-->

Wednesday, October 24, 2007

mutiara hikmah

Musibah manusia di dunia: 

· Sakit pada waktu mengembara

· Miskin di hari tua 

· Maut pada waktu masih muda 

· Buta setelah melihat 

· Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung  -Ahli Hikmah 


Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup, yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang bertaqwa dan Allah marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta, yang memaksa dan yang kurang cerdik
-Ahli Hikmah 



Ada tiga hal yang meningkatkan kemuliaan seseorang: 

· memaafkan orang lain dan menghilangkan bekas-bekas kesalahannya; 

· memberi sesuatu kepada orang lain yang tidak memberi sesuatu kepadanya; 

· menghubungkan silaturahmi dengan orang yang memutuskannya. 


Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci
rahsianya



Waktu adalah kehidupan manusia.
Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan.
Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan.
Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat.
Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan.
Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga.
Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap Tuhannya.
Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya.
Sesungguhnya kewajipan-kewajipan hamba didunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.


Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan malihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya.


Barangsiapa yang meremehkan penguasa, dia akan kehilangan dunianya.
Barangsiapa yang meremehkan ulama, dia akan kehilangan agamanya. Dan barangsiapa yang meremehkan kawannya, dia akan kehilangan kemanusiannya. 


Bohong, orang yang berpendapat bahwa kejahatan
harus diredam dengan kejahatan, Apabila dia benar, silakan dia menyalakan dua api.
Apakah api yang satu dapat memadamkan api yang lain? Yang dapat meredam kejahatan adalah kebaikan,sebagaimana air dapat memadamkan api. 


Seorang alim harus mengajar dirinya
sebelum mengajar orang lain, dan hendaknya mengajar dengan perilakunya sebelum mengajar dengan ucapan-ucapannya 



Ibrahim bin Adham terkenal sebagai seorang yang zahid. Kata-katanya penuh dengan hikmah dan selalu dijadikan pedoman orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah. Pernah suatu ketika seorang muslim datang kepadanya meminta kepada beliau, "Wahai Ibrahim, berilah kami wasiat agar seluruh kehidupan kami bermanfaat
!". Maka Ibrahim Al Adham menjawab :


1. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan akhirat. 

2. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan memperindah penampilan fizik maka sibukkanlah dirimu dengan memperindah dan mempercantikkan batinmu. 

3. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengurus perkebunan maka sibukkanlah dirimu dengan memakmurkan kuburan. 

4. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengabdikan diri kepada sesama manusia, maka
sibukkanlah dirimu dengan mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin. 

5. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengatakan aib orang lain, maka
sibukkanlah dirimu dengan keburukan dirimu sendiri. 

6. Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai taman pertanian yang akan menghantarkan engkau
ke pohon raya di akhirat kelak. 


Wahai anakku,
tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya
tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu
tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan
diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih
celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka
merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya. -Luqman Hakim


TIGA wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan peringatan kepada umat Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di dunia.
Mereka ialah Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.



Pesanan Abu Royam:

– Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain.

– Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.

– Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih.



Pesanan Al-Syibli:

– Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.

– Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.

– Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan kebendaan.



Pesanan Hasan:

– Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah orang yang bijak.

– Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.

– Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.


10 Wasiat 
Luqman Hakim


1. Kamu hendaklah
sentiasa berada dalam majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para
hukama'(orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati
dengan hikmat sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang
lebat. 

2. Berkawan dan
hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan
menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah
kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada
mereka, kamu turut merasai nikmat itu. 

3. Sekiranya engkau
seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti
dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut
menjadi mangsanya. -Luqman
Hakim

4. Janganlah engkau
menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi
hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu. 

5. Jangan sekali-kali
engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang
bila-bila masa sahaja. 

6. Dunia ini bagaikan
lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah ditenggelamkannya.
Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang
menyirami tanaman.

7. Pukulan bapa ke
atas anaknya bagaikan air yang menyirami tanaman.

8. Tiga orang yang
tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan iaitu: 

a. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah. 

b. Orang yang berani melainkan ketika berperang. 

c. Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan 
pertolongan daripada mereka.

9. Sesungguhnya dunia
ini sedikit sahaja, sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu.
Manakala umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih
sedikit tadi.

10. Tanda-tanda seorang
pendengki itu ada tiga iaitu: 

a. Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka. 

b. Memuji-muji kawannya apabila berada berasama mereka. 

c. Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala. 





Wasiat Nabi
junjungan kepada Saidina Ali R.A


Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya : 

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia 

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita 

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia 


Wahai Ali, 

Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya : 

1) Jujur dalam berkata-kata 

2) Menjauhi segala yang haram 

3) Merendahkan diri 


Wahai Ali, 

Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya : 

1) Takut berlaku dusta dan keji 

2) Menjauhi kejahatan 

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman 


Wahai Ali, 

Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya : 

1) Merahsiakan ibadahnya 

2) Merahsiakan sedekahnya 

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya 


Wahai Ali, 

Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya : 

1) Mengawasi dirinya 

2) Menghisab dirinya 

3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?