-->

Tuesday, September 4, 2007

Hebat x budak darjah 4 ni..?
Original message from tiap hari syg:
Message: Adapted from: Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk
sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab
air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam
batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api
kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya
menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak
mahu. Selepas emak menikam perut saya
berkali-kali dengan garfu barulah saya
bersetuju untuk mengikutnya. Kami
berjalan sejauh 120 kilometer kerana
pasar itu letaknya 128 kilometer dari
rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar
saya ternampak sebuah lori kontena
meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung.

Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak
saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari
dibelakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu
lori itu nampak kami mengejarnya. Dia
pun memecut lebih laju iaitu sama dengan
kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa
mengejar dengan lebih laju iaitu sama
dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan
lori itu. Lori itu terbabas dan
melanggar pembahagi jalan lalu
bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri
itu yang seramai 100 orang semuanya
mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia
pun bertukar menjadi Ultraman dan
memfire pemandu lori. Pemandu lori
menekan butang khas didalam lori
dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah
helikopter di Genting Highlands dan
terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu
pecah. Pemandu lori sangat takut melihat
kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak
saya. Dia menghulurkan tangan ingin
bersalam. Tetapi emak saya masih marah.
Dia menyendengkan helikopternya dan
mengerat tangan pemandu lori itu dengan
kipas helikopter.

Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan
jatuh ke bumi. Emak saya menghantar
helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ketempat kejadian, dia terus
memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori
itu didalam bahasa Inggeris. Pemandu
lori itu tidak dapat menjawab sebab emak
saya cakap orang putih. Lalu pemandu
lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu
pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.
Semua anggota polis di pejabat polis itu
terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi. Polis
yang bertugas cuba menyuraikan orang
ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai
terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke
pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya
menceritakan kejadian itu kepada penjual
daging. Penjual daging dan
peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
penat sebaik saja sampai di rumah kami
pun mati. Itulah kemalangan yang paling
ngeri yang pernah saya lihat sebelum
saya mati.

p/s- anak sapa laaa budak ni...

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?