-->

Thursday, August 9, 2007

Hikayat KaTalk Bawah Purung Nyiur Part 3 : Kuliah Exclusive & Maksiat Exclusive
Setelah Ayah Katak tergolek dog kena flycing kick lembu , terpelantinglah Katak dan jatuh berhampiran tempat pengajian yang dikendalikan oleh Sang Kancil. Terkejut Sang Kancil apabila melihat Ayah Katak jatuh berhampiran tempat dia memberi syarahan. DUSYUMMMMM.

Sang Kancil : Katak ooo Katak. Apasal kau jatuh macam nangka busuk ni ?

Ayah Katak pun menceritakan riwayat hidupnya dari lepas menetas di bawah purung nyiur sehinggalah dia di flying kick oleh Lembu dan landing berhampiran tempat pengajian Sang Kancil untuk mendapatkan simpati Sang Kancil agar menyokong pemikirannya yang jumud setaro purung nyiur itu, serta mengharapkan Sang Kancil akan menyokong perbuatan salah dan mungkar yang diajarkan kepada anak-anak Katak.

Ayah Katak : Aku dah cerita sumo yang aku alami. Lelah dah aku lompat dari UK ke Mesir. Dari Mesir ke Yaman. Dari Yaman ke Mesir semula. Tapi member yang aku harap bantu aku, tak mahu nak bantu aku. Mereka tu sumo pengkhianat. Aku telah dikhianati. Nanti aku nak cerita mengapa aku kena khianat kepada anak-anak angkat aku. Anak-anak angkat aku ramai. Dari New Zealand, Malasia, Singapor, Mesir, UK ada belaka. Semua awek-awek cun.

Sang Kancil : Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Kalau nak masuk syurga, buat perkara halal dan jauhkan yang haram. Kepada yang ingin masuk ke syurga, ambillah yang halal dan jauhi yang haram. Kepada yang gunakan agama untuk kesesatan seperti ajaran-ajaran sesat yang ada di dunia. Bila mati nanti, akan masuk neraka. Saya tak mahu masuk neraka. Saya nak masuk syurga. Saya yakin, mereka tak nak bantu Ayah Katak bukan sebab mereka pengkhianat, tetapi mereka tak mahu masuk neraka. Ayah Katak yang khianat sebenarnya. Saya tak akan sokong perbuatan Ayah Katak yang sia-sia dan berdosa. Tetapi saya nak ajak Ayah Katak untuk sama-sama belajar dan menuntut ilmu. Baru kita tahu & sedar kita banyak kelemahan, banyak buat dosa. Silalah datang ke sekolah saya bersama keluarga Katak. Kita sama-sama belajar. Sama-sama beramal. Sama-sama baiki diri

Kata Sang Kancil menjawab undangan Ayah Katak dengan menawarkan perkhidmatan dakwah di tempat pengajiannya.

Ayah Katak : Aloh wei sekolah awak tak ramai kalau banding dengan purung nyiur aku. Purung nyiur aku ada 50 murid. Sekolah awak, boleh kira dengan jari bilangan anak muridnya. Ini tanda sekolah awak ni jahat. Purung nyiur aku lebih RAMAI.

Herdik Ayah Katak kepada Sang Kancil dengan nada sombong dan takbur. Dah kena flying kick dengan lembu pun, nak tunjuk gong & eksen. Memang betullah tak sedar diri.

Sang Kancil : Alhamdulillah. Walau tak ramai, semua bersama-sama belajar. Bersama-sama beramal. Bersama-sama baiki diri. Kena ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. Biasanya yang berbangga dengan ilmu ialah orang bodoh. Mereka sangka mereka paling pandai, maka senang mereka label sekolah orang jahat. Ini resmi lalang. Walau tegak berdiri mendongak langit, isinya hampa. Hanya layak jadi makanan lembu. Tak ada ilmu tapi cakap besar dan berlagak pandai. Kebenaran itu tidak diukur dengan ramainya ahli. Apa guna ahli yang ramai tapi majoriti sukakan maksiat dari makrufat ? Lebih baik sedikit tapi bersama-sama kerjasama dalam membaiki diri.

Ayah Katak masih tidak berpuas hati dengan jawapan Sang Kancil. Dia nak juga probok Sang Kancil dan mengatakan Purung Nyiur dia lah yang paling harum dan besar walaupun dia sedar, aroma di bawah purung nyiurnya tak ada beza dengan bau bangkai katak.

Ayah Katak : Sekolah kau ada kuliah EXCLUSIVE. Purung nyiur aku yang KELAM itu pun ada kuliah exclusive. Bukan kau saja tau buat kuliah exclusive. Slot kuliah exclusive di purung nyiur aku ada 21 kuliah. Lebih banyak dari sekolah engkau. Engkau WAJIB tutup sekolah engkau dan masuk belajar di purung nyiur aku.

Sang Kancil : Dengan 7 kuliah, alhamdulillah kuliah di sekolah saya tersusun dan istikamah. Tak guna ada banyak kuliah tapi tak tersusun. Kalau buat kuliah untuk isi masa kosong, tak ada beza dengan tak buat kuliah. Yang paling penting kena ingat, di purung nyiur awak yang Kelam itu bukan sahaja ada kuliah exclusive, tetapi ada juga MAKSIAT EXCLUSIVE. Sebab itulah saya tak nak subahat dengan awak yg jadi pemimpin purung nyiur. Yang nak belajar masuk ke purung nyiur Kelam, akhirnya disesatkan oleh awak dan anak-anak awak dengan maksiat exclusive. Inilah kelemahan sekolah saya berbanding purung nyiur awak. Sekolah saya tak berani mempermainkan agama, sedangkan purung nyiur awak berani mempermainkan agama. Kalau rasa boleh masuk syurga dengan ajaran awak, teruskanlah. Saya nak tumpukan perhatian kepada sekolah saya, agar kami sama-sama baiki diri, kurangkan dosa dan satu sekolah menjadi contoh teladan dalam beragama.

Ayah Katak terdiam dan mati kutu. Tak tahu nak jawab apa. ....... Melainkan mata semakin terbeliak dengan rasa hasad dengki dan takbur. Sang Kancil pun meneruskan mengajar anak-anak muridnya tanpa menghiraukan probok Ayah Katak. Sang Kancil mengajar anak-anak muridnya.

Sang Kancil : Anak murid sekelian. Kalau kita diajak berhujjah oleh makhluk yang bersifat munafik. Jangan bazirkan masa. Biarkan makhluk tersebut melalak dan melolong sendiri. Kita tumpukan kerja kita untuk baiki diri dan baiki masyarakat. Itu lebih utama dari melayan makhluk yang jelas tak mahu tunduk kepada kebenaran.

Mereka pun meneruskan pengajian.

Tinggallah Ayah Katak keseorangan. Ehhhhhh silap lagi. Tinggallah Ayah Katak keSEEKORan. Tak ada sahabat, tak ada rakan. Yang ada hanyalah sifat ego, sombong, takbur.

Pengajaran :

a. Orang yang bersifat munafik, mereka tidak akan senang dengan hasil usaha orang ke arah kebaikan. Seperti KaTalk yang tak pernah senang dengan usaha Sang Kancil menyampaikan ilmu.

b. Orang yang hasad dengki, tidak akan mengakui kesilapan diri sendiri walau kebenaran jelas didepan mata . Seperti Katalk yang tahu kebenaran ilmu dari sekolah Sang kancil tetapi masih mengatakan sekolah Sang Kancil WAJIB ditutup.

c. Sifat orang munafik suka memprobok orang yang mukmin agar orang mukmin lalai. Bila orang mukmin lalai, masa mereka untuk mendidik orang lain dibazirkan. Seeloknya jangan dilayan provokasi orang munafik seperti Sang Kancil malas melayan provokasi Katalk. Sebaliknya menumpukan masa mendidik murid-murid walaupun sedar orang munafik akan terus membuat provokasi.

d. Memekakkan telinga dari provokasi orang munafik serta menumpukan perhatian dalam mendidik diri dan masyarakat lebih utama dari melayan provokasi orang munafik.

Hahahahahahahaha

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?