-->

Thursday, January 10, 2008

Tawaran BA turunkan harga minyak buatkan BN gelabah






Awal Januari 2008, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi 'gelabah' dengan pengumuman pembangkang berhubung tawaran menurunkan harga minyak jika Barisan Alternatif (BA) diberi mandat memerintah negara pada Pilihan raya Umum ke-12.

Khidmat HarakahDaily.Net melalui wap ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelengaraan. Harap Maklum.

Tawaran BA berasaskan kepada beban rakyat selepas kenaikan harga minyak pada tahun 2006 yang mengakibatkan harga pelbagai barangan keperluan meningkat berkali ganda.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan tawaran tambahan dengan hasil keuntungan Petronas, rakyat akan diberikan pendidikan percuma bermula dari pendidikan rendah hingga pengajian tinggi.

"RM10 billion akan diambil dari keuntungan Petronas untuk kita turunkan harga minyak, ia tidak menjejaskan lagi, dan jika ambil RM10 billion lagi untuk belanjakan kepada rakyat mendapat pendidikan percuma, keuntungan masih banyak.Saya ada pengalaman tadbir kerajaan dan sebagai Menteri Kewangan, kita tahu nak buat macam mana," kata Anwar semasa berceramah di Linggi, Negeri Sembilan pada 28 Disember lalu.

Untuk makluman, pada tahun 2006, harga petrol naik daripada RM1.62 kepada RM1.92 seliter bagi gred RON 97 - naik 18.5 peratus dalam tempoh tujuh bulan. Harga petrol RON 92 pula naik kepada 1.88 seliter. Harga diesel juga naik 30 sen atau 23.4 peratus dari RM1.281 kepada RM1.581 seliter.

Turut dinaikkan sebanyak 30 sen ialah harga gas petroleum cecair (LPG) - daripada RM1.45 kepada RM1.75 sekilogram.Sebelum itu pada Julai 2005 harga petrol naik tujuh peratus atau 10 sen manakala diesel naik 23 peratus atau 20 sen dan LPG naik 5 sen.

Dalam keadaan kerajaan BN berkira-kira untuk menaikkan harga minyak lebih RM2.00 seliter selepas pilihan raya umum ini, pengumuman BA mengakibatkan jentera BN terpaksa menggunakan media arus perdana untuk menangkis tawaran itu dengan pelbagai dakyah dan penafian.

Ramai professor dan pensyarah 'pakar ekonomi goreng pisang' yang dijemput oleh media milik kerajaan untuk mengulas tawaran pembangkang yang bertujuan memperlekeh tawaran itu.

Perdana Menteri dan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bingkas menyatakan bahawa tawaran itu tidak rasional dan hanya akan mengakibatkan negara 'bankrup'.

Selain itu kerajaan mengandaikan bahawa telaga minyak Malaysia mempunyai bekalan minyak yang hanya boleh menampung untuk beberapa tahun sahaja lagi dan tindakan mengimport perlu dilakukan selepas ini.

Justeru keuntungan Petronas tidak boleh dikompromi untuk menurunkan harga minyak sebaliknya persediaan untuk tujuan pengimportan satu hari nanti.

Kenyataan ini dilihat berbeza dengan maklumat rezab negara yang ada kini mengikut jawapan Perdana Menteri di Parlimen pada November 2005 sejumlah 5.29 bilion tong boleh kekal untuk 19 tahun, selain penemuan demi penemuan telaga minyak terbaru seperti Telaga Minyak Pisagan 1A dan di Kelantan yang belum diusahakan lagi.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab 'teriakkan' PM dan Timbalannya itu dengan memberi jaminan jika BA dimandatkan rakyat, pastinya harga minyak akan diturunkan ke satu tahap munasabah yang tidak akan membebankan rakyat.

Bagi Khalid, keuntungan Petronas seharusnya mencukupi untuk membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat dan pada masa yang sama pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan menggunakan untung itu bersama hasil-hasil kerajaan yang lain seperti cukai dan sebagainya.

Khalid mencabar Najib untuk membentangkan secara terperinci semua perbelanjaan yang telah dibuat oleh kerajaan menggunakan hasil Petronas kepada Parlimen.

Melihat kepada senario semasa, Khalid percaya, hasil Petronas telah dibazirkan akibat korupsi dan pengurusan yang tidak tulus di dalam pengendaliannya oleh kerajaan BN.

Pembentangan Belanjawaan 2008 jelas menunjukkan perbelanjaan operasi negara yang melebihi RM120 billion tidak boleh ditampung dengan kutipan hasil cukai pendapatan dan hasil cukai yang lain kerana perolehan ini akan hanya berjumlah RM75 bilion.

Senada dengan Khalid, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar turut menyatakan bahawa kenyataan kerajaan akan muflis jika mengurangkan harga minyak hanyalah alasan terdesak setelah melihat pembangkang mampu memikirkan congakan keuntungan Petronas yang kini mencecah hampir RM80 bilion untuk kesejahteraan rakyat.

Sejak tahun 2000 hingga 2007, Petronas memperolehi keuntungan yang besar berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia beberapa kali.

Keuntungan Petronas meningkat berkali ganda akibat keuntungan dari kenaikan harga minyak mentah dunia.

Keuntungan sebelum cukai Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007 berjumlah RM76.3 bilion merupakan yang tertinggi dalam sejarah.

Hasil keuntungan tersebut, sejumlah RM 48.3 bilion disumbangkan Petronas kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, royalti dan eksport duti.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, sehingga tahun 2006, Petronas telah membayar RM 287 bilion kepada kerajaan.

Malangnya, limpahan keuntungan itu tidak digunakan untuk membantu rakyat secara keseluruhannya.

Cadangan Perdana Menteri untuk menghalusi sistem subsidi sedia ada dan mensasarkan kepada golongan yang benar-benar layak dipersetujui motifnya, tetapi diragui pelaksanaannya.

Pada tahun 2006 dalam kerajaan mengumumkan penarikan subsidi minyak sejumah RM4.4 billlon bertujuan untuk peningkatan taraf pengangkutan awam.

Akhirnya tindakan itu tidak menguntungkan rakyat kerana kemudahan pengangkutan awam masih pada tahap yang sama, dan penarikan subsidi itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat anak Perdana Menteri, Kamaluddin Abdullah yang dilaporkan mendapat kontrak melalui Scomi Engineering dalam kerja-kerja membaikpulih 1500 gerabak keretapi KTM Berhad bernilai RM50 juta dan memasuki tawaran tender membina 400 buah badan bas untuk Syarikat Prasarana Negara Berhad (PNSB) milik kerajaan bernilai RM120 juta.

Selain itu timbul persoalan mengenai cara keuntungan bersih Petronas dibelanja menjadi satu misteri kepada rakyat, dan keuntungannya antara lain digunakan sebagai penyelamat projek-projek nazak 'kroni' sedangkan Petronas bukan milik individu.

Ini dapat dilihat dari rekod perbelanjaan Petronas yang didakwa oleh satu kajian dari Biro Penerangan KeADILan, antaranya bagi projek mega Menara Berkembar Petronas RM10 bilion; KLIA RM 10,5 bilion; Putrajaya dan MSC RM19 bilion; Trek Formula One RM286 juta; menaja Petronas Sauber F1 RM1 Bilion setahun; menaja subsisi gas RM14 bilion setahun yang hanya menguntungkan pembekal antaranya YTL Power (milik Yeoh Tiong Lay) dan Genting Sanyen (Lim Goh Tong); menyelamat DRB-Hicom (proton) RM 1.0 bilion; menyelamat MISC milik Mirzan Mahathir sejumlah RM1.8 billion dan Bank Bumiputra RM4 bilion.

Jika kelemahan pengurusan yang mengakibatkan Petronas terpaksa menanggung 'bail-out' ini diatasi dengan pengurusan berhemah, nescaya impian pembangkang untuk mengurangkan harga minyak dan memberikan pendidikan percuma boleh dilaksanakan.

Selagi Petronas tidak dapat menjelaskan bagaimana untung bersihnya dibelanjakan, rakyat Malaysia berhak meminta syarikat milik rakyat itu berkongsi keuntungannya dengan rakyat daripada syarikat itu membazirkan wang menyelamatkan kroni.

Usaha bagi memastikan setiap sen keuntungan Petronas dibahaskan di Parlimen perlu diteruskan, selain menyatakan 'protes senyap' melalui undi pada pilihanraya umum akan datang. - mks.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?