-->

Wednesday, August 22, 2007

Tulisan Al-Quran Hilang..!!!






--ASSALAMUALLAIKUM,



Marilah kita renung dan fikir2kan akan kejadian ini, dimana saya perolehi
e-mail ini dari seorang sahabat.... fikir2kanlahh....

Tulisan al-Quran hilang dari naskahnya........ salah satu tanda hari
akhirat.

Malam tadi dalam rancangan Misteri Nusantara yang sempat saya rakam, antara
paparannya adalah lenyapnya tulisan al-Quran dari naskahnya yang berlaku
baru2 ini di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak.



Wartawan Misteri Nusantara Shahnun Hanif Suhaimi yang mendapat panggilan
seorang lelaki di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak telah bergegas ke
lokasi menemui pemilik al-Quran iaitu seorang guru agama yang merasa pelik
dan hairan apabila mendapati 4 pages dalam naskah al-Qurannya yang dimiliki
selama 40 tahun hilang tulisannya begitu sahaja, sedangkan dia
menggunakannya hampir setiap hari khususnya ketika mengajar anak2 muridnya
mengaji.



Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, antara tanda2 Kiamat ialah
apabila al-Quran diangkat ke langit.
Penduduk kampung mengaitkan kejadian aneh ini dengan tanda2 Kiamat tetapi
sejauh mana kebenarannya masih menjadi tanda tanya.
Hajah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun telah menggunakan naskah
al-Quran ini 40 tahun lamanya. Ia diterima sebagai barangan pusaka ibu
saudaranya yang mewasiatkan agar selalu membacanya.



Kejadian ini disedari ketika Hajah Khatijah membaca al-Quran selepas
sembahyang Isyak dan apabila sampai ke juzuk 13 dia mendapati tulisannya
telah lenyap walaupun sebelum ini tulisan ini ada. Menurutnya yang telah
khatam membaca naskah al-Quran ini lebih 40 kali tidak pernah melihat
adanya helaian kosong atau misprint. Katanya jika ia disebabkan oleh tindak
balas kimia, mengapa hanya 4 helai sahaja yang hilang dan tidak di muka
surat lain. Naskah ini juga menurutnya disimpan dengan baik tidak terkena
air atau bahan kimia.
Kehilangan ayat dalam naskah al-Quran ini membabitkan ayat dalam surah
Ibrahim dan surah al-Hijr.
Naskah al-Quran lama ini yang dicetak oleh Sulaiman Press di 85, Lebuh
Acheh, Penang , tidak lagi dijual. Wartawan Shahnun Hanif Suhaimi yang
melihat lebih dekat naskah tersebut mendapati tiada kesan ianya dipadam
atau kemungkinan helaiannya ditukar. Walau apa pun yang berlaku hanya Allah
sahaja yang tahu dan Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu.

"Cukuplah ALlah bagiku, tiada Tuhan melainkan Dia,hanya kepadaNya aku
bertawakkal dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung..."

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?