-->

Wednesday, October 24, 2007

mutiara hikmah

10
Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna



1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada
waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.



2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama
sekali saudara membuang masa walau sedikit pun
dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.



3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang
betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar
Islam.



4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.



5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah
itu, sentiasa tenang lagi tenteram.



6) Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak
mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.



7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki
oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu
tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.



8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang
boleh memberi kebajikan.



9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara
bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana
asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.



10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita;
oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak
mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka
segerakanlah perlaksanaannya.


Imam al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4
perkara bagi menjaga keelokan akhlak iaitu :

1. Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang
mengenai sesuatu perkara seboleh yang mungkin kerana ia lebih banyak
mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Ia adalah punca akhlak buruk
seperti riya', hasad dengki, bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Jika
terpaksa juga berbahas maka kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam
hatimu iaitu :

a. Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira ia
berada di sebelah kamu atau pihak lain

b. Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan
orang lain

2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang
mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya

3. Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar
yang zalim malah jika boleh jangan berjumpa dengan mereka kerana lebih
banyak padahnya daripada faedah

4. Jangan menerima sebarang pemberian daripada
golongan pembesar walau pun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber
yang halal kerana dibimbangi kamu akan terhutang budi sehingga takut untuk
menegur kesalahannya




Imam al-Ghazali pernah berpesan agar dilakukan 4
perkara berikut agar dapat cantikkan akhlak iaitu :


1. Bermu'amalat atau berurusanlah dengan Allah
sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu. Kami tidak
berasa bingung atau marah dengannya. Apa yang kamu tidak suka dilakukan
oleh orang bawahanmu maka Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian
kerana Allah itu adalah Tuhanmu yang hakiki

2. Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain
maka perbuatlah sebagaimana kamu mahu diperbuat ke atas dirimu kerana
tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain
memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya

3. Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu maka
pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu.
Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi nescaya kamu
hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri
daripada belenggu dunia

4. Jangan mengumpul harta dunia lebih daripada
keperluanmu untuk tempoh setahun kerana Rasulullah s.a.w sendiri hanya
menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk tempoh sehari
setengah sahaja.


10 Pesanan Untuk Nabi Musa



ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya daripada Jabir bin Abdillah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran pesanan dalam 10 perkara:


1. Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan suatu apa pun bahawa Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang Musyrikin.


2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.



3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.



4. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak menyucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.



5. Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan itu, maka bukan daripada-Ku.



6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.



7. Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetangga sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.



8. Jangan menyembelih korban untuk selain daripada-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.



9. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.



10. Jadikan Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa dan Allah memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku.”

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?