-->

Wednesday, September 19, 2007

petua
Puasa yg berkesan utk kesihatan

Gejala-gejala yang berlaku semasa
berpuasa:
Beberapa perkara akan berlaku
disebabkan oleh
pembuangan toksin dan
bahan buangan ketika kita berpuasa
seperti nafas
berbau, peluh juga
berbau, kulit kering bersisik dan
gatal, air kencing
pekat dan berbau
dan mungkin juga kerap kencing,
buang air besar
selepas beberapa hari
berpuasa, sakit kepala, lenguh badan
dan demam
(kesan toksin keluar dari
lemak ke darah, sebelum keluar dari
badan), dan
mungkin juga berlaku
selsema dan kahak serta lendir dan
keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak
serius, jangan cuba
ubatkan kerana ia
akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang
berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air
bertapis yang tidak
dimasak (guna
water-filter) .
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu
bagi memberi
peluang perut mencerna
makanan
(iii) Makan makanan yang senang
hadam dan kurangkan
masakan berminyak,
berempah dan pedas. Seelok-eloknya
makan sayur, tahu
dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari
biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan.
Insya-Allah jika
makan secara
perlahan-lahan, masalah tercekik
tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba
atau minuman
yang mengandungi getah
anggur, buah kembang semangkuk dan
biji selasih
sebanyak yang terminum.
Waktu sahur elok makan buah dan susu
atau sebarang
makanan cecair.


Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu
sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan
berempah serta
payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging
binatang terutama
bagi pengidap batu
karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang
malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari
atau lebih
minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat
puasa kerana
mengandungi bahan kimia:

(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak
ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan
pengawet, pewarna,
perasa tiruan seperti
burger, sosej, mee segera, air tin &
kotak, air
squash, nugget dan
seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan
semasa berpuasa
kerana ia menyebabkan
air bertakung dalam badan (water
retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat
letih, cepat
marah kerana kadar
glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap
mata, nafas
berbau, lidah menjadi
putih atau berdaki manakala badan
menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang
bau, selera makan
baik, tenaga mula
pulih dan kadar glukosa menjadi
normal kembali. Di
fasa ini juga mental,
emosi dan badan semakin optimum dan
diri menjadi
orang baru. Keadaan
puasa begini hanya dicapai oleh
mereka yang benar-
benar mengawal makan
dan minum supaya proses asidosis dan
ketosis di
dalam badan berjalan
lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan
manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya
daging, berempah,
berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna,
perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah
kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah
s. a. w. yang bermaksud:
"Ada banyak orang yang berpuasa
tetapi ia tiada
memperolehi dari
puasanya itu, selain dari lapar dan
dahaga (yakni
tiada mendapat
pahala)."

'Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang'

1 comments:

lina said...

tq for this petua

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?