-->

Wednesday, August 29, 2007

Percaturan Musuh Islam Di Palestin
Apa yang berlaku di bumi Palestin, pertelingkahan antara HAMAS dan FATAH adalah percaturan politik
antara Amerika, Israel dan individu di dalam gerakan FATAH. Pembubaran kerajaan campuran Palestin, pemecatan Ismael Haniyah sebagai perdana menteri Palestin dan pengistiharan kerajaan darurat oleh Mahmoud Abbas merupakan kehendak Amerika, untuk kepentingan Israel dan individu-individu dalam FATAH di bumi umat Islam Palestin.

Pada 14/6/2007, akhbar Jerman, Youngjavalit telah mendedahkan satu laporan seorang penganalisis politik Volv Renhart yang menjelaskan bahawa Jabatan Presiden Amerika George W Bush telah lama merancang bagi meletupkan suasana dalaman Palestin dan membuat rancangan kerjasama dengan individu-individu yang menyokongnya dalam gerakan FATAH untuk melancarkan serangan secara fizikal terhadap pimpinan ketenteraan HAMAS. Perkara ini telah diberitahu secara terang-terangan oleh General Keith Daytone pegawai perhubungan Ketenteraan Amerika yang menetap di Tel Aviv di dalam satu sidang yang diadakan oleh Lajnah Timur Tengah di Kongres Amerika pada akhir Mei lalu. Mengikut General Dayton, pengaruh Amerika amat kuat dalam semua kumpulan dalam gerakan FATAH. Beliau menyebut Kementerian Pertahanan Amerika dan CIA memberikan apa sahaja kepada sekutu Amerika dan Israel dalam gerakan FATAH. Sebagaimana Pihak Keamanan Dan Ketenteraan di bawah presiden Palestin dilengkapkan dengan peralatan senjata untuk menyerang HAMAS. Pihak Kongres Amerika tidak teragak-agak untuk memberi dana sebanyak Euro 59 juta bagi melatih pasukan keamanan dan menyiapkan mereka untuk berperang dengan HAMAS.

Penganalisis politik itu menambah, Pasukan bantuan Amerika dan Israel dalam gerakan FATAH gagal walaupun pelbagai bantuan telah diberikan kepada mereka untuk memecah belahkan HAMAS. Ini menolak pihak CIA mengambil pengalaman mereka sebelum ini di Republik Salvador dan diterapkan ke dalam FATAH dengan membentuk satu pasukan yang dinamakan “Pasukan Maut” untuk membunuh pimpinan dan tentera HAMAS. Dalam noktah ini Renhart berkata di sana terdapat banyak hubungan antara Pasukan Maut, Pasukan Keamanan Presiden Palestin dan penasihat Keamanan Mahmoud Dahlan. Mengutip ucapan Pakar Perancang Politik Dari Universiti Israel, Dr. Haija Yao Majartan bahawa Dahlan telah di tugaskan oleh CIA bagi pihak Amerika untuk melaksanakan agenda tertentu iaitu menghancurkan pejuang yang menentang Isarel di dalam dan di luar gerakan HAMAS.

Pada 10 Januari lepas, Ismael Haniyyah Perdana Menteri Palestin telah menghantar sepucuk
surat kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas(Abu Mazin) yang berbunyi:
Sebaik-baik penghargaan kami untuk kamu dan kami memohon kepada Allah taufiq dan keteguhan bagi kamu. Sesungguhnya telah lengkap beberapa maklumat dalam beberapa hari akhir ini menunjukkan perancangan yang bermotifkan mahu melakukan pengulingan terhadap kerajaan yang sah dan kerajaan pilihan secara demokrasi oleh rakyat Palestin. Mungkin ringkasan maklumat-maklumat tersebut seperti berikut:

1- Memasukkan sejumlah yang besar senjata-senjata bagi menjaga kepentingan keamanan presiden dari beberapa pihak luar dengan pengetahuan dan kebenaran Amerika dan Israel”.
2- Membentuk kekuatan tentera khas dari pihak Keamanan Kebangsaan yang dianggarkan berjumlah beribu-ribu orang bagi menghadapi Kerajaan Palestin dan Tentera Eksekutif yang berpusat di Gaza.
3- Melengkap tentera dengan kereta-kereta, senjata, bom dan kelengkapan ketenteraan yang lain serta diberi gaji kepada mereka.
4- Beberapa mesyuarat akan diadakan oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin tentera Keamanan Palestin di Kedutaan Amerika bagi membincangkan perancangan gerak kerja.
5- Memulakan tindakan memecat beberapa orang pimpinan tentera dan menggantikan mereka dengan individu lain sedangkan ia di bawah bidang kuasa khas Lajnah Pimpinan Tentera. Demikian juga pihak kamu telah melantik Muhammad Dahlan sebagai Ketua Umum Pihak Keamanan. Perlantikan tersebut bercanggah dengan undang-undang.
6- Mengancam untuk membunuh menteri-menteri dan ketua-ketua daerah, bahkan Menteri Urusan Tahanan iaitu Wasfi Kabha sudah mengalami ancaman tersebut melalui pembantunya. Begitu juga salah seorang pengikut FATAH dari Gaza telah ditugaskan untuk membunuh Menteri Abdur Rahman Zaidan dan Menteri Kerja Dan Penduduk dengan ganjaran USD30,000.

Saudara Presiden: Berdasarkan atas hujah tersebut dan maklumat-maklumat lain yang banyak sampai kepada kami, maka kami menyampaikan kekesalan kami atas perkara tersebut di mana ia mengancam sistem politik Palestin, kesatuan nasional dan kemasyarakatan serta terdedah kepada bahaya. Kami harap pihak tuan mengambil langkah pentadbiran dan tindakan yang sepatutnya bagi menjaga rakyat kita dan masalah kita. Kami akan setia dan menjaga kesatuan rakyat dan menjaganya.
Terimalah limpahan penghargaan dari kami.

Pada masa surat tersebut dihantar oleh Ismael Haniyyah kepada Abu Mazen(Mahmoud Abbas), beliau telah memiliki maklumat tertentu berkenaan beberapa rancangan persediaan yang telah dibuat olah Pihak Keamanan Presiden, antara lainnya; melantik Muhammad Dahlan sebagai Ketua Umum Lembaga Keamanan Nasional, memilih 15 ribu individu bagi membentuk satu pasukan tentera khas dalam Lembaga Keamanan Nasional untuk menentang HAMAS, memasukkan 150 buah kereta Jeep yang lengkap dengan peralatan perhubungan tidak berwayar, melengkapkan 2000 senapang jenis Klasnicov di samping 3 juta peluru, melengkapkan pakaian khas dan perisai bagi tentera yang baru, mengembalikan penyusunan struktur Lembaga Keamanan dengan memecat 15 pemimpinnya dan mengantikan mereka dengan yang lain, memecat 185 orang Pegawai Keamanan Nasional bagi membersihkan barisan pihak yang tidak boleh dipercayai kesetiaan mereka.

Di samping maklumat-maklumat ini, terdapat satu diari tulisan Abdul Raziq Al-Mujayadah(Penyelasaran Lembaga Keamanan) yang telah ditulis di atas sekeping kertas bercop Dewan Kepimpinan menyebut tentang tuntutan-tuntutan yang ditujukan kepada Lembaga Keamanan khususnya Keamanan Nasional yang mengandungi tujuh perkara antaranya; rancangan operasi dan perlantikan 15 ribu individu sebagai calon baru bagi pasukan ketenteraan yang baru dan melengkapkannya dengan sejumlah senjata-senjata dan bahan letupan yang mencukupi.
Dalam situasi yang penuh kebimbangan ini, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 2/6/2007 yang lalu menyatakan tentang penolakannya dan kecamannya terhadap cara memasukkan kereta-kereta dan persediaan logistik melalui laluan sempadan secara rahsia dan dengan cara membelakangkan kerajaan dan kementeriannya yang khas. Kementerian Dalam Negeri meminta pihak yang berada di belakang tindakan yang dilakukan tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa saja akibat dari cara yang digunakan yang ditolak oleh rakyat dan salah dari segi undang-undang.

Pada 6/6/2007, akhbar Haaretz mendedahkan, satu pihak dari gerakan FATAH akhirnya pergi ke Lembaga Keamanan Israel meminta kebenaran untuk mereka memasukkan sejumlah besar kelengkapan ketenteraan melalui salah satu negara jiran ke Gaza bagi membantu gerakan tersebut menentang HAMAS. Akhbar tersebut menambah senarai senjata dan kelengkapan perang merangkumi berpuluh-puluh kereta perisai, beratus-ratus bom anti kereta perisai jenis RBG, beribu-ribu bom tangan dan berjuta-juta peluru. Akhbar tersebut juga menyebut FATAH telah mengemukakan banyak permintaan untuk bertemu secara langsung dengan pihak yang bertanggungjawab Israel dan Penyelaras Keamanan Khas Amerika di Palestin, General Keith Dayton yang telah mengangkat tuntutan tersebut kepada Israel.

Akhbar tersebut turut menambah bahawa Israel telah membenarkan FATAH menerima sejumlah yang besar senjata meliputi 2500 pistol, dan berjuta-juta peluru. Senjata-senjata yang tidak dianggap mengancam kedudukan Israel dibenarkan namun permohonan roket tidak disetujui kerana bimbang ia akan jatuh ke tangan HAMAS.

Akhbar Haaretz telah mengambil kata-kata Presiden Mahmod Abbas dalam perbincangan tertutup bahawa harapannya hancur apabila Israel menolak permohonan memasukkan senjata yang diminta oleh FATAH (iaitu roket dan senjata berat). Menurut akhbar tersebut percanggahan berlaku dalam Lembaga Keamanan Israel khasnya apabila ramai pakar dalam Majlis Keamaman Am (SYABAK) dan Jabatan Penyelaras Hal Ehwal Penjajah percaya bahawa gerakan FATAH adalah lemah dan akan kalah dalam menentang HAMAS walaupun banyak usaha yang telah dibuat oleh Muhammad Dahlan dalam membentuk dan menguatkan pasukan ketenteraan baru gerakan FATAH yang dinamakan Pasukan Tentera Eksekutif untuk menentang HAMAS.

Pada 13/6/2007, akhbar Ma’arif ada mengambil kenyataan dari sumber Pihak Keamanan Israel bahawa jatuhnya pos-pos keamanan FATAH ke tangan HAMAS menguatkan pendapat memberi bantuan ketenteraan kepada gerakah FATAH adalah satu kesilapan. Ini kerana senjata tersebut akan menjadi senjata rampasan HAMAS. Pendapat ini dipegang oleh Avarem Saneh, Timbalan Menteri Pertahanan yang masih menekan Menteri Pertahanan agar tidak membenarkan FATAH menerima senjata berat bagi memerangi HAMAS. Akhbar Ma’arif menambah semua pimpinan Pihak Keamanaan Israel mahu membantu FATAH melainkan mereka berpendapat satu kesilapan jika tidak berwaspada atas akibat kemenangan HAMAS.

Pada hari Jumaat 15/6/2007 selepas kemenagan HAMAS menguasai pos-pos Pihak Keamaman di Gaza, akhbar Haaretz menyebut dalam laman websitenya bahawa semua pihak pengurusan Amerika dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas bersepakat dan bersetuju merancang satu tindakan untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS melalui cara menwujudkan suasana yang memaksa masyarakat Palestin di Gaza melakukan pemberontakan menentang HAMAS. Akhbar tersebut memberitahu plan tindakan yang telah disepakati kedua-kedua pihak adalah seperti berikut:

1) Menghapuskan Kerajaan Campuran dan mengumumkan darurat bagi mengambil secara rasmi semua jabatan kerajaan yang dikuasai oleh HAMAS sekarang di Gaza.
2) Memisahkan Gaza dengan Tebing Barat dan menganggap masalah Jalur Gaza adalah masalah tersendiri di mana pihak Amerika dan Abbas telah meminta pendapat Israel dan pihak ketenteraan daerah serta Kesatuan Eropah bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Rancangan ini tidak menafikan kemungkinan mengundang pasukan tentera antarabangsa ke Gaza.
3) Pihak Israel telah memberikan cukai kepada Abbas yang akan digunakannya untuk membangunkan Tebing Barat di samping Amerika meyakinkan Israel untuk memperbaiki keadaan di Tebing Barat supaya rakyat Palestin di Gaza merasai keadaan mereka semakin teruk dalam bawah penguasaan HAMAS. Satu tindakan yang membawa kepada rakyat Palestin menentang HAMAS dan belot terhadapnya.
4) Mahmoud Abbas dan Amerika telah bersetuju mewajibkan pelancaran kempen penangkapan mereka yang aktif dalam HAMAS di tebing Barat bertujuan untuk menjamin tiada maklumat yang berlaku di Tebing Barat akan sampai ke Gaza.
5) Menghidupkan perjalanan kerjasama dan saling percaya mempercayai antara Isarel dan kerajaan yang dibentuk Abbas setelah dia mengumumkan pembubaran Kerajaan Campuran Nasional Palestin.

Akhbar tersebut menyatakan Abu Mazin mengharapkan sokongan Mesir dan Jordan terhadap keputusannya yang telah dibuat sebelum diumumkannya. Ini menunjukkan bahawa Abu Mazin telah meminta dua buah negara tersebut menyokong keputusannya dan memutuskan sebarang hubungan dengan kerajaan HAMAS di Gaza.

Pada masa yang sama, pimpinan besar Israel menyokong keputusan Abu Mazen membubarkan Kerajaan Campuran dan mengumumkan darurat. Menteri Perang Israel Amer Perets - sebelum perlantikan Barak mengggantinya - berkata sesungguhnya keputusan itu satu cara mengurangkan kesan negatif setelah HAMAS menguasai Gaza dan dianggap satu langkah yang strategik untuk kepentingan Israel.

Dari sudut lain pula, akhbar Ma’arif pada keluarannya 15/6/2007 ada menyebut, bertitik tolak dari keputusan Abu Mazen menbubarkan Kerajaan Campuran Nasional Palestin, pihak Israel telah mengkaji positifnya memindahkan hasil cukai yang telah disekat pada zaman pemerintahan HAMAS diberikan kepada kerajaan baru Abbas. Akhbar itu menyebut bahawa Israel telah mengumumkan Gaza sebagai musuh dan tidak mustahil akan diputuskan bekalan elektrik dan air khasnya jika serangan roket berterusan datang darinya.

Pihak Israel telah memaksa satu kerjasama antara Negara-negara Arab dan Perdana Menteri Palestin untuk memberi jaminan agar gerakan HAMAS tidak dibenarkan melengkapkan persiapan ketenteraan memandangkan perkembangan mutakhir menunjukkan Israel berada dalam kedudukan bahaya. General Amoz Jalad, Pengurus Jabatan Politik Kemanan dalam Kementerian Pertahanan Israel dan merupakan yang bertanggungjawab dalam percaturan politik Israel di Tebing Barat dan Gaza berkata bahawa Israel memerlukan banyak bantun dari Negara-Negara Arab khususnya Mesir dalam meneruskan perancangan menghapuskan HAMAS apatahlagi selepas HAMAS menguasai Gaza. Apa-apapun mereka masih tidak dapat membuang kewujudan HAMAS dalam pemerintahan. Ini akan membawa kesan negatif kepada Israel.

Dalam wawancara di radio Israel pada tengahari 15/6/2007 lepas, Jalad menyatakan tuntutan-tuntutan Isarel daripada Negara-negara Arab untuk menghapuskan gerakan HAMAS. Negara-negara Arab dituntut membubarkan mana-mana undang-undang Negara Arab atau antarabangsa terhadap kerajaan campuran Nasional dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengannya. Sekatan negara Arab terhadap kerajaan campuran merupakan tuntutan utama dan dan praktikal bagi menjayakan sekatan ke atas kerajaan Palestin. Jalad mengingatkan jika Negara Arab tidak melakukan langkah ini, maka banyak negara di dunia akan mengiktiraf kewujudan HAMAS dalam pemerintahan dan akan mula memberi bantuan kepada Palestin.

Jalad juga ada menyebut bahawa Mahmoud Abbas (Abu Mazen) merupakan orang yang terpenting bagi Israel sekarang kerana beliau seorang sahaja yang mampu menutup kesan negatif kekuasaan HAMAS di Gaza. Tetapi bagi Bunyamen Elaz, Menteri Pembangunan Israel berkata dalam kenyataan-kenytaannya di stesen radio bahawa kewajipan Israel mesti berhati-hati dalam suasana dramatis sekarang. Beliau menekankan kewajipan mengembling tenaga sebanyak yang mungkin bagi menyakinkan negara-negara Arab menentang HAMAS. Pada masa yang sama, Uwaid Jaranut, Penganalis Hal Ehwal Negara Arab berkata dalam Channel 1 TV Israel, keputusan Abu Mazen membubarkan Kerajaan Campuran Nasional adalah untuk kepentingan Israel di mana ia bermaksud menutup tabir kesepakatan Mekah.



The popular article in this topic is: Terowong Zionis di bawah Baitul Maqdis

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?