-->

Thursday, August 9, 2007

Hikayat Katak Bawah Purung Nyiur Part 2
Setelah Mak Katak dan Ayah Katak serta anak2nya letih memanggil hujan agar turun, maka tergoleklah mereka anak beranak keletihan. Hujan masih belum turun. Maka datanglah seekor lembu di tempat katak-katak itu tergolek. Berkatalah lembu kepada katak-katak tersebut.

Lembu : Awat hang ni memekak pagi-pagi buta ni ?

Ayah Katak : Kami panggil hujan biar turun. Sebab itu kami berdengkang. Tapi hujan tak turun jugak.

Lembu : ( Dalam hati : Kena bagitau Dewan Bahasa & Pustaka untuk ubah peribahasa ; dari Bodoh macam lembu kepada Bodoh macam katak yang hidup bawah purung nyiur ). Kau ni tak tengok berita NTV7 jam 8 malam ke ?

Ayah Katak : Ada apa dalam berita NTV7 ?

Lembu : Apara kau ni. Kat berita NTV7 kan ada Laporan Cuaca, menurut Laporan Cuaca, sekarang musim kemarau dan akan berlanjutan sehingga hujung bulan Mac. Kalu kau pakai speaker & Woofer untuk panggil hujan, memang takkan turun. Elok kau anak beranak DOKDIAMJER, dari memekak pagi-pagi buta ni berdengkang anak beranak. Menggangu ketenteraman orang. Tu kan dosa.

Terkebil-kebil anak katak mendengar leteran Lembu. Mereka merenung ke wajah Ayah KaTak & Mak KaTak. Anak-anak KaTak semakin bingung. Selama ini mereka menganggap Ayah KaTak lah makhluk yang palim alim dan berilmu. Mereka diajar oleh Ayak KaTak bahawa dengan mendengkang dan membuat bising, hujan akan turun. Ternyata ajaran yang dibawa oleh Ayah KaTak semakin terserlah kepalsuan dan pendustaannya. Ayah KaTak terasa bahawa anak-anaknya semakin hilang kepercayaan kepada dirinya. Dengan segera kepala otak penipu Ayah KaTak berpusing ligat mencari idea untuk cover kebodohan dan kejumudannya.

Ayah Katak : Apa pulak dosa ? Aku panggil hujan biar senang hujan turun. Ni kan musim kemarau. Dapat pahala wei kalau hujan turun. Ini amal kebajikan. Kan Allah suruh kita berusaha. Ini salah satu usaha untuk panggil hujan turun. Dengan berdengkang, buat bising, nanti guruh berbunyi, hujan turunlah.

Kata-kata Ayah Katak mempertahankan hujjahnya. Kembang lubang hidung dia dengan hujjah2 bodohnya. Sekali imbas, dia menjeling kepada anak2 Katak untuk melihat reaksi anak-anak katak. Diharapnya anak-anak katak akan berbangga dengan jawapannya. Tetapi anak Katak semakin nampak konpius. Berkatalah anak-anak Katak kepada Ayah Katak.

Anak Katak : Daddy, daddy. Tadi Daddy kata dengan buat bising panggil hujan agar makhluk lain tak boleh nikmati keindahan alam, biar makhluk semua duduk dalam rumah. Sekarang Daddy kata, panggil hujan supaya boleh bantu orang di musim kemarau. Yang mana satu Daddy punya stetmen yang sebenar ?

Tersipu-sipu Ayah Katak dengan pertanyaan anak-anak Katak yang semakin konpius dengannya. Lembu melihat gelagat Katak anak beranak sambil menggelengkan kepala.. Ya Salaaaaammmm. Ada juga Ayak Katak yang nak menyesatkan anak-anak Katak. Kata Lembu dalam hati.

Lembu : Anak-anak Katak sekelian. Kalau musim kemarau, hendak hujan bukan dengan cara buat bising. Islam mengajar kita untuk buat solat sunat Istisqa untuk minta hujan kepada Allah. Bukan dengan membuat bising mengganggu ketenteraman masyarakat. Silap-silap dapat dosa.

Makin tercenganglah anak-anak Katak. Makin terkebil-kebil anak katak mendengar leteran Lembu. Mereka merenung ke wajah Ayah KaTak & Mak KaTak. Anak-anak KaTak semakin bingung. Selama ini mereka menganggap Ayah KaTak lah makhluk yang paling alim dan berilmu. Mereka diajar oleh Ayak KaTak bahawa dengan mendengkang dan membuat bising, hujan akan turun. Ternyata ajaran yang dibawa oleh Ayah KaTak semakin terserlah kepalsuan dan pendustaannya. Leteran Lembu juga membuka minda anak-anak Katak, betapa tidak berprinsipnya Ayah Katak. Sekejap disuruh panggil hujan agar orang tak boleh nikmati keindahan alam. Kejap disuruh panggil hujan kononnya untuk bantu orang musim kemarau. Anak-anak Katak tertanya-tanya.

Anak Katak : Daddy, daddy. Kita ni spesis katak atau biawak ?

Ayah Katak : Kenapa kau tanya macam tu ?

Anak Katak : Nak kata kita ni dari spesis Katak, tapi cara hujjah Daddy tak konsisten, macam biawak, lidah bercabang. Katak lidah panjang tak bercabang sebab itu kita pandai menggosip. Biawak lidah bercabang sebab itu boleh putar kata-kata.

Ayah KaTak terasa bahawa anak-anaknya semakin hilang kepercayaan kepada dirinya. Dengan segera kepala otak penipu Ayah KaTak berpusing ligat. Berkatalah Ayah Katak.

Ayah Katak : Kita ini spesis Katak yang berfikiran Global. (Ayah Katak menyebut dengan bangganya ). Hidup kita amat global. Tidak ada yang lebih global melainkan purung nyiur milik kita. Kita ini darah ulamak Imam Al Katalk al Tempurungi. Ada disebut dalam kitab. Daddy ada baca. Bila bunyi bising macam guruh berdentum, hujan akan turun. kau orang tunggu sini. Daddy pergi cari Kitab.

Maka melompat-lompatlah Katak tersebut merentasi benua. Dari Malasia ke UK. Sampai di UK dia lompat ke Mesir dari mesir lompat ke Yaman. Dari Yaman dia melompat ke Mesir. Semata-mata nak cari bantuan untuk menyembunyikan kesilapan dan kejumudan dia. Malangnya disebabkan Ayah Katak merupakan sekor katak yang eksen, takbur, pandangan sempit dan suka mengeluarkan tuduhan tak berasas, tak adalah bantuan yang ingin dihulurkan kepadanya. Ayah Katalk amat kecewa dengan makhluk yag dianggap mampu membantu sebaliknya tak mahu membantu. Akhirnya dia berkata kepada diri dia , "Mereka ini semua mengkhianati aku sebab tak mahu membantu aku". Maka tidak ada jalan lain terpaksalah Ayah Katak melompat ke Batu Caves dan bertemu dengan Tok Sami Hindu.

Ayah Katak : Aiyoo yooo Sami, saya ada banyak besar problem

Tok Sami : Apa engkau punya problem ?

Ayah Katak pun menceritakan masalah dia. Demi membantu Ayah Katak meneruskan perjuangannya yang sesat, maka Sami Hindu itupun memberikan beberapa petua dan sebuah Kitab Hindu. Maka kembalilah Ayah Katak melompat balik menemui anak-anaknya dan lembu.

Ayah Katak : Hah cuba tengok sini. Dalam kitab ini ada tulis " Bila guruh berdentum, hujan pun turun ". Inilah yang kita buat. Kita berdengkang, biar bunyi bising macam guruh, hujan pun akan turun. (Kata Ayah Katak dengan nada auta temberangnya)

Lembu : Wei Ayah Katak, itu bukan kitab AL Quran lah, Itu Kitab Hindu dari chapter Gujerat. Awatlah hang ni. Untuk tunjukkan diri betul, sanggup lihat anak-anak sesat.

Terus Lembu bagi flying kick kepada Ayah Katak. Maka tergolek ANJINGlah si Ayah Katak.


Pengajaran

1. Kalau kita sedar kita tiada ilmu, maka menuntutlah ilmu dahulu. Baru senang kita tahu sama ada apa perbuatan kita benar atau salah, serta kita dapat memberikan jawapan kepada masyarakat apabila ditanya. Tak perlu kita menggelabah mencari jawapan apabila ditanya yang hanya menampakkan kebodohan, kejumudan dan tidak berprinsipnya individu tersebut. Nampak sangat ilmu & kenyataan yang dibuat TIDAK berasaskan ilmu tapi berasaskan nafsu. Seperti Katak yang kelam-kabut melompat dari UK ke Mesir lepas tu ke Yaman lepas tu ke Malaysia untuk mencari jawapan.

2. Tidak hina mengaku kesalahan dan memohon maaf. Tetapi kehinaan kepada mereka yang sedar buat silap tetapi masih cuba menegakkan benang yang basah. Seperti Katak yang sedar dia bagi informasi salah kepada anak-anak dia, tapi masih tidak mengaku salah malah sanggup berusaha menyesatkan anak-anak dia.

3. Dalam membuat stetmen, kenalah ada sandaran asas dan ilmu. Barulah kewibawaan terserlah. Barulah stetmen tidak berlaga antara satu dengan lain macam Hindu Paria.Barulah hidup berprinsip. Orang yang tidak berwibawa dan tidak berprinsip sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin. Seperti Katak yang mengeluarkan stetmen yang bercanggah antara satu sama lain.

4. Dalam memimpin dan mendidik, hendaklah dengan ikhlas. Jangan sampai jadi macam Ayah KaTalk, berlagak pemimpin dan berlagak alim, agar anak-anak hormat kepadanya walau pada hakikatnya Ayah KaTalk spesis makhluk yang jahil, jumud dan takbur.

5. Kalau kita minta bantuan kepada seseorang yang berilmu, tetapi orang tersebut tidak bantu kita, JANGANLAH kita tuduh orang itu sebagai pengkhianat. Orang berilmu, nak tolong orang dia tengok juga. Kalau tolong untuk buat maksiat dan menyesatkan orang, orang yang yakin dan beriman tak akan membantu. Janganlah disebabkan sifat munafik, maka kita tuduh orang yang beriman pengkhianat.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?