-->

Monday, September 17, 2007

Allahumma Ballighna Ramadhan.
ramadhanSedar ataupun tidak, bulan suci
mulia yang telah kita tinggalkan lalu
dengan penuh pengabdian dan keazaman
untuk peningkatan sebagai seorang
Muslim
yang benar-benar menyerah, tunduk patuh
kepadaNya bakal menjelang tiba. Maha
Suci Allah yang telah mengurniakan umur
yang setahun lebih panjang dengan
mengurniakan kita sekali lagi Ramadhan,
untuk kita koreksi diri, pertambahkan
iman dan persiapkan kekuatan dan
bekalan. Seperti doa yang biasa kita
ucapkan; Allahumma Ballighna Ramadhan.
Seperti doa yang diajarkan Rasulullah
saw kepada kita;

Apabila Rasulullah saw melihat anak
bulan Rejab, baginda membaca,




Ya Allah, rahmatilah kami dengan Rejab
dan Syaaban, dan sampaikan kepada kami
Ramadhan. (Hadith riwayat at-Tabrani
dan
Ahmad)

Betapa besar kurniaan Allah kepada kita
di dalam bulan Ramadhan, dimana
Rasulullah telah mengajarkan kita untuk
berdoa agar kita dihidupkan sehingga
sampai bulan Ramadhan, supaya bulan itu
dimanfaatkan untuk kita menjadi seorang
hamba yang patuh kepadaNya.

Bagi para daie ilallah, peluang
mengecapi Ramadhan sememangnya
ditunggu,
di kala tamatnya Ramdhan yang lepas
dengan penuh tangisan ketakwaan dan air
mata keinsafan. Bulan bukan sekadar
nikmat, tetapi penuh ujian serta
peluang
amal dakwah untuk mendekatkan manusia
pada jalan Allah swt.

Persediaan dan perancangan perlulah
dilakukan untuk kita memaksimumkan
segala peluang yang di bulan Ramadhan
ini. Sebagaimana yang dimaklumi, amal
kebajikan akan diganjarkan setingkat
lebih tinggi jika ia dilakukan pada
bulan Ramadhan. Yang sunat diberi
pahala
wajib. Yang wajib digandakan dengan
gandaan sesuai dengan kurniaan Allah
swt
Yang Maha Kaya.

Ketika Ramadhan menjelang, Rasulullah
saw bersabda bermaksud, Wahai manusia,
menjelang tiba bulan agung lagi berkat.
Bulan yang di dalamnya ada satu malam
yang lebih baik dari 1000 bulan.
Sesiapa
yang mendekatkan dirinya dengan
mengerjakan amalan Fardhu, seolah-olah
dia telah mendapat 70 pahala Fardhu di
bulan-bulan yang lain. Sesiapa yang
mendekatkan dirinya dengan amalam-
amalan
Sunat, seolah-olah dia mendapat pahala
amalan-amalan Fardhu di bulan-bulan
yang
lain. Ia adalah bulan sabar. Ia adalah
bulan yang awalnya rahmat, tengahnya
keampunan dan akhirnya selamat dari
Neraka (Riwayat Ibn Khuzaimah)

Antara persiapan yang perlu dilakukan
menjelang Ramadhan ialah:

1) Memahirkan diri dengan segala
rukun,sunat,harus,makruh yang berkaitan
dengan puasa di bulan Ramadhan, sunat
tarawih dan lain-lain lagi.

2) Membiasakan diri bangun pada
sepertiga malam untuk bertahajjud,
untuk
mendekatkan diri pada Allah, dan
membiasakan tahajjud di bulan Ramadhan.

3) Memperuntukkan beberapa jumlah wang
untuk dijadikan sedekah jariah dan
zakat
fitrah. Bagi mereka yang telah akil
baligh, maka belajarlah membayar zakat
fitrah sendiri.

4) Menyediakan diri dengan kurang makan
dan berpuasa, namun perlu diingat
dengan
sabda Nabi saw dari Abu Hurairah;








Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua
hari sebelum tiba bulan Ramadan
melainkan orang yang biasa berpuasa
dengan puasa yang tertentu maka
bolehlah
dia berpuasa (riwayat Muslim)

5) Strategi tersusun untuk
memperbanyakkan hafalan, bacaan,
tadabbur, tadarrus al-Quran. Pada bulan
ini kita mempunyai kelebihan kerana
musuh ketat manusia telah di rantai,
sebagaimana sabda Rasulullah saw dari
Bau Hurairah;





Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka
pintu-pintu Syurga dan ditutup
pintu-pintu Neraka serta syaitan-
syaitan
dibelenggu. (riwayat Muslim)

6) Melatih diri semua sifat Islamiah
seperti sabar, kurang bercakap lagha
dan
keji, menjauhi mengumpat dan mengata,
dan perbanyakkan senyuman kepada semua
sahabat.

Jadi sahabat sekalian, sematkan azam
masing-masing untuk kita
memperbanyakkan
amalan fardhi dan amalan dakwah kita di
bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa
hari sahaja lagi. Persiapkan mental
mulai sekarang dan tekunlah istiqamah
dengannya.

Doa kita..Allahumma Balligna
Ramadhanamen.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?