benang yang basah...



ana nak bawa sahabat2 sekalian melihat pada tafakkur dan tawadduknya mereka berbanding kita....

pernahkah kita berada ditengah jalan...pemisah antara 2 lorong..menghamparkan sejadah dan mendirikan solat disitu?.....

pernahkah kita membaca al-Quran disebelah kafir?...

pernahkah kita bersyarah pada eorang kafir dan disitu tidak ada pergaduhan?...

mungkin kita katakan mesir sebuah negara Islam dan pemerintahannya ...pemerintahan Islam....tapi bagaimana dengan negara kita?...bukankah majoritimya muslim..?

Disini...ana sangat2 terkilan dengan remaja kita yang kian hanyut pada lintasan masa yang buta...moden pada mata yang celik sehingga membutakan hati yang soleh....ana selesa di Mesir walaupun ana tidak dapat memahami dengan tepat kalam2 mereka namun ana melihat kejujuran dihati mereka.....mungkin sesetenah mereka adalah penipu, pencuri, dan sebagainya...tapi apa BEZANYA DENGAN NEGARA KITA??

sahabat sekalian...bandingkan la..

penipu mereka dikalangan rakyat....
tapi penipu kita dikalangan pemimpin....



ulama' mereka bangun kerana syariat...
ulama' kita bangun kerana duit...



ibubapa mereka membela anak2 mereka...memarahi sesiapa saja yang cuba mengganggu anak2 mereka...
namun berapa banyak ibubapa 'kita' yang mengajak anak2 berkawan bebas ....kononnya zaman moden pemikiran juga mesti moden...



sahabat2 sekalian...jangan salah tafsir pula pendapat ana disini....ana cuba mahu sahabat berfikir....siapa ulama' masa depan?..siapa ibubapa masa depan?...siapa masyarakat masa depan..jika bukan kita sendiri....bukan ORANG LAIN...TAPI ANDA YANG SEDANG MEMBACA KALAM INI....!!

jangan melihat dengan satu mata...jangan menafsir dengan satu otak...jangan menghitung dengan satu roh...berfikir yang positif dan kaitkan pada diri sendiri....diri ana juga lemah..sangat2 lemah...tapi ana cuba menyahut kalam rasul kita....
"sampaikanlah walau satu ayat.."(kalau salah tolong betulkan)


ana mencari jawapan untuk mengenali diri ana...tiada siapa yang dapat memberikan nasihat secara hikmah...ingin ana ingatkan...nasihat yang disilihganti dengan teriakan tidak akan dapat menyentuh hati makhluk yang bernama manusia...tegurlah..nasihatlah secara lemah-lembut dan berhikmah...ikut rasul kita....sesungguhnya kita insan yang x berdaya...


akhirulkalam...ana memohon diri melangkah pergi menyuci hati yang kotor ini...ayuh sahabat...dunia memerlukan kita....
Islam memerlukan kita...
Masyarakat memerlukan kita...

Andai kita gugur pada kalam nafsu dan syahwat...pasti Islam itu runtuh dan kita pasti hancur...!!!

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?