-->

Wednesday, September 19, 2007

syisya xsama macam rokok
Syisya; satu kajian

Gabungan pena:

Amli bin Asenar
Dar al-Ifta al-Misriyyah

Nik Abdullah Afif bin Nik Mohamed
Kuliah Perubatan Universiti Ain Shams

Mohd Nurul Hisyam Mohamed
Kuliah al-Quran Tanta Universiti al-Azhar

Etymology (asal-usul perkataan)

Syisya (juga dikenali dengan pelbagai
nama yang lain) adalah sejenis alat yang
digunakan untuk mengeluarkan asap
(smoking) menggunakan penuras air dan
haba tak langsung. Ia boleh digunakan
bagi menghisap berbagai bahan seperti
herba buah, tembakau, dan ganja.

Syisya turut dikenali dengan nama yang
berbagai seperti paip panjang, nargeela,
nargile, narghile, nargileh, argeela,
arghileh, shisha, sheesha, okka, kalyan,
atau ghelyoon, ghelyan. Bergantung
kepada perbezaan geografi. Nama-nama ini
berasal dari perkataan Arab, India,
Turki, Uzbekistan, dan juga Parsi.
Narghile () berasal dari
perkataan Parsi nargil bermakna kelapa
dan dalam bahasa sanskrit; paip yang
asal, datang dari India dan diperbuat
daripada kulit kelapa.

Manakala syisya ( )pula berasal
dari perkataan Parsi (maknanya gelas,
bukan botol). Hashish(( pula adalah
perkataan arab yang membawa makna
rumput, yang diistilahkan sebagai satu
panggilan kepada tembakau.

Terdapat sumber lain menyatakan, dalam
teks awal Arab, perkataan hashish
tidak hanya merujuk kepada cannabis
resin (damar ganja) tetapi juga bermakna
daun kering atau bunga dan manisan yang
dicampur dengannya.

Hookah (Arab = , Urdu = ) pula
pada dasarnya adalah perkataan Arab yang
bererti kotak kecil, pasu ataupun jag.
Perkataan narghile banyak digunakan di
Turki, Lubnan, Syria, Iraq, Jordan,
Greece, Cyprus, Albania, Palestine,
Israel dan Romania. Namun kita akan
dapati huruf pertama n dalam perkataan
narghile selalunya tidak dibunyikan di
negara-negara Arab. Seterusnya syisya
pula lebih diguna pakai di Egypt,
Morocco, Tunisia, Arab Saudi dan
Somalia. Di Iran ia dikenali sebagai
ghalyoun atau qalyan ( ) dan di
Pakistan juga India ia dipanggil
huqqa. Walaubagaimanapun, perkataan
hookah lebih banyak digunakan dalam
Bahasa Inggeris memandangkan India
sebagai negara asal aktiviti ini
mempunyai ramai penduduk yang boleh
berbahasa Inggeris.

Bentuk dan Fungsi

Terdapat empat komponen syisya yang asas :

1)
Ruang asap : separuh
ruangnya diisi dangan air.

2)
Mangkuk atau kepala :
mengandungi tembakau, alat yang
digunakan untuk memanas, diletak di
bahagian atas.

3)
Paip dasar : menghubungkan
mangkuk ke dasar

4)
Paip : menghubungkan mangkuk
ke dasar

Bahagian-bahagian asas ini tidak
mempunyai fungsi yang bervariasi, namun
mungkin terdapat perbezaan dari segi
bentuk, seperti alat pemanas yang
digunakan untuk membakar. Bahan yang
selalu digunakan adalah arang, tetapi di
Arab Saudi dan negara Teluk Parsi,
pemanas elektrik adalah lebih popular.

Apabila seseorang
menyedut udara dari tiub, satu tekanan
berbeza akan memaksa udara dalam ruang
asap arang, memanaskan tembakau, dan
menghasilkan asap. Asap itu kemudiannya
ditarik ke bawah dari tembakau,
menyebabkan proses pembuihan dalam air
(seperti menggelegak) dan keluar ke
permukaan udara dalam ruang asap.
Seterusnya ditarik melalui paip penyedut
dan masuk ke tubuh penyedut. Tembakau
yang digunakan (dikenali juga dengan
tobamel atau maasal) diperbuat daripada
siatan tembakau dan dicampur dengan
pemanis seperti madu dan halwa atau buah
separuh kering.

Pada asalnya tembakau
yang dicampur dengan bahan pemanis tadi
adalah untuk membentuk jurak; sejenis
lembapan tembakau yang tidak berasa.
Perasa tembakau buah yang popular pada
hari ini bermula pada akhir 1980,
apabila syarikat tembakau Mesir
mencubanya sebagai satu cara untuk
menjual produk mereka kepada golongan
wanita. Pembuatan kontemporari pula
telah mula menggunakan gliserin (sejenis
cecair likat dan manis yang digunakan
dalam perubatan) sebagai bahan utama
pemanis memandangkan faktor kualiti
pelembap dan pemanis, menjadikan
tembakau mempunyai perisa yang pelbagai.

Pada hari ini tembakau
syisya boleh didapati dalam perisa buah,
ekstrat bahan neutral, dan perasa-perasa
yang dibenarkan. Antara perisa tersebut:
epal, strawberi, ros, mangga, cappucino,
vanilla, kelapa, cherry, anggur, pisang,
kiwi, blueberry, kopi arab, campuran
buah-buahan, tembikai, oren, dan banyak
lagi.

Keluasan Aktiviti

Aktiviti menghisap
syisya pada hari ini boleh didapati
tidak hanya di negara-negara Arab dan
Timur Tengah, bahkan ia telah pun sampai
ke Eropah, Asia, dan negara Afrika. Di
Amerika terdapat bar yang khusus
menyediakan khidmat syisya ini.
Kebanyakannya adalah berdekatan dengan
kampus dan kolej-kolej pengajian.
Aktiviti ini begitu popular di kalangan
pelajar kolej muslim yang mencari
alternatif lain untuk tidak minum arak.
Di Sepanyol, aktiviti ini menjadi
semakin popular. Syisya dan hookah ini
boleh didapati di kedai-kedai kopi yang
diusahakan oleh imigran muslim. Di
Moscow dan bandar-bandar di Russia,
khidmat ini tedapat di bar-bar yang
menyediakan bahagian khas untuknya.

Jarang sekali dapat
ditemui khidmat ini di restoren India di
Britain. Ia banyak diusahakan oleh
restoran Lubnan dan bar Mesir di sana.

Manakala di Jerman pula,
aktiviti ini secara khususnya di Berlin,
boleh didapati di kawasan-kawasan yang
populasi penduduknya berasal dari Turki.
Selain itu, Pakistan dan Afghanistan,
dua negara Asia ini juga tidak terlepas
dari terkena bahang hookah dan syisya.
Di sini kita boleh lihat anak-anak muda
boleh menghisap syisya secara meluas.
Malaysia juga telah memperlihatkan
peningkatan dalam penggunaan syisya dan
kafe-kafe yang menyediakan perkhidmatan
paip syisya.*

Dari sudut kesihatan

Apakah kandungannya?

1. Tembakau
2. Sirap pekat dari buah-buahan
3. Arang

Adakah sama dengan rokok? Jika tidak,
apa bezanya?

Kandungan asas bagi rokok dan sheesha
adalah sama tembakau. Perbezaan rokok
dan sheesha ialah pada cara
penyediaan(rawatan). Tembakau yg
digunakan untuk rokok diasapkan terlebih
dahulu sementara tembakau yang digunakan
untuk sheesha diperam.

Apakah ia memberi kesan negatif kepada
tubuh?

Soalan ini sudah diketahui umum
jawapannya. Sesetengah jenis tembakau
mempunyai kandungan nitrat serendah
0.9%(Neurath & Ehmke, 1964; Wynder &
Hoffmann, 1967). Asap yang dihasilkan
dari pembakaran menghasilkan nitrogen
oksida yang bertindakbalas dengan arang
dan lain-lain kandungan menghasilkan
aromatic amines. Perokok menyedut
aromatic amines seperti contoh
N-nitrosodimethylamine,
N-nitrosodiethyl-amine antara
carcinogens (bahan yang menyebabkan
kanser) dalam kuantiti yang banyak. Ini
dapat menerangkan mengapa perokok
(rokok, sheesha dll) mempunya risiko
yang lebih tinggi untuk mendapat barah.
Selain dari barah, perokok juga berisiko
tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit
seperti sakit jantung, asthma,darah
tinggi, katarak,sakit paru-paru,
penyakit gusi dan 1001 penyakit lagi.
Bagi lelaki, merokok dapat menjurus
kearah kemandulan dan kegagalan alat
kelamin untuk berfungsi.



Apakah simptomnya?

Secara ringkas perokok akan mengalami
sesak nafas, mudah letih, berdebar-debar
dan banyak lagi.





Adakah ia memberi kesan kepada
psikofisiologi

Nikotin adalah sejenis perangsang sistem
saraf yang digunakan secara meluas,
kedua paling banyak digunakan selepas
caffeine- kandungan dalam kopi. Dan
kedua paling banyak disalahgunakan
selepas alkohol.



Adakah kandungan syisya digunakan dalah
perubatan?



Kandungan aktif tembakau- nikotin tidak
digunakan di dalam perubatan kecuali
dalam terapi bagi perokok untuk berhenti
merokok.



Sesuaikah ia menjadi alternatif rokok?

Tidak. Cara terbaik untuk menggantikan
rokok ialah tidak merokok.

Kesan negatif terhadap tubuh

Sebagaimana yang telah diterangkan,
tembakau mengandungi nikotin. Nikotin
ialah sejenis bahan yang boleh
menyebabkan ketagihan (seperti heroin
dan kokain). Ini dapat dibuktikan dengan
3 bukti kukuh:


bila ia diambil dalam amaun
yang sedikit, ia memberi rasa yang
menyenangkan dan menyebabkan perokok
mahu merokok lagi


lama kelamaan perokok akan
menjadi ketagihan dan bergantung kepada
nikotin dan mengalami simptom
(withdrawal symptom) seperti resah
apabila tidak dapat merokok, sakit
kepala, susah tidur


disebabkan nikotin adalah
sejenis dadah kepada sistem saraf, ia
akan menjejaskan mood perokok

Dalam dos yang besar, nikotin adalah
racun yang membunuh seseorang dengan
menghentikan otot pernafasan. Bezanya,
perokok biasanya mengambil nikotin dalam
amaun yang sedikit dan tubuh masih mampu
menyahkan nikotin dari tubuh.

Nikotin membuatkan seseorang yang baru
mula merokok atau perokok yang merokok
terlalu banyak menjadi loya dan pening.
Degupan jantung bagi perokok yang muda
akan meningkat sebanyak 2-3 degupan per
minit. Nikotin juga menjadikan kulit
menjadi sejuk dan mengurangkan
pengaliran darah ke kaki. Ia juga dapat
meningkatkan risiko sakit jantung dan
strok. Nikotin ialah sejenis dadah yang
menjadikan salur darah mengecut.
Kebanyakan pakar bedah tidak mahu
membedah pesakit yang mempunyai masalah
pada salur darah periferi kecuali mereka
berhenti merokok.

Pembakaran tembakau juga menghasilkan
gas beracun seperti nitrogen oksida dan
karbon monoksida.

Bagaimana kesan sheesha atau rokok
kepada paru-paru?

Kerosakan paru-paru adalah antara
perkara yang mula-mula terjadi kepada
perokok, dan kesemua paru-paru perokok
berfungsi dengan kurang baik berbanding
orang yang tidak merokok. Merokok dapat
menyebabkan beberapa penyakit paru-paru
sebagai penambahan kepada kanser
paru-paru. Radang paru-paru kronik satu
penyakit di mana salur udara
menghasilkan mucus (kahak) yang
berlebihan, menyebabkan perokok batuk
lebih kerap perkara yang biasa terjadi
kepada perokok.

Merokok, tidak kira sheesha atau rokok
biasa adalah sebab utama sejenis
penyakit yang dinamakan emphysema
sejenis penyakit yang secara
perlahan-lahan memusnahkan kebolehan
seseorang untuk bernafas. Oksigen perlu
melalui permukaan dalam paru-paru yang
luas. Secara normal, terdapat
beribu-ribu pundi atau kantung dalam
paru-paru seseorang. Dalam pesakit yang
menghidapi emphysema, kantung ini akan
bersatu menjadikan kantung itu semakin
besar, tetapi mungurangkan bilangan
kantung yang ada. Lama kelamaan luas
permukaan dalam paru-paru menjadi
semakin kecil dan menyebabkan seseorang
itu tercungap-cungap semasa bernafas.

Simpton awal emphysema ialah sukar
bernafas (terutamanya bila berbaring),
batuk ringan yang kronik, cepat berasa
letih, dan turun berat badan bagi
sesetengah orang. Seseorang yang
menghidap emphysema mempunyai risiko
yang tinggi untuk mendapat pelbagai
komplikasi, kesan dari paru-paru yang
gagal berfungsi dengan baik. Sebagai
contoh Pneumonia. Lama kelamaan,
pesakit yang mendapat emphysema perlu
bernafas menggunakan tiub yang dipasang
pada hidung. Proses ini tidak dapat
diubati kembali kepada normal, tetapi
dapat diperlahankan dengan berhenti
merokok. Berhentilah merokok dari sekarang.

Bagi mereka yang menghisap sheesha
dirumah, merokok dapat memberi kesan
kepada isteri dan anak-anak mereka.
Isteri dan anak-anak yang tidak merokok
secara terus dikenali sebagai perokok
pasif. Kesan asap sheesha atau rokok ini
amat berbahaya kepada wanita terutamanya
wanita mengandung. Kesan asap rokok
terhadap wanita mengandung dapat
menyebabkan keguguran, lahir tidak cukup
bulan, bayi tidak cukup berat dan
sindrom kematian bayi mengejut (sudden
infant death syndrome).

Bila wanita mengandung terdedah kepada
asap rokok, bahaya ini bukan sahaja
kepada si ibu, bahkan memberi kesan
kepada bayi. Nikotin dan karbon
monoksida masuk ke dalam darah si ibu,
memberi kesan secara terus kepada bayi,
menghalang bayi dari mendapat zat dan
oksigen yang mencukupi yang diperlukan
dalam proses pembesaran.

Susu badan ibu adalah pilihan terbaik
untuk bayi. Namun bagi wanita yang
menyusukan bayi, yang terdedah kepada
asap rokok, susu badan yang dihasilkan
oleh mereka turut mengandungi racun.
Nikotin dalam susu badan ibu boleh
menyebabkan pelbagai simptom kepada bayi
seperti gelisah, degupan jantung yang
laju, muntah, atau cirit birit.

Sheesha dapat memberi kesan jangkamasa
pendek dan jangkamasa panjang. Antara
kesan jangkamasa panjang, merokok adalah
punca utama bagi penyakit-pemyakit
seperti: Jantung, aneurysms, emphysema,
radang paru-paru, strok, menjadikan
asthma dan pneumonia lebih teruk. Kesan
jangkamasa pendek pula ialah kegagalan
paru-paru untuk berfungsi dengan baik.
Maka dapat diperhatikan perokok sering
menghadapi masalah semput, batuk dan
mudah letih bila melakukan aktiviti
fizikal. Selain itu, juga dapat
diperhatikan dari perokok, mereka
mengalami masalah-masalah lain seperti
kurang deria rasa dan bau, kulit
berkedut pada usia muda, nafas berbau,
gigi kuning, dan yang paling penting
bagi lelaki, dapat menyebabkan
kemandulan dan kegagalan alat kelamin
untuk berfungsi dengan baik.

Ada yang mengatakan sheesha lebih
selamat berbanding rokok. Ini tidak
benar, malahan sheesha lebih bahaya
berbanding rokok dari pelbagai segi
termasuk dari segi penyediaannya. Air
dalam sheesha tidak dapat menapis banyak
jenis toksin yang terkandung dalam asap
sheesha. Sheesha juga mengandungi
nikotin, karbon monoksida dan lain-lain
bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang
yang digunakan mendap dalam salur
pernafasan dan meningkatkan masalah
paru-paru kepada lebih teruk berbanding
rokok biasa yang juga berbahaya dari
segi bahan pengawet yang digunakan untuk
mengawet dan merawat tembakau dalam
rokok. Bagi mereka yang menghisap
sheesha dikedai kopi, perkongsian paip
sheesha juga mendedahkan mereka kepada
bahaya lain. Mereka akan terdedah kepada
pelbagai jenis penyakit yang merebak
melalui air liur. Penyakit yang biasa
kita dengar, berjangkit akibat berkongsi
sheesha adalah TB. Tidak hairanlah jika
kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan
di semua hospital.

Adakah dengan berhenti merokok dapat
membantu anda? Ya. Dan ia masih belum
terlambat. Kesan-kesan berhenti merokok:

* 20 minit selepas berhenti: kadar
degupan jantung dan tekanan darah turun
kembali. (Effect of Smoking on Arterial
Stiffness and Pulse Pressure
Amplification, Mahmud, A, Feely, J.
2003. Hypertension:41:183.)
* 12 jam selepas berhenti : kadar
karbon monoksida dalam darah turun ke
paras normal. (US Surgeon Generals
Report, 1988, p. 202)
* 2 minggu ke 3 bulan selepas
berhenti : kitaran darah dan fungsi
paru-paru meningkat. (US Surgeon
Generals Report, 1990, pp.193, 194,196,
285, 323)
* 1 hingga 9 bulan selepas berhenti
: batuk dan semput berkurangan; cilia
(struktur seperti rambut halus dalam
salur pernafasan yang menolak kahak
keluar dari paru-paru) kembali berfungsi
secara normal, meningkatkan keupayaan
untuk mengawal kahak, membersihkan
paru-paru, dan mengurangkan risiko
jangkitan pada paru-paru. (US Surgeon
Generals Report, 1990, pp. 285-287, 304)
* 1 tahun selepas berhenti : risiko
sakit jantung separuh berbanding mereka
yang masih merokok. (US Surgeon
Generals Report, 1990, p. vi)
* 5 tahun selepas berhenti : risiko
mendapat strok berkurang kepada kadar yg
sama seperti mereka yg tidak merokok
selepas 5 hingga 15 tahun berhenti
merokok. (US Surgeon Generals Report,
1990, p. vi)
* 10 tahun selepas berhenti : kadar
kematian akibat kanser paru berkurang
kepada separuh berbanding mereka yg
masih lagi merokok. Risiko kanser mulut,
tekak, esofagus, pundi, serviks dan
pancreas menurun. (US Surgeon Generals
Report, 1990, pp. vi, 131, 148, 152,
155, 164,166)
* 15 tahun selepas berhenti : risiko
seseorang itu mendapat sakit jantung
sama seperti mereka yang tidak merokok.
(US Surgeon Generals Report, 1990, p. vi)

Terdapat juga kesan yang dapat dilihat
dan kesan segera. Berhenti merokok
membantu menghentikan kesan tembakau ke
atas penampilan kita termasuk:

* Kedutan kulit pada usia muda
* Nafas berbau
* Gigi kuning
* Penyakit gusi
* Rambut dan pakaian berbau
* Kuning pada kuku

Dengan membuang tabiat merokok, anda
dapat melihat kesan ketara dalam hidup
anda seharian :

* Makanan dirasakan lebih enak
* Deria bau kembali kepada normal
* Aktiviti seharian tidak lagi
menyebabkan anda semput (seperti contoh,
naik tangga, atau kerja ringan di rumah)

Terdapat mitos mengatakan bahawa
menghisap sheesha dapat menjadikan suara
lebih merdu. Ini tidak benar sama
sekali. Kebanyakan penyakit pita suara
berpunca dari merokok. Selain dari
kanser, merokok dapat menyebabkan pita
suara membengkak. Bengkak pada pita
suara ini dikenali sebagai Reinkes
oedema. Ia juga dapat menyebabkan
tompokan putih pada pita suara
(leukoplakia). Suara menjadi garau,
serak, dan pastinya tidak merdu.

Sheesha ; Suatu Pengenalan Hukum

Pengamalan merokok oleh masyarakat dunia
hari ini bukanlah lagi suatu perkara
yang baru seperti mana ketika ia
mula-mula diperkenalkan di penghujung
kurun ke 10. Budaya menghisap asap ini
telah dipelbagaikan dengan aneka bentuk
dan cara bagi memenuhi citarasa golongan
penghisap asap ini. Antara bentuk yang
tidak asing lagi adalah dengan
menggulung. Bentuk lain lagi adalah
dengan menggunakan paip penyedut bersama
dengan makanisma air yang dikenali
dengan Sheesha atau Narjilah dalam
masyarakat Arab. Di sesetengah negara
lain terkenal dengan penggunaan pipe
dan curut.

Apapun bentuk dan cara yang diperkenal
dan diamalkan oleh golongan merokok ini
namun perbahasan kepada hukum perbuatan
ini bukanlah kepada bentuknya tetapi
kepada kesannya. Oleh itu kita mendapati
bahawa perbuatan menghisap sheesha
seolah-olah tidak sama dengan perbuatan
menghisap rokok gulung yang biasa
kedapatan. Lantaran kemungkinan ada yang
menyangka bahawa tidak ada masalah
menghisap sheesha tersebut.

Perlulah diketahui bahawa sheesha ini
sudah menjadi pengamalan dan budaya yang
tidak baik bagi masyarakat di Mesir yang
sukar dikikis. Budaya ini menjalar dan
membiak dengan subur dengan pembukaan
terlalu banyak kedai-kedai kopi yang
menyediakan perkhidmatan menghisap
sheesha ini kepada pelanggan. Tidak
cukup dengan kedai kopi, kegiatan
menghisap sheesha ini diamalkan di
rumah-rumah oleh si suami yang menghisap
di hadapan ahli keluarga mereka tanpa
memikirkan kesan baik dan buruknya.

Oleh itu, apakah hukum menghisap sheesha
ini?

Hukum menghisap sheesha ini adalah sama
dengan hukum merokok yang telah
dibahaskan oleh para ulama secara
panjang lebar dalam masalah merokok ini.
Ini kerana perbezaan hanyalah kepada
rupa tetapi kemudaratan yang dibawa
menatijahkan hukum yang sama yang telah
dipastikan oleh kajian perubatan pada
hari ini.

Kajian yang telah dibuat berkenaan
sheesha menurut Dr, Husam dalam
artikelnya di dalam web Islamonline
menyatakan bahawa kesemua penggunaan
sheesha membawa kemudaratan kepada
kesihatan sama ada menggunakan tembakau
atau yang menggunakan bahan-bahan
daripada buah-buahan yang telah dirawat
dengan cara-cara tertentu.

Selain itu banyak kajian telah dilakukan
seperti kajian yang telah dilakukan di
Kuliah Pergigian di Universiti Al Azhar,
kajian di Geneva 2001, kajian di Kuliah
Kesihatan di Universiti Amerika di
Beirut. Kemudaratan yang dinatijahkan
oleh pengamalan sheesha ini juga
diperakui oleh Dr. Abdul Hakim Mahmud
Ketua Bahagian Sakit Dada di Perubatan
Qasrul Ain, Dr. Toriq Ketua Bahagian
Sakit Dada di Perubatan Ain Syams dan
Dr. Maisah di Bahagian Sakit Dada di
Perubatan Qasrul Ain.

Setelah jelas bahawa kedudukan menghisap
sheesha adalah sama dengan merokok
secara menggulung yang telah menjadi
kebiasaan maka hukum sheesha ini adalah
sama dengan hukum golongan perokok biasa.

Perbahasan merokok telah diketahui umum
bahawa terdapat perselisihan pendapat di
kalangan ulama. Pendapat yang diterima
oleh Dr. Yusuf Qaradawi di dalam
fatwanya adalah haram hukumnya dan Bekas
Mufti Mesir iaitu Dr. Nasr Farid juga
telah mewartakan bahawa hukum menghisap
rokok ini adalah haram. Fatwa ini telah
ditampal di semua masjid dan tempat
diseluruh Mesir dan telah diketahui umum
akan perkara ini. Fatwa ini juga telah
disokong oleh Mufti selepas itu seperti
Dr. Ahmad Toyyib dan Mufti hari ini Dr.
Ali Jumah. Pandangan mengatakan bahawa
menghisap rokok itu haram adalah
pandangan yang amat kuat berdasarkan
dalil, kajian perubatan kesihatan hari
ini dan kemudaratan lain seperti harta
dan sebagainya.

Adakah sewajarnya kita masih berkhilaf?

Dr. Yusuf Qaradawi menyatakan bahawa
khilaf di kalangan ulama dalam masalah
rokok ini pada suatu ketika dahulu
adalah kerana tiada kajian yang kukuh
kepada akibat merokok ini. Tambah beliau
lagi jika ulama dahulu mendapati kajian
yang kukuh berkenaan darar atau
mudarat yang ada sudah pasti mereka
tidak khilaf dalam masalah ini.

Beliau berkata :

Dalam zaman kita hari ini, para ulama
sewajarnya bersepakat dalam hukum kerana
hukum yang dikeluarkan seorang faqih
adalah berdasarkan kepada pandangan
doktor. Jika doktor mendapati merokok
ini membahayakan manusia maka seorang
faqih semestinya mengatakan ianya haram
kerana apa yang memudaratkan kesihatan
manusia semestinya diharamkan oleh syara.

Dengan ini jelaslah bagi kita bahawa
perbuatan merokok ini dengan apa bentuk
dan caranya mesti ditolak oleh seorang
muslim kerana perbuatan ini hanyalah
sia-sia dan hanya mendatangkan
kemudaratan kepada agama, diri, akal,
keturunan dan harta.

Berkenaan dengan alat Sheesha yang
beraneka bentuk dan warna yang dijual
hari ini jika ada yang hanya hendak
membeli sekadar dijadikan perhiasan maka
sewajarnya juga dihindarkan kerana alat
seperti sheesha ini bukanlah sesuatu
yang dijadikan perhiasan dan
menyimpannya adalah sia-sia. Berdasarkan
kepada sabda Rasulullah :


:




Maksudnya : Daripada kebaikan Islam
seseorang itu dia meninggalkan perkara
yang tidak ada kaitan dengan dirinya
sebagai seorang muslim daripada
perkataannya dan perbuatannya.

Berdasarkan kepada perkara di atas,
pengamalan merokok mesti dibenteras agar
tidak terus melalaikan generasi Islam
yang ada pada hari ini dan yang akan
datang. Merokok ini merupakan senjata
halus yang memakan diri secara
perlahan-lahan yang akhirnya melumpuhkan
jatidiri dan pembinaan peribadi seorang
muslim yang sepatutnya. Umat Islam
sewajarnya menumpukan diri kepada kerja
amal Islami yang terlalu banyak pada
hari ini. Para ulama hari ini tidak
sewajarnya lagi berkhilaf pada hukum
merokok sekadar menurut pendapat ulama
terdahulu yang khilaf dalam perkara ini
tetapi lebih melihat kepada kesannya
kepada umat Islam pada hari ini
berdasarkan dalil dan kajian-kajian
terbaru yang ada.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?