-->

artikel yang agak menarik

Feb/25

akal 'veteran'..hebat x?

Monday, February 25, 2008
salam sahabat..malam ni rasa letih lak...xtau la kenapa...maybe banyak tido...huhu...rancang nak gunting rambut ari ni..tapi x potong2 gak..ishk2....bak kata kawan saya yang banyak celoteh...rambut saya dah macam cangkul...ada plak mcm tu...
Oct/10

Hargai apa yang ada

Sunday, October 10, 2010
Semalam keluar pergi jalan2 dengan kawan.. dah lama x berjalan. sebelum balik Malaysia, teringin nak kuar berjalan n kenal dengan seseorang. Alhamdulillah, dah berjalan n berkenalan..sekarang dah puas.. kepala pon dah ringan sbb 1 urusan dah selesai.
Showing posts with label Islamophobia. Show all posts
Showing posts with label Islamophobia. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini
Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya.

Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.







Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden , Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden .



Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

Monday, February 23, 2009

Roket Katyusha melanda Galilee.
Isnin , 23/02/2009 - Sebuah roket Katyusha telah ditembak dari selatan Lubnan dan melanda bahagian barat Kampung Galilee di utara Israel (baca : tanah Palestin yang dijajah) pada hari Sabtu mencederakan tiga askar Israel dan merosakkah sebuah rumah.

Radio Israel melaporkan mereka yang cedera dibawa ke hospital sementara polis dan tentera dikerah ke lokasi berkenaan.

Tentera Israel membalas serangan dengan mengebom kawasan pelancaran roket. Tentera Israel memandang serius perkara ini dan mahu kerajaan dan tentera Lubnan memastikan keselamatan di selatan Lubnan.



sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
terowong SMART untuk Palestine
JIKA terowong menjadi nadi kehidupan kebanyakan warga Semenanjung Gaza, bagi Hamas, terowong adalah paksi kekuatan ketenteraannya.

Ini diakui Komander Israel bahawa pergerakan Islam masih memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang terlatih yang mana mereka bergerak melalui terowong jauh di bawah sempadan Mesir.

Terowong ini adalah kunci memastikan kuasa politik dan ketenteraan Hamas yang bukan saja menjadikan mereka sasaran serangan Israel malah menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata.

Selain sebuah terowong yang dikenali sebagai Koridor Philadelphi yang sudah diketahui Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir.

Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti Bar-Ilan Israel, Prof Efraim Inbar, percaya kerajaan Israel bertanggungjawab pada kewujudan pelbagai terowong ini.


PENYELUDUP bercakap menggunakan telefon dengan penyeludup lain di terowong.

"Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya. Malah tidak menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan menghentikannya. Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah mereka perlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akan dibina pada masa depan," katanya,

Terowong yang berselirat di bawah tanah Semenanjung Gaza memiliki sejarah yang panjang. Ia dibina bertahun dulu dengan pelbagai kedalaman dan keluasan.

Terowong menjadi laluan pelbagai benda, daripada anak kambing kepada roket. Malah, ada yang hanya dikhaskan untuk golongan kenamaan dengan laluan yang lebih pendek.

Sebelum ini, Israel pernah menimbangkan untuk menangani kewujudan terowong ini dengan menggali parit yang dipenuhi dengan air laut. Justeru, setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas. Bagaimanapun, pelan itu tidak menjadi kerana ia boleh mendedahkan Gaza pada keadaan bawah tanah yang rapuh.

Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan jurutera tentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesir bersebelahan Koridor Philadelphi. Amerika Syarikat bersetuju pada prinsipnya walaupun tidak jelas sama ada pihak Mesir memberikan kebenaran.

Ketakutan Israel pada terowong di Gaza yang semakin banyak dibuka semula amat jelas apabila mereka meminta pihak berkuasa antarabangsa memantau gencatan senjata.


SEORANG penyeludup Palestin turun ke pintu masuk satu terowong yang berada di sempadan Gaza-Mesir.


Malah, Israel cuba untuk memusnahkan jaringan bawah tanah ini dengan bom jenis bunker-busting (bom yang boleh menembusi sasaran bawah tanah) yang diperoleh dari Amerika Syarikat.
Nicholas Pelham, penganalisis dari Kumpulan Krisis Antarabangsa berkata, penutupan terowong ini secara kekal adalah proses utama dan berpanjangan.

"Tanpa memperoleh semua wilayah, sukar untuk menutup terowong ini dalam masa yang lama," katanya.

Apa yang membuat Israel lebih bimbang apabila sayap bersenjata Hamas, Briged Izz Al-Din Al-Qassam menggunakan terowong untuk persiapan perang. Sayap itu dikatakan menghantar ribuan pejuang untuk berlatih di Iran dan Lubnan melalui terowong, taktik yang digunakan secara berjaya oleh Hizbollah bagi menentang Israel pada 2006.

Menurut seorang Komander Hamas, satu daripada pelajaran yang dipelajari daripada terowong adalah ia mengurangkan risiko yang diambil apabila menyerang balas.

"Jangan ledakan bom di situ, gali terowong dan gunakan wayar peledak bagi membolehkan misil dilancarkan dari jauh. Jadi, Hamas hanya akan kerugian tiub atau alatan menembak yang hanya berharga RM30.20 dan bukan pejuang," katanya.

Komander Islam Jihad, Abu Bilal yang beroperasi secara bebas di Gaza, mengakui serangan roket secara psikologinya memusnahkan Israel tetapi memiliki impak ketenteraan yang sedikit.

"Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain serangan roket dan harapan mereka memasuki Gaza. Kami berdoa supaya kereta kebal masuk ke kawasan kami, semua pejuang akan menunggu peluang untuk membunuh mereka," katanya.

Rangkaian persenjataan Hamas termasuk misil Qassam yang dihasilkan di Gaza dan roket tiruan Russia yang dihasilkan di China. Semua itu diseludup melalui sempadan selain mortar, mesingan, bom, pelancar roket dan pelbagai senjata perang lain yang diimprovisasi.

Hamas juga mewarisi stok senjata infantri Amerika Syarikat dan amunisi yang ditinggalkan Pergerakan Fatah apabila pejuangnya keluar dari Gaza pada 2007.

Hamas juga meningkatkan struktur ketenteraannya dengan lima briged di bawah komander berbeza yang melapor kepada Ketua Izz Al-Din Al-Qassam. Mereka juga dilatih bergerak dalam unit individu jika keadaan memerlukan.

Selain itu, pejuang Hamas juga meningkatkan propaganda melawan persenjataan Israel. Dengan wartawan yang dihalang memasuki Palestin oleh tentera Israel, laman web Hamas - Pusat Maklumat Palestin (PIC) adalah senjata utama bagi mendapatkan sumber berita. Ia menyiarkan berita duka berikutan serangan Israel dan ikrar untuk menyerang wilayah yang dikuasai Israel.

PIC juga memberi alamat web yang lain jika laman web itu gagal dicapai. Ini kerana Israel sentiasa mencari jalan memusnahkan Hamas termasuk mengganggu stesen TV Hamas, Al-Aqsa dengan menyelitkan kartun menunjukkan pejuang Hamas diletupkan dengan nasihat 'anda tidak akan berjaya'.



Info Terowong Gaza

Ada lebih 750 terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.

Terowong yang biasa untuk penyeludupan barangan pengguna panjangnya antara 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.

Pembinaan mengambil masa paling kurang enam.

Upah menggali RM480 sehari.

Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza setiap bulan bernilai RM128 juta dan semuanya dibawa melalui terowong melalui Mesir.

Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan dan senjata bagi pergerakan Hamas dengan bayaran RM8,880 untuk setiap terowong.

Monday, February 16, 2009

Terkini : Ra’id Solah seru kawalan secara harian di Masjid al-Aqsa elak pencerobohan Zionis.
Isnin , 16/02/2009 -Syeikh Ra’id Solah, ketua al-Harakah al-Islamiyyah di negara Palestin yang dijajah pada tahun 1948, menyeru para aktivis gerakan tersebut dan pelbagai institusinya agar melipatgandakan usaha dengan berkubu dan melakukan kawalan sepanjang masa di masjid al-Aqsa.

Beliau juga turut menyeru seluruh masyarakat Palestin yang berada di kawasan tersebut untuk menyertai secara aktif segala program yang diadakan bagi membela masjid al-Aqsa, terutamanya perarakan bendera dan pengajian-pengajian ilmu di masjid al-Aqsa.

Beliau menegaskan dalam satu kenyataan yang dibuat pada hari Ahad (15/2) bahawa masjid al-Aqsa sedang melalui fasa paling genting pada ketika ini, bahkan ia adalah fasa penentuan yang menuntut kita memberikan pembelaan kepada masjid al-Aqsa dan bandar al-Quds, serta bersedia untuk melakukan pengorbanan demi membela isu masjid al-Aqsa yang diberkati itu.



sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Nazzal : Gaza membongkar realiti Zionis.
Isnin , 16/02/2009 - Mohamed Nazzal selaku anggota biro politik Hamas dalam sesi penutup bagi persidangan kemenangan Gaza di Istanbul yang dianjurkan oleh kempen antarabangsa untuk menentang pencerobohan menyatakan pertempuran di Gaza mengubah segala kriteria dan membongkar realiti “Entiti zionis”.

Nazzal menyatakan satu pertempuran tidak boleh mencapai satu kemenangan muktamad dan sepatutnya ada pusingan bagi pertempuran lain dalam usaha untuk membebaskan Palestin, sambil menambah pejuang Palestin tidak akan meletakkan senjata atau menyerah kalah.

Dalam pada itu, Dr Harith Al-Dhari, Setiausaha agung Persatuan Cendekiawan Islam di Iraq sepanjang sesi penutup berkata kemenangan di Gaza merupakan kejayaan bagi semua usaha perjuangan di seluruh dunia, sambil menambah umat Islam akan memulihkan maruahnya hanya melalui jihad.


sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79
Misteri kehilangan aktivitis bebaskan Gaza, Teresa McDermott terjawab.
Isnin , 16/02/2009 - Aktivitis Scotland , Teresa McDermott yang dikatakan hilang selepas menaiki kapal dari Lubnan yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza terjawab apabila kerajaan haram Israel yang ‘menghilangkan’ beliau dan ditahan di Penjara Ramleh Israel.

Awal Februari kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza telah dihalang dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel. Kesemua penumpang/aktivitis dibebaskan kecuali Teresa dan Israel telah berbohong dengan mengatakan Teresa telah dihantar pulang ke London sehinggalah beliau dapat menghubungi abangnya John di Scotland.

Tiada maklumat diberikan kenapa beliau ditahan, apa tuduhan, dan kenapa penahanannya disembunyikan. Bila ditanya pihak Kedutaan UK di Israel kenapa tidak mencari Teresa, mereka berkata mereka tidak dapat berbuat demikian sehingga menerima laporan dari beliau sendiri.

MP Scotland, Pauline McNeil dan Hugh O’Donnell yang sepatutnya bersama-sama di dalam kapal tersebut akan berkerjasama dengan kerajaan UK dan memastikan keselamatan Teresa dijamin. Menurut wartawan AlJazeera, Salam Khodr, kesemua penumpang telah dipukul dan dibelasah sebelum dikeluarkan dari kapal tersebut.

Teresa berjaya ke Gaza pada misi bantuan pertama dengan bot Bebaskan Gaza dan kembali pada bulan Ogos dan misi bantuan kedua ini telah dihalang oleh Israel. Beliau merupakan akitivis terkenal dengan International Solidarity Movement dan juga Free Gaza. Di Scotland beliau bekerja di pejabat pos.



sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous
Terkini : Tahanan Palestin yang terlibat dalam rancangan membunuh Olmert berjaya
Ahad, 15/02/2009 - Radio tentera Israel melaporkan pada hari semalam, 13 orang tahanan Palestin berjaya melarikan diri pada hari Jumaat lalu daripada penjara Jericho yang dikawal oleh tentera2 khas Palestin . Salah seorang daripada mereka yang melarikan diri itu dituduh kerana terlibat dalam rancangan membunuh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Lima orang dari tahanan yang lain di tahan kerana isu politik dan keselamatan. Polis Palestin dan anggota keselamatan mengadakan banyak sekatan jalan di bandar raya itu untuk mencari tahanan2 tersebut.




sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx
Osama Hamdan : Israel harus kembali kepada kefahaman terhadap perdamaian.
Ahad, 15/02/2009 Usamah Hamdan wakil Hamas di Lubnan mengatakan ekspansi Zionis bertanggungjawab iaitu kembali kepada kefahaman terhadap usul perdamaian. Beliau meminta agar Kaherah mengambil inisiatif tentang hal(perdamaian) ini, sepagai penjamin dan pengusul untuk sebuah perjanjian.

Hamdan menekankan dalam sebuah sidang akhbar Al-Jazeera semalam(14/2)bahawa Hamas telah mencapai kata sepakat dengan kaherah tentang faham perdamaian, beliau juga menjelaskan ketika mencari sebuah formula penyelesaian penangguhan Zionis itu tidak menandakan kefahaman mereka terhadap bahasa perdamaian bertujuan untuk merealisasikan cita-cita mereka terhadap Gaza disaat-saat akhir.

Dia juga dipetik sebagai berkata, “Pendirian kami jelas, kami telah mencapai kefahaman terhadap bahasa perdamaian untuk dilaksanakan, jika tidak penjajahan yang masih lagi berlaku akan menyebabkan lebih banyak masalah yang menyebabkan kegagalan terhadap perdamaian” beliau berharap agar pendirian Mesir jelas jika sekiranya kefahaman perdamaian dapat diinisisatif oleh pihak Zionis.




sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : ibnu nashr

Monday, February 9, 2009

Delegasi Pusat Kebajikan Itali terkejut dengan kemusnahanan teruk di Gaza.
Isnin, 09/02/2009 - Ahli-ahli sebuah persatuan kebajikan di Itali telah melawat selatan bandar raya Semenanjung Gaza iaitu Khan Younis, membawa bersama mereka dua trak-trak ubat dan 500 bungkusan makanan untuk rakyat Palestin di utara dan selatan Semenanjung Gaza, sumber-sumber dalam masyarakat Islam di bandar raya itu melaporkan.




Wakil-wakil daripada masyarakat tempatan mengalu-alukan kedatangan mereka dan menemani delegasi dari Itali tersebut melawat sekitar Gaza dan mereka terkejut dengan kemusnahan yang sangat besar ditinggalkan oleh tentera rejim Zionis yang kejam pada perang pada Gaza yang lalu . Kemudian mereka mengagih sejumlah wang untuk rakyat Palestin yang tercedera, beg-beg sekolah kepada kanak-kanak sekolah, sumber-sumber itu menegaskan.

Delegasi Itali turut berkesempatan bertemu dengan Menteri dalam kerajaan PA di Gaza sebelum mereka membuat lawatan ke pusat anak-anak yatim Palestin untuk menaja mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

Friday, February 6, 2009

Amerika akui sumbang USD 53 Billion untuk dana tentera Israel
Bantuan Kewangan Dari US Utk Yahudi Israel Beli Senjata Membunuh Orang Islam Di Palestine
Israel telah menerima USD 53 Billion (RM191 Billion) bantuan kewangan dari Kerajaan Amerika Syarikat sejak 1949 untuk membeli senjata. Ini tak termasuk bantuan dari bentuk material dan bantuan2 lain yg tak rasmi dari organisasi2 penyokong yahudi, termasuklah syarikat2 yang kita gunakan produk mereka setiap hari.




Artikel dari Wartawan CNN
http://ac360.blogs.cnn.com/2009/01/31/aid-to-israel-and-the-bang-for-those-bucks/

Aid to Israel, and the bang for those bucks

The new administration in Washington has dipped its pita into the hummus early.

In his interview with the Arabic-language television channel Al-Arabiya, President Barack Obama said he told U.S. envoy George Mitchell to “. . . start by listening, because all too often the United States starts by dictating - in the past on some of these issues - and we don’t always know all the factors that are involved.”

Mitchell likely is getting an earful from Arab leaders about U.S. military aid to Israel, particularly how Israel uses the weaponry it buys with that money.

That money also pays for something else - tens of thousands of jobs in the United States, all the more noteworthy when the U.S. unemployment rate is 7.2 percent.

You might say it’s the bang the U.S. economy gets for those bucks.

U.S. military aid to Israel totaled $2.4 billion for fiscal year 2008, increased to $2.55 billion for fiscal year 2009 and is expected to reach $3.1 billion by fiscal year 2018.*

The asterisk is at the end of that sentence because those numbers are from the “foreign military financing” portion of U.S. aid and do not include the value of other programs providing material or financial support that benefits Israel’s military and research-and-development program.

A unique provision in their aid agreement allows Israel to spend a significant portion of U.S. aid in Israel; roughly 26 percent of the money (making up an estimated 20 percent of Israel’s defense budget).

The other 74 percent - about $2 billion a year - stays in the United States to finance Israeli purchases of U.S.-made products, ranging from fighter jets and helicopters to bullets and missiles, spare tank parts and fuel to bulldozers and more.

Israel spends those taxpayer dollars on contracts with companies that have facilities and employees in a lot of states that elect a lot of members of Congress.

How many jobs?

Spokesmen for two defense industry trade groups could not site an equation that “x” number of dollars in defense spending supports “x” number of jobs.

But a 2007 report by economists at the University of Massachusetts equated 8,555 jobs for each $1 billion invested in the military - with average wages and benefits of nearly $66,000.

By this formula, U.S. military aid to Israel supports roughly 20,000 jobs directly (in line with an estimate by the American Israel Public Affairs Committee, the leading pro-Israel lobby) and untold thousands more at suppliers and businesses in related fields.

Opponents of defense spending point out that the report said fewer jobs are created by investing in the military as compared with other sectors, such as health care, education and mass transit.

Military aid is a long-standing tool of U.S. foreign policy. Israel has been the largest recipient (more than $53 billion since 1949, the annual amount increasing significantly after the 1973 Yom Kippur war), reflective of its position as a democratic American ally in an often unfriendly region and the strength of domestic American political support.

“U.S. military aid for Israel has been designed to maintain Israel’s qualitative edge over neighboring militaries, since Israel must rely on better equipment and training to compensate for a manpower deficit in any potential regional conflict. U.S. military aid . . . also has helped Israel to build a domestic defense industry, which ranks as one of the top ten suppliers of arms worldwide,” said a 2008 report by the Congressional Research Service.

Israel’s supporters lobby Congress to make sure that Israel maintains that qualitative edge. “Strengthening America’s ally through foreign aid also serves as one of the driving forces in shaping a region - dominated by unstable, non-democratic regimes - that remains of vital strategic importance to the United States. American assistance enables Israel to confront serious threats to its security such as terrorism, weapons proliferation and economic and political instability. Israel, in turn, shares with the United States its expertise and technology, contributing to our efforts to combat common enemies and protect our troops and homeland. Israel also helps counter the proliferation of dangerous weapons that threaten both nations,” reads a statement by AIPAC.

The debate over how weapons bought from the U.S. are used centers on the Arms Control Export Act, which stipulates that they be used for “internal security,” including anti-terrorism; “legitimate self defense” and “regional or collective arrangements or measures consistent with the Charter of the United Nations.” Aid can be halted if the provisions are violated.

From the Israeli perspective using those weapons to prevent terrorism within its borders and to combat attacks launched from outside borders (such as the thousands of rockets launched from Gaza by Hamas) meet the tests of internal security and legitimate self-defense.

Palestinians contend that Israel’s use of U.S.-made weapons violates the arms control act and makes the U.S. complicit in atrocities.

A week ago, a coalition of 19 groups (mostly, but not all Muslim) purchased an ad in The New York Times calling on President Obama to “reevaluate” aid to Israel. “As American citizens we are deeply concerned that our nation’s one-sided approach to the Middle East crisis compromises America’s ability to act as a fair negotiator. Our foreign policy has upheld the interests of Israel, but has failed to do the same for the Palestinian people. Israel-the fourth largest military power in the world-has devastated a population of 1.5 million people, one without an army, navy, or air force. As the attacks in Gaza demonstrated, the outgoing administration chose to defend Israeli aggression even though the violence resulted in the disproportionate deaths of more than 1,300 Palestinians, including 300 children, as compared to 13 Israelis. Indeed, the loss of all of these lives cannot be justified,” the ad read.

If he follows the President’s admonition to listen, envoy Mitchell will return home with severely bent ears.

“Yayasan al-Aqsa” dedah terowong baru mengancam masjid ‘Ain Salwan dan bangunan berhampiran.
Jumaat, 06/02/2009 - ‘Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa’ dalam satu kenyataan pada pagi Khamis 2/5/2009 mendedahkan bahawa pihak berkuasa muzium Zionis membiayai dan merestui sebuah persatuan penempatan Zionis (Il’ad)menggali terowong baru yang terletak di sebelah kiri masjid ‘Ain Salwan, Kampung Salwan di al-Quds, yang terletak di sebelah selatan Masjid al-Aqsa.

Penggalian terowong ini bertujuan untuk menyambungnya dengan rangkaian terowong-terowong yang telah digali di Kampung Salwan sepanjang ratusan meter sehingga sampai ke bahagian bawah Masjid al-Aqsa pada bahagian Barat Laut. Penggalian terowong yang dijalankan akhir-akhir ini juga mengancam keselamatan masjid tersebut dan juga rumah-rumah berhampiran.

Yayasan itu juga berkata dalam kenyatannya, “proses penggalian rangkaian terowong yang panjang terus dilakukan yang sesetengahnya bermula dari kawasan Ain Salwan, menghala ke arah Masjid al-Aqsa.” Beberapa hari lalu, yayasan ini telah menjalankan beberapa siri rondaan bagi kawasan masjid Ain Salwan. Dalam rondaan tersebut, didapati apa yang dinamakan sebagai “Pihak Berkuasa Muzium Zionis” melakukan penggalian terowong baru.

Rancangan itu dilaksana dan dibiayai oleh satu badan penempatan Zionis yang bernama Il’ad. Satu bahagian daripada terowong itu berjaya ditemui yang digali dari bahagian kiri masjid Ain Salwan dan bersetentang dengan jalan. Sehingga kini, 6-8 meter telah digali. Terowong itu lebarnya lebih kurang 5 meter dan tingginya mencapai ketinggian 4 meter. Pada tempat penggalian baru itu juga ditemui beberapa tangga, dinding besar, bekas-bekas tembikar, tulang dan matawang lama.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
copyright: palestinkini.info
Zionis menembak mati seorang rakyat Palestin
Jumaat, 06/02/2008 - Sumber tentera Israel petang Khamis lalu melaporkan seorang lelaki Palestin telah ditembak dan dibunuh oleh askar Israel berdekatan sempadan Gaza-Israel.

Tentera itu mendakwa bahawa lelaki itu membawa senjata dan cuba untuk melontar sebutir bom tangan ke arah askar Israel.

Tentera Israel menyatakan bom tangan itu diletupkan berhampiran lelaki Palestin tersebut kerana ditembak oleh askar di situ. Sumber tentera itu juga menyerang kawasan di mana lelaki itu datang dan mencarinya, lapor akhbar harian dalam talian Israel, Haaretz.

Israel Ynet News melaporkan lelaki Palestin itu telah ditembak dan dibunuh apabila beliau mendekati sempadan.

penterjemah : hijjaz79
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
copyright: palestinkini.info

16 orang tahanan Palestin menghidap sakit kanser dan tidak dibenar mendapatkan bantuan perubatan.
Jumaat, 06/02/2009 - Kementerian Tahanan dan Pembebasan dalam kenyataannya dalam sebuah majlis sempena hari melawan penyakit kanser antarabangsa, yang berlangsung pada 4 Februari setiap tahun mengatakan, ada 16 orang tahanan di penjara-penjara Zionis menderita sakit kanser yang pelbagai, mereka langsung tidak diberikan bantuan perubatan yang sewajarnya dari pengurusan penjara melainkan ‘tempat tinggal’.


Kata Riyadh Al-Ashqar ketua jabatan penerangan dan informasi kementerian itu dalam sidang akhbar telah memberitahu web “Al-Qassam” pada hari Khamis(5/2/2009) semalam bahawa ada beratus-ratus dari tahanan menghidapi penyakit kanser di dalam penjara Zionis yang diketahui tidak peduli akan kesihatan yang menjadi amalan pengurusan-pengurusan penjara Zionis, penyakit kanser katanya ada beberapa peringkat, ada peringkat bahaya, sederhana, dan peringkat awal penyakit.

Sakit lain yang dihidapi tahanan kebanyakannya adalah sakit tulang, sendi dan gigi, penyakit kulit, hati, tekanan darah, hepatitis, dan kurang darah(ada juga tahanan yang hilang penglihatan di dalam penjara), dan cacat, ada juga tahanan yang dijangkiti virus dan tidak kurang juga yang gila dan sakit jiwa kerana azab-azab yang diterima dan kurungan isolasi yang diamalkan oleh pihak penjara Zionis.

sumber : http://www.alqassam.ps/arabic/index.php
penterjemah : ibnu_nashr
copyright: palestinkini.info

Thursday, February 5, 2009

Kisah Saudara Baru - Aminah Assilmi
Pengenalan Dan Keputusan Saya bertemu dengan orang Islam buat pertama kalinya semasa sedang menghabiskan ijazah di dalam bidang Rekreasi.


Pengenalan Dan Keputusan Saya bertemu dengan orang Islam buat pertama kalinya semasa sedang menghabiskan ijazah di dalam bidang Rekreasi. Saya membuat pra-pendaftaran subjek untuk semester tersebut dan pergi keOklahoma untuk mengendalikan urusan keluarga. Urusan tersebut menyebabkan saya lewat hampir dua minggu dan oleh yang demikian, tidak dapat lagi membuang mana-mana subjek. Walaupun lewat, saya tidaklah risaukan pelajaran yang terlepas kerana saya adalah pelajar terbaik di dalam bidang berkenaan.


Saya telah memenangi berbagai 'award' walaupun hanya seorang pelajar dan mampu bersaing dengan para professional. Seperkara yang anda harus faham, walaupun saya belajar dan cemerlang di kolej, menjalankan perniagaan sendiri dan mempunyai ramai teman rapat, saya adalah seorang yang amat pemalu. Saya lambat untuk mengenali seseorang dan jarang bercakap kecuali jika terpaksa, atau kerana sudah mengenali orang tersebut.


Saya hanya merasa selesa di kalangan kanak-kanak. Kembali kepada cerita saya. Cetakan komputer pendaftaran semester tersebut menyebabkan saya amat terperanjat. Saya telah didaftarkan untuk kelas Teater.. sebuah kelas di mana saya dikehendaki membuat persembahan di hadapan orang ramai!. Saya tidak mampu walau untuk bertanyakan soalan di dalam kelas, apatah lagi untuk naik ke atas pentas di hadapan orang ramai?


Suami saya, seperti biasa dengan sikap tenangnya menyarankan supaya saya menerangkan masalah kepada guru berkenaan dan akhirnya beliau bersetuju mencari jalan untuk membantu. Maka saya pun pergi ke kelas pada Selasa berikutnya.. Apabila hendak memasuki kelas, saya mendapat 'kejutan' yang kedua. Kelas tersebut penuh dengan orang-orang Arab dan "penunggang unta". Saya tidak pernah berjumpa mereka tapi pernah mendengar tentangnya. Tidak mungkin saya akan duduk sekelas dengan 'kafir-kafir kotor' ini! Manalah tahu, mungkin saya akan dijangkiti penyakit daripada mereka. Semua orang tahu mereka itu kotor dan tidak boleh dipercayai.


Saya lantas menutup pintu dan pulang ke rumah. (Ada satu perkara yang perlu anda tahu. Pada masa itu saya memakai skirt pendek kulit, baju singkat dan terdapat segelas wain di tangan saya...tapi merekalah yang dianggap jahat dalam fikiran saya). Apabila saya memberitahu suami saya tentang orang-orang Arab di dalam kelas dan tidak mungkin saya kembali ke kelas, suami saya dengan tenangnya mengingatkan bahawa Tuhan mempunyai sebab untuk segalanya dan mungkin saya patut mengambil masa berfikir sebelum membuat keputusan.


Dia juga mengingatkan yang saya tentang tajaan biasiswa yang membayar tuisyen saya dan saya perlu mengekalkan G.P.A saya atau memusnahkan segala peluang saya. Saya berdoa untuk petunjuk selama dua hari. Saya kembali ke kelas pada hari Khamis dengan keyakinan bahawa Tuhan meletakkan saya di situ untuk menyelamatkan orang-orang Kafir bodoh itu daripada api neraka.


Saya terus menerangkan kepada mereka bahawa mereka akan dibakar api neraka buat selama-selamanya sekiranya tidak menerima Jesus sebagai penyelamat. Mereka mendengar dengan sopan, tetapi tidak menukar pegangan. Saya terus mencuba untuk mengubah pegangan mereka tetapi tidak berjaya. Jadi saya mengambil keputusan membaca sendiri buku mereka untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama palsu dan Mohammed adalah tuhan palsu.


Salah seorang pelajar di situ memberikan saya sesalinan Quran dan buku mengenai Islam, dan saya pun memulakan kajian. Saya pasti bahawa saya akan menemui bukti hujah saya dengan cepat. Saya membaca Quran dan buku tersebut dan 15 lagi buah buku, Sahih Muslim, dan kembali kepada Quran. Saya begitu bersungguh-sungguh untuk menukar agama mereka. Kajian tersebut berlanjutan sehingga satu setengah tahun. Dalam masa tersebut, saya mula menghadapi masalah dengan suami saya. Saya makin berubah, walaupun sedikit tetapi cukup untuk mengganggunya. Kami selalu pergi ke bar setiap Jumaat dan Sabut, atau ke parti, tetapi saya tidak lagi ingin ke sana. Saya menjadi semakin pendiam dan dingin. Dia yakin saya ada hubungan dengan orang lain dan menghalau saya keluar.


Saya berpindah ke sebuah apartmen dengan anak-anak dan meneruskan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk menukar agama para Muslim tersebut ke Kristian. Pada suatu hari, seseorang mengetuk pintu rumah saya. Apabila dibuka saya mendapati
terdapat seorang lelaki yang memakai baju tidur panjang berwarna putih dengan alas meja berkotak warna merah putih di atas kepalanya. Dia ditemani tiga lagi lelaki yang juga memakai pajama. (Itulah kali pertama saya melihat mereka memakai baju kebangsaan mereka). Saya mulanya merasa agak marah kerana mereka hanya datang dengan pakaian tidur. Mereka fikirkan saya ini wanita jenis apa? Tidakkah mereka ada rasa malu dan harga diri? Bayangkan betapa terperanjatnya saya apabila si lelaki yang memakai alas meja di kepala itu mengatakan bahawa mereka difahamkan yang saya ingin menjadi seorang
Muslim.


Saya dengan pantas menjawab yang saya tidak mahu menjadi Muslim. Saya adalah seorang Kristian. Walaubagaimanapun, saya ada beberapa kemusykilan. Itupun kalau mereka ada masa.... Namanya ialah Abdul Aziz Al-Shiek dan dia sudi meluangkan masanya. Dia sangat sabar dan membincangkan setiap soalan bersama saya. Dia tidak pernah membuat saya rasa bodoh atau mengatakan soalan saya itu remeh.


Dia bertanya adakah saya percaya bahawa Tuhan hanya satu dan saya berkata ya. Kemudian adakah saya percaya bahawa Mohammad itu PesuruhNya?. Lagi sekali saya mengatakan ya. Dia memberitahu saya bahawa saya sudahpun menjadi Muslim! Saya tetap bertegas bahawa saya adalah Kristian. Saya hanya mencuba memahami Islam. (Dalam hati saya berfikir :

Tidak mungkin saya seorang Muslim! Saya adalah orang Amerika dan berbangsa kulit putih! Apa suami saya akan kata? Jika saya Muslim, saya harus menceraikan suami saya. Matilah keluarga saya!





Kami meneruskan perbualan. Dia kemudiannya menerangkan yang untuk mencapai pengetahuan dan pemahaman rohani adalah seperti mendaki tangga. Jika kita mendaki dan cuba "skip" beberapa anak tangga, maka kita dalam keadaan bahaya dan berkemungkinan jatuh. Mengucap Shahadah adalah hanya langkah pertama pada tangga
tersebut.


Kami ada banyak lagi yang perlu dibualkan. Pada petang tersebut, saya mengucap Shahadah. Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang masih belum dapat saya terima dan memang sifat semulajadi saya untuk berterus-terang lalu saya meletakkan "disclaimer" pada Shahadah saya. Saya berkata ;

Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Mohammad adalah PesuruhNya tetapi, saya tidak sesekali akan menutup rambut saya dan jika suami saya kahwin lain, saya akan "castrate" (kasi) dia.


Saya mendengar lain-lain lelaki di situ menarik nafas terkejut, tetapi Abdul Aziz menyuruh mereka diam. Kemudiannya saya dapat tahu dia memberitahu rakan-rakanya jangan sesekali membincangkan dua perkara itu dengan saya. Dia yakin saya sendiri akan faham tentang perkara tersebut.
(kalam editor: inilah qaedah yang sering diterapkan kepada pendakwah agar tidak membincangkan perkara yang sepatutnya difahami oleh seorang muslim apabila bergelar muslim ketika berhadapan dengan saudara baru.Baca dan fahami)



Shahadah sememangnya langkah paling mantap dalam tangga mencapai pengetahuan rohani dan mendekatkan diri kepada Allah tetapi pendakian saya agak perlahan. Abdul Aziz berterusan datang menziarahi saya dan menjawab soalan-soalan saya. Dia tidak pernah mencela saya atas soalan-soalan yang mungkin dianggap bodoh atau remeh. Dia memberitahu saya soalan yang bodoh ialah soalan yang tidak pernah ditanya. Hmm... nenek saya juga selalu berkata begitu. Dia menerangkan bahawa Allah menyuruh kita mencari ilmu dan bertanya adalah salah satu cara untuk mendapatkannya.


Pada tahun-tahun seterusnya, saya telah mendapat ramai guru. Setiap satunya adalah istimewa dan berlainan antara satu sama lain. Setiap guru telah membantu saya mencintai Islam. Apabila pengetahuan saya bertambah, perubahan pada diri saya makin bertambah. Pada tahun pertama saya memeluk Islam, saya telahpun memakai hijab. Saya tidak tahu bagaimana ianya bermula. Segalanya datangn dengan semulajadi, dengan pemahaman dan pengetahuan yang kian bertambah.


Saya juga menjadi penyokong kepada poligami. Saya tahu yang sekiranya Allah membenarkannya, maka tentu ada sesuatu yang baik di sebaliknya. Semasa saya mula mempelajari Islam, saya tidak menyangka saya akan berjumpa sesuatu yang saya perlu atau mahu dalam kehidupan peribadi saya. Saya sama sekali tidak menyangka Islam akan merubah hidup saya. Tiada manusia yang boleh menyakinkan saya bahawa pada satu hari saya akhirnya akan berasa tenang dan hidup penuh cinta dan keriangan semata-mata kerana Islam.



"Kita akan lebih menghargai cahaya..sekiranya kita pernah hidup dalam kegelapan"


Bagaimana Islam mengubah cara hidup saya "Kita akan lebih menghargai cahaya..sekiranya kita pernah hidup dalam kegelapan" Semasa saya mula memeluk Islam, saya tidak menyangka ianya akan memberi kesan kepada hidup saya. Islam tidak hanya membawa kesan, bahkan ia mengubah kehidupan saya sepenuhnya. Kehidupan berkeluarga : Saya dan suami saya amat mencintai satu sama lain. Cinta itu masih wujud. Tetapi apabila saya mula mempelajari Islam, kami mula menghadapi masalah.


Pada masa itu saya tidak sedar yang saya sedang berubah. Dia menganggap sesatunya perkara yang menyebabkan saya berubah ialah lelaki lain. Saya tidak dapat membuatkan dia faham apa yang telah merubah saya kerana saya sendiri tidak tahu. Setelah saya sedar yang saya adalah seorang Muslim, ianya masih tidak membantu. Lagipun... sesatunya sebab yang boleh membuat seseorang wanita mengubah sesuatu yang penting seperti agamanya mestilah kerana seorang lelaki.


Dia tidak menjumpai sebarang bukti berkenaan lelaki khayalan ini...tetapi ianya dianggap pasti wujud. Perkahwinan kami berakhir dengan perceraian yang buruk. Mahkamah membuat keputusan bahawa agama yang bukan ortodoks (seperti Islam) akan mencacatkan perkembangan anak-anak kami. Maka mereka telah diambil dari jagaan saya. Semasa proses perceraian, ada suatu ketika di mana saya diberitahu yang saya mempunyai pilihan. Saya boleh meninggalkan agama ini dan kekal dengan anak saya, atau meninggalkan anak saya dan kekal dengan agama ini.


Saya sungguh terkejut. Bagi saya ini bukanlah pilihan. Sekiranya saya meninggalkan Islam, saya akan mengajar anak saya untuk bersikap berpura-pura....kerana saya tidak dapat menyangkal apa yang ada di dalam hati saya. Saya tidak dapat meninggalkan Allah, buat masa itu mahupun selama-lamaya. Saya berdoa dengan sesungguh hati. Selepas tempoh masa 30 minit itu berakhir, saya tahu bahawa.. tiada tempat yang paling selamat bagi anak-anak saya melainkan di bawah lindungan Allah. Sekiranya saya meninggalkanNya, maka pada masa hadapan hilanglah jalan untuk saya menunjukkan kepada anak-anak saya keajaiban bersama Allah.


Mahkamah diberitahu yang saya akan meninggalkan anak-anak saya di dalam tangan Allah. Jadi ini bukanlah bermakna saya telah menolak anak-anak saya. Saya meninggalkan mahkamah dengan kesedaran yang saya akan menderita tanpa anak-anak saya. Hati saya berdarah, walaupun saya tahu saya telah membuat keputusan yang betul. Saya mendapat kedamaian di dalam Ayat-Ul-Kursi. Hak penjagaan anak dan perceraian bukanlah sesatunya masalah yang terpaksa saya hadapi. Kesemua keluarga saya tidak dapat menerima pilihan saya.


Kebanyakan daripada mereka tidak mahu langsung mengambil tahu lagi hal saya. Ibu saya menganggap saya sedang melalui satu fasa ("phase") dan lambat laun akan keluar daripadanya. Kakak saya "pakar kesihatan mental" percaya saya telah gila dan patut disumbat ke hospital gila. Bapa saya menganggap saya patut dibunuh sebelum saya jatuh lebih jauh ke dalam Neraka. Tiba-tiba saya mendapati diri saya tanpa suami dan keluarga.


Apa pula lagi yang akan saya hadapi selepas ini? Sahabat-handai : Kebanyakan sahabat-handai saya menjauhkan diri dari semasa tahun pertama lagi. Sudah tidak seronok
bergaul dengan saya. Saya tidak mahu ke parti atau bar. Saya tidak berminat mencari teman lelaki. Apa yang saya buat hanya membaca Quran dan bercakap tentang Islam. Sungguh membosankan. Pada masa itu saya masih belum mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memahamkan mereka betapa indahnya Islam.



Pekerjaan : Saya juga kehilangan pekerjaan. Walaupun saya telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang saya dan diiktiraf sebagai "trend setter" dan mampu menghasilkan wang, hari saya memakai hijab adalah hari akhir bagi pekerjaan saya. Saya sekarang tidak mempunyai keluarga, kawan mahupun pekerjaan. Dalam semua keadaan ini, cahaya di dalam hidup saya ialah nenek.


Dia sukakan pilihan saya dan menyertai saya. Saya tahu nenek saya memang seorang yang amat bijaksana. Sejurus selepas itu beliau meninggal dunia. Apabila saya fikirkan kembali, saya hampir merasa cemburu. Pada hari beliau mengucapkan Shahadah, kesemua amalan buruknya terhapus manakala amalan baiknya dipelihara. Beliau meninggal tidak berapa lama selepas memeluk Islam dan saya tahu BUKUnya akan berat di sebelah kebaikan. Itu sudah cukup menggembirakan saya.


Apabila pengetahuan saya semakin bertambah dan saya dapat menjawab soalan-soalan dengan lebih baik, banyak perkara berubah. Tetapi impak paling besar ialah perubahan pada diri saya. Beberapa tahun selepas saya mengisytiharkan keislaman saya pada umum, ibu saya menelefon dan mengatakan dia tidak tahu mengenai Islam tetapi dia berharap saya akan kekal dengannya. Dis sukakan perubahan pada diri saya. Beberapa tahun kemudian dia menelefon lagi dan bertanya apa yang perlu dia lakukan untuk menjadi seorang Muslim.


Saya memberitahunya apa yang perlu dibuat ialah mengetahui yang hanya ada satu Tuhan dan Muhammad ialah pesuruhNya. Jawapan yang diberikannya "Orang bodoh pun tahu itu..tapi apa yang perlu dibuat sebenarnya?" Saya mengulang kembali apa yang telah saya katakan dan dia berkata :"OK..tapi tak perlulah beritahu ayah lagi". Dia tidak tahu yang ayah saya telah berbual perkara yang sama beberapa minggu sebelum itu.



Bapa kandung saya pula telah melakukannya dua bulan sebelumnya. Kemudian, kakak saya (si pakar mental) itu memberitahu yang saya adalah orang yang paling 'bebas' yang dia pernah kenali. Itulah pujian paling bermakna yang saya terima kerana ianya datang daripada dia. Ramai lagi anggota keluarga saya yang telah menemui Islam saban tahun. Saya paling gembira apabila mendengar berita bahawa bekas suami saya juga telah memeluk Islam. Apabila ditanya mengapa, dia berkata yang dia telah memerhatikan saya selama 16 tahun dan dia mahukan anak perempuannya mendapat apa yang saya ada.


Dia datang dan memohon maaf atas perbuatannya yang lalu. Saya telah lama memaafkannya. Anak lelaki sulung saya juga telah mengumumkan bahawa dia akan memeluk Islam. Saya telah dikenali kerana ceramah-ceramah yang saya berikan mengenai Islam, dan ramai pendengar yang telah memilih untuk menjadi Muslim. Ketenangan dalam jiwa saya terus bertambah dengan pengetahuan dan keyakinan saya terhadap kebijaksanaan Allah. Saya tahu Allah bukan sahaja Pencipta kita, tetapi juga sahabat yang paling akrab.


Saya tahu Allah akan sentiasa berada di sisi saya dan tak akan menolak kita. Bagi setiap satu langkah saya kepadaNya, Dia datang dengan 10. Allah juga telah menguji saya, dan sebagaimana yang dijanjikan, memberikan anugerah lebih daripada apa yang saya harapkan. Beberapa tahun lalu, doktor memberitahu yang saya menghidap kanser di peringkat serius. Mereka mengatakan tiada lagi penawar kerana ia terlalu 'advanced' dan menyiap sediakan saya untuk menghadapi kematian. Saya mungkin hanya ada satu tahun untuk hidup.


Saya risaukan anak-anak saya, terutamanya yang paling kecil. Siapa yang akan menjaganya? Walaubagaimanapun saya tidak bersedih. Kita semua akan mati. Saya yakin kesakitan yang saya tanggung ini mengandungi hikmahNya. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari akan RahmatNya. Sahabat-handai tiba-tiba hadir entah dari mana. Saya dikurniakan kesempatan menunaikan Haji. Yang lebih pentingnya, saya belajar betapa pentingnya bagi saya berkongsi kebenaran Islam dengan semua orang.


Saya tidak kisah samada manusia, Muslim atau tidak, bersetuju atau sukakan saya. Saya hanya perlukan keredhaan Allah. Kasih-sayang yang saya mahukan hanya dari Allah. Tetapi, saya mendapati orang ramai, yang tanpa sebarang sebab yang nyata, telah menyayangi saya. Saya bersyukur, kerana saya pernah membaca, sekiranya Allah menyayangi seseorang, Dia akan membuatkan manusia juga mencintai orang itu. Saya tidak layak menerima semua kasih sayang itu. Pastinya ini adalah salah satu hadiah lagi daripada Allah.

Tanpa Islam, saya tiada apa dan sekiranya Allah berpaling dari saya, saya tidak akan hidup.


Tiada kata untuk saya menerangkan bagaimana berubahnya hidup saya. Alhamdulillah! Saya amat gembira saya adalah seorang Muslim. Islam adalah hidup saya. Islam adalah denyutan jantung saya. Islam adalah darah yang mengalir dalam diri saya. Islam adalah kekuatan saya. Islam menjadikan hidup saya indah dan gemilang.Tanpa Islam, saya tiada apa dan sekiranya Allah berpaling dari saya, saya tidak akan hidup.
Bantuan Gaza di sekat di Ramallah ?
Khamis, 05/02/2009 - Ahmed Al Kurd, Menteri Perhubungan Sosial, pada Selasa lepas telah menuduh tentera penceroboh dan Palestinian Authority (PA) di Ramallah menghalang kemasukan bantuan kemanusian yang dihantar dari pelbagai Negara dalam cubaan mereka menawan Semenanjung Gaza.

Menurut Kurd, bantuan yang sampai ke Gaza amatlah terhad dan hanya sekadar bantuan perbuatan sementara makanan dan bekalan bantuan lain dilonggongkan di sempadan Awja dan Arish. Beliau menyatakan bahawa kecelakaan kemanusian adalah amat besar di mana keluar para syuhada’ dan yang tercedera dan pemilik rumah yang telah di musnahkan, kilang dan lading amat memerlukan bantuan dalam kadar segera.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Palestin di Gaza telah menyediakan empat peringkat bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang malang di akibatkan oleh keganasan Israel dan menambah bahawa kerajaan dengan kadar segera akan memperkenalkan bantuan peringkat ke lima yang akan melibatkan beribu keluarga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : IM
copyright: palestinkini.info
Nasr : Perbincangan Kaherah buntu kerana kedegilan Zionis.
Khamis, 05/02/2009 - Muhammad Nasr, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan usaha-usaha ke arah penyelesaian yang sedang dilaksanakan di Kaherah sentiasa menemui jalan buntu kerana kedegilan Zionis dan percubaan regim tersebut untuk memaksakan syarat-syaratnya berhubung perjanjian gencatan senjata. Beliau juga menimbulkan adalah suatu yang tidak logik jika Gaza terus dikepung dan dalam masa yang sama rakyat Palestin dihalang daripada mentadbir dan mengurus negara mereka sendiri.

Nasr berkata dalam satu kenyataan akhbar petang semalam (Rabu 4/2), “dalam tempoh beberapa jam ini dan sepanjang usaha yang dilakukan semenjak dua hari lalu, kami selalu bertembung dengan kedegilan Zionis yang sentiasa cuba memaksakan syarat-syaratnya terhadap rakyat Palestin sebelum ditandatangani perjanjian mewujudkan ‘suasana bertenang’ atau gencatan senjata.”

Beliau seterusnya menambah, “walau bagaimanapun sehingga kini, kami tetap meneruskan usaha kerana kami sentiasa mendengar kehendak rakyat kami dan apa yang kami lakukan adalah demi kepentingan semua. Kami amat memahami dan merasai penderitaan yang terhasil daripada serangan zalim terhadap rakyat kami semasa serangan Zionis baru-baru ini terhadap Gaza.

Oleh itu, kami sedang berusaha untuk menjayakan ‘suasana bertenang’ atau gencatan senjata agar penderitaan terhadap rakyat kami dapat dikurangkan. Tetapi pelaksanaan ‘suasana bertenang’ atau gencatan senjata ini hendaklah berjaya menamatkan sekatan dan kepungan terhadap Gaza dan pembukaan semula pintu sempadan bagi memudahkan perjalanan rakyat Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
copyright: palestinkini.info
Kurd: Israel dan PA halang bantuan antarabangsa ke Gaza.
Khamis, 05/02/2009 - Ahmed Al-Kurd, Menteri Hal Ehwal Sosial menuduh penjajah Israel dan kerajaan Palestin di Ramallah menghalang bantuan antarabangsa ke Gaza. Beliau berkata yang sampai hanyalah bantuan perubatan dan itupun terhad sementara bantuan lain seperti makanan disekat dan diloggokan di sempadan Gaza. Ini akan menyebabkan bencana kemanusiaan lebih besar yang kini bergantung kepada bantuan tersebut untuk terus hidup.

Beliau menambah lagi pihak kerajaan Palestin di Gaza telah memberi bantuan kewangan dalam empat peringkat dan mereka akan melaksanakan peringkat kelima tidak lama lagi yang akan melibatkan beribu keluarga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
copyright: palestinkini.info
Zionis didakwa memberi ubat-ubatan yang merbahaya.
Khamis, 05/02/2009 - Wakil kementerian tahanan Palestin Riyadh Al-Ashkar telah mendakwa pihak ZIonis-Israel dengan sengaja mengunakan peralatan perubatan yang telah tercemar dan ubat yang mempunyai racun digunakan ke atas tahanan Palestin. Menurut sumber, jarum yang digunakan untuk merawat telah dicemari dengan hipatitis. Al-Ashkar menggesa WHO supaya campur tangan dan menyiasat perkara ini.

Tahanan Palestin juga telah dijadikan sebagai bahan uji kaji untuk ubat-ubatan yang baru dihasilkan. Setakat ini seramai 11000 rakyat Palestin yang menjadi tahanan dan seramai 1500 yang dijangkiti penyakit kronik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif
copyright: palestinkini.info

Wednesday, February 4, 2009

Olmert dan Barak ingin serang Gaza lagi.

Rabu,04/02/2009 - Perdana Menteri Israel Ehud Olmert dan Menteri Pertahanannya Ehud Barak berkata mereka akan serang Gaza sekali lagi dalam serang balas terhadap roket buatan rumah yang dilancarkan ke arah bandar-bandar Israel yang berdekatan.

Walaupun provokasi itu mungkin tidak seberapa tetapi mereka akan mengambilnya dengan serius dan kemungkinan serang ke atas Gaza kali ini akan lebih dasyhat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
Erdogan Pemimpin Islam Sejati

Allahuakbar !!! Tahniah kepada Tuan Perdana Menteri Turki Tayyib Erdogan kerana dengan teguh menyatakan pendirian menyokong rakyat Palestin dan kerajaan Hamas. Lantaran, mengutuk keras perbuatan zalim Sharmon Peres dan warga kelab haram Israel yang bersifat lebih teruk dari binatang membunuh dan meratah nyawa orang yang tidak bersalah hingga mencecah 1400 orang hingga ke hari ini tidak termasuk yang tidak dijumpai dan sebagainya. Semoga Allah memberkati Tuan dunia dan akhirat.

Tindakan tersebut adalah sangat tepat pada saat ini bagi mengetuk kepala pemimpin-pemimpin dunia Islam khususnya agar tetap menentang kemungkaran Israel pengecut-laknat sehingga ke akhirnya. Diharapkan lebih ramai lagi pemimpin dunia Islam dan pecinta keadilan muncul dengan kenyataan dan pendirian yang sama iaitu menghapuskan kezaliman Israel sama sekali. Bukan hanya kencang di dalam kandang sendiri sahaja bak kata DSAI.

Malah seperti yang diketahui, Amir Kuwait (Raja Kuwait) sendiri juga telah memberikan kata putus untuk menyalurkan bantuan dana kepada kerajaan Hamas dan seluruh rakyat Palestin yang berkorban nyawa dan darah mempertahankan bumi Allah yang mulia itu. Tindakan yang berani malah kami umat Islam menyanjung tinggi usaha tersebut.

Sepotong kata seorang ulama yang kita kasihi dalam ucapannya bersama saudara pimpinan-pimpinan Hamas dalam satu rapat umum:

“Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku,akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin” Imam Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Moga-moga ianya menjadi satu semangat kepada kita untuk sama-sama mengembalikan izzah umat ini lantas menggerakkan umat untuk bangkit menentang kemungkaran walaubagaimana bentuk sekalipun dan di mana kita berada.

SHEIKH UKM
Rujukan: DSAI, Ust Nasarudin Tantawi, Palestinian Information Center & Briged Al-Qassam

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?