-->

Saturday, November 3, 2007

Terowong Zionis di bawah Baitul Maqdis



Penggalian di bawah Baitul Maqdis berlaku semenjak tahun 1967. Ia disedari oleh umat Islam pada 24 September 1996 apabila rejim Zionis Israel merasmikan terowong tersebut sempena perayaan sambutan 3000 Tahun Bandar Daud. Ketika itu, panjang terowong menjangkau 488meter dengan ketinggian melebihi 13 meter dan juga 20 meter di sesetengah tempat.

Tujuan penggalian terowong tersebut ialah untuk merobohkan Masjid Aqsa secara semulajadi. Sebarang gegaran berpunca dari gempa bumi dan letupan yang kuat sudah cukup untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa.
Apabila roboh, pihak rejim Zionis akan berlepas tangan dan tidak akan bertanggungjawab serta segera membina Haikal(kuil) dengan alasan masjid roboh dengan sendiri dan tanah tersebut akan menjadi milik mereka kerana tiada lagi masjid di atasnya. Pada Mac 2001, 30 buah pertubuhan ekstrimis Yahudi telah bersepakat meletak batu asas penubuhan Haikal di kawasan Kubah al-Sakhra.

Tembok Pemisah:

Di bina daripada simen, kawat berduri, pagar elektrik, parit, pasir jerlus, pengesan-pengesan pergerakan elektronik, menara kawalan dan jalan keselamatan. Kos pembinaan tembok tersebut ialah USD satu juta per kilometer dan dijangka menjangkah melebehi 700 kilometer panjang setelah siap. Kebanyakan daripada kos tersebut ditanggung oleh Amerika Syarikat dengan alasan untuk menjaga kemanan dan kestabilan di rantau tersebut. Ribuan ekar tanah milik rakyat Palestin telah dirampas dan ratusan ribu pokok dan tanaman ladang dimusnahkan. Tembok tersebut bertujuan menghalang para pejuang Palestin dan langkah menguburkan rakyat Palestin secara tersusun apabila mereka kehilangan sumber pendapatan, kesihatan, pendidikan, perniagaan, makanan, minuman, warisan dan juga keluarga. Tembok tersebut sebenarnya adalah penjara terbesar di dunia yang dibina bagi menempatkan rakyat Palestin.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?