-->

Tuesday, February 19, 2008

'Musharraf jadi pemimpin tak berkuasa'



RAI KEMENANGAN: Penyokong parti pimpinan Nawaz meraikan kemenangan calon mereka di Rawalpindi, semalam.


ISLAMABAD: Presiden Pervez Musharraf mungkin muncul sebagai pemimpin tidak berkuasa dan kehilangan jawatannya jika keputusan pilihan raya umum yang menunjukkan ke arah kemenangan kepada pembangkang menjadi kenyataan.

Bekas parti memerintah yang menyokong Musharraf selama lima setengah tahun itu terpaksa akur dengan 'sokongan besar' yang diterima oleh parti bekas perdana menteri, Nawaz Sharif dan pemimpin pembangkang yang dibunuh, Benazir Bhutto dalam pilihan raya yang penting kelmarin.

Selepas memegang kuasa selama lapan tahun, bekas jeneral dan sekutu utama Amerika Syarikat itu dalam perjuangan menentang Al-Qaeda, Musharraf dijangka terpaksa bekerjasama dengan musuhnya yang boleh mendakwanya, kata penganalisis.

"Musharraf adalah Presiden yang sudah kehilangan kuasa," kata Hasan Askari, seorang penganalisis politik yang mengajar di Sekolah Pengajian Antarabangsa Lanjutan di Universiti John Hopkins di Washington D C.

"Baginya, perkara paling penting adalah untuk menyelamatkan nasibnya dalam politik dan bukannya berjuang menentang keganasan," katanya.

Askari berkata, Musharraf akan menghadapi kesukaran untuk bekerja dengan pihak pembangkang yang ingin membatalkan apa juga langkah yang pernah diambilnya selepas penggantungan Perlembagaan November lalu di bawah undang-undang darurat.

Pengaruh Presiden berkenaan juga berkurangan apabila beliau meletakkan jawatan sebagai ketua tentera selepas berbulan-bulan menghadapi kekacauan politik, satu langkah yang merampas sumber kekuasaan utama daripadanya.

Stesen televisyen kerajaan melaporkan setakat ini dua parti utama pembangkang Parti Liga Muslim Pakistan PML-Q dan Parti Rakyat Pakistan (PPP) secara berkumpulan memperoleh 153 kerusi berbanding 272 semuanya, dan PML-Q yang menyokong Musharraf hanya memperoleh 38 kerusi sementara parti lain yang lebih kecil dan calon bebas memenangi selebihnya.

Pada pilihan raya 2002, PML-Q yang proMusharraf menang 130 kerusi dan tiga parti perikatan menang 53 kerusi.

Sekiranya keputusan awal yang menunjukkan ke arah kehilangan besar kerusi bagi PML-Q didapati betul, Musharraf akan menghadapi cabaran baru untuk mendapat kerjasama parti lain apabila parlimen baru mula bersidang dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Nawaz yang disingkir dalam rampasan kuasa pada 1999, tidak pernah berganjak daripada pendiriannya agar orang yang digelar "diktator" itu meletakkan jawatan, sementara PPP masih tidak mempercayainya selepas kematian pemimpin mereka dalam serangan bunuh diri dan ditembak pada perhimpunan politik 27 Disember lalu.

Penganalisis berpendapat tanpa ada satu pun parti yang boleh membentuk kerajaan secara bersendirian, Musharraf mungkin akan memecahkan PPP daripada parti Nawaz dan menjanjikan jawatan perdana menteri, jika mereka menyertai ahli parlimen bebas yang setia kepadanya.

Tapi ada kemungkinan pihak pembangkang akan bersatu bagi memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan bagi mendakwa Musharraf, walaupun penganalisis tidak menjangka ia akan berlaku memandangkan Musharraf masih memegang kuasa untuk membubarkan parlimen.

"Situasinya begitu menyusahkannya. Beliau mungkin cuba mengganggu kerjasama erat pihak pembangkang tapi kemenangan yang besar di pihak mereka akan menjadikannya lebih sukar bagi beliau menguasai keadaan pada peringkat atasan," kata Askari.

Dalam pada itu, seorang lagi penganalisis dan penulis kolum akhbar, Shafqat Mahmood berkata sebarang cubaan memanipulasi pembangkang akan gagal.

"Beliau tidak mempunyai harapan lagi. Jika Musharraf fikir dia boleh hidup dengan memanipulasi PPP atau sebahagian daripada PPP untuk menyertainya, dia tersilap besar, "kata Shafqat.

Katanya, hasrat Musharraf untuk terus memegang kuasa adalah penghalang kepada pemulihan negara ini setelah ia melalui tempoh kekacauan politik yang paling sukar dalam masa lebih 30 tahun, ditambah pula dengan keganasan puak militan.

Kini rakyat membuat keputusan. Semua parti yang menentangnya telah menang. "Beliau harus berundur sekarang", kata Shafqat. Musharraf sendiri kelmarin meminta supaya diadakan perdamaian selepas pilihan raya.

"Tidak kira siapa juga yang menang pilihan raya ini, sebagai presiden Pakistan, saya akan bekerjasama dengan mereka dengan penuh keharmonian," Musharraf memberitahu televisyen kerajaan selepas mengundi di Rawalpindi. - AFP

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?