-->

Tuesday, November 6, 2007

BPR Hilang Punca....!!!
BPR Siasat Tok Guru Yang TIDAK AMBIL RASUAH, yang AMBIL RASUAH diLEPASKAN!!
Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sudah Hilang Punca!


Petang tadi, 5 November 2007.


Sewaktu saya masih lagi dipejabat sibuk menguruskan kerja harian. Terkejut dengan tindakan tidak bermaruah pegawai BPR yang jelas ketandusan idea dan saja ingin mencari isu dekat2 PRU 12 tidak lama lagi.

Tuan Guru yang tidak ambil rasuah BPR pergi siasat, yang ambil rasuah dilepaskan.

Laporan media jelas menunjukan fakta dan bukti bahawa kes rasuah membabitkan pemimpin tertinggi negara berlaku. Antaranya:

# Ketua Pengarah BPR Malaysia terlibat dengan rasuah, dikekalkan jawatan dan dilepaskan.









# ADUN Kelang, Dato Zakaria yang mampu memiliki rumah RM12,000,000 (12 juta), dgn 16 bilik air seperti istana menghadapi 13 kes pertuduhan, kini dilepaskan.


Zakaria gagal ke mahkamah hadapi 13 tuduhan
Utusan Malaysia
Oleh: NORAZLITA MOHD. SIES
KLANG 20 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros (gambar) yang sepatutnya didakwa atas 13 tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, tidak hadir kerana berada di Indonesia.









# 40% pegawai tinggi polis mengambil rasuah -Kenyataan Tun Sri Hanif Omar, Bekas Ketua Polis Negara tidak disiasat.

# Kes pembelian Sukhoi, kapal selam buruk dengan harga berbillion-billion tidak disiasat.

# Kes video klip konspirasi perlantikan Hakim Negara diantara Hakim Kanan dan Pemimpin di Peringkat Pusat disiasat, tapi dilepaskan. Malah Suruhanjaya Diraja tidak ditubuhkan!

# Laporan audit negara juga melaporkan dengan jelas bahawa berlaku penyelewengan di Kementerian2 utama dalam negara seperti Kementerian Pertahanan (Najib), Kementerian Pendidikan (Hishamuddin) , Kementerian Belia dan Sukan (Azalina) dll secara jelas terbabit dan terbukti terlibat dalam menipu dan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan sendiri. Adakah anda fikir logik buku RM12.00 di claim dengan harga RM500.00? dan inilah yang mereka lakukan.

Dan bermacam2 kes lagi... Malaysia semakin hancur dibawah kepimpinan yang ada sekarang. Transformasi kepimpinan secara menyeluruh perlu dilakukan segera!























Dunia Sudah Terbalik.


Yang mereka siasat adalah, seorang berimej Pak Lebai yang dihormati, yang hanya hidup sederhana, mempunyai rumah papan berwarna hijau, tidak bermewah-mewahan, tahu berjimat cermat sehinggakan nak pergi bilik air pun beliau tutup lampu bilik Menteri Besar kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.



BELUM ADA lagi pemimpin Melayu/Islam yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, lihat saja rumahnya, inilah rumah untuk seorang menteri besar selama 17 tahun memerintah Kelantan, tidak berpagar, jauh lagi berpengawal. Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan, baik Dr Mahathir, Ku Li, bahkan Lim Kit Siang sendiri. Mahu tahu mengenai peribadinya? Mengenalinya lebih dekat? Cuba anda bandingkan dengan rumah pemimpin-pemimpin BN sekarang. Tak perlu jauh, Anuar Musa dan Dato Zakaria pun sudah cukup!








Sekiranya anda seorang Pengundi Yang Bijak, anda mesti tahu siapa yang harus anda pilih untuk memimpin Negara. Undi anda adalah penentu.

Gunakan ia sebagai KUASA dalam PRU 12 akan datang. Pilihlah yang terbaik dan demi kebaikan semua.

&

JOM sama-sama kita menyertai Perhimpunan 100,000 Rakyat di Padang Merdeka Pada 10 November 2007 nanti. Ia disertai dengan perarkan ke Istana Negara bagi menyerahkan manisfesto kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?